Sunday, March 13, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 25 ♥



"Biarlah saya tolong awak. Awak pergi masuk sana makan dulu. Tadi awak dah banyak buat kerjakan. Awak dah tolong nenek masak. Tolong hidang. Sekarang biar saya yang cuci semua periuk belanga tu." Ezamirul cuba menarik tangan Zyra bangun daripada duduk mencangkung dibelakang rumah itu. Zyra menepis tangan Ezamirul perlahan.

"Alah kau ni, biarlah aku nak mencuci. Seronok apa mencuci periuk belanga. Sebelum ni aku tak pernah ada peluang macam ni tau. Yeah, gosok jangan tak gosok. Gosok."Zyra menyental lebih kuat punggung periuk yang hitam berkilat itu. Ezamirul mengambil berus dawai ditangan Zyra, pantas.

"Alahai kau ni, bagi lah sini. Biar aku buat. Lorat lah kau ni. Aku bukan ibu-ibu mengandung, bukannya warga emas nak dikasihahi dan bukan ada penyakit apa-apa."Zyra sudah berdiri sambil bercekak pinggang. Ezamirul hanya buat tak tahu. Dia terus mengambil batu bata yang terletak berhampiran dinding rumah. Tangannya mula menyental periuk belanga. 

Zyra mula tayang muka tak puas hati. Dia segera mencangkung disebelah Ezamirul. "Weh, bagilah aku cuci. Aku nak cuci jugak. Bosan ni. Seronoklah cuci-cuci kuali hitam legam ni." Ezamirul menguatkan lagi sentalannya pada punggung periuk.

"Bosanlah kau ni."Zyra bercangkung disebelah Ezamirul. Bibirnya mula mencebir dan diherotkan ke sana sini. Jari jemarinya menguis buih-buih sabun yang terdapat di atas lantai. 

"Awak..." Zyra terus berpaling ke arah Ezamirul yang tiba-tiba bersuara lunak ditelinga. Pantas Ezamirul mencalit sesuatu dipipi Zyra.

"Hoi apa ni. Habislah hitam pipi aku. Nanti naik jerawat ke apa ke nanti siap kau. Nah ambil kau ni." Zyra mencalit hitam pula dipipi Ezamirul. Sudah akhirnya mereka sibuk mencalit hitam pada wajah antara satu sama lain. Dua-dua galak ketawa saat melihat muka masing-masing bertukar comot.

"Ehemmmm." Ezamirul dan Zyra terus berpaling ke arah suara itu. Kelihatan Izz Riyad dimuka pintu. Wajah duda muda itu kelihatan tegang."Zyra nenek panggil you."

Zyra hanya mengangguk perlahan. Saat Zyra mahu bergerak masuk, Ezamirul mencengkam erat pergelangan tangannya. Ezamirul merenung anak matanya dalam. Sungguh aku benci dengan pandangan Ezamirul yang meminta sejuta pengertian. Apa sebenarnya yang kau mahukan Ezamirul.

"Zyra cepat sikit." Izz Riyad bersuara keras. Perlahan Ezamirul melepaskan genggamannya pada pergelangan tangan Zyra dengan keluhan yang berat.

*****

"Nenek kampung ni aman sekali tak macam dekat bandar sana. Bising. Tercemar." Zyra melabuhkan punggung disisi Nenek Zahirah. Wanita tua itu kelihatan ralit mencabut rumput yang terdapat dalam pasu bungan bonsainya itu.

"Iyalah Ira. Dekat kampung memang tenteram, aman, segar lagi. Tak sama bukan macam dekat bandar. Sebab itu nenek tak mahu ikut Izz tinggal dekat bandar sana. Tak betah nenek. Lagipun duduk dalam hutan batu macam tu memang merimaskan." Zyra hanya mengangguk perlahan.

"Nenek Ira nak tanya sikit boleh." Wanita yang berusia dalam lingkungan enam puluhan mengangguk kepalanya. "Ira pelik kenapa Izz dengan Ezam tak boleh bersama. Kalau diorang jumpa mesti dingin aje. Ada apa-apa yang berlaku antara mereka ke nenek sampai seolah-olah mereka tak mampu nak berbaik langsung."

Perlahan wanita tua itu mengeluh. Tangan kiri Zyra digenggam erat. "Nenek sendiri tak tahu bagaimana nak bercerita dengan kamu Ira. Benda ni jadi sejak dua tahun lepas. Semuanya kerana Ejam tak mampu nak terima kenyataan yang terjadi antara mereka. "

"Aku dah berkorban perasaan aku pada dia semata-mata nak bagi kau bahagia. Aku relakan aku yang merana sebab mahukan dia dapat yang terbaik selain daripada aku. Kenapa kau siakan dia. Kenapa kau tak jaga dia bodoh. Kenapa kau dua kan dia!" Ezamirul mula menempelak Izz Riyad yang masih kaku berdiri dihadapan bilik pembedahan. Kolar baju Izz Riyad digenggam erat.

"Kau memang lelaki dayus. Kenapa kau siakan dia semata-mata perempuan mat salleh kau tu. Isteri yang sempurna kau dah dapatkan kau buat dia macam barang mainan. Kau memang tak layak jadi suami dia. Memang kau manusia tak berguna." Air mata Ezamirul mula menuruni pipi. 

"Kau tak tahu apa-apa. Persetankan pengorbanan kau. Persetankan perasaan kau budak mentah. Tak gunalah aku punya isteri seperti dia kalau hakikatnya dalam hati dia asyik menyebut nama kau. Sampai dalam hati dia tak mampu nak bagi ruang pada aku. Tak membawa apa erti kalau aku setia dengan dia." Izz Riyad melepaskan genggaman Ezamirul pada kolar bajunya.


"Aku penat tahu tak, aku bersabar dengan kehendak dia. Tak ada erti pengorbanan kaulah selama ini. Aku hanya memiliki jasad dan tubuh dia. Tapi hati dia tak pernah aku dapat tahu tak. Memang dia sudah laksanakan tugas sebagai isteri dengan baik melayan aku secara zahir mahupun batin tapi semua tu tak cukup, dan tak akan cukup kalau dalam minda dia hanya ada kau." Dia terus berlalu meninggalkan Ezamirul sendirian disitu.

Pintu bilik pembedahan terkuak. Ezamirul terus berlari ke arah doktor yang baru keluar daripada ruangan itu. "Macam mana dengan Mellissa doktor, dia selamat atau tidak." Wajah Ezamirul terpapar riak cemas.

"Maafkan kami encik. Kami telah mencuba sedaya upaya tetapi Allah SWT lebih menyayanginya." Ezamirul sudah jatuh terjelepok. Air matanya mengalir turun. Dunia terasa seperti berhenti berputar. Nafasnya mula sesak.

"Apa yang jadi sebenarnya pada Melissa tu nenek, dan apa hubungan Ezamirul dengan dia?" Zyra merenung lembut wajah wanita tua itu. "Mereka..."

"Zyra jom jalan-jalan keliling kampung. Nanti esok kita dah nak balik bukan."  Kata-kata Nenek Zahirah terhenti saat Ezamirul muncul secara tiba-tiba. Zyra hanya mengangguk. Aduhai dia ni aku baru nak dengar nenek cerita dah muncul pulak. Zyra mengekori langkah Ezamirul meninggalkan Nenek Zahirah sendirian.

"Kejaplah mangkuk. Jalan laju sangat macam kena kejar anjing kau ni. Kau nak bawak aku pergi jalan-jalan buatlah cara nak pergi jalan-jalan."Terkedek-kedek Zyra hendak menyamakan langkahnya dengan langkah Ezamirul. Ezamirul hanya ketawa melihat keletah Zyra.

"Budak gemuk macam awak memang lembab nak kejar orang eh. Kalau lawan dengan kambing atuk saya, kambing tu lagi laju daripada awak." Zyra membuntangkan matanya. Pantas dia berlari mengejar Ezamirul yang semakin jauh meninggalkannya.

"Wajah kamu mirip arwah Melissa, Ira. Tingkah kamu sama seperti dia, saling tak tumpah....." Wanita tua itu terus mengeluh berat.

BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

8 Komen:

zura asyfar said... [Reply]

owh..muka zyra cm muka ex-eza dulu eh? patutla :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfar hohoh yap2...

.:kiwi:. said... [Reply]

ler... Izz n Ezamirul tu suka org yg same.. n skrg ni suka Zyra pulak. adoyai. sabo ajela~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@.:kiwi:. hohohoh sabo je lah.... izz tu menci2~

SyedGraphiX said... [Reply]

suka lagu dadali..
waaa. rajin gila myra buat novel..pehh

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@SyedGraphiX

suka ye :)
rajin lah sgt ni syed..kalau rajin tiap2 hari buat..huhuhu

keSENGALan teserlah.. said... [Reply]

haissh. tak mau lah kalau mirul suka zyra sbb melissa je.
sian zyra.
sob sob

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@keSENGALan teserlah..

tak mau ke...hehehe...
mau lah...