Saturday, April 30, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 32 ♥





“Kau boleh jangan senyum tak. Buat sakit hati aku aje.” Zyra terus bangun. Langkah terus diatur turun daripada Dataran Pahlawan menuju ke kota A’Famosa. Para pelancong yang datang berpusu-pusu ke tapak tinggalan sejarah itu sedikitpun tidak menarik perhatiannya.

Zyra melangkah satu persatu tangga menuju ke bukit St. Paul. Kepalanya bergoyang ke kiri dan kanan mengikut tempo lagu. Berhenti dia seketika melihat lukisan-lukisan yang dijual ditepi-tepi tangga itu. Cantik, cat minyak semuanya. Pandai orang ni melukis. Kalau ada yang berkenan boleh letak dekat kafe ni.

Teruskan melangkah, tak jadi nak beli. Mahal sangat. Baik aku suruh abang aku lukis. Lawa rasanya kalau abang aku lukis. Masih ada rupa orang setakat ni, tak adalah rupa monyet atau raksasa hijau.

Zyra masuk ke dalam gereja lama itu. Dipilihnya tempat sesuai untuk duduk. Betul-betul dibahagian dalam gereja. Matanya menatap keindahan Kota Melaka yang boleh dilihat daripada situ. Jauh nun disana kelihatan kapal sedang berlayar di Selat Melaka. Selat yang merupakan salah satu jalur pelayaran terpenting di dunia, sama pentingnya dengan Terusan Suez atau dikenali juga sebagai terusan Panama.

“Lebih kurang 50,000 kapal kargo dan kapal minyak melalui Selat Melaka dari barat ke Timur setiap tahun. Selat Melaka ni penting kepada kestabilan ekonomi dunia khususnya kepada negara Amerika Syarikat, Jepun , China dan negara negara lain di Asia Tenggara. Hampir satu perlima perdagangan dunia terpaksa melalui Selat Melaka, awak tahu tak?” Zyra terus berpaling saat mendengar bicara Ezamirul yang lebih kuat daripada bunyi lagu yang berkumandang dicorong alat pendengar mp3 miliknya. Alat pendengar ditanggalkan daripada telinga.

He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice yang membawa maksud sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia. Kata-kata ni datang daripada Duarte Barbosa kerana pada abad ke-15 dan ke-16, Melaka ni kiranya tempat perdagangan rempah dengan fungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka.” Zyra merenung ke wajah Ezamirul. 

Macam tak percaya budak macam Ezamirul ni peduli dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka ni. Dia fikir remaja sekarang lebih peduli dengan sejarah hidup seorang artis terkenal seperti Shahiezy Sam, Fasha Sandha, Tizz Zakiah atau sesiapalah lagi artis yang Zyra sendiri tak ambil peduli.

“Apa sebenarnya jadi pada tahun 1511?” Zyra menyoal. Sesungguhnya dia sendiri sudah lupa dengan Sejarah Melaka semenjak meninggalkan buku-buku untuk dibaca.

“Sebenarnya pada tahun 1511, Alfonso d'Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos. Dia ni ada buat permintaan nak membina sebuah markas Portugis dekat Melaka tetapi permintaan dia ditolak sultan. Lepas 10 hari dengan bantuan pembelot dari kalangan pembesar dan orang dalam istana yang iri hati dan dengki diatas pemashuran Tun Fatimah. Rasanya sebab diorang ni bimbang akan kedudukan jalur keturunannya saya tak ingat sangat, lepas tu pihak Portugis berjaya mengepung lalu menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Diorang pun bina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun. Itu secara ringkaslah.” Ezamirul mengambil tempat duduk disebelah Zyra setelah lama berdiri.

“Biasalah, orang selalu kata orang melayu ni senang aje nak dapat phD. Buktinya dari zaman dulu kala sampai sekarang ada aje phD-nya tak payah belajar tinggi-tinggi terus dapat senang macam tu aje. Sebab phD Melaka terus dibawah jajahan Portugis. Jatuh macam tu aje empayar yang dibina selama ini dengan susah payah.” Zyra mengeluh berat. Sayang sungguh empayar unggul jatuh rebah seoalah meruntuhkan istana pasir. Hanya dengan kesilapan dan perasaan tak puas hati empayar yang gah retak. Tak berdiri kembali.

“PhD?”

“Perasaan hasad dengki. Aku bukan nak sarcasm, cuma kenyataan kut. Entahlah. Tapi bukan semua orang Melayu asyik nak berhasad dengkikan?” Ezamirul mengangguk perlahan, pandangannya turut dialih pada Selat Melaka.

Zyra dan Ezamirul mula melayan perasaan masing-masing. Pelancong asing yang lalu lalang dipandang sepi. Zyra memerhati dinding gereja lama itu. Habis budak-budak jadikan tempat vandalisme. Bukannya menghargai tetapi merosakkan tinggalan sejarah yang berusia ratusan tahun ini.

“Mana gitar kau Ezam.” Ezamirul yang sedang termenung daripada tadi mula tersentak. Gitar yang disandarkan pada dinding dihulurkan kepada Zyra. Ezamirul hanya memerhati Zyra yang sedang memetik tali-tali halus yang ada pada badan gitar itu. Lantas senyumannya terserlah.

Tak sangka Zyra juga pandai bermain gitar. Kepala ditongkatkan dengan tangan kiri beralaskan peha. Ezamirul seronok melihat senyuman yang terukir pada bibir mongel Zyra itu. Gadis yang duduk disebelah kirinya ini terlalu menarik hati. Sanggupkah dia menerangkan segalanya nanti.

Zyra terlalu istimewa. Cuma dia takut jika kebenaran tiba nanti Zyra tak akan biasa menerimanya. Zyra akan pergi meninggalkannya seperti mana Melissa. Dia takut akan kehilangan. Dia benci akan kehilangan. Kenapa mesti berlakunya kehilangan, perpisahan atau semua yang menyebabkan tangisan lelaki ini jatuh tanpa memikirkan egonya.

Kalau tidak bertemu dengan Zyra pasti sekarang dia masih seronok mempermainkan hati perempuan. Kalau tidak kerana Zyra pasti dia lupa agama yang dianutinya ialah Islam. Lupa mana halal mana haram. Lupa setiap perbuatannya itu dilihat oleh Allah SWT.

Kalau bukan kerana tersekat dengan Zyra pasti sekarang dia menghabiskan masa di kelab-kelab malam. Mengecewakan buskers yang selama ini puas memberi nasihat. Kasihan Faris yang selama ini banyak bersabar dengan sikapnya dulu. Baran tak kira masa. Degil lagi keras kepala.

Kehilangan Melissa yang buat dia jadi hilang punca sebegini. Onar yang dilakukan Izz buat dia tidak menjadi Ezamirul yang mendengar kata, lembut hati dan penyayang. Kemunculan Zyra seperti sinar suram yang hadir dalam gelapnya hidup Ezamirul. Sinar yang semakin hari semakin cerah dalam hidupnya.

Melissa, sama seperti Zyra. Raut wajah mereka berdua saling tak tumpah. Garang tak semena Zyra kelihatan seperti Melissa. Apa yang aku dah lakukan pada Zyra ini adakah sejuta penipuan hakiki. Adakah memilih untuk mendampingi Zyra kerana Melissa. Adakah perasaan ini muncul kerana memikirkan Zyra itu Melissa.
Keluhan berat dilepaskan. Zyra masih lagu memetik gitar mengalunkan melodi indah. Mendengar Zyra membetulkan suara buat Ezamirul tersenyum kecil. Comel apabila Zyra berkelakuan sedemikian.

Cinta adalah anugerah yang kuasa
Yang bila terasa betapa indahnya

Ezamirul ketawa perlahan saat melihat Zyra yang kelihatan seperti lupa lirik lagu itu yang seterusnya. Diam Zyra yang lebih sepuluh minit membuat Ezamirul menyanyi sama.

Sungguh lemah diriku, tak bererti hidupku
Bila tak ada dirimu

Zyra terus menepuk dahi lalu mengangguk laju. Macam manalah dia boleh lupa bahagian itu. Lagu macam tu punya senangpun dia payah nak mengingat. Ezamirul ketawa lagi. Zyra hanya mampu tersengih.

Aku ada kerana kau pun ada
Dengan cinta , kau buat diriku hidup selamanya

“Salahlah awak, terus jump korus kenapa. Banyak lagi tertinggal tu. Mana andai ku bisa akan ku balas tu. Aduhai, awak nyanyi tak ingat lirik. Kalau masuk jangan lupa lirik stage pertama dah out.” Ezamirul merampas gitar yang berada di tangan Zyra. Pantas dia melompat turun daripada tempat tadi.

Ezamirul terus melangkah turun daripada Bukit St. Paul yang dulunya dipanggil Bukit Melaka. Terkocoh-kocoh Zyra mengatur langkah pada tangga yang beratus mungkin jumlahnya. Ezamirul berhenti melangkah secara drastik tanpa sengaja Zyra terus terpeluk lelaki yang tinggi lampai itu. Pantas senyuman Ezamirul terus meleret, dia menggenggam tangan Zyra yang melingkar dipinggangnya. Mata lain mula memerhatikan mereka berdua.

Wajah Zyra mula merona kemerahan. Pantas dia cuba meleraikan tangannya daripada genggaman Ezamirul. Zyra terus berlari turun meninggalkan Ezamirul. Kedua-dua belah tangannya melekap ke pipi. Panas dah mukanya terasa. Lagi panas daripada cuaca sekarang. Pipinya ditampar-tampar perlahan.

“Kurang asam punya Ezamirul. Dia ingat apa adegan hindustan, hollywood, atau mungkin bollywood. Malu aku. Jatuh saham aku. Orang pandang pulak tu. Abang Mal tolong aku.” Zyra cuba melintas jalan raya untuk pergi ke Mahkota lantas tangannya ditarik daripada belakang. Zyra menoleh. Kelihatan Ezamirul dengan wajah seriusnya.

“Nak melintas tu tengoklah lampu isyarat tu warna apa kalau ya pun.” Ezamirul melepaskan pengangan tangannya pada lengan Zyra. Zyra memeriksa lengannya yang digenggam erat tadi. Merah. Kejap sungguh pegangan Ezamirul ditangannya tadi, Zyra merenung ke wajah Ezamirul yang kelihatan merah. Adakah merah kerana menahan marah atau cuaca sekarang panas sangat. Ezamirul terus berlalu meninggalkan Zyra sendirian ditepi jalan.

Zyra berlari anak mengekori Ezamirul. Dalam hati sudah merungut dengan sikap Ezamirul yang suka meninggalkannya. Suka sangat buat kepala sendiri. Entah kenapa Ezamirul kini tak sama seperti Ezamirul yang dia temui waktu pertama kali dahulu. Semenjak balik ke kampung dahulu Ezamirul mula berubah 360 darjah. Apa yang tak kena sebenarnya. Mamat ni putus fius ke.

“Aku nak balik!.” Zyra menjerit daripada jauh setelah gagal mengikut langkah Ezamirul yang terlalu cepat itu. Ezamirul berpaling, senyuman sungging terukir dibibirnya. Pantas dia menghampiri Zyra. Berdiri betul-betul berhadapan dengan Zyra. Mata redup Ezamirul buat Zyra tak tentu arah.

“Kenapa jerit-jerit, macam gorilla tahu tak.” Ezamirul terus ketawa saat melihat wajah Zyra yang mula gelabah. Muka Zyra bertukar rona. Kurang asam betul dia ni. Ingatkan nak buat adegan romantik lagi ke apa, rupanya nak kata aku macam gorilla. Sampai hati kata aku yang comel macam Song Kye Hyo versi mata biru ni dia kata gorilla.

“Aku nak balik rumah tahu tak. Nak balik. Nak balik. Nak balik. Nak balik jugak. Tahu tak. Nak balik rumah sekarang jugak. Nak!.” Ezamirul membulatkan matanya melihat perangai Zyra yang tak ubah seperti anak kecil itu.

“Nak balik buat apa?” Ezamirul bercekak pinggang.

“Nak balik sebab aku nak baliklah. Balik sebab nak balik faham tak. Balik. Balik bukan apam balik. Balik ke rumah untuk balik. Balik sekarang juga sebab nak balik rumah. Balik. Back. Balik itu back. Balik-balik tahu tak nak balik.” Ezamirul mengerutkan dahinya hingga menampakkan tiga garis. Apa benda yang Zyra cuba sampaikan dia sendiri tak mengerti. Dari tadi ulang perkataan balik. Kalau betul nak balik rumah janganlah protes macam ni sekali. Setengah gila nak memahamkan.

Ezamirul meletakkan belakang tangannya ke atas dahi Zyra. Zyra pantas menepis. Ezamirul meletakkan tangannya semula lagi. Zyra menepis lagi lantas menjarakkan tubuhnya daripada dekat dengan Ezamirul. Saat Ezamirul menghampirinya sekali lagi lantas Zyra melekapkan telefon bimbit ke telinganya. Ezamirul mengeluh perlahan.

“Intan, mana kau pergi selama ni. Berbulan aku tak jumpa kau. Khabar berita tak ada. Kau duduk ceruk mana ni tak beritahu aku. Sampai hati kau tak bagi tahu aku mana kau pergi. Sampai hati kau lupa pada kawan baik kau ni, Peah.” Intan yang berada dihujung talian sudah tertawa.

“Tarik nafas, hembus. Tarik, hembus. Kau ni tak boleh nak relaks sikit ke. Aku baru cakap hello tadi dah kena bertubi-tubi. Tak sempat nak bagi salam lagi tahu tak. Aku betul-betul minta maaf dengan kau Minah. Serius aku tak sempat nak inform kau hari tu. Masa lepas deal perjanjian dengan budak kau buli tu, diorang call aku nak hantar pergi kursus for five months dekat Dubai ni . Serius hari ni baru aku dapat call kau, kau ingat roaming murah ke. Aku cari kau online skype, YM or Facebook tak pulak?” Zyra pantas menepuk dahi.

“Sampai hati kau pergi Dubai tak bagi tahu aku. Tak reti-reti nak hantar mesej dah. Bukannya tak boleh tinggal offline message. Facebook tu sejak bila tak boleh tinggal mesej atau nota dekat wall? Email lagilah senang, tak ada inisiatif nak cuba langsung?” Zyra berjalan mencari tempat duduk berdekatan dengan Menara Taming Sari. Ezamirul hanya mengekori daripada belakang.

“Jangan marahlah, okey salah aku jugalah sebab tak terfikir macam tu sekali. Aku ni kau macam tak tahu pulak kadang-kadang mana terfikir semua tu. Dah lah aku punya kerja melambak-lambak dekat sini. Dua minggu lagi aku balik ya. No worries. Dia bagi cuti rehat kejap, tapi seminggu ajelah dekat Malaysia. Nanti kena fly ke sana semula.” Zyra sudah tersenyum. Tak sabar nak menanti kepulangan Intan.

“Kau balik nanti bawa aku ole-ole dari Dubai. Wajib. Kalau tidak siap kau. Sebagai denda nanti kau kena belanja aku makan KFC sekali okey.”

“Iyalah. Aku tak lupa pada kawan aku seorang ni. Kau dengan budak sengal tu macam mana? Okey? Seronok tak membuli anak teruna orang.” Intan mula ketawa.

“Kau baliklah dulu aku cerita. Aku rasa aku boleh setengah gila dekat sini.” Zyra merendahkan suaranya sambil mata melirik ke arah Ezamirul.

“Kenapa pulak? Budak tu buat pasal dengan kau ke sampai kau boleh jadi setengah gila ni”

“ Dia tu............”

Tuuuutttt. Talian terputus. Zyra terus mengeluh berat. Masa inilah dia nak putus. Mengenangkan sikap kedekut Intan mustahil Intan akan menelefonnya semula. Tak apa balik nanti mesej di Facebook sahaja. Sekarang tak ada privacy langsung. Ezamirul asyik merenung wajahnya sahaja. Nak bercakap pun jadi serba tak kena sekarang ni.

Ezamirul terus bangun dan menarik tangan Zyra. Terkial-kial Zyra hendak mengikut langkah Ezamirul itu. Dia diperlakukan tak ubah seperti boneka yang tak bernyawa. Pantas dia merentap tangannya dari genggaman Ezamirul. Lelaki itu tersentak.

“Kau dengar sini. Aku bukannya perempuan yang kau boleh suka-suka tarik sana sini. Aku bukannya orang yang kau biasa jumpa. Kau jangan lupa kau terikat dengan perjanjian dibuat aku. Bukan perjanjian kau. Jangan bertindak ikut kepala kau sampai lupa beza kita. Aku nak balik!.” Wajah Zyra mula menyinga. Sungguh dia rasa sakit hati dengan sikap Ezamirul itu.

“Nantilah kita balik. Sekarang ikut saya dulu okey. Please.” Ezamirul membulatkan matanya yang sepet. Zyra hanya mendiamkan diri. Dijelingnya Ezamirul tajam.

“Janganlah jeling macam tu, tergoda saya nanti.” Ezamirul tertawa perlahan. Zyra mendengus kasar. Tangan Zyra ditarik perlahan oleh Ezamirul sewaktu melintas jalan. Zyra hanya mampu mengikut sahaja langkah lelaki itu. Kesabaran yang banyak perlu ada saat berasama dengan Ezamirul ini.


BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

10 Komen:

Ema Emaharuka said... [Reply]

So sweet;)

nachen said... [Reply]

best betul. perangai zyra ngn ezam x mnentu. huhu

Ika Suhaimi said... [Reply]

HAHA sweett sweett .lagi lagi . cepatlah abis . tak sabar tak sabar.

xcyber said... [Reply]

romantisnyer =)

Nur Afifah bt Mohd Yusof said... [Reply]

nakallah ezam ni..hehe..
sweet tengok diorang dua..comel jew..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Ema Emaharuka

sweet ke mengada bdk2 tu..haahha

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@nachen

hahah macam angin~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Ika Suhaimi

sabar2 :D

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@xcyber

hahah romanitis ke romangedik~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Nur Afifah bt Mohd Yusof

sangat nakal + gedik..hahahha