"Aku tak nak balik rumah dulu la, boleh tak pergi jalan mana-mana. Bosan tahu tak. Nak pergi kerja malas pulak, lagi-lagi aku pergi pun bukan buat apa perhati orang buat kerja. Tengok muka Zack yang poyo tu." Zack yang baru sahaja membayar duit tol terus menoleh ke arah Zyra.
Ezamirul terus memakirkan kereta dibahu jalan sebaik sahaja keluar daripada tol Ayer Keroh. "Habis tu nak pergi mana?. Tiba-tiba aje perangai malas macam ni. Biasa dah pecut motor pergi kedai. Check jualan, check buku kan?." Ezamirul mematikan enjin kereta, dia menyandarkan badan ke kerusi.
"Pergi Melaka Wonderland nak. Aku daripada hari tu nak pergi tak sempat-sempat lagi. Teringin betul nak pergi tempat theme park macam tu." Mata Zyra mula bersinar. Ezamirul sudah buat muka pelik. Kenapa dia rasa Zyra tak macam dulu. Macam manja aja perangainya sejak akhir-akhir ini.
"Eh, awak nak pergi sana nak mandi ke. Kalau nak mandi tak payahlah nak pergi. Baik masuk kampung buku kalau macam tu." Ezamirul menggeleng kepalanya laju. Bukan apa, dia tak suka kalau perempuan seperti Zyra sakan bermandi manda ditempat awam.
"Apa kejadahnya aku nak mandi. Segan aku dah tua bangka nak bergelumang dalam kolam air tu. Kalau pantai tak apa jugak. Aku nak main tu Off Road Buggy Ride. Macam best aje aktiviti lasak macam tu." Zyra tersenyum manis. Entah terasa seperti jantung Ezamirul perlu berkerja keras lagi saat itu. Ahh ini memang gila.
Ezamirul terus menghidupkan enjin kereta. Kereta itu terus meluncur diatas jalan raya. "Woi, dah terlepas Melaka Wonderland lah. Kata nak pergi Melaka Wonderland tadi. Sengal lah kau ni. Cepat patah balik sekarang jugak."
"Tak payahlah. Kita pergi tengok wayang okey. Cerita Merong Mahawangsa dekat Golden Screen Cinema Dataran Pahlawan. Cerita tu best orang kata, saya dah lama nak pergi tengok tapi tak sempat. Sebab awaklah ni." Zyra hanya mendengus. Bosan betullah dia ni. Lain yang aku nak pergi, lain yang dia nak bawak. Sakitnya hati.
*****
"Masuk pukul 2.40 nanti jadi sementara ni awak nak makan ke nak sembahyang dulu pun sempat. Ada satu jam setengah lagi ni." Ezamirul melabuhkan punggung disebelah Zyra. Tiket yang berharga sepuluh ringgit itu dimasukkan ke dalam wallet Georgio Armani berwarna coklat gelap miliknya.
"Kau ni betul ke baru habis belajar. Aku tengok kau mewah sangat atau semua ni harta mak bapak kau aje." Soal Zyra secara tiba-tiba setelah sekian lama membisu. Sungguh dia merasakan sesuatu yang aneh tentang Ezamirul. Lelaki ini hidup terlalu senang. Terlalu misteri sikapnya.
Ezamirul hanya buat tak dengar. Matanya melilau memerhati orang keluar masuk panggung. Lama lagi nak menunggu bisik hatinya. Panggung ke tujuh belum seated lagi. Nak menjawab soalan Zyra, memang tak mungkinlah. Belum tiba masanya lagi.
Dia terus bangun daripada duduk. Kaca mata hitam Georgio Armani dipakai. "Nak pergi mana kau ni?. Soalan aku tak jawap. Kenapa sentap ke." Ezamirul menunding jari ke arah arcade yang terletak berhampiran dengan tempat duduk mereka.
"Arcade?. Nak buat apa masuk sana. Wayang macam mana?" Zyra mula mengerutkan dahi sehingga menampakkan tiga garis. Inilah yang malas kalau dengan Ezamirul, sejak akhir-akhir ini suka sangat buat perangai ikut kepala sendiri.
"Kalau masuk arcade nak main game lah. Takkan saya nak memasak dalam tu sayang ku Zyra." Ezamirul sudah bergerak ke arah pintu masuk ke arcade itu. Zyra terus berlari-lari anak mengejar langkah Ezamirul. Wajah sebal Zyra membuatkan Ezamirul ketawa.
Ezamirul menghulurkan not lima ringgit sebaik sahaja tiba di kaunter menukarkan duit kepada token. Kelihatan gadis yang menjaga kaunter itu tersenyum simpul memandang ke arah Ezamirul. Zyra hanya buat tak nampak. Malas nak melayan perangai budak perempuan sekarang yang suka sangat menggedik tak tentu pasal.
Ezamirul menadahkan tangannya ke arah gadis itu. Dalam senyum yang tak pernah lekang gadis itu meletakkan token itu satu persatu ke atas tapak tangan Ezamirul.
"Lama dah kerja dekat sini?"
"Baru aje, bang. Kerja sementara nak tunggu keputusan SPM." Gadis itu kelihatan malu-malu. Sesekali pandangannya dialih ke kiri atau kanan. Ezamirul mula seronok hendak mengayat. Dia mengalih pandang pada tag nama gadis itu.
"Dania ya nama kamu. Manis macam orangnya. Ada rupa jugak ni macam Scha Al-Yahya. Mesti nak jadi pelakon macam dia kan. Abang tengok Dania ni manis aje. Sedap mata nak memandang." Merah terus wajah gadis itu setelah dipuji.
"Macam mana abang tahu nama saya Dania." Ezamirul ketawa. Zyra yang duduk tidak jauh daripada situ sudah buat muka menyampah. Apa ke sengal budak seorang ni. Dah kau pakai tag nama mestilah orang tau. Kalau kambing tu boleh cakap dan membaca dah lama dia boleh sebut nama kau peah!.
"Dania kenapa tak senang duduk ni. Pusing sana-sini, ada apa yang tak kena ke." Halus suara itu menampar gegendang telinga Zyra. Makin giat pulak dah si Ezamirul ni mengacau anak dara orang. Karektor pelik. Kejap macam tu, kejap macam ni. Puas aku nak faham mana satu identiti dia.
"Malu bila abang pandang macam tu."
"Kenapa pulak. Abang suka tengok muka Dania yang comel ni." Ezamirul menanggalkan kaca mata hitamnya. Matanya redup menjamu wajah gadis belasan tahun itu. Melihat perempuan tak tentu arah memang seronok baginya.
"Dania malulah sebab...." Lirih suara gadis itu buat Zyra yang daripada jauh mencuri dengar turut ternanti apa yang ingin dikatakan seterusnya. Semacam aje bunyi suara gadis itu, semacam atau lebih tepat mengada-ngada?.
"Sebab apa?." Ezamirul melemparkan senyum menampakkan lesung pipinya. Aset penting mamat ni nak mengusha anak dara orang. Sengal betul Ezamirul ni, Zyra menggumam sendirian sambil berpeluk tubuh.
"Muka abang kacak sangat macam Kim Sang Beom.." Ezamirul sudah tersengih menampakkan gigi taringnya. Acap kali dia mendengar gadis-gadis menyamakan dia dengan jejaka berasal daripada korea selatan itu.
Zyra dari jauh sudah membuat reaksi hendak termuntah. Budak ni rabun ke buta. Ada ke patut muka mamat jambu macam tu dia kata macam Kim Sang Beom. Memang tak lah. Macam langit dengan bumi. Aku tengok biasa aje muka mamat tu. Macam apek jual ikan pun ada. Parah betul budak-budak zaman sekarang yang asyik terkenan dengan Korea aje.
"Ye ke Kim Beom, abang rasa tak pun. Dania ni yang macam Scha Al-Yahya sebenarnya tak mahu nak mengaku. Mata adik cantiklah abang suka tengok. Dah ada kekasih hati ke belum ni?." Ezamirul mula memancing. Dania segera menggeleng laju.
"Tipulah orang yang cantik, dan comel macam Dania ni tak ada kekasih. Tak baik tipu abang tau." Ezamirul tersengih lagi. Dania hanya menggeleng lagi. Jari-jemarinya sudah bermain dengan hujung rambut ikal yang panjang sehingga paras punggung itu.
"Rambut Dania panjang, cantiknya. Bau dia wangi, sampai sini boleh bau." Wajah Dania jelas kelihatan merah lagi. Zyra sudah hampir pengsan mendengar pujian terlampau Ezamirul. Lelaki ni lah, kalau bab nak memuji anak dara orang memang nombor satu. Tak kira tempat. Tak perasan agaknya orang makin ramai berbaris belakang dia tu.
"Brother, lama lagi ke nak mengusha ni. Aku nak beli token ni." Ezamirul pantas menoleh ke arah lelaki yang menegurnya. Pantas dia meminta lelaki itu untuk menunggu lagi dua minit. Ada sedikit lagi fasa nak menjayakan misi ini.
"Dania, abang nak nombor telefon boleh. Mana tahu nanti kita boleh berkenalan lagi. Lebih rapat.." Ezamirul mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluarnya. Belum sempat Dania menyebut nombor telefonnya Zyra mula menghampiri.
"Maaf-lah brother, adik saya ni ada kena virus ulat bulu saiz XXXXL itu yang miang semacam. Oh, adik Dania. Tak payah ya bagi nombor telefon dekat adik akak ni. Dia ni tengah meroyan agaknya. Maaflah ya. Kadang-kadang dia ni tak betul sikit. Doktor cakap dia sakit apa entah akak pun susah nak menyebut. Maaf ya." Zyra terus menarik tangan Ezamirul.
Ezamirul terus merentap tangannya sebaik sahaja berada jauh daripada kaunter token. Mukanya kelihatan sebal disebabkan rasa malu kerana digelakkan orang yang beratur disitu. Muka aku kacak lagi menawan ni dia kata meroyan. Sengal betul perempuan ni, suka sangat spoil misi aku.
"Kau ni nak main game buat cara nak main game lah. Kejap lagi dah nak masuk panggungkan. Lagi 45 minit lagi ni. Sibuk nak usha anak dara orang tu buat apa. Geli geleman aku tengok. Kau nak kelentong pun agak-agaklah. Aku tengok dia tak macam Scha Al-yahya langsung. Menipu aje kau. Budak-budak lagi tu, jangan nak merosakkan dia!." Zyra mula bercekak pinggang.
"Alah usik aje dia tu. Dah saya nampak tadi dia nak menggatal, saya layan ajelah. Dah dapat green light dari dia, saya on aje. Kenapa salah ke?." Ezamirul bersahaja. Dia terus menghampiri tempat permainan arcade lumba kereta. Selepas dimasukkannya token terus permainan bermula.
"Memang salah. Miang yang amat kau ni kan. Kejap macam tu, kejap macam ni perangai." Zyra menepuk kerusi yang diduduki oleh Ezamirul yang menyerupai tempat duduk kenderaan itu. Ezamirul hanya ketawa kecil.
"Cemburu ke." Ezamirul tersenyum. Zyra hanya buat muka tak mengerti. Matanya memerhati didada skrin yang memaparkan beberapa buah kereta sedang berlumba. Selepas lima pusingan bermain permainan lumba kereta di arcade itu, mereka berdua terus masuk ke dalam panggung. Kebetulan sewaktu itu panggung tujuh sudah dibenarkan untuk masuk.
Waktu berjalan masuk ke dalam panggung itu, bibir Ezamirul tak lekang dek senyuman. Sungguh saat itu dia teringat masa awal pertemuan dia dengan Zyra. Memang kelakar sekali.
"Hah! berbalik pada kau. Kau tengok dekat kaki aku, dekat rambut aku, dan dekat mana-mana lagi yang kau boleh nampak. Ada ke pasang banner kata UNTUK DIRABA?" Zyra menarik kolar baju lelaki itu dan lelaki itu terpaksa berdiri.
"Relax-lah sayang. Kenapa nak marah-marah. You ni macam tak biasa pulak. You datang bulan ke ni tiba-tiba marah" Lelaki itu dengan selamba katak puru memegang pergelangan tangan Zyra. Ini sudah lebih~
"Apak kau sayang! bila masa aku awek kau. Bila kala aku dah biasa dengan kau! Bongok, Bangang, Sengal, Tak guna, go to hell-lah kau." Zyra memaki hamun. Bukk!! singgah penumbuk ke hidung lelaki tak tahu malu itu. Bukk!! sekali lagi penendang singgah di celah kelengkang. Puas hati.
"Itu dah kenapa senyum-senyum, tak nak masuk dalam panggung dah ke?. Nak duduk luar sana sampai bila tu. Sempat lagi nak termenung kau ni. Teringat awek klon Scha Al-Yahya kau tu ke." Suara keras Zyra membuatkan Ezamirul ketawa perlahan.
"Awak ni dari awal kita kenal sampai sekarang, kasar selalu. Dah berapa lama agaknya perjanjian kita tu. Dekat dua atau tiga bulan jugakkan?. Sekejap aje masa berlalu." Zyra hanya mengangkat bahu. Dia terus menarik tangan Ezamirul masuk ke dalam.
"Tiket tadi seat nombor berapa?."
"Couple seat yang tengah-tengah ni." Ezamirul dengan bersahaja terus meluru ke arah tempat duduk. Zyra merasa seperti darah naik ke kepala dengan had terlebih ni. Kurang asam masin punya budak. Ada ke patut dia beli couple seat.
Melihat Ezamirul yang tiba-tiba berjalan kearah tempat duduk biasa, membuatkan dahi Zyra berkerut seribu. Dia segera menghampiri Ezamirul yang sudah melabuhkan punggung. "Kata tadi couple seat."
"Saja aje cakap, kenapa awak nak couple seat ke." Zyra segera menggeleng. Dia terus mengambil tempat duduk disebelah Ezamirul. Tiba-tiba teringat kes Ezamirul dengannya dahulu. Lantas dia tersenyum kecil. Panggung wayang digelapkan.
"Tumpang lalu." Zyra terus membelakangkan sedikit kakinya untuk memberi ruang kepada lelaki yang tidak dikenali itu untuk masuk. Lelaki itu melabuhkan punggu disebelah Zyra. Perlahan bahu Zyra dicuit oleh Ezamirul.
"Awak kita tukar seat boleh tak. Awak ambil tempat saya, saya ambil tempat awak. Okey?." Suara Ezamirul kedengaran seperti sangat berhara
"Kenapa pulak, wayang mula dah ni." Ezamirul terus bangun. Dia menarik tangan Zyra agar bangun sama. Lantas dia duduk di tempat duduk Zyra.
"Dah awak duduk tempat saya tu. Nak mula dah ni. " Mahu atau tidak, Zyra hanya menuruti kata-kata Ezamirul. Macam-macam ragamlah budak ni. Sesuka hati dia aje nak mengarah aku. Nasib baik memikirkan wayang dah mula kalau tak mahu aku bertekak dengan dia dalam panggung sekali lagi macam dulu.
BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *


6 Komen:
mia : adakah zyra jeles eza wat cm tu? hehe...btw suke tgk gelagat diaorg..comel :)
@zura asyfar
hahah zyra ni susah sikit.. dia tak suka tgk gelagat miang eza tu...
thanks akak sbb suke :)
hahahha...comel la diorang nih...
@einaa_akemi
hahah comel la sangat
best la..tp sayang sbb xbce dr episod mula2..huhuu
@hawiz
jd memang kena baca dri episode mula2 lah :D
Post a Comment