Saturday, June 25, 2011

MANUSIA YANG SENGAJA NAK MINTAK PELEMPANG ★


"Ni dia budak yang tak tahu kawad tu and bla....bla...bla...."
Perlu ke macam tu? Kadang-kadang aku tak faham dengan orang yang macam ni. Dah kutuk macam tu depan-depan orang lepas tu gelak kuat-kuat. Aku nak tanya kau fikir semua orang tahu ke apa yang kau tahu. Kau fikir semua orang sama BIJAK dengan kau. Tak tahu tak bererti dia bodoh. Jangan berlagak seolah kau tahu semua.

Amatlah tidak bijak tindakan kau tu kalau kau tu lelaki pergi cakap budak perempuan tu tak tahu itu ini depan kawan-kawan kau saat bertembung dengan budak perempuan tu lepas tu gelak besar. What the.... Hello, secara tidak langsung kau telah memalukan orang dan menjatuhkan saham kau! Sekali kalau kau dah malukan perempuan tu especially yang makan dalam memang susahlah kau nak baik dengan dia semula. Jangan ingat muka market kau boleh buat orang sewenangnya. Fikir tu fikir.

Tak kiralah lelaki atau perempuan yang dimalukan benda ni makan dalam tahu. Lagi-lagi kau nak heboh satu dunia pada orang yang tak dikenal orang yang dimalukan. Kiranya macam nanti awal jumpa je boleh lah orang sengih-sengih kata belakangkan. #Sigh

Arghhhhhhhhh, hahahhahahahaha and bla..bla..bla
Aku nak tanya lah, harus ke? Harus ke perempuan menjerit tiba-tiba. Tengah-tengah malam orang sedap nak layan movie online, buat assigment, get ready untuk test esok kau menjerit macam orang gila atau lebih tepat macam orang kena histeria tak pun macam kena kejar dengan perogol bersiri. Kalau aku dapat mahu aku pelempang sorang-sorang.

Aku pelik, sepanjang aku jadi PEREMPUAN, memang aku jarang menjerit. Kalau aku menjerit aku rasa aku adalah mahluk paling annoying dalam dunia ini. Aku suka buat muka serius aje. Perlu ke nampak orang korea hensem dekat tv kau jerit macam orang sawan? Aku tak faham. Jerit? Bagi aku jerit marah orang tu memang aku suka buat!

Belum lagi yang type gedik-gedik menjerit buat-buat tu. Memang mintak tapak kakilah. Aku tak faham sangat-sangat sekarang ni. Aku ke pelik atau diorang yang sengaja nak buat aku jelik? Malu aku malu bila tengok perempuan menjerit-jerit tak ada point. Ketawa bahak-bahak belakang lelaki tu sebab nak attract lelaki tu?  #Sigh

"Kau letak lah gambar budak tu yang tidur tu and bla..bla..bla"
Dan aku sangat tak faham kenapa mesti buat sesuatu yang mengaibkan orang sekali lagi. Tadi soal percakapan ini soal gambar. Aku tak faham kenapa ada sesetengah orang yang seronok sangat melakukan aktiviti yang dapat menunjukkan aib orang. Seronok ke? Seronok agaknya bagi orang macam kau yang tak tahu apa itu erti menjaga aib orang lain.

Lepas kau tangkap gambar kau jaja dekat semua orang. Orang gelakkan. Bila orang jumpa mesti kata, oh kau la yang tu..tu..tu... Seronokkan bagi populariti free. Buat orang tu jadi muka tebal nak hadap orang lain. Agak kurang ajar di situ. 

Tahu tak apa erti malu. Kau boleh bayangkan tak kalau aku buat macam tu dekat kau? Aku tak nak dengarlah alasan kata kau suka-suka aje cakap macam tu nak gurau-gurau. Nak gurau boleh tapi batas tu mesti ada. Nak berjimba macam mana pun fikir lah bhaiiii #Sigh

Ini bukan soal sentap atau tak sentap ini soal malu, maruah aku dan kau dan sesiapa yang rasa dia ada rasa malu dan maruah diri. *jangan sebut soal maruah kalau kau tak tahu apa itu erti maruah sebenar. 
Aku bukan nak serius tak pasal, aku bukan nak bajet tak pasal cuma aku rimas lihat semua tu. Aku tak kisah orang nak kata aku sombong ke apa. Kalau benda tu aku tak suka, maka tak sukalah. Kalau aku tak nak maka tak nak lah jawapnya. Aku bukan sengaja nak sumpah seranah free tapi aku nak kau nampak hakikat yang sangat buat mata dan telinga aku sakit melayan. #End



mood aku nak buat entry sinis kini kembali

20 Komen:

Syukri Kamaruddin said... [Reply]

siapa yang buat perangai mcm tu? ada orang gelakkan cik tuan blog ke? sabar deh. :)

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@Syukri Kamaruddin

sewaktu dengannyalah.. tak pe sabar lagi.. tp nanti jangan sampai sy fire dia...muahhahahhahah

biruhornet said... [Reply]

arggggggggggggggghhhh!!!! OMG!!!! ohemji!!!!! annoying tak? HAHA

cik_zetty said... [Reply]

kalau part yang menjerit tu memang gegilerrrr annoying, dulu kat tempat belaja akak yang lame, selalu sangat tetiap malam...perempuan berkejaran kat luar hostel lepastu menjerit, ketawa mengilai mengalahkan pontianak padahal time tu dah lewat malam kot, menganggu je, memekak tak memasal *iskk tetibe emo bila terkenangkan balik* T_T

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@biruhornet

HAHA, sangat annoying macam mintak tapak kaki~~~

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@cik_zetty

hahahh agaklahkan kak..sabo je laa~~~~

APi said... [Reply]

jangankan pelempang, penerajang pun gua bagi lesen kat untuk lu bagi 4 kali sorang-sorang..
keh keh keh

han eba said... [Reply]

yang part gambar tu ,aku penah kot tangkap gambar satu mamat ni tidur, dan senangkatan dengannya, masuk dalam FB, tapi diorang relax je, siap komen, 'hensem gila aku' budak 'hensem mana ni'. haha. ingat dia nak marah, tapi tak kisah rupanya. cheh. hmm, kau boleh pelempang aku kalau nak. HAHAHA

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@APi

hahahhaha lu bagi lesen gua on~

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@han eba

alahai bhaii.. lelaki memang tak kisah~~ perempuan.... adess..

Ain Asrar said... [Reply]

kalau boleyh yg semua ni aku nak tembak jer dgn M16... huhu

Zulfikar Hazri said... [Reply]

menulis dari kamar kolej...

memikir dari perspektif jelik dengan perangai gedik dan nonsense kawan yang terkinja-kinja...


membuatkan aku teringat balik zaman aku mula menjadi sangat sarkastik kepada kawan perempuan yg suka menjerit.

Nurul Jannah said... [Reply]

paling tak sukat tengok dan dengar org menjerit ergedik-gedik :D

♥CIK SHA♥ said... [Reply]

kawan2 baru kat tmpt study la ni eh mira?hmm..akak pun pernah jumpa org2 yg annoying macam tu..selagi boleh sabar, bersabarlah mira..kalau dah smpai limit fire je..;p

eira said... [Reply]

sabar ye..jgan marah2 sgt..hehe..xptut btul la..kasi penampar aje,xyah ckap byak.. :)

SyazwanSarawak said... [Reply]

lempang dalam mimpi je la. nak lempang betul2, macam dasyat plak. uhuk2

Solihin Zubir said... [Reply]

errr... ni kes kt kolej la ni kan? heheh..
biasalah tu..
kt kolej ni mmg mcm2 prangai org..
tmbh2 kalo kolej yg jenis sosial gila2..

Farhana Jafri said... [Reply]

slalu je kne kat kolej ni.. mcm celaka jerit malam2.. ad tu jerit sbb nk mnx prhatian org.. baghal..

aLieF si Muncung ManiS said... [Reply]

sama la kita..alief pun jarang menjerit..kalau mira nak jerit,,bgtaw alip k..kita jerit sama2..hehe..sabar je lah dgn budak tu..insyaAllah lambat laun dia akan sedar..:P

HAZWANmohd said... [Reply]

sinis~
kat kampus memang camni mira. dari dulu lagi..
kdg2 takut nk jalan sesorang., kan2?
ntahlah ape masalahnye manusia skarang...