Saturday, May 14, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 34 ♥



“Ku enggan berpura-pura ku bahagia. Ku enggan, melihat kau bersama si dia. Oh, ku akui cemburu mula menular dalam diri. Pabila kau bersama yang lain. Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta.” Zyra menggoyangkan kepalanya ke kiri dan kanan. Tangan masih laju membasuh pinggan yang digunakan untuk sarapan tadi.

Bibik Sutinah hanya ketawa melihat perangai Zyra yang kelihatan gembira semacam pagi itu. “Yang masih bersemadi untukmu. Dan sebenarnya ku mengharapkan, Di sebalik senyumanmu itu, Kau juga merindui aku. Lalalalala.” Zyra mencuci tangannya. Gelas kosong diambil. Jus oren dituangkan, lalu diteguk sambil menggoyang kepala lagi. Bibik Sutinah kali ini tak boleh nak ketawa sebab pelik sangat melihat perangai Zyra itu.

“Zyra..” Panggil Bibik Sutinah. Zyra pantas menoleh ke arah wanita tua itu dengan senyuman meleret. Bibik Sutinah menghampiri Zyra. Ditiliknya wajah Zyra. Lantas Bibik Sutinah mengangguk-angguk kepalanya laju.

Zyra segera meraba wajahnya. “Ada apa bibik? Kenapa tengok saya macam tu. Menakutkan tahu tak.”

“Ada jerawat naik dah tu..” Bibik Sutinah terus menghampiri peti sejuk dengan senyuman tak lekang dibibir. Zyra sudah buat muka tak percaya. Segera dia menghampiri cermin yang terletak berdekatang dengan singki.

“Mana ada bibik. Zyra tengok tak ada pun. Bahagian mana ada jerawat ni. Bibik punya mata ada super sonic ke sampai nampak apa saya tak nampak.” Zyra masih membelek-belek wajahnya. Serius memang tak ada apa-apa. Selama ini puas dia menjaga wajahnya daripada dicemari oleh jerawat, tak mungkin tiba-tiba ada.

“Kamu belek muka tu sampai malam nanti pun tak akan ada.” Selamba Bibik Sutinah bersuara sambil menutup peti sejuk.

“Bibik tipu saya lah ni.” Zyra sudah bercekak pinggang. Bijak betul Bibik Sutinah ni nak kelentong aku. Bibik Sutinah menggeleng kepalanya.

“Habis tu kalau bibik tak tipu, apa dia? Kelentong, lie, bohong...” Bibik Sutinah tertawa. Dipandang semula wajah Zyra yang mula berkerut-kerut itu.

“Jerawat cinta.” Zyra membulatkan matanya saat mendengar kata-kata Bibik Sutinah itu. Mana pulak datang istilah jerawat cinta ni. Merepek aje. Bila masa aku bercinta. Kalau bercinta memang naik jerawat ke. Apa ke pelik bibik ni.

Zyra terus keluar daripada dapur. Kalau duduk lama-lama dengan Bibik Sutinah ni, entah apa jenis istilah lagi keluar. Mungkin dia akan keluar istilah jerawat benci, sayang, suka, meluat dan apa jenis emosi lagi ada. Dia melabuhkan punggung ke sofa yang terletak diruang tamu.

Televisyen dihidupkan, tapi tidak dilihat. Mindanya menerawang ke satu sudut indah. Sesekali bibirnya mengukir senyuman tanpa sedar. Bunyi orang memberi salam dimuka pintu membuatkan Zyra terjaga dari lamunan. Pantas dia berlari untuk membuka pintu.

Tak ada orang tapi kenapa ada suara orang beri salam. Ditolehnya ke kiri dan kanan tiada. Saat hendak menutup pintu semula dia terperasaan sesuatu. “Comelnya.” Zyra mencuit kedua-dua ekor arnab yang diletakkan didalam sangkar itu.

“Suka tak.” Zyra yang sedang mencangkung pantas mendongak ke atas. Kelihatan Ezamirul sedang tersenyum. Zyra hanya mengangguk laju, senyumannya sengaja disembunyikan. Entah kenapa rasa malu menyerbu dirinya.

“Ini nama dia Lop Bunny. Tak sama macam bunny yang awak tengok tu kan. Gebu aje ni. Umur dua-dua ekor ni baru lapan minggu, jantan dan betina.” Ezamirul duduk mencangkung bertentangan dengan Zyra. Jarinya sibuk bermain dengan telinga salah seekor arnab itu.

“Yang mana jantan, yang mana betina.” Soal Zyra.

“Yang hitam putih ni jantan. Yang putih oren-oren sikit ni betina.” Ezamirul mengeluarkan arnab berwarna putih kelabu-kelabu itu, lalu dihulurkan kepada Zyra. Zyra menyambutnya dengan senyuman tak lekang di bibir. Sungguh dia teruja melihat haiwan-haiwan yang comel ini.

“Nama yang jantan ni apa, yang betina kau pegang tu nama apa pulak.” Zyra mengusap kepala arnab itu. Mata Zyra terarah kepada Ezamirul yang sedang mencium arnab betina yang berada dipelukannya itu. Comel pulak melihat perangai Ezamirul itu.

“Awak nak letak nama apa. Saya bagi awak ni, awaklah bagi nama.” Zyra membulatkan matanya. Rasa seronok yang tak terhingga sekarang. Kalau Ezamirul tu perempuan dah lama dia peluk.

“Biar betul. Thanks sebab kau sangat murah hati dengan aku. Suka-suka. Nak namakan dia apa pulak ni. Aku mana ada idea nak bagi.” Zyra terus duduk bersila setelah lama mencangkung. Begitu juga dengan Ezamirul. Zyra merenung wajah arnab itu dalam-dalam.


“Yang aku pegang ni namakan dia Grey. Yang kau pegang tu nama dia Oyen. Senang. Habis ceritakan, tak payah susah-susah.” Ezamirul hanya mengangguk kepalanya. Ezamirul memasukkan semula Oyen ke dalam sangkar. Grey yang berada ditangan Zyra turut diambil dan dimasukkan ke dalam sangkar juga.

“Berapa ringgit kau beli arnab ni?” Soal Zyra.

“RM400 aje sepasang.”

“Aje kau kata. Mahal tu. Beli bukupun dapat banyak dengan RM400 kau tahu tak. Buat membazir aje kau belikan binatang ni untuk aku. Bukannya aku selalu ada dekat rumah. Aku dah lah sibuk dengan kedai lagi. Mana ada masa nak mengurus. Kalau dia mati macam mana.” Zyra mengeluh. Memang dia suka bermain dengan binatang. Suka sangat cuma dia takut kalau dia tak dapat menjaga arnab itu dengan baik.

“Tak apa. Awak tak payahlah nak risau. Biar saya yang jaga. Awak tahu tak yang daging arnab dikategorikan sebagai daging putih atau dalam bahasa inggeris kita panggil white meat. Kandungan kalori daging arnab adalah 1752.7 bagi setiap kilogram. Bermakna lebih rendah daripada daging ayam, rusa, ayam belanda, kambung ataupun lembu. Kandungan protein daging arnab adalah yang tertinggi daripada kandungan protein daging yang lain jugak tau.” Jeda.

“Tak sampai hati aku nak makan binatang comel macam ni. Rela aku makan KFC tiap-tiap hari kalau macam tu.” Zyra tersengih menayangkan barisan giginya yang putih. Ezamirul hanya menggeleng.

“Awak kalau makan KFC banyak-banyak nanti chubby mengalahkan Grey dengan Oyen baru tahu. Kandungan lemak KFC tu lagi banyak daripada daging arnab ini tahu tak. Daging arnab kandungan lemak dia adalah yang terendah dengan kadar 63% lemak tidak tepu. Paras kolesterol dalam daging arnab adalah jauh lebih rendah berbanding daging ayam, ayam belanda dan daging lembu.” Zyra hanya mengangguk. Bijak pulak budak Ezamirul ni. Semalam tentang sejarah. Hari ni fakta tentang arnab pun dia tahu.

“Iyalah. Membebel macam doktor haiwan dah aku tengok. Pelik aku dengan kau ni. Semua benda kau tahu. Apa yang kau tak tahu. Kepala otak kau tu ada info apa lagi yang disimpan?” Ezamirul ketawa melihat wajah Zyra yang kelihatan tidak berpuas hati itu.

“Awak, saya baca wikipedia aje. Kebetulan sebelum saya beli saya research lah dulu semua tu.” Zyra tesenyum kelat. Biar betul baca wikipedia sampai dapat hafal macam tu sekali. Budak ni memang pelik.

“Apa-apalah. Kejap lagi ikut aku pergi kafe. Tolong aku dekat sana. Arnab tu kau letak lah mana nak letak. Janji tempat sesuai. Aku tak kisah. ” Zyra terus bangun daripada duduk. Ezamirul hanya menganggguk faham.


*****


“Bibik nampak Ezamirul? Saya dah nak pergi kafe ni.” Bibik Sutinah hanya mencebirkan bibir ke arah luar rumah. Zyra hanya mengangguk. Pantas dia menjenguk ke luar. Kelihatan Ezamirul sedang memasukkan arnab ke dalam sangkar yang tingginya sama dengan paras pinggang Zyra. Tadi sangkar lain. Ini mana pulak dia dapat sangkar besar ni.

“Mana datang sangkar besar ni? Tadi aku rasa kau bawak sangkar kecil aje kan.” Ezamirul tersenyum. Zyra melihat sangkar yang tertulis Classic Family itu dengan teliti. Cantik sungguh sangkar itu. Memang betul-betul klasik rekaannya. Ini mesti mahal, dia ni suka sangat membazir.


“Tadi lori hantar sangkar tu. Saya yang beli. Kalau duduk dalam sangkar kecil tu mana selesa. Nak bawak pergi jumpa doktor haiwan bolehlah dengan sangkar tadi tu. Ini dah siap bumbung semua. Selesa sikit binatang ni. Bila letak dekat taman ni, dah jadi hidup taman ni.” Zyra hanya menangguk. Ikutlah dia nak letak apa, janji tak pakai duit aku. Janji dia bukan letak binatang pelik-pelik dekat sini.

“Dah jom cepat aku nak gerak pergi kafe dah ni. Ambil helmet satu lagi dekat dalam rumah. Naik motor dengan aku aje senang.” Zyra menyarung jaket kulit ke badannya. Dia membongkok lalu mengikat tali boots berjenama Harley-Davidson itu dengan kemas.

“Helmet ini ke awak?” Ezamirul muncul dimuka pintu dengan helmet full face ditangannya. Zyra mengangguk laju. Dia bergerak ke motor. Enjin motor berkuasa tinggi keluaran tahun 2008 itu dihidupkan.

Ezamirul menghampiri Zyra dengan topi keledar yang tersarung dikepala. Ditenungnya motor Zyra yang berwarna hitam metallic itu kemudian pandangan beralih pada wajah Zyra yang terselindung disebalik topi keledar full face itu.

Zyra terus naik ke atas motor, Ezamirul pula masih terpinga-pinga melihat. “Kau kenapa tercegat dekat situ lagi. Naiklah cepat. Dah pukul berapa ni. Terhegeh-hegeh. Lembab macam siput betul.”

“Biar betul awak nak bonceng saya ni?” Teragak-agak Ezamirul berkata.

“Betullah. Apa masalahnya sekarang kau ni. Naik ajelah. Jangan banyak songeh. Bukannya luak pun kau naik motor dengan aku. Tak boleh ke kalau perempuan menunggang motor, lelaki pulak duduk belakang. Salah?” Ezamirul hanya menggeleng.

“Dah cepat naik.” Ezamirul dengan terpaksa naik juga ke atas motor itu. Terkial-kial dia hendak duduk diatas kenderaan dua tayar buatan Jepun itu.

“Nak kena peluk ke?” soalan Ezamirul itu membuatkan wajah Zyra terasa panas. Jadi patutlah Ezamirul teragak-agak tadi hendak naik motor ni. Rasa serba salah rupanya. Zyra cuba bertindak biasa.

“Kalau kau tak peluk aku, kau nak terbang ke belakang ke Peah. Terpulang pada kau. Kalau kau nak peluk-peluk niat nak meraba anak orang memang kau nak kena maki dengan aku. Buatlah kalau berani. Tak sayang nyawa kalau macam tu.” Ezamirul yang berada dibelakang hanya tersenyum meleret. Zyra pantas memecut Kawasaki itu keluar daripada kawasan rumah.

BERSAMBUNG
[Thanks baca . Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kerana itu seolah memberi semangat untuk aku *

3 Komen:

Ema Emaharuka said... [Reply]

Hehehe
so sweEt diorang ne:-)

mieza said... [Reply]

best...make me smiling to eyes....

WITHOUT A SOUND said... [Reply]

finalllyyyy..hihihhih
nak ckp jugak diorng sgt comellll sgguh >.<
keep it uppp!!!!