Sunday, July 03, 2011

EH, SERONOKNYA LAYAN AWAK DEKAT FACEBOOK ★


Hai awak, sukanya saya awak send message secara rawak macam dekat atas ni kan. Lepas tu notifications naik selalu padahal tak ada kena mengena dengan saya. Lepas tu apa awak cakap benda mengarut tu eh, bijak nya awak. Serius saya suka. Rasa macam nak bagi tapak kaki. 

Nanti awak sendlah selalu ya, biar pahala saya kurang sebab seranah awak yang saya sendiri tak kenal kejadahnya send messege dekat orang sekali ramai macam tu. Mesti awak desprate sangatkan nak cari kawan. Tu belum lagi yang send messege dekat ramai orang mintak like itu ini atau apa benda mengarut lagi tu. 


Awak yang ni pun sangatlah bijak. Awak send banyak gila event pada saya sedangkan saya tak ada kena mengena. Itu belum lagi yang desprate cari follower kata jom follow blog tu kan. Sukanya saya macam nak bagi pelempang. Dah lah line internet tak laju mana nak tengok notifications rupanya penuh dengan notifications ajak follow bloglah kejadah apa lagi entah. Eh, seronoknya!


Ni satu lagi yang saya gembiranya. Awak guna aplikasi dekat facebook tu, rahsia tarikh lahirlah apa benda mencarut lagi entah lepas tu awak tag saya. Perlu agaknyakan nak bagi tahu saya awak guna aplikasi apa ek. Lepas tu penuhlah notifications lagi dengan orang komen sikap awak bawah gambar-gambar aplikasi tu. Eh seronoknya!

Belum lagi yang invite join game bagai sampai penuh notifications. Nak main game main ajelah sorang, tak payah ajak orang. kuiz bagai lepas tu posted dekat wall orang. Eh, cantiknya perangai awak tu. Rasa nak hempuk kepala awak dekat dinding aje. 


Ni lagi best, saya ni dahlah join banyak group blog dengan uni dengan sekolah lagi tiba-tiba awak masukkan saya dalam group nak cari couple. Apa ke desprate awak ni. Kejadahnya cari couple macam tu sekali. Group anti lelakilah apa benda mengarut-mengarut lagi lah. Haaaa, ada tu yang awak masukkan saya dalam group blog tiba-tiba tak boleh ping dekat wall group link entry saya, kejadahnya macam tu kalau kena masukkan dekat notes bagai. 

Belum lagi yang annoying saya post link dekat wall, lepas tu ada yang spam komen bagi link dia suruh follow apa ke benda lagi "i dah follow you, follow balik okeh". Eh, sweetnya ayat tu. Rasa nak bagi maki hamun. Sukanya-suka.


*sangat  SERONOK tahu*



20 Komen:

haikalblank said... [Reply]

iskh, saya pun rasa gembira seperti kamu setelah diperlakukan sebegitu rupa. ye, saya terus block mereka2 itu sbg tanda menghargai usaha mereka. Semoga mereka terus - terusan maju dan kaya dengan perbuatan mereka

salam sayang,

B%&%VOB&&B(B&%^@hIK
(insan yang kegembiraan)

SyazwanSarawak said... [Reply]

ahahaa. sy pun suka sangat orang-orang macam tu..!

XD

entri baik punya perli~

yad'z said... [Reply]

saya sayang mereka ketat2.. meh nak kish sikitt.. muaxx.. muaxx.. ahhahahaha

Lucifer said... [Reply]

keh keh keh, lawak bebenor orang macam ni add pasal events and games.

puteri ain said... [Reply]

hahaha.. terbaek

LittLeMyRashMaLLoW said... [Reply]

adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta ....hahaha~
=p
ape pun xbleyy mereka nie...

Miss Y and Her World said... [Reply]

haha. terbaik lah. selalu rasa macam tu jugak. awat lah mereka ni desperate sangat ye. block saje sudah ;)

Mengubat Hati Luka

cik Q said... [Reply]

betul tu.
selalu jadi kat sy .
grr menahan kesabaran je nak2 yg msej tag rmai2 tu . haishh .

z said... [Reply]

hahah.speechless...banyak and bersepah je spesies ni.heee..sabar yee...

amir said... [Reply]

Jangan tak tahu, semua aplikasi tarikh lahir di pesbuk itu benar belaka! Dikaji oleh Fadzilah Kamsah, tahu. Semua nya berdasarkan Islam, tahu.

kehkeh.

Macam-macam orang percaya sekarang ni.

A retarded kitty said... [Reply]

haha. menyampah kan?

.fariza. said... [Reply]

kasi mkn dalam byk sikit golongan2 di atas ni.
haha -.-

Syukri Kamaruddin said... [Reply]

haha..macam2..

Diyana said... [Reply]

saya pon merasa amat gembira dgn noti tu.Hehh,gembira sgt2.

Terbang Bersamaku said... [Reply]

tau takpe..baru2 nie saya dapat event contest baby comel..sangat lawak sbb sy belum kahwin apetah lagi nak ade baby..ank sedare pun takde..gam tue pun slalu dpt jgak, banyak pulak tue..masaalahnye sy xreti nak main game nie..huhuhu.. :p

♥CIK SHA♥ said... [Reply]

tu la kan mira..akak pun banyak kali dah kena macam ni..memang rasa macam nak bagi makan penampo je kat orang2 yg buat tu..haishhhh..(-_-")

Ct_hAjAr said... [Reply]

kite pun..teramat "suke" bila menatang tu memenuhkan ruangan fb aku. itu belum usha email.berlambak2.smp nak muntah haku delete..jejes seh!

Siti Safiyyah said... [Reply]

aku ingatkan aku jek yg selalu annoying dapat mende2 macam tu.. rupenye ko dapat lg banyak.. keh3.

ye alala sukenye! XD

k e y r i said... [Reply]

tau xpe.. =.=

Mss Ieza said... [Reply]

hahaha..tw xpe..