Sunday, March 20, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 26 ♥





"Kita nak pergi mana ni?" Zyra bersuara dengan nada tercungap-cungap. Nafas ditarik dalam sebelum berjalan seiring dengan Ezamirul. Ezamirul hanya tersenyum menampakkan lesung pipinya. 

"Kau dah bisu pulak tak tahu nak bercakap?" Zyra mencubit pipi Ezamirul sehinggakan Ezamirul terjerit kecil. Tangan Ezamirul pantas menepis tangan ketam Zyra yang hinggap dipipinya. Wajahnya bertukar riak.

"Sakit tahu tak. Habis pipi saya berbekas cubit nanti. Mari sini biar saya cubit awak." Zyra terus berlari meninggalkan Ezamirul dibelakang. Ezamirul sudah tertawa galak melihat Zyra yang lari tak cukup tanah itu. 

Bupp, Zyra terjatuh ke tanah. Ezamirul terus berlari menghampirinya. "Kan dah jatuh, habis calar-calar dah tangan tu. Awak ni Mel kenapalah nakal sangat. Macam budak-budak tau." Ezamirul meniup tapak tangan Zyra yang sudah memerah.

"Mel?" Zyra mengerutkan wajah sehingga menampakkan tiga garis di dahinya. Ezamirul tersentak. Dia segera menggeleng kepala. "Mana ada saya cakap Mel, awak salah dengar kut. Dah bangunlah." Ezamirul menarik tangan Zyra perlahan untuk membawa gadis itu berdiri kembali.

Ezamirul mendahului langkah. Siulan kecil keluar daripada mulut lelaki bermata bening itu. Namun didalam hatinya mula bergelodak. Berulang kali dia menyumpah kesilapan diri kerana boleh terpanggil Zyra sebagai Mellisa.

Mel saya rindu awak sanga-sangat. Kenapa awak tinggalkan saya sendiri. Awak kenapa Zyra tak ubah seperti awak. Awak dan dia sama garang, sama manis, sama clumsy, ahhh awak dan dia terlalu serupa Mel. Sampai bila-bila saya tak akan maafkan Izz sebab persiakan awak. Gumam Ezamirul sendiri. Zyra yang terkocoh-kocoh mengejar langkahnya tidak lagi dipedulikan.

"Eh. Izz you buat apa dekat sini." Suara Zyra yang kedengaran terperanjat itu membuatkan Ezamirul segera berpaling. Wajahnya mula bertukar riak. Hatinya mula tak tenang. Kalau diikutkan mahu sahaja dia menumbuk lelaki tak guna itu sekarang juga. 

Ezamirul berjalan menghampiri Zyra sengaja dia berada disisi Zyra agar Izz Riyad tidak mampu bertindak berlebihan. "I saja bawak Nina ni. Dia kata nak pergi dusun nak makan rambutanlah, durianlah entah  macam-macam lagi dia nak makan." Zyra mengangguk perlahan. 

"Ezam, Ira nak pergi dusun jugak boleh. Nak makan rambutan. Teringin sangat." Suara lembut Zyra membuatkan Ezamirul mengerutkan dahinya. Wajah Zyra ditenungnya dalam. Perlahan dia mengangguk sembil senyuman manis dilemparkan. Terima kasih Zyra kerana mengerti.

Tangan hangat Ezamirul mengenggam tangan Zyra. Tangan mereka yang bersatu diayunkan kebelakang dan kedepan. Entah kali ini Zyra tidak bertindak untuk memarahi Ezamirul, dia hanya membiarkan. Izz Riyad sudah terbatuk kecil tetapi tidak dipedulikan sama sekali.

*****

"Itulah awak makan rambutan banyak sangat. Makan durian lagi kan dah batuk-batuk." Belakang tangan Ezamirul dilekapkan ke dahi Zyra. "Badan pun dah panas. Macam mana nak balik ni. Biar saya bawak kereta awak rehat. Nanti dekat Bandar Pusat kita pergi klinik." Nenek Zahirah hanya menggelengkan kepalanya melihat tingkah kaku Ezamirul.

Zyra hanya mengeluh berat sambil melabuhkan punggung di bangku kecil yang terletak di taman kecil itu. Dibiarkan Ezamirul memunggah masuk semua bagasi ke dalam bonet kereta. Nenek Zahirah mengelus tangan Zyra dengan pandangan yang penuh pengertian.

"Kamu jaga Ezamirul untuk nenek ya. Nenek rasa dia sayang sangat pada kamu Ira. Ira memang sangat penting pada dia." Nenek Zahirah mengeluh lembut. Ditatapnya wajah Zyra dengan penuh kasih sayang.

"Tapi nenek dia ingat saya Mellissa." Nenek Zahirah segera menggelengkan kepalanya. "Tidak, Mellissa itu hanya bayangan dia. Kamu tetap Zyra. Tolonglah bertahan untuk ada disisi dia."

"Tapi Ira bukan sesiapa untuk dia." Nenek Zahirah menggeleng lagi saat mendengar jawapan Zyra. Belum sempat Nenek Zahirah menjawap apa-apa Ezamirul sudah menghampiri mereka berdua. Ezamirul terus memeluk neneknya itu dan dikucup tangan wanita tua itu setelah bersalaman. Zyra juga melakukan sedemikian.

"Kami gerak dulu nek, Assalamualaikum." Ezamirul terus menarik tangan Zyra. "Cepat masuk, nanti panas-panas macam ni demam lagi teruk pulak." Zyra hanya menuruti. Entah apa yang telah terjadi pada Ezamirul yang dahulunya lembik?. Sekarang dihadapannya kelihatan Ezamirul yang sungguh dominan.

Apa maksud nenek tadi sebenarnya, aku tak faham. Apa hubungan Mellisa dengan Ezamirul lagilah aku tak faham. Kenapa Ezamirul bertukar sejak akhir-akhir ini, boleh tak betul kalau aku cuba fahamkan. Kenapa Izz sia-siakan Mellisa. Kenapa Mellisa mati. Ah, terlalu banyak persoalan.

"Awak, awak dah berapa kali saya panggil tak dengar ke. Dah cepat turun, kita dah sampai klinik." Zyra mengangguk kepalanya. Ezamirul memimpin Zyra masuk ke dalam klinik. Segala urusan pendaftaran diuruskan oleh Ezamirul. Zyra hanya dibiarkan duduk di kerusi menunggu.

Ezamirul jangan baik dengan aku. Ezamirul jangan sukakan aku. Ezamirul jangan sayangkan aku. Ezamirul jangan pedulikan aku. Ezamirul jangan masuk dalam hidup aku. Ezamirul... Air mata jernih mula bergenang di tubir mata Zyra.

Ezamirul yang duduk disebelah Zyra terus melentokkan kepala Zyra ke bahunya. Diusapnya kepala Zyra perlahan. Entah bagaimana air mata Zyra menitis. Air mata yang mengalir itu jatuh menimpa belakang tangan kanan Ezamirul. Pantas Ezamirul menyeka air mata yang mencemar pipi Zyra.

"Shuuuutttt, sikit aje demam. Jangan nangis." Ahh, Ezamirul salah sangka kenapa Zyra menangis. Nama Zyra dipanggil oleh jururawat. Ezamirul segera memapah Zyra masuk ke dalam bilik rawatan.


BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *


22 Komen:

zura asyfar said... [Reply]

i like dia entry..suke sgt kt eza yg takecare gila kt zira..kapan ek mereka nk bercinta? hehe :P

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfar
thanks dear.... hahhaha rahsia :P

hoyahadis said... [Reply]

best..kena baca dari episod pertama nih..hu..hu..

nachen said... [Reply]

x sabar nk tunggu cerita ni habis. hehe

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@hoyahadis thanks heheh

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@nachen sabar2

WITHOUT A SOUND said... [Reply]

nak lagi..
ska citer ni sgt2 hihihi..
TQ ntuk entri ni

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@WITHOUT A SOUND

thanks :)
heheh sabar2

.:kiwi:. said... [Reply]

hoho... Ezamirul yg jatuh hati ke? Zyra yg jatuh hati dulu ni? ^^

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@.:kiwi:. hohoho entah...

einaa_akemi said... [Reply]

ahhh...pendeknyer...lain kali punya entry panjang sket ea??

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@einaa_akemi heheh idea slow....oraitee... nnt ya :)

Solihin Zubir said... [Reply]

nmpknya sy kena start baca drp part 1 baru bleh paham.. hehhe..
ketinggalan jauh gilerr.. 26 episod..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Solihin Zubir

awak nak baca cerita saya ke..aouchh terharu... kalau awk minat awak bace lah... :)

qyqa said... [Reply]

amira... nak kena baca dari mula nih...
aku maraton!!!!

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@qyqa

hahahah silakan~

aLieF si Muncung ManiS said... [Reply]

boleh jadi penulis novel ni...huhu..tiya,,nnti boleh bukukan ni jadi sebuah novel..mana tahu novel ni nnti laris dijual..huhu..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@aLieF si Muncung ManiS
insyallah.... :)

Farra Rosse Earhart said... [Reply]

okay. aku tengah baca. HAHA :P

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Farra Rosse Earhart hahah baca2

adah ashari said... [Reply]

oh myyyy . knp sweet sgt ez tuh . nk terjatuh katil dah i :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@adah ashari

hahahhahaha jgn jatuh katil please :D