Tuesday, March 01, 2011

BAHASA APA KAU GUNA TU ? ♥


Assalamualikum, moga Allah SWT merahmati kalian. Hi readers, bloggers, blogwalkers or maybe stalkers.  Awal entri aku hari ni. Sebab aku tengah mendisiplinkan diri pulak sekarang ni. Okey berbalik pada tajuk hari ini berkaitan bahasa. Aku akui aku bukan orang yang mampu menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan kadang-kadang rojak pulak tu. 

Tapi masalahnya sekarang, aku dah bosan nak sakitkan kepala memahamkan apa yang segelintir manusia ni cuba sampaikan. Bahasa pelik-pelik ni mula rosak dalam kalangan remaja. Akupun boleh layan bahasa mat rempit atau bahasa budak street cuma agak-agaklah. Setakat lu-gua, bhai-derr boleh tahan lagi. Cuma ini yang aku tak faham, aku rasa ni bukan bahasa mat pit tapi bahasa gedik adalah:
  1. Cayunk/Shayunk = Sayang
  2. Sukerrr = Suka
  3. Gilerr = Gila
  4. Windu = Rindu
  5. Nutez = Note (aku rasalah)
  6. Misz = Miss
  7. Bnty = Berhenti
  8. Saia = Saya
  9. Mpoz = Mampus
  10. Bdx = Budak
  11. Jmpew = Jumpa
  12. Kowunx = Korang
Wow, ini sebahagian daripada ayat yang memang hancur aku rasa. Aku selidik semua ni dekat facebook kalau yang terasa, maaflah aku cuma tak tahan bila nak baca apa yang kau cuba sampaikan. Aku boleh terima kalau buat short form sayang sebagai syg, suka sebagai suke atau mungkin gila sebagai gile.

Tahap rosak bahasa ni sampai terbawa-bawa ke sekolah. Budak sekarang tulis karangan mesti keluar bahasa pelik-pelik bukan lagi bahasa Melayu yang betul. Malu pada yang bukan Melayu, sebab dia mampu menulis dan bercakap bahasa Melayu lebih baik daripada orang Melayu itu sendiri.

Serius aku cakap aku harap kau cepat-cepatlah betulkan bahasa tu. Bukan apa, susah bagi orang macam aku nak faham. Tak usah nak bermanja-manja pada mesej dengan tulis ayat-ayat gedik tu. Serius aku tak layan mahupun cair. Macam tu jugak kalau bercakap.
  1. Awak buat apeww tu?
  2. Saya windu dekat awak lah.
  3. Saya cayunkkk awak
  4. Awak bz kerrr?
  5. Awak bilerr kita nak jumpew?
Oh please, cut it out now!. Lagi satu buat bloggers, kau kena faham kalau nak buat blog kita ni mesra SEO (search engine optimization) atau dengan bahasa mudahnya bagaimana cara kita nak dapatkan ranking dalam Google search kau kena guna bahasa yang betul. Ada ke orang search dekat google guna ayat rempit mahu bahasa gedik tu. Kalau orang nak cari mesti yang macam ni:
  1. Tips untuk kuruskan badan X tips utk kruskan bdn
  2. Puisi Cinta Buat Kekasih X Puisi Cnta buat awek/pakwe
  3. How to place note between entry X How to place nutez between entry
 Cuba fikir adakah kau akan tulis ayat rojak masa search sesuatu dekat google tu, aku pasti tak. Semua menggunakan bahasa yang betul. Jadi bloggers selain untuk SEO fikir juga pembaca yang macam aku ni. Terkial-kial nak memahamkan apa yang kau ceritakan dalam entry tu. 


Okey yang atas ni sebahagianlah keywords yang orang cari dekat blog aku berdasarkan nuffnang. Kalau  guna  google analytics lain sikit keywordsnya. Memang tak banyak, cuma okeylah tu. Tak kisah kalau nak rojak cuma ejalah betul-betul ataupun nak ayat fancy manapun biarlah orang faham. Jangan syok sendiri hanya kau yang faham. Mari baca sikit tentang SEO dekat maribinablog.

Jadi dah faham sekarang, sama ada bloggers atau readers yang sedang baca entry ni. Semua kena betulkan bahasa tak kisahlah sikit cuma cuba betulkan. Tapi takkanlah nak tulis mesej guna ayat penuh pulakkan mahu penuh beberapa pages daripada 1 sen jadinya bersen-sen. Ikut keadaan okey, bahasa jiwa bangsa. Cewahh.

Yang tulis enovel jugak, guna bahasa yang betul ya sebab kau nak menarik pembaca membaca karya kau. Jadi, penulis yang baik akan guna bahasa yang baik juga. Okeylah ini sekadar pendapat dan aku akui kadang-kadang bahasa aku dekat blog ni tak betul jugak, aku akan cuba baiki daripada semasa ke semasa. End




Jom layan Anwar Hadi (peminat Anwar Hadi ni). Aku paling suka video yang ni. Ewwww?. Betul jugak apa dia cakap tu, kiranya aku ketinggalan sikit buat topik ni lepas dia keluarkan video ni. Tapi itu bukan bahasa comel itu bahasa gedik!.

Fakta: hakikatnya aku ramai kawan lelaki jadi biasanya yang akan bahasa yang akan keluar " Yo bro, Relaxlah derr, Lu bila nak belanja gua, Ko apakes". Ya, itu aku sempoi. *tak ada kena mengena dengan entry, abaikan.

p/s : semoga bulan mac akan lebih baik daripada bulan februari.
Keputusan Spm yang masih dinanti, aku redha apapun yang aku dapat.
Moga keputusan Spm aku baik dan lulus dengan cemerlang.


27 Komen:

Miezah Ghani said... [Reply]

haa , betul2 .
benci gila laa org yg tulis mcm ni !
menyampah gila ah!
kadang2 tu ta paham ,

aimi shahida said... [Reply]

haha,
ayat budak gedik kot?

tp ade jer dak2 umo 20an dok ckp pesyen tu..

tp yg takleh thn yg ni ;
budark comowt .
hahaha

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Miezah Ghani hahah kan2 rasa nak sepak pun ada..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@aimi shahida hahahah..tau2...memang tak leh blah..

Rina Rossoneri said... [Reply]

hehe ini namanya bahasa perasan comel

~hAKim ZaiLAn~ said... [Reply]

tau xpe...hangin gile kalo tengok orang tulis camtu..gedik gile..haha

❤Myra Si Gula-Gula Hati ❤ said... [Reply]

haha ..
tau takpe...
macam dah jadi satu trend da bahase2 mcm nie...

satu lagi...suke lettew...>suka la tu...hehehe

Mr Laici said... [Reply]

wahahhaaa... ewwwww... wahahaa..
geli ati tengok video dia.. nice one amira.. ><

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Rina Rossoneri hahah padahal tak comel pun~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@~hAKim ZaiLAn~ kan2 rasa macam nak lempang..hahahah

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@❤Myra Si Gula-Gula Hati ❤ tau tak pe. Hahaha itu satu example yg baik :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Mr Laici hahah yup geli hati tengok anwar hadi tu... thanks :)

amal_fc1303 said... [Reply]

tau xper kadang tu payah nk paham ke na la baca 2 3 kali bru paham pe yg dia mesej..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@amal_fc1303 haah, kan amal..tp paling tak best kalau blog yang guna bahasa teruk gitu sebab kita nak bacakan...hmmm

lavender harum wangi said... [Reply]

err, rasa nya budak2 sekolah yg selalu guna bahasa ni~ haha, my sis use this~ =.="

fara bila said... [Reply]

salamun alaik .
haaa . same same menyampah gila lahh dekat sapa yang guna ayat macam tu . berbelit lidah nak sebut apa yang diorang cakap tu . heheh

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@lavender harum wangi yap budak sekolah mmg ramai guna...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@fara bila hahah tau tak apa kalah bahasa arab

nub said... [Reply]

bahsa kedah jgak senang.. haha

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@nub bahasa kedah? hahahahah....

Ifti Larina said... [Reply]

HAHAHA betoi tu dear. dolu2 main la bahasa eww nie. tp sknk dah matang. hehehe

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Ifti Larina bagus dear..jgn dok gedik2 na guna bahasa ewwww~

Jejaka Terhangat said... [Reply]

cikmyra tengok ni..bahasa rempit TERBAEK abad ini..=p

http://www.jejakaterhangat.com/2010/12/tolong-aku-siapa-tau-translate-kan-ayat.html

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Jejaka Terhangat oreite, myra check sekarang..hehe..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Jejaka Terhangat myra dah translate untuk Jt hahah cuba check

Eel said... [Reply]

cubeeew tulix dekat karanganz mcm niew, confirm "A" punyeww.. haha

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Eel hahah.. tak da nye A dapat penyepak a plus ada lah :)