Saturday, April 23, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 31 ♥





Apa sahaja yang Zyra lakukan bila bersendirian dengan gitar dekat atas dataran tu. Zyra saya bukan nak menipu awak. Cuma semuanya mengambil masa. Saya tak mahu kehilangan orang saya sayang lagi buat masa ini. Maaf sebab saya gagal untuk jujur.

Menipu tak salah selagi tidak mencabuli hak orang lain.

Ezamirul menggeleng saat mendengar suara dikepalanya. Sungguh aku telah mencabuli kepercayaan Zyra. Walaupun dia sedar Zyra tak pernah kata apa-apa cuma dia gagal untuk menjaga hati Zyra. Takut jika nanti segala persoalan terbongkar dia akan dipersalahkan.

Terhadap perkara yang memang bukan hak tidak mengapa bukan?

Mungkin. Macam mana pulak aku yang menipu dari segi perasaan pada Zyra. bukan itu kira mencabuli perasaan aku atau mungkin juga perasaan dia. Adakah aku yang sedang memasang harapan padanya.

Kesimpulannya, penipuan itu variasi. Guna apabila kena pada tempatnya.

Adakah kena pada tempatnya saat ini. Aku menipu banyak perkara pada Zyra. Terlalu banyak.Terlalu banyak juga aku rahsiakan darinya. Aku akui diriku dan dia bukan sesiapa cuma perasaan aku kuat mengatakan ada sesuatu. Ada, cuma belum pasti takat mana letaknya.

“Zyra, awak buat apa ni.” Ezamirul melabuhkan punggung disebelah Zyra yang daripada tadi kelihatan tak senang duduk.

“Aku tengah nak makan gitar kau ni. Tak nampak dah tinggal separuh. Bosan tahu tak. Lama aku tunggu dekat sini. Aku rasa dah macam-macam pose aku buat sampai group hujung sana tu sedap tangkap gambar aku guna dslr diaorang.” Ezamirul menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Zyra.

Buskers? Ezamirul terus menepuk dahi. Kelihatan Faris berada diantara mereka. Ini yang payah ni. Harap si Faris tak bocor cerita. Sempat dia melirik senyuman pada Faris yang kelihatan sedang mengangkat tangan ke arahnya.

“Kenapa kau senyum dekat diorang. Kau kenal ke. Yang angkat tangan tadi budak nama Faris yang kita jumpa tu kan?” Zyra mencuit bahu Ezamirul. Pantas Ezamirul menggeleng. Gitar ditangan Zyra diambil.

“Nak dengar lagu apa. Saya nak nyanyi.” Ezamirul beralih untuk duduk bertentangan dengan Zyra. Direnungnya wajah gadis itu lembut. Dia tak mahu Zyra mengesyaki apa-apa antara dia dengan kumpulan seberang sana. Belum tiba masa.

“Hanya Ingin Kau Tahu by Republik. Tahu tak lagu tu. Aku dah lama nak dengar lagu tu. Lupa pulak download bawak masuk dalam Ipod ni.” Ezamirul terpana seketika. Perlahan dia mengangguk lemah.


Ku telah miliki, rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku, Kau lepas cintaku


Zyra terus tesenyum mendengar suara lunak Ezamirul. Tidak dia sangka lelaki ini mempunyai suara yang lunak walaupun selama ini dia cuba menafikan kenyataannya. Mata redup Ezamirul masih tak lepas memandang ke wajah Zyra. Mata meminta seribu pengertian dan menyimpan sejuta rahsia.


Yang seakan abadi, sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau fahami, Ku fikir ku salah mengertimu

Oh aku hanya ingin kau tahu, Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Untuk lalui waktu yang tersisa kini, Disetiap hari ku
Disisa akhir nafas hidupku


Jeda seketika. Jari jemari Ezamirul berhenti memetik gitar. Nafas berat dilepaskan. Pantas mata yang semakin memberat dengan air mata dilap menggunakan belakang tangan. Zyra pura-pura tak melihatnya.


Walaupun semua, Hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku, Melewati hidup

Yang seakan abadi, sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau fahami, Kufikir ku salah mengertimu

Oh aku hanya ingin kau tahu, Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Untuk lalui waktu yang tersisa kini, Disetiap hari ku
Disisa akhir nafas hidupku


Jeda lagi. Ezamirul memejamkan matanya. Kelihatan dia seperti bersungguh hendak menghabiskan lagu itu walaupun ada sesuatu yang bergolak didalam hatinya. Saat dibuka mata, masih jelas air mata bergenang ditubir mata. Zyra mula rasa serba salah. Dihulurkan tisu kepada Ezamirul tetapi Ezamirul hanya menolak lembut dan menyambung semula memetik gitar.



Oh aku hanya ingin kau tahu, Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Untuk lalui waktu yang tersisa kini, Disetiap hari ku
Disisa akhir nafas hidupku.



Ezamirul meletakkan gitar ke atas rumput yang menghijau itu. Seyuman kelat terpapar jelas pada wajah itu. Zyra hanya diam. Dia sendiri tak tahu ingin berkata apa. Sungguh dia tidak meminta agar Ezamirul menyanyi lagu itu kalau dia tahu lagu itu hanya akan menyakitkan perasaan Ezamirul.

Ezamirul merebahkan badannya ke atas rumput. Kepala dialas dengan tangan kiri dan tangan kanan diletakkan ke atas dahi. Emosi bercelaru saat menyanyikan lagu itu. Sejuta kenangan menghambat dirinya. Memori pahit manis seolah cuba memaksanya agar terus mengingati Melissa.

“Sorry, aku tak ada niat.” Zyra menepuk lembut bahu Ezamirul. Lantas Ezamirul menggeleng perlahan. Suasana sepi menyelebungi mereka berdua. Masing-masing melayan perasaan masing-masing. Seolah-olah mereka berdua berhenti bergerak diantara manusia lain yang sibuk dengan gelak tawa, lensa kamera dan tarian jalanan. Ezamirul mencapai plastik berisi kotak Big Apple Donut itu. Dibuka lalu menghulurkan kepada Zyra. Tidak sampai hati dia melihat Zyra diam membisu sebegitu.

“Saya beli ni. Makanlah. Awak tak makan lagikan. Nah rasa ni. “ Zyra menggeleng. Dia terus menyumbat earphone ke lubang telinga. Bukan merajuk cuma rasa serba salah dia pada Ezamirul, itu yang membuatkan seleranya mati serta merta.

“Tak nak pulak. Okey tak apa saya makan.” Ezamirul terus menyuap masuk donat berkrim ke dalam mulut. Satu, dua, tiga, empat dan yang kelima dihadamkan ke dalam perut. Zyra yang melihat hanya menelan air liur. Ni makan ke telan.

“Kenapa pandang saya macam tu, nak ke?” Zyra menggeleng lagi. Dialihkan pandangan ke kumpulan yang sedang membuat tarian jalanan sana. Mereka semua bersorak melihat rakan mereka membuat tarian hip hop, break dance atau mungkin shuffle, Zyra sendiri tak ambil tahu.

“Nah.” Zyra terus berpaling ke sisi kiri apabila mendengar Ezamirul berkata sedemikian. Lantas Ezamirul tergelak saat itu juga, mana tidaknya donat berkrim itu telah membuat muka Zyra menjadi comot. Habis hidung dan mulutnya terkena krim.

“Sorry-sorry tak sengaja.” Lelaki itu pantas mengelap krim dimuka Zyra itu menggunakan hujung lengan baju kirinya. Bibirnya tak berhenti mengukir senyum melihat wajah Zyra yang mula merah.

Zyra terus menolak tangan Ezamirul ke tepi. Donat yang berada ditangan kanan Ezamirul dirampas. Dengan wajah yang mencuka dia menjamah donat itu tadi. Ezamirul terus ketawa. Entah saat mendengar ketawa Ezamirul itu, hati Zyra menjadi tidak keruan.

Relaks Zyra, dia pangkat adik aje dengan kau. Nak cuak apa setakat dia gelak macam tu. Anggap hubungan kakak dengan adik aje. Umur tu dahlah jauh beza. Langit dengan bumi tu.

Ezamirul masih tersenyum melihat wajah Zyra yang kelihatan rungsing, malu, kalut dan segala jenis emosi yang terlalu banyak untuk dijelaskan satu persatu.



BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

6 Komen:

h A n Y S said... [Reply]

hamboi...ambik hero korea lagii..hindustan taknak ke..? heh heh heh~
novel online tu akan dibaca,insyaallah~ XD

Zulfikar Hazri said... [Reply]

angkat tabik spring.... salute.. sebab istikomah dalam menulis.. memang terer org suka tulis novel ni.. sebab cerita kena konsisten dan berkesinambungan... :) gudluck.. selamat maju jaya...

cikgu fiQ said... [Reply]

er...novelkah ini?
juz bLOgwalking here..kaLu sudi,terjah lah bLOg sy.
uhuhu
http://simpleasfiq.blogspot.com/

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@h A n Y S

hahahha..oraitee

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Zulfikar Hazri

terima kasih ya :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@cikgu fiQ

pulak?
okey then, InsyaAllah