Wednesday, May 11, 2011

TALI BARUT, SI PERASAN BAGUS, PENGECUT DAN ....



AKU : Gua rasa blog dia ni best. Dengan entry dia yang telus

KAU : Aku tak sukalah blog dia tu, entry dia sinis sangat!!

Okey tengok apa yang berlaku dalam dialog di atas. Perbezaan pendapat. Kau kena faham situasi ni. Lain orang lain pedapat. Lain orang lain citarasanya. Ini yang kita panggil rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Kau  jangan nak melenting jangan nak tension kalau orang tak mampu suka apa kau suka. Atau pun orang tak mampu suka apa yang kau buat. Kau rasa kau okey tapi orang rasa kau tak okey. Itu persepsi masing-masing.

Macam tu jugak kalau aku kata aku tak suka tayang muka aku berbanding orang yang tayang muka. Aku kata tayang muka tu bahaya dan kau kata mana ada bahayanya. Pemikiran lain-lain nampak. Ada jugak bila orang yang baca entry cinta aku dan kata cinta itu buta tanpa memikirkan entry tersurat sebaliknya. Ya, macam aku yang tak suka dengan falsafah cinta itu buta kerana aku rasa cinta tu tak pernah buta manusia yang membutakan matanya.

Mungkin kita rasa bila kita dah ada nama semua yang kita buat itu betul. Ya, kita rasa kita betul. Tapi kita tak tahu apa yang orang nampak dalam diri kita yang kadang-kadang kita tak tahu kita sedang melakukan sesuatu yang memberikan negative thinking orang kepada kita. Kita mana tahu mata orang tengok kita dari sudut mana?


Kau kena faham yang lain orang lain pemikirannya. Tak usah nak melenting tak usah nak KECOH satu dunia. Aku benci hal tu. Sama jugak macam kes aku ajak perempuan ni yang sedap-sedap kata aku yang menggatal dengan jantan tu padahal aku tak pernah. Bila aku ajak face to face dekat depan tandas sekolah bagi langsai dia kata nak bawak geng sedangkan aku datang sorang.

Ini tentang macam mana kau nak handle masalah kau. Tak perlu nak beritahu satu dunia yang belog kau diserang anon, blog kau dapat duit beribu riban, kau tengah period pain, seluar dalam kau size apa, ada orang tak suka kau, ada orang kata kau bodoh, bangang atau apa. Lain orang lain pendapat dia pada kita. Relax sudah. Apa ada hal. Sendiri tanggunglah dulu masalah masing-masing. Dah tragik sangat baru cerita.

Belajar terima sesuatu secara terbuka sama ada pasal blog, diri sendiri atau apa sahaja. Lepas tu cuba langsaikan apa yang lebih atau kurang. apa yang silap apa yang tak silap. Cubalah matang sikit. Kalau orang nak ajak kau selesai masalah tak perlu nak ajak geng ramai-ramai. Itu menunjukkan kau pengecut. 


Apa kata kalau orang tak suka apa kau buat tu kau fikir mana silap kau dahulu sebelum menghentam. Apa kata kau cuba selesai sendiri dahulu sebelum ajak orang. Macam tu jugak kalau orang melontarkan pendapat dia tak suka sesuatu ataupun seseorang itu, tak perlulah kau jadi tali barut mengadu dombakan orang. Tak perlu nak kecoh kawan kau tu tak suka itu ini. Jangan buat perangai macam orang yang dicelakakan~

Trust, Matured, Different Thinking, Different Perspective, Back Stabber dan apa lagi yang aku cuba sampaikan dalam satu entry ni. Semuanya amat berkaitan. Tak kisahlah kau orang popular atau tidak kau kena faham konsep hidup ni. Konsep sekeliling kau. Sama ada real mahupun virtual. Maya mahupun realiti.

 Apa kejadah popular ke apa. Kau tetap manusia. Kau tetap hamba Allah SWT yang akan mati, yang berasal dari tanah, yang akan sama-sama berkumpul dekat padang masyar nanti. Aku malas nak cerita banyak, kau dah besar kau punya otak fikirlah. Jangan jadi orang yang tak ubah mempunyai kebolehan berfikir menggunakan kepala lutut. Peace no war. End~


p/s : baca secara tersurat, jangan hanya tersirat. Jangan beri interpretasi gampang. Jangan melenting cuba fahamkan apa aku sampaikan! Ini tentang sekeliling kita,tentang apa yang aku nampak! 

klik untuk baca entry lalu : { Persetankan segala, dia tidak akan peduli }

13 Komen:

THE LEKAT LEKIT STORY said... [Reply]

setuju jugak pendapat kamu.. masing2 berhak berhujah menyatakan pendapat tapi elok la pada landasan yg betul, sopan & berhemah. Kalau yg terasa cuba kaji kenapa terasa jgn main serang walhal takde sapa pun point sesapa. pandangan & pendangan secara umum tidak menyebut nama, blog atau apa2 identiti. Jgn malukan diri sendiri dengan membuka aib sendiri dgn cara menyerang bila terasa.

Gee said... [Reply]

setuju2...masing2 ada pendapat..jgn serang2..takut2..hehe peace..(^_^)

riffzam said... [Reply]

yeah!terbaik lah.setuju dgn entri ni! :)

Zulfikar Hazri said... [Reply]

sehina2 manusia adalah org yang tak punya pendirian.. takut benar pendapatnya menyakiti semua orang, padahal... kita tidak mampu menggembirakan semua org...

siti faridah harun (nama penuh tu) said... [Reply]

MANTAP DOWH !!! SETUJU !

k e y r i said... [Reply]

so conclusion nye berfikir dan bertindak secara matang bila kita ada perbezaan /konflik ngn sesiapa.. (p/s; yg bawak geng ramai2 tu yg pengecut sebenarnya)

NuSaNa NoSa 91 said... [Reply]

setiap org berbeza pendapat.. so, saling hormatilah pendapat masing2.. jgn nk bangkang je atau tolak mentah2.. fikir dulu, mana tau ada rasional di sebalik pendapat org tu.. kn2??

k e y r i said... [Reply]

@nusana betul3! :D

SHM said... [Reply]

luahan perasaan disitu . bagus utk menyedarkan mereka yg x sedar lagi ;D

Eel said... [Reply]

keen: setuju dengan keeen~~

ps: awat mcm marah je ni..

aLya maNip said... [Reply]

manusia lebih suka mghukum dr memahamai..itu hakikt sys..lagi la bila pndpata mereka brbeza :)

Stella Daud said... [Reply]

betul juga pa ko kata tue.. bila dh sakit aty tu, mmg kematangan pn hilang, wajar la bila kita cuba sedarkan. tapi, malangnya, sukar towk org g2 sedar. kdg2, kita ckap lain, diorg egat lain. perasaan marah n jeles diorang tu, buat mata diorg dibutakan.. everythink post d blog, utk tarik phatian. aku tabik sama ko la, beb.. ko brani! satu phrase ku mok share," jealousy is what make bitch talked".. trust me..

Solihin Zubir said... [Reply]

bak kata anwar hadi, soal citarasa manusia yg empunya..
ada yg suka durian dan petai, ada yg ckp busuk... =)