Thursday, February 24, 2011

USAH BERJANJI CINTA KALAU TAK TEPATI ♥


Sabda rasulullah s.a.w:

“Tiga perkara apabila seseorang itu memilikinya,maka dia dianggap munafik sekali pun dia berpuasa dan sembahyang dan menganggap dirinya muslim,iaitu apabila berkata-kata dia berdusta,apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diamanahkan dia mengkhianati”. 

Assalamualaikum you guys. Masyallah aku ni suka sangat buat entry macam ni, mengapakah tajuk entry usah berjanji cinta kalau tak tepati. Bukan apa entry ni terdetik untuk tulis bila aku membaca seorang sahabat aku dekat facebook.

Kenapa harus munafik kalau dah tak sudi. Kenapa harus berjanji kalau satu saat nanti kau akan mungkiri. Kenapa hiperbola dengan janji setinggi langit tentang cinta kalau tak mampu tunaikan :
  1. Saya akan sentiasa tunggu awak sampai bila-bila
  2. Saya akan sentiasa setia pada awak
  3. Tiada yang lain selain awak
  4. Awak yang pertama dan yang terakhir
  5. Saya akan sentiasa cintakan awak
  6. Saya akan kahwin dengan awak kalau awak setuju lakukannya *punca buang baby jadi
  7. Saya cintakan awak sampai mati
Dan macam-macam lagi janji ditaburkan sedangkan hati berkata berbeza. Masyallah tahu tak itu munafik namanya kalau tak tetapi segala janji. Kata sahaja akan tunggu sampai bila-bila sedangkan lepas itu mencari yang lain. Kata sahaja tiada lain selain dia sedangkan sedang bermadu kasih dengan ramai manusia.


Hebatnya lakonan dengan tangisan. Hebatnya penangan dengan janji. Hebatnya kata-kata dengan angan yang tak pernah pasti. Hebatnya sandiwara dengan pemalsuan cinta. Berselindung disebalik topeng gembira.

Cerita :

Lelaki kata pada perempuan dia mahu putuskan ikatan yang ada kerana terpaksa. Kata lelaki dia sudah berjanji pada keluarga tak akan bercinta selagi belum tamat pengajiannya. Perempuan akur kerana sayang. Lelaki berjanji akan menyatukan ikatan kembali setelah tamat pengajiannya. Tak sampai lima bulan selepas itu, perempuan lihat pada facebook lelaki dia sudah cinta pada wanita lain sebelum tamat pengajian lagi. Jadi apakah makna janji pada perempuan sebelum ini? Sandiwara semata-mata?

Sungguh lelaki tu pandai berpura-pura dan bermain kata. Kasihan pada perempuan yang kini tak lagi percaya adanya cinta. Dan aku hanya mampu melihat. Aku sendiri tak tahu ingin katakan apa pada dia.  Aku harapkan dia tabah dan faham yang lelaki itu sememangnya bukan untuk dia.

Allah SWT sengaja temukan kita dengan orang yang salah sebelum mempertemukan kita dengan orang yang sebetul-sebetulnya diciptakan untuk kita.

Ini bukan nasihat untuk dia sahaja tapi untuk semua dan juga aku. Aku cuma harap tak kiralah lelaki atau perempuan andai tak mampu untuk tepati jangan pernah janji tentang apa-apa pun pada perasaan. Sakit penangan orang kecewa cinta tu kerana semua insan punya perasaan bukan. Cintailah dengan sepenuh hati kalau betul mencintai. End.


Wahai rusuk kiri, aku masih mengharapkan yang terbaik daripadamu. Tak perlulah kau berjanji setinggi langit untuk ku yang ku mahu hanyalah cinta, kasih, sayang dan bimbingan daripadamu untuk membawaku ke jalan yang diredhai oleh illahi. Aku tak mengharapkan juga angan setinggi awan cuma sejuta pengertian buat diriku ini. *ini harapan aku dalam pencarian pemilik rusuk kiri...




enjoy this last song.

p/s: entry aku semakin pendek?
thanks kepada citarasa rinduan sebab gegar blog ni semalam
thanks kepada jejaka terhangat sebab promote blog serba kekurangan ni *update 25 feb*



30 Komen:

sitihanisahali said... [Reply]

nice entry ya :)
jgn berjanji kalau tak mampu tunai kan..

Gula-gula hati said... [Reply]

urmm...sedih kalo diperlakukan macam tu . T___T

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@sitihanisahaliyap betul tu jangan berjanji kalau tak tunaikan...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Gula-gula hatimemang sedih :(

myssmie said... [Reply]

entry yg sgt bagus..harap rmai yg amek iktibar...kekasih2 di sana.. jgn pndai jnji je..tunaikan! kalo x mmpu, jgn mengada2 nak jnji..
syg awak smpy mati,
sya akan tggu awak..bla...bla...bla...
then, msa berlalu..hmpeh~ habuk pon xda..
good! thumbs up =)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@myssmiehuhu, emosi ye cik myssmie..hehe..betul tu.. jgn mengada2.. thanks ya :)

amal_fc1303 said... [Reply]

entry menarik.
allah saja nk menemukan org slsh dgn supaya kita lbh berhati2 dan cuma ingin menguji hamba2 nye sahaja.
kpd yg ada pengalaman bercinta mungkin tau la kan.
yg 1st time bercinta tu jgn mudah terpedaya dgn pasangan sndri walaupon cinta menggu tinggi.
lain la kalau dh kawen.

qaqa said... [Reply]

kita cuba tunaikan janji sama-sama,
walaupun kadang-kadang banyak aral yang menguji xsalah kalau kita tekad, tunaikan janji kan,, nice!!

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@amal_fc1303betul tu amal...ermm orng dah kawen mmg tau..org pernah bercinta dah tau..sy? er....hahahha

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@qaqa yap2... thanks qaqa

amal_fc1303 said... [Reply]

tu la pasal nyer.
yg bru nk bercinta tu berhati2 la ye ngan pasangan diorg..

Simpleblanklife said... [Reply]

haha itu namanya modal MASA. times tell everythings. kalau pena ada dugaan semua tuh, itu maknanya belum sampai masanya lagi...bersabarlah~

:D hahahaha mengarut lagi aku nih. jgn pecaya sangat aku mengarut...hu3

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@amal_fc1303yap2 betul tu....ade yg pandai bermuka2..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Simpleblanklifeerk tak paham...

applemasam said... [Reply]

hurm. susah da nak percaye lelaki skg kn?hurmm

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@applemasamyap2 but bukan lelaki je kdg2 ade pempuan gak yg tak le di caye

ARC™ said... [Reply]

hohoohoh

xyah berchenta la myrazoe oi. lagho je nih

btw, chat tu SUMPAH ANNOYING GILABABI. dahla buat page berat then bunyik dingdungdingdung

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@ARC™ mne ade bercinta brooooo aaaa... aku kata kawan aku...

bro aku buang dah..adoi..aku letak kat lain..aku ingt tak bunyi maklah tu...

~ ナフィルザ ~ said... [Reply]

pasangan keksaih suka berjanji itu ini, last-last apa pun tarak,keh3~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@~ ナフィルザ ~ yup ada sesetengah yg tarak ape2 pun..

SyedGraphiX said... [Reply]

nice entry! janji je lebih.. pdhal.....hahaha

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@SyedGraphiX yap thats why kan syed..adess bijak berkata tunai tidak pun..

kembatolo™ said... [Reply]

boleh tahan jugak entry nie..
bebudak ke remaja nih? hahha =P

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@kembatolo™ ermmm tunggu spm kira bebudak ke remaja? heheh

apezs shah said... [Reply]

salam

wah de best laaa blog ni..
nice template also n3... ;)

*follow terus sini..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@apezs shah Wslm... thanks untuk blog yang biasa2 ni :) *thanks follow sy dah follow blik :)

Linda Nazri said... [Reply]

mmg terbaek post ni. btl ckp jejekaterhangat! ur blog cm org dewasa. i'l be in here sllu k nk bce ur post. hehehe.

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Linda Nazriya allah terima kasih sgt... :)

mohd said... [Reply]

mmg org bcinta slalu jnji mcm ni kew??

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@mohd

yap