Saturday, April 09, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 29 ♥





“Seronok betul-lah cerita Merong tadi. Sayanglah hero mati. Nasib baik, bini dia Embok tu dah pregnant. Sebelum ni aku tak pernah tergerak kut nak membaca buku Hikayat Merong Mahawangsa yang abang aku beli dulu. Aku ingat bosan, rupanya best betul. Iyalah, masa dalam kelas sejarah aku belajar dulu aku memang cepat mengantuk. Ini filem epik yang pertama buka mata aku untuk hargai Sejarah Kesultanan Melayu Melaka ini. Agak-agak dalam buku punya mesti lagi bestkan. Terperinci punya.” Zyra meregangkan badannya sambil keluar daripada ruangan panggung wayang.

Ezamirul yang disebelah hanya mengangguk. Dia sibuk membaca sesuatu di telefon bimbit. Dari dalam panggung tadi Zyra dapat merasa telefon bimbit Ezamirul bergetar. Entah siapa yang mencari dia Zyra sendiri tidak tahu.

“Saudari.” Zyra segera menoleh saat bahunya dicuit daripada belakang. Ada seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an tersenyum memandangnya. Lelaki itu menghulurkan telefon bimbit kepada Zyra.

“Kenapa bagi saya telefon ni pulak?.” Zyra mengerutkan dahi. Lelaki itu pantas tergelak kecil. Zyra mengambil telefon bimbit itu, segera dirabanya poket seluar jeans.

“Ya Allah, terima kasih sangat-sangat. Saya tak perasan boleh terjatuh tadi. Macam mana awak tahu ini saya punya telefon.” Ezamirul yang berada disisi sudah berubah riak. Mahu sahaja dia menarik tangan Zyra disaat itu tetapi ditahan sahaja.

“Gambar wallpaper telefon tu, tadi awak yang duduk sebelah saya-kan?.” Lelaki itu melemparkan senyuman manis. Zyra hanya mengangguk perlahan. Dalam hati puas merungut atas kecuaian diri sendiri. Lepas ini agaknya dia harus belajar menggunakan beg tangan.

“Terima kasih ya saudara, maaf kami berdua harus pergi dulu.” Ezamirul pantas menarik tangan Zyra. Terkial-kial Zyra hendak mengatur langkah mengikut kelajuan berjalan Ezamirul yang kelihatan seperti sebal semacam. Ezamirul terus membawa Zyra turun ke tingkat bawah.

“Nak aiskrim perisa apa ni, tapi tak boleh McFlurry. Yang harga bawah dua ringgit aje boleh.” Soal Ezamirul sepatah saat mereka berdua berada di booth aiskrim MacDonald.

“Kedekut, seringgit sembilan bolehkan?. Yang macam kau order perisa epal tadi. Aku nak perisa coklat.” Zyra menanti dengan sabar disebelah Ezamirul. Kadang-kadang dia merasakan saat berada disisi Ezamirul dia seperti dimanjakan menjadi tak ubah seperti anak kecil atau mungkin bukan dimanja tetapi diperlakukan seperti anak kecil.

“Nah aiskrim awak. Jom, kita pergi pet shop yang bawah sana tadi. Awak kata awak nak tengok tadikan.” Zyra segera mengangguk laju. Mereka berdua berjalan beriringan turun ke tingkat dua sambil menikmati aiskrim.

Lama betul tak makan aiskrim beli, selama ni makan aiskrim pekerja buat dekat kedai aje. Zyra membebel sendirian. Sampai sahaja ditingkat dua, mereka berdua tidak terus masuk ke dalam kedai haiwan peliharaan tersebut, tetapi memilih untuk bersidai dikaki lima bersebelahan kedai haiwan peliharaan itu untuk menghabiskan aiskrim.

“Kenapa kau tarik aku tadi, aku tak sempat nak balas budi lelaki tadi. Kalau tak sebab dia, android aku ni dah lama lesap tahu tak. Macam kurang ajar pun ada tadi.” Zyra menjilat aiskrim semula sebaik sahaja selesai meluahkan apa yang terbuku dimindanya tadi pada Ezamirul.

“Sebab saya tak suka. Itu aje jawapannya.” Ezamirul menoleh ke arah Zyra dengan wajah serius. Zyra yang melihat bukannya rasa gentar tetapi lantas tersenyum dan tertawa perlahan. Pantas dia mengambil tisu lalu mengelap bibir dan hidung Ezamirul yang terkena aiskrim.

“Kenapa kau makan comot sangat ni, macam budak kecil perangai. Budak-budakpun tak makan comot macam kau tau. Pelik aku kenapa kau tak suka tadi. Aku rasa lelaki tu bukan buat apa-apa. Dalam panggung tadi pun sama tau. Bukannya luak apa-apa kalau lelaki tu duduk sebelah aku. Dia tu aku rasa tak ada macam perangai kau masa aku jumpa dulu.” Zyra berhenti mengelap. Dia terus berjalan ke arah tong sampah berdekatan untuk membuang tisu tadi.

“Saya cuma tak mahu sesiapa dekati awak. Saya rasa tergugat saat ada insan lain cuba berada disisi awak. Saya hanya mahu awak Melissa berada disisi saya. Tak mahu saya ulangi kesilapan dulu.”

“Ezam, kau cakap apa tadi aku tak dengar pulak.” Zyra mengelap mulutnya menggunakan hujung baju-T. Ezamirul segera menggeleng. Dia terus menarik tangan Zyra agar masuk ke dalam kedai haiwan peliharaan itu.

Zyra terus menghampiri arnab yang terletak dalam sangkar. Dicuitnya arnab itu dari celah ruangan besi itu. Ezamirul hanya memerhati dengan senyuman tak lekang dibibir. Tingkah laku Zyra sangat comel baginya.

Zyra mencuit hidung arnab itu. Warna merah jambu hidung arnab itu. Sangat comel. Bulunya gebu berwarna putih. Ezamirul tertawa perlahan saat mendengar Zyra membuat suara comel pada arnab itu atau mungkin lebih tepat membuat suara seperti anak kecil yang pelat.

“Alololo, comei budak ni. Gebunya bulu dia. Geramnya.” Zyra mengalih pandang pada escalator yang terletak bersebelahan dengan kedai haiwan itu. Kelihatan lelaki yang memulangkan telefon bimbitnya tadi sedang memandangnya dengan senyuman tak lekang dibibir. Zyra membalas senyum, lantas Ezamirul menarik tangan Zyra kasar. Dia membawa Zyra pada kucing yang terkurung disebalik jeriji besi.

“Tengok kucing ni comelkan dia. Macam awak aje perangai.” Ezamirul melemparkan senyum. Zyra hanya ketawa kecil walaupun pada hakikatnya hatinya dihambat rasa pelik dengan sikap Ezamirul yang semakin berubah.

“Miss, can I have your name and phone number?.” Zyra segera menoleh. Lelaki tadi ada disisi kirinya sambil melemparkan senyum. Ezamirul terus menggenggam tangan Zyra. Jari jemari kemas bertaut dicelahan jari jemari Ezamirul. Zyra mencuri pandang pada wajah Ezamirul dengan ekor matanya. Mata Ezamirul seolah berair. Mata yang meminta sejuta harapan dan pengertian. Kenapa macam ni tingkahnya.

“Encik...”

“ Faris, Mohd Faris Zulkifli.”

“Encik Faris, maaflah. Saya rasa saya tak dapat nak tunaikan permintaan encik ini. Saya tak kenal encik dan encik tak kenal saya. Why so sudden-kan?. Saya rasa tak perlu encik ambil nombor telefon mahupun tahu nama saya. Saya hanya orang yang encik bertemu tanpa sengaja.” Zyra tersenyum pahit.

Faris tersenyum senang, lantas dia memandang ke wajah Ezamirul yang kelihatan kusut sekali. “Tak mengapa, because of your brother right.”

Zyra pantas menggeleng. Bila masa pulak aku angkut abang aku sekali ni. Kalau nak kata Ezamirul abang aku jauh panggang dari api. Nak kata adik, lagilah mustahil kut.

“ Dia bukan abang mahupun adik saya.”

“He’s not?. Wow, muka kamu berdua seiras. Serius saya cakap, kalian saling tak tumpah parasnya. Sorry for disturbing buddy.” Faris terus menepuk bahu Ezamirul. Dia terus berlalu meninggalkan Zyra dan Ezamirul sendiri. Zyra terus bercekak pinggang menghadap Ezamirul.

“Do you know him, Ezam?.” Ezamirul hanya buat tidak dengar. Dia terus melangkah keluar daripada kedai haiwan peliharaan itu. Zyra mendengus kasar. Aku memang semakin tak faham dia ni. Mana-mana ada aje orang kenal dia. Mana-mana ada aje dia buat perangai.

Zyra mempercepatklan langkah mengejar Ezamirul. Langkah Ezamirul yang laju membuatkan Zyra kehilangan jejak. Mana pulak budak Ezamirul ni. Jalan laju sangat, lepas tu tinggalkan orang sendirian. Zyra naik ke kawasan atas Dataran Pahlawan. Dia melabuhkan punggung diatas rumput yang menghijau sendiri.

Tangan ditongkat kebelakang, dan kepala terngadah ke langit melihat kepulan awan yang memutih seperti gula-gula kapas. Earphone Ipod Shuffle disumbat ke telinga. Bibirnya mula terkumat kamit mengalunkan lagu yang sama seperti didengar.

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku, katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

“Hoi!” Zyra terus terjerit kecil apabila earphone miliknya itu dicabut kasar. Kelihatan disebelahnya Ezamirul yang sedang tersenyum. Aku memang geram betullah dengan dia ni datang lepas tu pergi. Kasar lepas tu sweet aje perangai.

BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

16 Komen:

Novelgurl said... [Reply]

hahah.. bestlah ^^
sweet je ezam tuh.

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Novelgurl

haha ezam sengal...
thanks :D

.:kiwi:. said... [Reply]

hee~ ada org kata kn... couple yg meant for each other.. biasanya ad iras2 sket... so, Zyra dgn Ezamirul ni...? hehe... nk dorg sme²! ^^

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@.:kiwi:.


hahah ye ke... insyallah kot sama2

zura asyfar said... [Reply]

betulla org ckp, kalau muka ade cm2 seiras sket2 maybe ade jodoh..hehe...btw i like eza wat cm tu kt zyra...tp cm overptrotected lak...hehe

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfar

heheheh.. ye ke kak...
tau tak pe..ngengada~

Mr H said... [Reply]

Niceee...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Mr H

thanks..

Solihin Zubir said... [Reply]

mesti awk salu buat suara comel kat aboy mcm zyra wat kt arnab tu kan... ;-p

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Solihin Zubir

hahaha, ye kot. Sangat selalu...hahah :P

Nana said... [Reply]

best100!!!!sgt2...n0vel nie....sy cuke....hikhikhikhik.....

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Nana

thanks nana :D

eLaThEeMoGiRl said... [Reply]

wuuu ~~~ mmg best . jauh tertinggal aku . haha ~ yg gmbr tu ganas beb ~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@eLaThEeMoGiRl

hoohohoho thanks..ganas le tu~

N A T A S Y A ツ said... [Reply]

ade smbgan lgi ark ?
best ar ! :DD

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@N A T A S Y A ツ

ada..sampai 34 dah :)