Saturday, April 16, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 30 ♥




Ezamirul meletakkan kotak setinggi kanak-kanak tujuh tahun itu ke tanah. Betul-betul diletakkan dihadapan Zyra. Zyra terus mengerutkan dahi saat melihat barang yang Ezamirul keluarkan daripada kotak itu.

“Kau nak buat apa dengan gitar ni.” Ezamirul hanya senyum lagi menampakkan lesung pipinya, lalu duduk di bertentangan dengan Zyra. Dia terus memetik gitar itu, alunan melodi indah menampar lembut gegendang telinga Zyra.

Biar-biar air mata menitis andai itu jadi penawar.
Biar-biar kelukaan terjadi andai itu pembuka mata.
Biar-biar perpisahan andai itu takdirnya

Pernah kau tanya erti bahagia.
Pernah kau tanya erti derita.
Pernah kau tanya erti sengsara.
Pernah kau tanya erti kecewa.
Pernah?

Makin jauh berlari, makin dekat menghampiri.
Makin hendak dilepaskan pergi, makin susah pula dilakukan.
Makin dicuba untuk melupakan, makin terbayang diingatan.
Itu kita panggil apa, cinta atau jua obsesi?

“Lagu apa ni? Aku tak pernah dengarpun sebelum ni.” Zyra menongkat dagu melihat Ezamirul yang sedang leka memetik gitar. Ezamirul menoleh dengan senyum, senyuman yang bisa membuatkan seluruh saraf berhenti berfungsi seketika.

“Bukan lagu, ini puisi.” Zyra terangguk-angguk mendengar. Ezamirul menghulurkan gitar itu kepada Zyra.

“Pegang kejap. Saya nak pergi beli sesuatu.” Ezamirul terus berlari sebaik sahaja Zyra mengangguk perlahan. Entah apa pulak dia nak beli lepas ni. Jangan piano sebijik sudah.


*****


Ezamirul sabar menanti dihadapan Big Apple Donut and Coffee. Sesekali matanya menjeling ke dada jam. Hampir sepuluh minit menanti tapi tak muncul jua orang yang dinanti. Tak sanggup rasanya membiarkan Zyra sendirian diatas sana.

“Sorry brother lambat. Aku pergi mencekik kejap tadi. Lapar gila, lama aku teringin nak makan asam pedas Melaka tu. Hari ni tertunai jugak.” Lelaki itu terus ketawa saat melihat wajah sebal Ezamirul.

“Sorry naik lori-lah. Mahu berjanggut aku tunggu kau dekat sini. Tadi kata nak jumpa cepat-cepat ni apa kes bro? Lama aku tunggu tahu tak, lama. Nanti yang dekat atas tu kena kacau merana hidup aku pulak. Tinggalkan dia lama-lama atas padang tu buat aku risau tahu tak.” Ezamirul mula bercekak pinggang. Lelaki itu hanya ketawa mendengar bebelan Ezamirul yang kelihatan sangat risau.

“Relaks la bro kau memang dah berjanggut sikit apa. Itu ada ciput dekat dagu tu. Kau ni aku baru sampai terus bagi bertubi-tubi bebelan mengalahkan M16. Alahai kau ni tak sampai setengah jam pun. Sepuluh minit tunggu pun nak berkira dengan aku. Bukan selalu aku turun Melaka ni.” Lelaki itu terus menghala ke tempat duduk yang berada di Big Apple Donut and Coffee itu. Ezamirul terus menghala ke kaunter memilih donat berkrim untuk Zyra. Usai sahaja selesai membayar dia terus mengambil tempat bertentangan dengan lelaki tadi.

“Kau baik cakap dengan aku, macam mana kau boleh ada dekat sini. Kau stalk aku dari mana ni dowh. Tiba-tiba muncul. Memang nak makan penyepak sebab tak bagi tahu dulu.” Ezamirul mengecilkan matanya. Geram sungguh rasanya.

“Salah? Alahai Ezam, aku nampak kau dekat parking lot tadi. Nak tegur nampak awek tu dekat dengan kau. Takut pulak aku nak tegur nanti kalau tersalah cakap parah pulak aku nak menjawap. Tu aku stalk kau sampai dalam tu, kebetulan okey. Kebetulan masa wayang tu.” Lelaki itu ketawa lagi.

Siot-lah kau ni Faris. Sengaja tempah maut dengan aku-kan. Mahu aku bagi penyepak dekat kau masa dekat depan panggung lagi. Sengaja kau kan. Sempat kau nak menggedik-gedik nak bagi aku panas.” Faris ketawa galak melihat wajah Ezamirul yang sudah berkerut seribu.

“Tersengaja bro. Aku nak jugak kenal dengan perempuan kau sebut-sebut sampai kau dah tak join kitorang setiap hujung minggu. Event-event yang ada pun kau tak muncul. Semua nak sangat jumpa kau tau.” Faris mula serius. Lantas Ezamirul mengeluh berat.

“Bagi aku setahun dulu. Setahun aje. Insyallah nanti aku aktif balik. Ini aku nak tumpukan hidup aku dengan dia. Peluang ni ada sekali aje beb. Aku tak nak kecewa lagi. Aku pasti aku untuk dia dan dia untuk aku.” Faris mengangguk perlahan.

“Bila bibir tak mampu melontarkan kata-kata yang ikhlas dari hati. Sejuta penipuan akan terjadi. Sampai bila kau nak berpura-pura? Sampai bila kau nak menipu?” Ezamirul mengeluh lagi. Faris menggelengkan kepalanya.

“Bila tiba saatnya aku akan terangkan segalanya. Aku memang tengah kalut sekarang. Macam-macam benda jadi sekarang ni. Dengan Lisa yang macam apa perangai. Lepas tu Izz yang tak habis-habis nak buat aku panas aje.

Bukan aku tak mahu, cuma aku rasa semua ni awal lagi. Terlalu awal untuk jelaskan pada dia. Selagi aku tak selesaikan kes dengan Lisa dan Izz macam mana aku nak cerita dengan dia. Aku sendiri tak tahu nak terangkan segalanya pada dia. Kalau silap terangkan nanti ada yang bawa diri atau mungkin aku yang kena belasah. Bukan boleh kira dia tu.”

“Itulah kau aku suruh kau bercinta dengan manusia. Kau bercinta dengan godzilla. Tentang Lisa tu, aku akan cuba selidik apa sebenarnya konspirasi dia tu. Ada something wrong dengan kehamilan dia tu. Kau kena pandai jaga hidup kau lepas ni. Jangan jadi macam dulu. Aku takut nanti kalau masa lalu kau yang akan musnahkan hidup kau. Zyra tu, baik kau terangkan betul-betul. Aku tak tahu nak tolong kau macam mana kalau pasal dia. Pasai abang sedara kau tu.....” Jeda.

“Nama dia Izz..”

“Haaa, budak Izz tu. Kau tak boleh biar dia terus serabutkan hidup kau. Kau kena berhenti berdendam dengan orang. Tak bagus berdendam ni, kau kena tahu bahawa sifat-sifat dendam, dengki dan marah itu di antara sifat-sifat yang menarik manusia kepada sebab-sebab kemusnahan dan kecelakaan. Sudah-sudahlah dengan Melissa tu. Jangan pulak kau jadikan budak Zyra tu sebagai sandaran. Aku tengok muka dia memang macam Melissa. Kau jangan pulak nak sukakan budak tu sebab dia macam Mel.” Ezamirul menjungkit bahu. Entah dia sendiri tak pasti sama ada betul atau tidak apa yang dia lakukan selama ini.

“Sudahlah Faris. Insyallah semua tu aku boleh selesaikan nanti. Malas aku nak fikir apa-apa lagi buat sementara ni. Kau datang sini seorang aje ke Faris.” Ezamirul mula mengubah topik. Sesungguhnya otak dia sedang sarat dengan pelbagai perkara. Dia haru rehatkan mindanya itu buat seketika.

“Aku dengan buskers-buskers lah. Siapa lagi yang nak mengangkut aku merayau sana sini. Diorang semua dok sakan tangkap gambar dekat A Famosa sana rasanya tadi. Tapi aku rasa sekarang diorang tengah kumpul dekat dataran tu lah. Rasanyalah.” Ezamirul mengangguk laju.

“Sahaja datang nak berjalan suka ria ke, ada event baru?”

“Ada event barulah. Lusa nanti rasanya. Dekat Ragamuffin kafe.” Ezamirul terkedu mendengar nama kafe itu. Biar betul Budak-budak buskers ni nak lepak sana. Macam mana aku boleh tak tahu ni.

Event apa?”

“Katanya buat untuk gathering forum bakat dan ruangan menulis. Katanyalah. Kita kena jemput nak bagi meriahkan suasana. Lagi-lagi ada geng forumer tu nak launch-kan novel baru.” Telefon Faris berdering membuatkan Faris berhenti berbicara. Terkocoh-kocoh dia mengangkat telefon yang berbunyi itu.

Faris terus bangun dan meninggalkan Ezamirul sendirian disitu. “Kurang asam mamat ni tinggalkan aku macam tu aje. Datang lambat, pergi nak awal. Puas membebel tinggalkan orang. Bagus punya perangai.” Ezamirul terus mengatur langkah pergi.

BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

16 Komen:

zura asyfar said... [Reply]

ape yg eza tu sorrokkn dr zyra? hmmm...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfar

hmmmmm, ape ek~

Keyla Frr . said... [Reply]

YA ALLAH , BESH NYAAAA CERITA YG DIA SHARE . HIHIHI . THANKS

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Keyla Frr .

HUH?
over la kamu... huhu, mekasih and sama2 :D

xazryx said... [Reply]

nice . :)

suffer8zine said... [Reply]

whoaaaa dah sampai 30 dah, diam x diam

Terkini Kucing Lahirkan Anak Anjing

twinkle twinkle said... [Reply]

lps spm ni nk bace la cite ni ;D

syairahmohdanuar said... [Reply]

bestnya!!!! >.< buskers buskers.hekhek :D

iezah said... [Reply]

mira best2...keep it up dear....dah keluar edisi nanti jgn lupa habq mai ya...cek mau..he....(^_________^)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@xazryx

tq :D

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@suffer8zine


hohoho tu lah pasai~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@twinkle twinkle

harap2 masa kamu abis spm dia dah keluar jd buku :P

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@syairahmohdanuar

tq2.. go buskers ~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@iezah

tq dear, I will :D

WITHOUT A SOUND said... [Reply]

eza cube rahsiakan pasal mellissa kan..kan..???
sbb mellissa seiras ngan zyra n that y, izz ngan eza bermasam muka....erk, berebut zyra...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@WITHOUT A SOUND

hohoho tak tentu jugak... ngeeee nantikan...