Monday, April 18, 2011

WANITA BERPAKAIAN TAPI HAKIKATNYA BERBOGEL? ♥

Sumber carian google

Assalamualaikum. Mengah nak menulis entry tak puitis dan penuh menahan rasa amarah tiba-tiba sebaik sahaja buka facebook. Melihat perempuan sini sana, bergaya sakan depan kamera. Pakai tudung tapi dedah sini sana. Pakai tudung tapi bukan main bergambar dengan bukan muhrim. Rungutan perempuan tentang pemakaian lelaki. Gila fesyen pulak lagi. Muak. Bosan. Maaf aku memang kasar dan garang bersuara.


GUA : Berapa kali harus orang larang. Berapa kali harus orang tegur. Berapa kali lu nak pekak kan telinga, tutup mata, butakan hati disebabkan gila dengan menunjuk.

LU : Ini bukan menunjuk, ini kebebasan berekspresi. Fesyen ikut arus masa.

GUA : Kononnya kebebasan berekspresi. Ya, konon. Inikan negara yang memberi hak demokrasi kepada penduduknya. Tapi bukan hak untuk lu lupa hukum, dan maruah diri. Memang Islam tak larang umatnya berfesyen tapi agak-agaklah.

LU : Janji aku pakai tudung.

GUA : Hakikat memang ramai yang bertudung. Ramai sangat tapi dia lupa tudung hanya dikepala. Aurat lain lupa pula hendak ditutup. Lupa konon. Lu bangga ya dengan legging. Lu bangga ya dengan baju sendat. Bangga dengan baju lengan pendek. Bangga ya tudung yang tak menutup bahagian dada. Sudahlah. Bosan gua nak melihat.

LU : Biarlah facebook aku bukan facebook kau, gambar aku bukan gambar kau. Hak aku bukan hak kau

GUA : Ya memang tapi gua prihatin dengan lu. Gua takut lu menerima apa-apa musibah disebabkan kebebasan berekspresi lu itu. Seronok pula tayang muka dengan mimik yang entah nak kata comel tak juga. Nak kata ayu tak juga. Ada yang muncung itik. Ada yang ikan buntal. Ada yang jadi tenggiling. Macam-macam tak tahu nak kata rupa apa entah. Serius gua kata tak comel. Kucing gua lagi comel.

LU : Kau cemburu sebab kau tak cantik.

GUA : Bila kala gua nak cemburu Minah, benda sampah macam ni gua tak ada masa nak cemburu. Apa lu merepek ni Peah. Gua cemburu kalau perempuan tu boleh bertudung labuh, pakai niqab sedangkan gua masih terkial-kial nak membaiki diri dan berpakaian seperti dia.

LU : Ini panggil camwhore tahu.

GUA : Konon camwhore lah tu. Tolonglah matang. Tolonglah waras. Tak kira bertudung atau tidak. Setiap 30 kali sehari syahwat lelaki akan terangsang. Ini common sense tak perlu belajar biologi. Lu pakai tudung singkat, t-shirt pendek, jeans ketat, kebaya ketat, kain singkat, mekap tebal macam opera dan macam-macam lagi lu rasa cantik nak tayang dekat facebook ke apa ke sampai tak sedar kalau ada mahluk Allah berjantina lelaki tengok gambar lu.

*sigh = 180411 : 1511


"Di akhir zaman, wanita berpakaian tetapi hakikatnya berbogel". Faham tak ayat tu. Lawak bila kau persoalkan pakaian lelaki apa kau tak suka. Singlet nampak ketiaklah, seluar pendeklah, lelaki pakai minyak wangi bau kuat sangatlah, pakai baju kecil lah cut the crap. Oh perempuan kalau lelaki tak apa aurat dia tak sama dengan kita ni. Aurat dia dari paras pusat hingga ke lutut, jadi apa masalahnya?.

Kau tu kena tengok diri sendiri. Kau pakai singlet, seluar pendek, minyak wangi untuk menarik minat lelaki, baju kecil dan singkat itu dosa tahu tak. Berhenti merungut dengan pemakaian lelaki tu yang kau rasa tak macho sedangkan kau yang memakai tak ubah seperti dia. Dia pakai tak apa, kau pakai yang masalah.

Aku rasa ramai dah tegur. Aku rasa cikgu agama kau dah ajar cara pemakaian dari segi Islam. Aku rasa kau pun dah besar, dah tahu mana halal mana haram. Mana baik mana buruk. Terpulang. Jika kau rasa nak teruskan hasrat terpendam untuk berekspresi kau tu silakan. Apa-apa jangan salahkan orang lain sebab orang semua dah tegur. Fikirlah sendiri. End.




Baca aku & mereka
  1. Kau membuat aku berzina denganmu oleh aku
  2. Perempuan bertudung tak boleh pakai oleh aku
  3. Pakai purdah letak dekat gambar di facebook oleh mereka
  4. Hukum papar gambar di facebook oleh mereka
  5. Letak gambar muslimah di facebook oleh mereka
  6. Bertudung tak semestinya menutup aurat oleh mereka
  7. Syahwat lelaki terangsang 30 kali sehari oleh mereka
  8. Nak juga aku tampar punggung perempuan pakai legging oleh mereka
  9. Channel video-video Ustaz Azhar Idrus oleh youtuber

34 Komen:

KyêrulL said... [Reply]

Thumbs up! yehaaa :) suka entry niE..

MissSyarniFarida said... [Reply]

well they say it's fashion la konon konon , duhhhh

nice entry, pompuan pompuan kat sana tolong lah berubah, ecehhhh

fuuyooh said... [Reply]

salam.. lepak cni kejap sambil baca entri.. hehe
Malam jumaat malam keliwon

alyana hamdan said... [Reply]

perempuan zaman skrg mmg kebykan macam tu...suka dgn cara pakaian y ketat jarang sume..lagi2 bila dikhalayak ramai pon nak pakai gitu..sah2 xd rasa malu..
yana xkata yana ny menutup aurat sgt..tapi kalaw sampai tahap seluar legging ea.?wahh..xpernah sentuh kot..
betul ke eja legging tu.?bedal alh..hehe..
=)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@KyêrulL <----- diam kejap tgk nama ni..hoho.. thanks bro :D

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@MissSyarniFarida

true right, hi5!

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@fuuyooh

wslm..sila2~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@alyana hamdan

tau tak pe..hhohohoho betul lah tu legging~

af sembilan said... [Reply]

:)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@af sembilan

aihh senyum? hohoho

nelly said... [Reply]

sangat setuju .tak boleh komen banyak ..
diri banyak tak betul ~

cira nd said... [Reply]

sukaaa :)

amal_fc1303 said... [Reply]

nie nama nye dunia akhir zaman. pakai tudung tpi dress up sama ngan org free hair jer. baik bkak je tudung tu. orang yang suka pertikaikan dress up laki tu
xyah pertkaikanla. tgk kita dlu sempurna ke kita nie dress up. kalau ckup sempurna boleh la pertikai kan.

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@nelly

hohoh pulak dah~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@cira nd

hi5!

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@amal_fc1303

tau tak pe, hi5 amal~

wanie m.n said... [Reply]

suka gila entri!!

mmg x dpt disangkal, ramai kaum hawa lbh bmegah dgn kecantikan mereka.

nak2 plak dgn dress up yg lbh up-to-date la katanya..

minta diri kita sentiasa berada di landasan yg betul.

akak pun masih tak sempurna lg pemakaiannya.. still amalkan legging tangan..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@wanie m.n

tq.
betul2.. konon~
hmm kita berubah perlahan2, sy pon tgh cuba :)

Solihin Zubir said... [Reply]

errr.. mcm knal je pompuan yg dimaksudkan tu... yg kt twitter tu kan.. yg femes ngalahkan siti nurhaliza tu kan? haha..

sy pon panas hati baca tweet2 dia yg bebal tu.. mmg niat nk update lam entry, tp awk buat dulu.. haha..

takpa.. tggu versi sy plak pasni.. kasar skit.. ;-p

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Solihin Zubir

hahahha kan2.. sy baca tweet awak tu..hahahahhaha diam2 aje...

marah nampak... :P

oraite sy tunggu tu..hahah

miera azmi said... [Reply]

thnx u atas sgle nsihat yg bergune nie....memberi sye keinsafan.... nk kata sye nie smpurne xdlah....tpi sye sdg dlm proses membaiki diri sndiri ke arah lbh baek....sye suke semua cite2 awk kat dlm blog awk nie...memberi seribu keinsafan n pngajaran kpd diri sye sndiri n owg laen jgk...=D

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@miera azmi

Welcome...Thanks :)
InsyaAllah kamu boleh membaiki diri, sy juga sdg melakukannya.
Harap-haraplah ye. InyaAllah :)

adan said... [Reply]

salam, datang dari blog bro solihin.. nak tahu gak sape perempuan yg dimaksudkan tu?

btw entri ni menarik.. menarik sangat2.. seriyes nak tau sgt2 sape pompuan tu.. bajet giler..!

Shira Afya Hashim said... [Reply]

camwhore lah sgt. ish ish.

efa said... [Reply]

dtg sini dri blog SZ hehe like entry ni hehe

aLya maNip said... [Reply]

aip2..first time dtg cinie..betul apa yg sys cakap tu.. alya sndiri pon ngah try my best tuk berubah..bnyak agi yg nak diperbetulkan..
btw, thanx sharing..

Woofer Storm said... [Reply]

thank sis..entry bgus untuk sy dan blogger yang lain..,moga jgn skdr baca,tapi hayati apa yang dishare bersama..follow sni,dtg dari blog nub

Miecyber said... [Reply]

Kita mesti menjaga aurat kita...tiada kompromi..

Robot halus

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@adan

tanyalah solihin..heheh.

thanks...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Shira Afya Hashim

geleng kepala laju2~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@efa

thanks... :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@aLya maNip

btul2.. sama2 kita ubah...
thanks & welcome :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Woofer Storm

welcome & thanks :)
trueeee dear :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Miecyber

betul2... :)