Tuesday, March 29, 2011

SI BODOH YANG JATUH CINTA ♥


Assalamualaikum. Aku tak nak bahas isu apa-apa kali ni. Aku nak bicara soal hati aje. Kenapa aku kata si bodoh jatuh cinta itu nanti akan dijawab dalah bahagian dialog nanti ya. Kadang-kadang sebab terlalu suka, terlalu cinta kita jadi bodoh.

Bodoh yang bagaimana. Bodoh yang mencintai tanpa tahu dia sama mempunyai rasa atau tidak. Simpan perasaan bagai nak rak. Mencipta angan bagai nak gila sampai lupa dia punya perasaan sama atau tidak. Lebih kurang macam seronok sendirilah.

Bukan silap kita sebab apa, mata dah buta kan bila syok jatuh cinta dengan orang. Tapi itulah sebelum simpan perasaan pada orang selidik dulu. Jangan nak main redah aje. Jangan nak simpan harapan tinggi-tinggi. Bukan senang nak menunggu. Dan bukan senang nak terima jawapan orang tu kalau dia tak punya perasaan yang sama.

Asyik mengejar yang tak pasti sampai tak perasan yang jodoh tu ditangan tuhan. Sampai lupa nak melihat orang yang sudah sedia ada menanti. Sibuk sangat tutup pintu hati buat yang lain sebab menanti dia. Kalau kecundang sendiri menyesal dan merana.




GADIS : Hidup ni tak selalu indahkan teruna. Tak semua kita mahukan akan kita dapat. Kadang-kadang saya sendiri tak faham macam mana dan sampai bila semua ni dapat bertahan. Kita kenal dekat 2 tahun, lama bagi saya. awak buka mata saya. saya cuba berubah kerana awak. Tak perlu lagi saya tertanya sebab awak sendiri tahu saya SUKAKAN awak. Saya cuma penat dah nak menunggu. Awak memang baik cuma saya hanya nak tahu sejauh mana letak saya dalam hidup awak. Bermaknakah saya.

TERUNA : (diam sambil mendengar lagi)

GADIS : Awak, saya betul-betul sukakan awak cuma hati saya dah sakit nak tunggu jawapan dan tengok awak daripada jauh. Awak saya tahu usia sy ni muda, segalanya terlalu awal. Cuma saya minta jawapan daripada awak adakah ada tempat untuk saya dalam hati awak. jujurlah sebab saya tak mahu semua berterusan macam ni. Memang jodoh ditangan tuhan, cuma izinkan saya tahu jawapannya supaya tidak lagi saya tutup pintu hati saya untuk menerima yang lain kerana awak. Lagipun saya sedar saya pincang agamanya. Rupa tak seberapa nak dibanding awak. Beri saya jawapan awak. Saya terima apa jawapannya asalkan saya boleh berhenti menunggu dan mendapat jawapan pasti. Saya tak mahu merasa diri saya terlalu bodoh.

TERUNA : Emmmmmmmmmmm

GADIS : Emm, saya mahu jawapan awak. Ambil lah masa awak. Saya harap awak boleh bagi jawapan pada saya. Saya terima apa jawapannya

TERUNA : Mungkin awak dah tahu jawapannya

GADIS : Saya tak tahu.. awak cuba beritahu aje

TERUNA : Awak pun tahu la

GADIS : apa?

TERUNA : Jawapannya antara ya dan tidak bukan?

GADIS : ya beritahu saya ya atau tidak. mana letaknya.

TERUNA : Emmm

GADIS : hmm? beri aje jwpn awk.. kalau saya bukan sesiapa saya terima aje

TERUNA : Haa awak pun tau jawapannya.Tak perlu la sy bagi tau.

GADIS : ha? saya bukan sesiapa ya. itu jawapannya?

TERUNA : Ya kot

GADIS : ok.. kenapa mesti ada kot?

TERUNA : Ya..

GADIS : ya apa?

TERUNA : Ya, tidaklah

GADIS : terima kasih atas jawapan.

TERUNA : Sama-sama kasih

GADIS : (tersenyum sinis mendengar ayat sama-sama kasih yang keluar itu) semua sampai sini ajelah... assalamualaikum..

TERUNA : Okey.Waalaikumsalam.

Gadis melangkah pergi meninggalkan  teruna sendiri. Air matanya hanya bergenang tak ingin tumpah. Terasa jiwa seperti kosong seketika. Emosi seperti tidak mampu ditafsirkan minda.

GADIS : Semuanya sudah tamat sampai disini. Kini aku bebas. Boleh kembali membuka langkah yang tersekat dahulu walau hakikatnya aku kecewa. Tapi aku kini pasti aku bukan sesiapa untuknya. Aku sememangnya bodoh kerana menganggap kebaikkanmu itu sayang. Prihatinmu kasih

Gadis terus melangkah. Dia duduk bersendirian ditepi pandai menghadap laut yang membiru.

GADIS : Indahnya jika aku tidak pernah mencintainya. Bagusnya kalau aku tidak percaya dengan harapan yang diberikannya. Nyatalah cinta tidak menjaminkan apa-apa.

PEMUDA : Cinta Illahi itu lebih menjaminkan buat dirimu gadis. Tak usahlah kau bersedih lagi merintih.

GADIS : Siapa kata aku bersedih lagi merintih. Bukankah aku tidak menangis wahai pemuda misteri.

PEMUDA : Hakikatnya hatimu yang menangis lagi merintih. Teruskan hidupmu itu bukan akhiran segala.

GADIS : Tak usah kau peduli dengan hidupku. Ya aku sedar aku tiada rupa, pincang gerak hidupnya dan agama tak seberapa.

PEMUDA : Itu bukan satu penghalang. Aku peduli dengan hidupmu. Sangat peduli.

GADIS : Tak perlu kau peduli apa-apa.

Gadis terus melangkah jauh lagi jauh. Kali ini bukan sekadar melangkah tapi larian yang tak sudah. Dia meninggalkan pemuda sendirian. Senja kunjung tiba. Entah bagaimana langkah jadi tak sempurna. Si gadis mula rebah ke tanah. Air mata mengalir tiba-tiba tanpa dipaksa.

PEMUDA : Jangan menangis gadisku. Perjalananmu sudah jauh meninggalkan dia. Tapi kau masih ada hidup yang panjang lagi untuk diteruskan. Jangan lagi kau mengingati dia. Hidup mesti diteruskan.

GADIS : Ya memang jauh tetapi kenapa aku masih dihantui bayangannya.

PEMUDA : Kerana kau gagal melepaskannya dan membuka pintu hatimu.

GADIS : Siapakah dirimu wahai pemuda. Mengapa kau masih lagi mengekori jejak langkah yang tidak sempurna ini.

PEMUDA : Kerana aku yang telah dianugerahkan rasa cinta oleh Illahi untuk mencintaimu. Aku yang juga menantimu sejak azali lagi.

GADIS : Apa maksud mu?

PEMUDA : Kau telah mengambil rusuk kiriku. Kini aku mahukan ia kembali ada disisiku.

GADIS : Bagaimanakah kau boleh yakin?

PEMUDA : Aku melihatmu sekali hati sudah terpaut. Aku memimpikanmu selepas istikharahku.

GADIS : Barang kali kau silap.

PEMUDA : Tidak sama sekali. Wahai gadis, iznkan aku menjadikanmu suri di hati.

GADIS : Kau tidak mengenali aku dan aku tidak mengenalimu. Kau dan aku tak pernah bercinta lagi berpasangan bagaimana nak menyatu.

PEMUDA : (ketawa halus) Aku akan bercinta dan berpasangan denganmu saat kau sah menjasi isteriku.

GADIS : Kau pasti?

PEMUDA : Ya, harus kau tahu andai teruna tadi mencintai mu dia tak akan memberi harapan tak pasti. Dia tidak akan menyakitimu.

GADIS : aku.......

PEMUDA : Jangan jadi si bodoh yang jatuh cinta dengan membabi buta tanpa mencelikkan mata. Lepaskan dia. Berikan aku ruang untuk bertapak dihatimu.

290311 : 1956
Nukilan Amira Atiya


Dialog yang agak panjang bukan. Gadis yang berbicara itu bukan perigi yang mencari timba. Dia hanya mahukan kepastian agar penantiannya berakhir. Bagi aku wajar kita luahkan dari simpan lama-lama sampai busuk di hati. Sekurang-kurangnya bebannya dah berakhir. 

Tak perlu berduka dengan jawapan yang diterima. Terima dengan redha. Seperti gadis itu selepas kehilangan teruna dia berjumpa pemuda yang benar-benar mencintainya. Ya, tuhan sengaja temukan kita dengan orang yang salah sebelum temukan kita dengan orang yang betul. End.



Hari itukan, mak aku kata kalau nak kahwin dia okey aje. Aku dah buat muka tak percaya. Biarlah betul. Mak aku kata asalkan orang tu boleh tanggung belajar aku dan hidup aku dia okey aje. Aku dah gelak lagi. Baru dapat keputusan SPM nak kahwin. Aku gelak aje. Aku kata aku ni mana ada calon. Single lagi. Siapa nak dekat aku ni. Ayat nak pasrah. Tapi for serius aku memang tak ada calon. Sesiapa yang dah ada stable life, baik hati, pendengar baik, terima seadanya dan boleh bimbing aku agama. Cepat pergi kaunter lapan. Masuk merisik meh. Hahaha~


Yang dibaca semasa menulis entry :


40 Komen:

Farra Rosse Earhart said... [Reply]

sabar ye mia. :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Farra Rosse Earhart

i will. AKu kan kuat tade hal lah. Kan aku dah sedia terima orang lain..ngeee

mahirahnazlim said... [Reply]

kamu kuat ;)

Mra Mastura said... [Reply]

always like ur entry dear :))

cik_zetty said... [Reply]

menusuk kalbu :/

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@mahirahnazlim

yeah..sy makan banyak calcium tu kuat..heheh

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Mra Mastura
:)
thanks kakak

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@cik_zetty

sorry ;)

amal_fc1303 said... [Reply]

rjin btul la wat dialog tu.
moga jmpe teman hidup yg sesuai yer.

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@amal_fc1303

saje je amal...tersuka pula buat dialog2 tu...

insyallah..amin :)

cik aryu said... [Reply]

dan dan nak kawen budak ne
jgn langkah bendul ye
kak ayu dulu..hehehhehehe ;P

qaqa said... [Reply]

;) chill!!

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@cik aryu


hahah sekali sekala kak

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@qaqa

i will dear :)

umi kalsom said... [Reply]

my story, exactly like what you wrote in the dialogue. Part si gadis hendak tanyakan kepastian. Cuma sadisnya, si jejaka menyatakan dia sudah memilih yg lain. Sedihnya di hati, hanya ALLAH saja yang tahu.

Kesakitan itu satu kepedihan yang tak mampu dihilangkan dengan satu hembusan. Sakit bertahun2 lamanya. Sekarang ni walaupun dah dekat 3 tahun, sakitnya masih ada. Tapi, Alhamdulillah... hati ni sudah mampu merelakan dia pergi, kerana hati ini tahu, dia bukan 'ADAMku'.

mode: pencarian si dia yg akan menjadi IMAMku :)

topimagine said... [Reply]

cinta datang dan pergi dibawa angin sepoi2... cewahhhh... lebih2 lak aku ne :)

topimagine said... [Reply]

cinta datang dan pergi dibawa angin sepoi2... cewahhhh... lebih2 lak aku ne :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@umi kalsom

hmm sabar ajelah...
sakit tu selalu ada. Tapi bila kita yang mahukan jawapan kita kena terima apa sahaja.

yeah teruskan mencari :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@topimagine hahahhah sastera gitu

Ifti Larina said... [Reply]

tiya! i loveee this! sweetlah cerpen story tu.. mendalam sgt.. pergh susah kot nak jadi perempuan yg tekad n jujur macam tu.. perlukan keberanian yg tinggi. hmm i wonder di manakah 'adam' ku eh?

SyedGraphiX said... [Reply]

mira nak jadi penulis ke? hehehe.
panjang ouhh entry. x abes bce lg ni

Solihin Zubir said... [Reply]

jika Allah pisahkan kita dgn org yg kita cintai, mungkin Allah nk bg kita yg lebih baik..
Sebab Allah lebih tahu siapa yg sesuai dan patut dijodohkan dgn kita..

dan rasanya tak salah kalau perigi cari timba.. tp biarlah kena dgn syarak.. =)

p/s : kaunter 8 penuh la.. kaunter 9 buka x? ;-p

zalizalu said... [Reply]

o0o.. hehehehe... saya bujang 2... meh2 nak merisik kah3

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Ifti Larina

thanks dear... kalau nak jawapan kena tekad.. ngeee :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@SyedGraphiX

Lebih kuranglahg syed nak jd penulis... yang ni je terpanjang..hehhe

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Solihin Zubir

Betul cakap awak tu..ngeee

hahah kaunter 9, okey nnt sy suruh bukak untuk awak...hahahah

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zalizalu

hahahahah....

Khaizarien said... [Reply]

saya sedang melalui saat2 ini... alhamdulillah. hati saya terbuka, walaupun tiada pemilik rusuk ini yang datang, tetapi saya mampu ke hadapan melangkah untuk teruskan hidup...

nice entry :)

mari terjah Khaizarien Blog

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Khaizarien

alhamdulillah

thanks

dark said... [Reply]

menarik lagi..

mmg ada betulnya,susah pada sesetengah lelaki utk memberi harapan yg pasti pada seorang wanita...mgkin terdapat faktor yg munasabah..tp klu tidak dpt memberikn jawapan,seharusnya lelaki itu tidak memberi sinar harapan kepada wanita tersebut...

mmmm..makes me wondering more..

zahidah dihaz said... [Reply]

dalam pencarian pemilik tulang rusuk....siapa dia?


New Entry: Says.my: Jom tambah duit sampingan

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@dark

thanks..ya betul tu dark :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zahidah dihaz

insyallah ada diluar sana

soffea said... [Reply]

thanks mira for this sweet entry. serious sgt betul. melangkah jauh2. dan ya, "kerana kau gagal melepaskannya dan membuka pintu hatimu" sy terkesan dgn dialog ini.

thanks sgt mira, for this great entry :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@soffea

dear soffea, thanks....ya kita harus melangkah jauh dan jauh...

welcome and thanks again dear :)

Kaizen Shinobi.com said... [Reply]

manusia, banyak cacat celanya
banyak kelemahannya
dan cinta kadang membutakan mata
tapi mencelikkan hati
kadang sebaliknya
kadang keduanya
kadang langsung tidak

hehe... carilah hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian.

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Kaizen Shinobi.com

itulah :(

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Kaizen Shinobi.com

itulah :(

honey_my boo said... [Reply]

@AMIRA ATIYA MYRA_ZOE
adakah pemuda itu org yg sama.. curious sekejap

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@honey_my boo

tentulah tidak :)