Saturday, April 02, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 27 ♥




Hentian rehat Seremban. Ezamirul terus keluar daripada perut kereta. Zyra masih lena dalam tidurnya. Langkah diatur ke kedai yang menjual aneka makanan ringan disitu. Tangannya laju mencapai gula-gula Halls perisa Blueberry, dua tin 100 plus dan jeruk betik. Usai sahaja dia membayar, telefon mula berdering.

"Look who was here..." Dahi Ezamirul menampakkan tiga garis sebaik sahaja mendengar suara yang keluar daripada corong telefon. Riak wajahnya bertukar mencuka. Benci, sungguh dia benci mendengar suara itu. Perempuan gila!. Talian terus dimatikan. Bosan nak mendengar apa-apa kata daripada perempuan tak guna itu.

Ezamirul mempercepatkan langkah ke tempat parkir kereta. Belum sempat jauh dia melangkah, bahunya erat dicengkam daripada belakang. Erat seperti tak mahu melepaskannya. Pantas Ezamirul menoleh kebelakang. Melihat wajah perempuan durjana itu dia pantas menepis.

"How are you dear?. Mana you pergi, I cari dekat rumah you tak ada. You pergi mana tak beritahu I." Lisa mencapai tangan Ezamirul tetapi pantas Ezamirul menepis lagi. Ezamirul hanya merenung tajam ke wajah perempuan yang merosakkan kehidupannya itu.

"Jual mahal. Sebelum ni I yang you puja. Sekarang you nak tinggalkan I macam tu aje. Jangan lupa you bertanggungjawab pada kandungan I ni. You tau tak you akan jadi daddy dalam tujuh bulan lagi." Lisa memeluk leher Ezamirul. Gadis itu cuba menggoda Ezamirul tapi sekali lagi Ezamirul menepis dan menjarakkan tubuh jauh daripada gadis itu.

"Go away Lisa. I tak pernah buat apa-apa dengan you. Go to hell with your baby. He's not mine." Ezamirul terus berlari ke tempat dia telah memakirkan kereta tadi. Lisa pantas mengejar dengan wajah tidak puas hati. 

Lisa mengalih pandangnya ke dalam kereta Bibirnya yang tercalit gincu berwarna merah hati terus tersenyum sungging. "No wonder you tak mahu dengan  I lagi. You ada mangsa baru rupanya. Cantik, mesti dara lagikan masa you try dia. Budak kampung mana you bawak ni. Mesti call girl or escort girl ni."

Tapak tangan terus menjamah pipi Lisa. Berbekas tanda merah melekap dipipi gebu itu. Dagu Lisa dicengkam, wajah gadis itu di renung tajam. "Jangan sesekali kau panggil dia macam tu. Kau tak layak. Sampah!." Pegangan dilepaskan. Ezamirul segera masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan dan kereta mula laju membelah lebuh raya utara-selatan itu. Jari jemarinya menggenggam erat stereng kereta. Rasa sebal menghantui diri.

"Kita dah sampai mana ni." Suara serak-serak basah milik Zyra mengejutkan Ezamirul. Dari ekor matanya kelihatan Zyra sedang menenyeh mata. Comel sungguh, kelihatan tak ubah seperti anak kecil. Rasa sebalnya mula reda sebaik sahaja melihat keletah Zyra.

"Kita dekat Seremban." Ezamirul menghidupkan radio. Sengaja baru dihidupkan radio saat Zyra telah bangun. Kalau dihidupkan dari tadi takut pula mengganggu tidur lena Zyra. Lagu yang berkumandang di radio memecahkan suasana sunyi antara mereka. Bibir Ezamirul mula terkumat-kamit mengikut bait lagu.






"Kau jangan nyanyi, tak sedap. Weh, Aku hauslah." Zyra membetulkan duduknya. Kepalanya digelengkan laju bagi menghilangkan rasa pening dikepala.

 "Aku hauslah Ezam. Tekak aku kering. " ulang Zyra sekali lagi.

"Dekat seat belakang ada 100 plus dalam plastik. Saya beli tadi." Tangan Zyra segera mencapai plastik yang dikatakan itu. Dia segera menyelongkar. Matanya membulat sebaik sahaja melihat gula-gula Halls perisa blueberry itu. Muka terpengun Zyra membuatkan Ezamirul pantas merampas gula-gula itu daripada tangan Zyra.

"Woi, kenapa ambil gula-gula tu. Aku nak makanlah. Dengki betullah kau ni dengan aku. Tu pun nak kedekut." Zyra memuncungkan bibirnya. Ezamirul terus menyimpan gula-gula tadi ke dalam poket. Sengaja dia hendak melihat tahap merajuk Zyra.

Zyra mula berpeluk tubuh. Lima belas minit berlalu dan dia mula panas punggung. Tangannya laju menepuk bahu Ezamirul sehingga Ezamirul menjerit kecil kerana terkejut. "Bagilah balik gula-gula tu."

"Macam mana tadi kalau terbabas. Awak ni nak pukul pun agak-agaklah. Saya takut tahu tak tengok muka awak yang macam tengok apa entah bila pandang gula-gula tu. Risau tengok, macam kanak-kanak istimewa pun ada rupa tu. Tak padan dah meningkat usia perangai kalah perangai saya." Zyra mencebir. Tangannya laju mencubit lengan lelaki yang berusia awal 20-an itu.

"Sakitlah." Ezamirul menumpukan perhatian semula pada jalan. Sekali sekala ekor matanya mencuri pandang ke arah Zyra yang sedang menogok air 100 plus dengan rakus. Muka mencuka Zyra buat dia seronok. Sebelum ini dia biar Zyra membulinya sekarang dia pula ingin membuli Zyra.

"Janganlah buat muka cencurut macam tu. Comel sangatlah tu perangainya. Sebelum saya bagi gula-gula ni, kenapa awak buat muka macam tu tadi?." Ezamirul menyeluk saku seluarnya. Sabar dia menanti jawapan daripada mulut Zyra.

"Sebab aku sukalah. Tak ada sebab lain. Salah ke aku buat muka macam tu. Ada masalah ke dengan muka aku tu?. Berdosa? " Zyra terus merampas gula-gula yang dihulurkan oleh Ezamirul.

"Tak berdosa tapi ada masalahnya awak tahu bila awak buat muka macam tu depan saya....." Ezamirul merendahkan suaranya tiba-tiba. Dia melirik mata sebentar ke arah Zyra.

"Apa?" Zyra bersuara sambil membuka pembalut gula-gula itu.

"Saya jadi tak keruan nanti." Ezamirul tersenyum menampakkan lesung pipinya. Zyra terasa mahu mencubit sahaja pipi lelaki itu. Geram melihatnya.

"Apa benda pulak dah tak keruan-tak keruan ni. Ayat bukan main sasteralah kau ni. Cuba cakap bahasa moden sikit. Aku dah lah lemah dengar orang bersastera ni. Loya tekak mendengar." Gula-gula disumbat masuk ke dalam mulut.

"Hati saya menjadi rawan.."

"Gila kau ni. Kena sampuk badi siapa ni sampai bersastera. Tolong jangan nak merepek. Talk to the hand lah Peah!. Buang masa aku aje nak tunggu apa kau cakap. Bosan. Nak bersastera pergi join group sindiket sol-jah ke busking dengan Fynn Jamal ke.." Zyra terus menguatkan bunyi radio.

"Jiwa saya bagai terbang ke awan....." Jari Ezamirul pantas menekan butang off pada radio itu. Tawa halusnya membuat jiwa Zyra bergetar. Sukar hendak dikawal.

"Kau memang sawan!." Zyra terus memandang ke tingkap. Malas hendak melayan perangai Ezamirul yang semakin aneh hari ke hari. Diperhatinya langit yang penuh dengan awan nano yang berarak sana-sini. Kepul-kepul awan buat dia terasa ingin berada diatas sana. Indahnya jika dapat bermain dikaki langit.

aku jadi malu
padahal itu bukannya karektorku
aku begitu gagah
aku tak pernah lemah.

tapi bila di depanmu aku jadi
seperti bongkah
seperti terpecah
seperti terkalah.

Zyra hanya diam saat mendengar Ezamirul menuturkan bait kata itu. Seperti pernah dibacanya ayat seperti itu. Ya, aku tahu ini tinta bicara Fynn Jamal di blognya yang bertajuk malu. Jadi Ezamirul memang seorang suka bicara sastera macam Fynn Jamal-kah?. Ahh, karektornya semakin rumit.



BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

18 Komen:

siti said... [Reply]

suka sgt2.
lama dok tunggu new n3.
lain kali bt pnjang2 skit ye.

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@siti

esok ada sambungannya ya..tunggu...
haaa ni tak cukup panjang ke...hgehehe insyallah selagi idea ada..panjanglah jd..kalau idea tak ada pendeklah jadi

mahirahnazlim said... [Reply]

first time baca nih . hehe :) mmg best ! teruskan !

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@mahirahnazlim

thanks..insyallah :)

Syafiqah Arabella Hoo :) said... [Reply]

best!best!buat la panjang2 sikit.tak puas lah nak baca :)

keSENGALan teserlah.. said... [Reply]

aku sekeh sampai botal si lisa ni kang.
cetsss

next2

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Syafiqah Arabella Hoo :)

heheh, okey2... esok ada lagi

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@keSENGALan teserlah..

ahah boleh ke weh sampai botak~

.:kiwi:. said... [Reply]

wahaha~ suka! suka! ^^
nk gula² jugak ezamirul!

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@.:kiwi:.

heheh thanks kiwi...
Zyra dah tekan abis, ezamirul kata tak dapat nak bagi

wanie m'nJ said... [Reply]

teruskan jeeee :)

boleh praktis karangan BM sambil2 tu..haha

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@wanie m'nJ


hahahaha okey

Solihin Zubir said... [Reply]

aik... Lisa? bukan nama sebenar gak ke? hhehehe...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Solihin Zubir

hehehe ini fiktif semata aje ya. tidak ada kena mengena antara hidup dan mati :D

qaqa said... [Reply]

yeahh go mira go!!
insyaAllah

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@qaqa

yaya...
insyallah...

WITHOUT A SOUND said... [Reply]

huh..trasa nak goreng lisa smpai hangus jee..huuhuhu

oh..erk..uhuk..uhuk..esk de n3 bru kan..kan..??
*wink**wink*

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@WITHOUT A SOUND

hjahahhaha goreng2....

ada2..hehe