Saturday, May 07, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 33 ♥





Zyra termenung sendiri didalam bilik. Direnungnya siling tanpa dapat menafsirkan apa perasaannya saat ini. Terngiang-ngiang ditelinganya kata-kata Ezamirul tadi saat makan bersama di restoran makanan segera itu.

“Awak ayam ni perisa Hot N’ Spicy kan? “ Zyra hanya mengangguk perlahan dengan mulut yang masih menguyah ayam goreng itu. Ezamirul menganggkat bahagian peha ayam itu. Ditenungnya ayam goreng itu dengan senyuman meleret.

“Awak tahu tak, walaupun saya hot dan mulut awak tu spicy tapi kalau kita bersamakan lebih sedap daripada ayam KFC ni.” Ezamirul terus tersenyum dengan mata terlirik ke arah Zyra. Pantas Zyra tergelak terbahak-bahak mendengar perumpamaan Ezamirul itu sehingga tersedak. Lelaki itu terus pergi ke belakang Zyra dan menepuk belakang badannya perlahan.

“Itulah gelak tak ingat dunia sampai tersedak. Betul apa saya cakap. Saya hot dan awak pulak spicy. Kalau ayam ni biasalah memang sedap kalau dimakan, tapi kalau kita yang bergabung mesti lagi sedap. Serius saya cakap ni.” Zyra terus mencapai air Tropicana Twister dihadapannya itu bagi menghilangkan rasa perit ditekak. Kata-kata Ezamirul sengaja dia buat tak dengar. Ada ke patut bagi perumapamaan pelik macam tu sekali.

“Awak tu air saya-lah.” Zyra terus menepuk dahi. Ezamirul terus ketawa lagi melihat Zyra yang mula gelabah.

Bibir Zyra tanpa disedari mula tersenyum meleret. Dialihkan badan ke kiri, terdengar lagi perumpamaan Hot N’ Spicy Ezamirul ini. Dialihkan badan ke kanan, tersentak pula dek terbayang senyuman Ezamirul. Lantas ditekupnya muka dengan bantal. Terus dia menjerit kuat.

Semua ni memang tak kena. Aku tak boleh biarkan perasaan aku hanyut dengan Ezamirul tu. Aku dengan dia macam pluto dengan bumi. Semua ni mustahil. Beza umur memang terlalu jauh. Aku tak sanggup nak hidup dengan lelaki yang lebih muda daripada aku. Aku tak boleh terus macam ni. Ini baru empat bulan hidup dengan dia aku dah setengah gila. Entah macam manalah untuk lapan bulan lagi. Cepatlah masa berlalu. Aku rasa aku dah tak sanggup lagi nak bermain perasaan dengan budak tu.

Bunyi telefon bimbit mematikan lamunan Zyra. Pantas android itu ditekap ke telinga. “Hello, Haaa Zack ada apa pulak kali ni? Tak sempat-sempat nak call esok ke. Ni dah pukul 10 malam dah ni kan. Aku dah nak tidur dah ni.” Zyra melirik matanya ke jam dinding.

“Boleh tak kalau kau cakap satu-satu. Bagi peluang aku nak bercakap dulu boleh tak Peah!.” Zack sudah mengeraskan suaranya dihujung talian. Zyra pantas tertawa saat mendengar nada suara Zack itu. Mesti bengang sungguh lelaki yang lima tahun tua daripadanya itu.

“Baik kau berhenti gelak sekarang. Ada satu problem yang sangat kau tak suka dengar sekarang ni.” Zyra mula senyap. Dia diam menanti kata-kata Zack yang seterusnya. Masalah apa pulak yang muncul masa macam ni.

“Lusa event gathering forumers tu jadi betul tak. Budak buskers kita panggil tu pun dah sampai Melaka hari ni. Makanan, tempat dan masa semua dah siap pilih betul tak. Semua dah lengkap. Cuma.....” Zack diam seketika. Takut kalau-kalau Zyra akan melenting selepas ini.

“Cuma apa. Bahan tak cukup, pinggang mangkuk tak ada, tempat tak cukup luas, budak buskers yang sampai sikit aje, bajet lari atau diorang batalkan gathering tu? Baik kau cakap apa yang tak kena dengan aku sekarang. Sementara esok boleh selesaikan.” Zyra sudah turun daripada katil. Dia sudah mundar mandir didalam bilik menanti jawapan Zack. Pantang betul kalau ada masalah datang bila nak dekat dengan tarikh aktiviti dijalankan.

“Bukanlah. Kurang workers. Budak Siti tu esok last kerja dengan kita, masa lusa tu dia dah nak siap-siap untuk sambung belajar nanti. Kita kurang dalam lima orang pekerja tahu tak. Siapa nak tolong masak, uruskan buffet, uruskan tetamu kalau tinggal sikit aje ni. Aku dah cover up dengan member aku dua orang. Tinggal lagi tiga. Macam mana tu?” Zyra diam. Cuba memikirkan sesuatu.

“Aku tau. Tak apa aku boleh dapatkan tiga orang tu. Boleh rasanya. Jangan risau. Hal kecil aje tu. Aku ingat masalah apa lah tadi. Esok aku datang kedai tengok kau. Lama aku tak nampak muka tak berapa nak kacak kau tu.” Zyra melabuhkan punggung dihujung katil. Ketawa Zack yang boleh memecahkan gegendang telinga itu buat dia terus menjarakkan telefon bimbit daripada telinga untuk seketika.

“Apa kena kau. Rindu?”

“Rindu sangat nak tunjal kepala kau tu.”

“Cis, sudahlah kau. Bye.” Zack meletakkan telefon. Merajuk pulak mamat seorang ni. Gurau sikit dah sentap. Memang cepat sentap agaknya lelaki sekarang ni. Sama macam Ezamirul. Buat orang sentap tak apa, orang sentap-kan dia tak boleh pulak. Macam-macam perangailah lelaki ni. Susah aku nak faham. Kadang-kadang aku tak tahu siapa yang complicated? Lelaki atau perempuan.

*****

“Budak-budak ni lepak mana malam ni?” Asap rokok dihembur ke udara. Angin malam di restoran tepi jalan itu menyebabkan asap itu menerobos masuk ke saluran pernafasan Faris.

“Equatorial Melaka.” Faris menutup hidung daripada terus menghidu asap rokok Ezamirul. Ezamirul hanya ketawa melihat perbuatan Faris itu.

“Demand, nak hotel mahal-mahal.” Ezamirul mengetuk-ngetuk meja menggunakan jarinya. Makanan yang dinanti masih lagi belum tiba. Bunyi perut minta diisi semakin kuat.

Sepi seketika suasana antara Faris dan Ezamirul. Dua-dua sibuk melayan perasaan, angin sejuk yang menggigit hingga ke tulang hitam tidak dipedulikan. Mata Ezamirul terarah ke televisyen yang menyiarkan rancangan realiti tv. Sungguh dia tak suka menonton rancangan realiti tv, baginya semua itu palsu. Sedangkan orang bergusti WWE tu lakonan, inikan pulak budak-budak yang baru nak belajar masuk ke dunia seni. Bosan.

“Sejak bila kau pandai merokok ni Ezam. Dulu kau mana pernah merokok.” Faris memecahkan suasana sepi antara mereka berdua. Ezamirul tersenyum sinis dan hanya menjungkit bahu. Putung rokok yang pendek itu dibaling ke tanah, lalu dipijak.

“Kau tak akan buat benda yang arwah Melissa tak suka kalau kau tak berdepan dengan masalah bukan. Mesti kau tengah kusut sekarang. Cuba kau cerita pada aku apa sebenarnya yang berlaku?” Ezamirul menggaru dahi yang tidak gatal. Dia mengeluarkan sebatang lagi rokok tetapi dirampas oleh Faris.

“Mana ada apa-apa. Sebab aku nak merokoklah aku merokok. Kau peduli apa.” Ezamirul menyandarkan badannya ke kerusi. Malas nak bertekak dengan Faris macam dulu lagi.

“Jangan kau nak tipulah Ezam. Mesti sebab budak tu. Aku tengok bukan main kau dengan budak Zyra tu. Kau betul-betul suka atau kau hanya ingat dia Melissa. Kau jangan nak permainkan perasaan orang.

Perasaan ini suatu naluri yang mudah tersentuh juga terluka. Aku tak nak kau permainkan perasaan orang ikut kepala kau aje. Ingat Mellisa dah tak ada. Depan kau tu Zyra. Kalau kau ingat dia Mellisa baik kau tinggalkan dia. Jangan bagi harapan tak pasti.” Faris merenung tepat ke wajah Ezamirul.

“Alahai, budak tu lain daripada Mel. Mustahil dia boleh suka aku. Perasaan dia tu lebih keras dari Mel walaupun mereka hampir serupa.” Ezamirul bersahaja melontarkan kata.

“Kau jangan pura-pura bodoh Ezam. Aku tahu kau rasa getar perasaan tu. Aku ni yang melihat dari jauh pun perasan. Walaupun kau kata dia lebih keras dari arwah Melissa tapi dia tetap perempuan yang punya perasaan. Kau jangan lupa. Perasaan tu bukan satu perkara yang boleh kita jadikan bahan untuk menyakitkan, membinasakan atau merosakkan hidup orang.”

“Bila masa pulak aku sakitkan, binasakan atau rosakkan hidup dia. Apa kau merepek ni Faris.” Ezamirul mengerutkan dahinya sehingga menampakkan tiga garis. Sungguh dia tak faham apa yang Faris cuba sampaikan kepadanya saat ini.

“Jangan cuba permainkan perasaan budak tu kalau kau tak ikhlas. Sekali dia sakit memang susah nak mengubatnya. Mungkin satu saat ini selepas dia terluka sudah tak ada darah disitu tapi parutnya masih ada. Kau jangan disebabkan Melissa kau lupa dia tu Zyra. Faham tak. Dia tu Zyra bukan Melissa. Aku tak suka kalau kawan aku mempermainkan perasaan orang.” Ezamirul diam, begitu juga dengan Faris saat pelayan menghantarkan makanan yang dipesan tadi ke meja mereka.

“Mungkin Zyra tu tak sama macam perempuan lain zahirnya, tapi kau kena faham. Jangan bagi harapan pada perempuan sesuka hati kau. Nanti disalah tafsir kau yang kena. Jangan layan dia macam kau layan Melissa kalau kau tak ingin ada untuk dia nanti Ezam.” Ezamirul buat tak dengar. Dia menyudu masuk Nasi Goreng Kampung kedalam mulut. Malas betul nak mendengar bebelan Faris. Dari dulu sampai sekarang, suka sangat membebel mengalahkan mak nenek.

“Boleh tak kau berhenti membebel. Sejuk nanti nasi kau tu. Bosan tahu tak aku dengar. Naik pekak aku rasa telinga ni mendengar.” Faris hanya menggeleng kepalanya saat mendengar kata-kata Ezamirul. Memang degil lagi kerasa kepala dia ni.

“Aku dah nasihat kau tak nak dengar. Ikut kau lah. Balik nanti dengar lagu Jangan Sakiti Aku. Penyanyi dia Amira. Kau hayatilah sendiri. Aku tahu kau bijak bab menghayati lagu ni.” Ezamirul hanya mengangguk. Apa-apa ajelah cadangan Faris ni.

“Lepas makan ni aku balik hotel semula. Tadi budak-budak buskers nampak kau. Diorang ajak kau hang out dekat A Famosa Resort. Nak mandi Water World katanya. Join?” Ezamirul menggeleng. Mana boleh nak ikut sesuka hati macam dulu. Nanati mengamuk Zyra tu pulak.

“Okey, balik nanti jangan lupa cari lagu tu tau.” Faris mensisip air tembikai susu dengan matanya terarah kepada Ezamirul. Diam Ezamirul buat Faris mengulang kata-katanya sekali lagi.

“Iyalah Peah. Aduhai...” Ezamirul menghempaskan sudi dan garpunya ke pinggan. Rasanya macam nak jahit aje mulut Faris yang tak henti-henti nak bercakap itu.

“Peah? Mana kau belajar ayat macam tu. Tahu tak Peah tu nama nenek aku. Sesedap engkau aje. Apa kau nampak muka aku macam muka nenek aku ke?” Ezamirul dan Faris lantas ketawa serentak.

“Zyra tu lah. Aku terkena badi dia kut. Dia tu kalau tension ke marah ke mesti sebut Peah sana, Peah sini. Bukan aku sengaja. Sebab dah selalu melayan perangai dia aku sekali kena.” Faris tersengih. Apa ke pelik perangai marah orang bagi nama Peah.

“Tadi masa aku tegur budak Zyra tu kenapa mata kau berair gitu. Pegang tangan dia bukan main lagi. Kau ingat kau comel sangatlah buat muka macam tu. Tolonglah.” Ezamirul hanya tersengih menampakkan gigi taringnya.

“Sedap aje kau sycho dia dengan perangai mengada-ngada kau tu.” Ezamirul ketawa. Malas hendak kata apa-apa. Dengan Faris sendiri dia boleh rasa tergugat kedudukannya disisi Zyra.

BERSAMBUNG
[Thanks baca . Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kerana itu seolah memberi semangat untuk aku *


12 Komen:

Ema Emaharuka said... [Reply]

Zyra dlm hati dah ada taman ke?.heE

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Ema Emaharuka

hahahah dalam hati ada kebun bungalah agaknya~

zura asyfar said... [Reply]

ala dh nk stop ke? huhu (T_T)

Ema Emaharuka said... [Reply]

BetUl3 kak;)

teringat ezamirul terus...
Budak ganas mcm Zyra dah punya perasa'an jugak dgn Ezamirul, heE

Pojiepooh Abdullah said... [Reply]

Wah hebat ada novel online!
Leh baca kalau free nih :)

PojiePooh; Hanya Satu...

puteripuad said... [Reply]

best kot :)

aimi amalina said... [Reply]

wahaaa . best sangat cerita ni . baru slesai baca dari bab 1 sampai bab 33 . serious tak sabar nak tunggu sambungannya :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfar

minggu ni last KOTT

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Ema Emaharuka

hehehheheheh :D

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Pojiepooh Abdullah

baikkk... :D

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@puteripuad

eheh ada KOT~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@aimi amalina

ya Allah marathon ke...
auishhhh tq2..

sabar2 ye :D