Sunday, May 01, 2011

SAYA JATUH CINTA PADA PENULISAN AWAK? Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ


Assalamualaikum. Entry kali ni aku bangkitkan persoalan aku bagaimana cinta itu hadir. Perasaan cinta ini akan hadir tanpa dipaksa. Tanpa diundang. Tiba-tiba dia wujud dalam hati kita. Puas aku fikir, bagaimana boleh jatuh cinta. Persoalan yang wujud sewaktu rant dengan kawan aku tadi.

Orang kata cinta tu datang daripada melihat wajahnya. Kau lihat dia entah macam mana satu perasaan itu terbit. Biasanya dari mata turun ke hati ni apabila yang dilihatnya itu perempuan/ lelaki itu mempunyai rupa paras yang menawan. Macam tu ke?. Don't judge book by its cover

Orang kata cinta tu boleh datang daripada berhadapan sikap dia. Melihat sikap dia yang penyayang, baik hati, peramah, berbudi pekerti, sopan dan macam-macam sikap dia kau rasa suka. Macam tu eh, kadang-kadang belum tentu dia baik dengan kita, dia cintakan kita tahu.

Orang kata cinta tu boleh datang mendengar suara. Macam mana pula boleh jatuh cinta dengan suara ya. Adakah suara lunak seperti Siti Nurhaliza akan buat jatuh cinta. Suara, bahaya betul jatuh cinta melalui suara. Perempuan sila pastikan anda tidak melunakkan suara anda pada lelaki bukan muhrim okey.

Orang kata cinta tu boleh datang tanpa sebarang sebab. Ye ke. Kiranya aku sendiri tak mengerti kenapa aku tak mencintaimu dan kenapa aku tak akan mencintaimu. Macam tu. 

Orang kata cinta tu boleh datang dari tulisan. Apabila kau membaca hasil tulisan ke, mesej-mesej ke, blog ke, novel kau tiba-tiba sukakan dia. Kau nak cuba dekat dia. Kau stalk hidup dia. Kau baca past entry dia. Kau simpan semua mesej-mesej dia. Macam tu eh cinta dari tulisan.


Wallahualam macam manalah cinta itu hadir sebenarnya. Patutkah aku terangkan dari segi sains soal cinta. Aku rasa tidak perlu aku sebut soal hormon Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin dan Serotonin  yang wujud sewaktu bercinta.

Bila fikir-fikir balik cinta itu hadir kerana kehendak Allah SWT. Aku maksudkan cinta sebenarnya cinta, bukan mereka yang sadis sangat terdesak nak bercinta. Aku kadang-kadang teringat orang kata beberapa saat aje kita boleh jatuh cinta. Ye ke? Pernah tak kita definasikan perasaan tu. Adakah benar itu cinta atau itu sebenarnya crush? lust? minat? suka? Fikir balik. Jadi jangan mudah melafazkan cinta. Fikir dulu.

Aku pernah cakap dalam entry lepas sudah cukupkah cinta kau kepada ibu bapa, sudah cukupkah cinta kau kepada keluarga, sudah cukupkah cinta kepada ilmu, sudah cukupkah cinta kepada agama, rasul dan Allah SWT. Sudah cukupkah cinta kau pada diri sendiri sehingga mampu memberi cinta semudahnya dan mengambil kembali tanpa sesal?. Cuba tanya pada hati tu betul-betul.

Kadang-kadang kita lupa agaknya nak nilaikan hati betulkah itu sebenarnya cinta dan bukan keinginan untuk memiliki. Betulkah itu cinta bukan hanya perasaan minat mahupun suka. Membuta tuli perasaan tu datang kan. Memang kita tak boleh nak halang perasaan tu datang, tapi sebelum perasaan tu makin kuat baik nilaikan betul-betul, tu prinsip akulah. Jangan biarkan menjadi obsesi. End




Baca aku dan mereka :
1. Aku benci perempuan itu, lelaki ini by aku
2. Miss Violence and Mr Casanova 32 by aku
3. vote digi wwwow awards untuk aku okey -klik-
4. Cara menjadi popular menggunakan facebook by aku
5. cepat siapa yang ada jatuh cinta dengan tulisan aku mengaku! LOL
6. aku pernah dulu @ mungkin sedang jatuh cinta pada penulisan sesorang ni?
7. ada dua tiga mengaku kata dia jatuh cinta dengan penulisan aku, percaya?


28 Komen:

Solihin Zubir said... [Reply]

pabila doktor cinta mula berbicara.... =)

alahai... kamu dilamun cinta ke? ;-p

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Solihin Zubir

hahahhahahahahhaa..
ada sy kata saya dilamun cinta ke?
dgn siapakah.. ahahahahha~

Zulfikar Hazri said... [Reply]

2 persoalan...samda kau jatuh cinta dgn penulisan sumbody, atau ade org yg tiba2 ckp dia cintakan kau hasil dr penulisan kau...haha

twinkle twinkle said... [Reply]

cinta itu subjektif :)

SHM said... [Reply]

cinta? msih sukar untuk menafsirkan apa itu cinta...

tyka chou said... [Reply]

susah nak beza kn jatuh hati dengan jatuh cinta ni...kn?

f_aRa_aINa989 said... [Reply]

Nak jatuh cinta bukan sesuatu yg sukar. Setuju!

wanie m'nJ said... [Reply]

lagu love by c.n.blue best mira~!!

haha *tiba2

eLaThEeMoGiRl said... [Reply]

bukan ke cinta tu x perlukan sebab ? ohoho entah . *blurblur

Aqeela LaEn :3 said... [Reply]

lala suka Lion bila dia pindah kelas . agak pelik jugak kerana masa kita sama kelas , lala tekde pulak rasa apa-apa :)

ada benarnya org cakap , bila dah menjauh baru terasa kehilanganya ^^

puteri ain said... [Reply]

jeng jeng jenggg... hehe

puteraduyong said... [Reply]

ada wujud rasa bunga bunga kan... :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Zulfikar Hazri

errrrrrrrr orng ckp dia cintakan aku dri hasil penulisan aku... dan aku jatuh cinta tu..errr no komen..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@twinkle twinkle

ahahahha jwpn biasa :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@SHM

yap sbb cinta tu terlalu luas maknanya

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@tyka chou

memang susah :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@f_aRa_aINa989

yap..hi5!

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@wanie m'nJ

lagu pe tu..ehehhehe

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@eLaThEeMoGiRl

ko budak kecik..diam..ehehehhe

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@puteri ain

jengjengjeng~hahhahhaha

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@puteraduyong

sikit..ahahhaha tp sy rse cem daun je,,ahahaha

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Aqeela LaEn :3

pulak.. hmmm tak pe lala sekolah lg...nnt dulu.ekekek

lynda said... [Reply]

wahhh..doktor cinta ke?

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@lynda

eh tidak le..hahahha

Syukri Kamaruddin said... [Reply]

emmm xberani nak cakap pasal cinta ni.. :(

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Syukri Kamaruddin

ekekkek tak pe...
kenapa wat muka sedih tu?

laoshi' asraf isa said... [Reply]

cinta pada penulisan boleh kot huhu ~

wanie m'nJ said... [Reply]

semestinya lagu korea dear..

skrg org mlasysia pun siap ada nak tiru style korea. haha.