Saturday, March 05, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 24 ♥




"Tapi.." Zyra merenung tepat ke wajah Ezamirul. Sungguh dia tidak mengerti kenapa Ezamirul bertukar sikap atau adakah Ezamirul bertindak semakin matang?. Ezamirul merenung dalam ke mata Zyra. Zyra dapat merasakan pandangan mata itu meminta seribu pengertian. Zyra mengangguk perlahan. 

"So, my dear Zyra. You buat apa dekat sini dengan budak mentah lupa daratan ni. I rasa you tak patut berganding dengan dia ni. Better you dengan I." Izz Riyad merenung tajam ke arah Ezamirul sambil melabuhkan punggung pada kerusi yang bertentangan dengan mereka berdua. Zyra melihat wajah Ezamirul melalui ekor matanya. Jelas wajah Ezamirul kelihatan tegang.

"Kau jangan nak ganggu Zyra, dia aku punya. Aku rasa baik kau belajar jaga anak sendiri jangan nak menggatal dengan perempuan lain. Kau cerminlah diri sendiri sebelum kata aku. Diri kau tu yang tak betul, isteri sendiri tak reti nak mendidik, lupakanlah." Sinis kata-kata Ezamirul itu. Izz Riyad ketawa perlahan. Tangannya mengusap lembut rambut anak gadisnya itu.

"Jangan nak mengajar akulah budak mentah." Izz Riyad angun daripada duduknya. Lantas tangan kiri Zyra ditarik. Zyra terkesima. Sungguh dia bertambah tidak faham dengan sandiwara ini. Ezamirul menahan. Dia melepaskan genggaman Izz Riyad itu. Lantas lelaki itu ditolak kebelakang.

"Behave yourself." Ezamirul menarik lembut tangan Zyra masuk ke dalam rumah. Zyra hanya mengikuti langkah Ezamirul itu. Kedengaran Izz Riyad tergelak besar di luar. Dengusan Ezamirul buat Zyra kaget. Marah sungguh lagaknya Ezamirul ini.

Apa sebenarnya yang terjadi antara mereka sampai perlu bermusuhan sebegini. Apa pula hubungan mereka berdua. Kenapa pula aku menjadi bahan rebutan antara mereka. Aku dijadikan bahan rebutan, memang tak logik dek akal. Semua seperti mustahil.

Aku mengikut langkah Ezamirul ke kawasan kolam ikan belakang rumah. Mereka melabuhkan punggung ditepi kolam itu. Lama sepi menyelubungi mereka berdua. Hanya bunyi cengkerik meriuhkan suasana. Zyra hanya memerhati bintang dilangit lagi. 

"Hulur tangan awak." Zyra yang terpinga-pinga hanya menghulurkan tangan kanannya kepada Ezamirul. Ezamirul meletakkan sesuatu ditangan Zyra sehinggakan Zyra terjerit riang."Eh, kunang-kunang. Cantik tapi kau bagi binatang ni dah nak matilah"

Ezamirul senyum, senyuman itu buat Zyra terdiam. Terpukau atau apa. "Tengok dia dah hidup balik, terbang dah pun. Mana ada mati. Saya tahu dia tak mungkin mati sebab.." Ezamirul mencapai tangan kanan Zyra itu lalu dihidunya. Zyra yang terkejut segera menarik tangannya. Lantas wajahnya berubah warna.

"Sebab tangan awak wangi, kunang-kunang ni suka pada orang yang wangi." Ezamirul tersenyum lagi sehingga menampakkan lesung pipinya. Zyra mencium bau tangannya sendiri, wangi kut bau losyen safi balqis ini. 

"Saya pun suka dengan orang wangi ni." Zyra segera berpaling ke arah Ezamirul. Wajah bersahaja Ezamirul buat Zyra jadi tak keruan. Ezamirul memandang ke arah Zyra kembali. Wajah Zyra ditenung lembut. Keluhan perlahan dilepaskan.

"Saya ada permintaan, saya harap awak boleh lakukan. Tolonglah saya merayu awak lakukannya demi kebaikan awak. Sungguh ini kali pertama saya merayu pada perempuan. Bolehkan awak?" Zyra berkerut sehingga menampakkan tiga garis didahinya. Perlahan dia mengangguk juga.

"Saya minta awak jangan rapat sangat dengan Izz tu. Tolonglah, saya tahu macam mana sikap dia. Dia berbahaya untuk wanita sebaik awak. Awak jangan ikutkan kata dia. Awak jangan termakan dengan pujukan dia. Kalau awak langgar kata-kata saya ini, saya takut awak merana. Janji awak akan ikut kata-kata saya ni?" Wajah Ezamirul menunjukkan sejuta pengharapan lagi. Ah, kenapa Zyra lemah dengan pandangan seperti itu.

"Insyallah tapi bolah aku tahu apa yang berlaku antara korang berdua. Kenapa korang kelihatan sangat membenci antara satu sama lain. Kenapa aku yang dijadi bahan antara korang berdua pulak?." Jeda. Ezmirul tersengih dengan kepala terngadah ke langit malam.

"Satu hari nanti awak akan tahu jugak. Bukan sekarang, saya harap awak mengerti. Saya juga harap awak boleh ikutkan permintaan saya ini." Zyra mengangguk lembut. Tak mengapalah aku tak boleh paksa budak Ezamirul ini, sebab ini kisah hidup dia kan. Aku bagi dia masa. 

"Jom masuk, dah malam ni." Ezamirul bangun daripada duduknya. Tangan kanannya dihulurkan kepada Zyra. Zyra menyambut huluran tangan itu dengan wajah yang merona kemerahan. Dia tahu Ezamirul perasaan yang dia susah hendak bangun daripada duduknya sejak daripada tadi.

"Esok kita pergi jalan ya." Zyra mengangguk lembut. Dia segera mendahului langkah Ezamirul dan masuk ke dalam rumah. Ezamirul sengaja melambatkan langkahnya.

*****

Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Ezamirul masih berada diluar rumah. Dia masih gagal melelapkan mata. Entah, di mindanya sekarang bermain sejuta masalah dan persoalan. Sengaja dia duduk diluar berhampiran dengan tingkap bilik Zyra. Dia sendiri tak mengerti kenapa dia bersikap protective terhadap Zyra.

Dia tak mahu sejarah lalu berulang. Dia takut semua tu terjadi. Dia takut dia tak berpeluang seperti dulu. Ahh, Izz Riyad kenapa kau wujud lagi. Kenapa kau tak mati sahaja masa kemalangan dulu. Aku benci kau. Aku benci kau sampai bila-bila. Benci!.

Cecair jernih tiba-tiba mengalir keluar daripada tubir matanya. Dia benci dengan keadaan selemah ini. Kenapa dulu dia tak bertindak cepat. Kalau tidak perkara itu pasti tidak terjadi. Ezamirul menghentak perlahan belakang kepalanya ke dinding.

Sungguh sampai bila harus bertindak macam ini. Sampai bila bayang pembohongan sentiasa harus ada dekat dengan diri. Aku penat hipokrit aku penat plastik. Oh tuhan, berikan aku kekuatan lagi. Aku mahu kembali ke jalan mu. Aku mahu lakukan apa yang aku gagal laksanakan dahulu.

Aku mahu tebus segala kesilapan, aku mahu baiki segala kekurangan dan aku mahu jadi lelaki yang terbaik. Deras air matanya mengalir lagi. Belakang kepala dihentak lebih kuat. Esak tangisnya semakin kencang.

"Ezamirul, kau kenapa ni." Suara yang muncul mengejutkan Ezamirul. Segera dia memberhentikan perbuatannya itu. Kelihatan wajah Zyra terpacul daripada tingkap. Ezamirul menggeleng perlahan. Dia segera masuk ke dalam rumah. Zyra menggeleng tidak mengerti.

"Kenapa dengan kau Ezamirul.." perlahan Zyra meluahkan persoalan itu. 

BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

8 Komen:

zura asyfar said... [Reply]

daagak dh msti izz..tp ape hbgn diorg? ape mslh eza ni??hmm...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfar hohoh...dah agak ye... ezam2 apa masalah kau zura tnye tu..heheh

.:kiwi:. said... [Reply]

ouh, jangan lah nangis... sungguh trase sayu ble lelaki nangis ni.. apelah yg jd antara diorg ni ye?

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@.:kiwi:. sob-sob payah lelaki menangis ni. Entah cuba tnye ejam? huhuu

Ifti Larina said... [Reply]

ceq taktau pon ada cerpen nie ! i wont miss it !

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Ifti Larina hangpa baru tau ka..haha..thanks dear..

Syafiqah Arabella Hoo :) said... [Reply]

best gerita dia!nak lagi! :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Syafiqah Arabella Hoo :)

esok ya 28