Thursday, April 28, 2011

AKU BENCI PEREMPUAN ITU, LELAKI INI? ♥


Aku benci lelaki, jantan tak guna. Semua lelaki sama aje. Penipu...

Stop, okey Assalamualaikum. Biasa dengarkan ayat diatas. Ayat yang biasa dengar dalam tipikal Malay Drama dan drama kehidupan kita. Ayat ni biasa keluar bila seorang perempuan itu diperkosa mahupun ditinggalkan kekasih dia. Nak pulak ditinggalkan kekasih yang dah merampas kesucian dia.  Bila dia cakap semua lelaki sama aje aku nak tanya ayah dia bukan lelaki? Nabi Muhammad SAW bukan lelaki?

Aku benci perempuan, Semua sama aje. Penipu,

Ini pulak kalau lelaki yang sering sangat ditipu dan terkecewa dengan perempuan. Kejap aku nak tanya lagi, kalau semua perempuan sama aje, mak dia bukan perempuan? Siapa yang lahirkan dia? Bukankah perempuan? Kadang-kadang kita bercakap tanpa berfikir logiknya disitu. Siapa kita nak membenci sesuka hati?

Memang bila dah sakit hati orang lain sekali kena tempiaskan. Kadang-kadang kita tak boleh juga nak salahkan semua orang berjantina itu sama adam mahupun hawa. Kita tak boleh nak adili semua orang macam tu, mungkin apa yang jadi pada kita itu ada hikmahnya. Jangan beri spekulasi membabi buta.


Mungkin hari ini kita terkecewa. Mungkin hari ini kita menerima penolakkan tapi mungkin esok kita akan tersenyum gembira. Mungkin esok kita akan meraih cinta. Mungkin hari ini kita bersedih duka, mungkin hari ini kita menitis air mata tapi siapa tahu esok kita akan tertawa ria dan senyum sentiasa.

Mungkin hari ini kita terlalu mencintai dia, entah siapa tahu esok kita mula membenci dia. Atau mungkin semalam kita membenci dia dan hari ini pula kita akan mencintai dia. Jangan terlalu sukakan dia entah mana tahu rupanya dia tak sukakan kita. Kadang-kadang hati yang dah sarat dengan perasaan ini boleh luntur kasihnya, boleh luntur sayangnya.


Kadang-kadang kita lupa agaknya nak nilaikan hati betulkah itu sebenarnya cinta dan bukan keinginan untuk memiliki. Betulkah itu cinta bukan hanya perasaan minat mahupun suka. Membuta tuli perasaan tu datang kan.  Memang kita tak boleh nak halang perasaan tu datang, tapi sebelum perasaan tu makin kuat baik nilaikan betul-betul, tu prinsip akulah. Jangan biarkan menjadi obsesi.

Setiap pertemuan adanya perpisahan, setiap perpisahan mesti ada pertemuan lain. Tak usah putus asa andai hati kerap terkecewa. Bukankah Allah SWT sudah tetapkan jodoh kita sejak kita lahir. Dia tahu mana baik dan buruk untuk kita. Jangan risau ya, jalani hidup seperti biasa. Hidup harus diteruskan. END

Saya dan awak tak jauh beza. Sakit yang awak rasa, pernah jua saya rasa. Parutnya masih ada. Empangan duka puas dihalang dari pecah agar bisa jalani hidup laksana insan biasa. Jangan awak bermuram durja, sakit saya melihatnya seolah melihat luka lalu berdarah kembali. Mungkin kita berbeza tapi hakikatnya kita sama terluka.
p/s : aku tak berkenan dengan entry ni actually, sebab macam hampeh


vote digi wwwow awards untuk aku okey -klik-
*kalau sudi*

10 Komen:

aesh came said... [Reply]

heee~ betul2..good entry! kdg2 mmg over ikut2 emosi tapi sesungguhnye emosi tu bwk kpd yg x elok..jgn terlalu ikut dia..dia zde akal..yg ada akal itu kita..huuuu~

zarra nazura said... [Reply]

sy sokong...xkan nak salahkan semua 'perempuan & lelaki'..org cam 2 jnis yg x pk sblm bcakap..

Solihin Zubir said... [Reply]

eh.. rsa mcm penah buat gak entry mcm ni.. hehehe..

aku benci lelaki.. lelaki semua sama ja! heheh..

errr... sy dan awk tak jauh beza tu ditujukan pd siapa? ;-p

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Solihin Zubir

pulak?

errrr... kenapa awak tanya? Awak rasa pada siapa?

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zarra nazura

betul2 :D

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@aesh came

kan~
hi5!

SHM said... [Reply]

klu amarah dah menguasai diri, akal yg dkurniakan dgn begitu sempurna pun tak mampu menghalang apa yang terucap di bibir...
manusia bukanlah sempurna...
ada yg baik begitu juga sebaliknya..
tak boleh nak salahkan 'semua' lelaki dan 'semua' perempuan..:D

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@SHM

betul tu betul :)

chekuduks bacee said... [Reply]

that how i feel after boys hurts me....susah nk percaya laki lg dah...huhu

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@chekuduks bacee

hmmm fikir2 balik okey :D