Tuesday, July 05, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 35 ♥





“Budak mana kau bawak tu Peah. Bukan main perangai. ” Zack mencuit bahu Zyra saat Zyra sedang mengira stock buku yang tercatat dalam bukunya. Zyra segera mengalih pandang ke arah Ezamirul yang sedang mengambil order. Kelihatan ketiga-tiga gadis yang berusia dalam lingkungan belasan tahun itu tersenyum-senyum saat Ezamirul menyoal mereka. Zyra hanya menggeleng kepala. Ezamirul ni dekat kafe aku pun sempat nak mengayat.

“Budak tu kira macam pembantu dekat rumah aku lah. Sekarang ni dekat rumah aku macam tak ada kerja aje. Baik aku bawa dia datang kerja dekat sini.” Mata Zyra masih tak lekang memerhati tingkah laku Ezamirul. Melihat Ezamirul yang tersenyum menampakkan lesung pipinya, Zyra tersengih. Entah ayat cinta Hot N’ Spicy Ezamirul terus berbisik ditelinga.

“Muda lagi ke budak tu?” Zack turut memandang Ezamirul dari kejauhan.

“Haah..”

“Single lagi ke tu?”

“Haah..”

“Comel kan budak tu?”

“Haah..”

“Macam muka mamat korea kan?”

“Haah...”

“Tergugat tengok?”

“Haah...”

“Berkenan?”

“Haah..”

“Suka dekat dia ke?”

“Haah...”

“Kau suka dekat dia?”

“Haah lah Peah, banyak soal kau ni. Cuba diam sekejap. Mulut mengalahkan mak nenek.” Lantas Zack ketawa berdekah-dekah sehingga air mata merebes keluar. Zyra segera menoleh. Melihat Zack yang tertawa seronok, dia terus menepuk dahi.

“Kurang asam kau Zack. Sedap kau kenakan aku.” Zyra terus menghempuk belakang badan Zack dengan buku berkulit keras itu. Zack terus berlari masuk ke bahagian dapur. Zyra pantas mengejar dengan buku yang masih ditangan.

Berlari-lari mereka diruangan dapur. Zack menyorokkan badannya dibelakang Abang Asri. Berpusing-pusing Abang Asri dibuatnya. “Kamu berdua ni dah kenapa macam budak-budak. Nak main kejar-kejar jangan dekat dapur boleh tak. Aku nak buat kerja tak boleh ni.”

Zyra dan Zack tidak mempedulikan amaran Abang Asri itu. Mereka lagi giat berkejaran mengelilingi chef muda itu. Lantas lelaki berusia awal tiga puluhan itu mengetuk kepala Zyra dan Zack menggunakan senduk. Kedua-duanya menjerit kesakitan sambil menekup bahagian kepala yang diketuk.

“Padan muka. Degil sangat tak nak dengar aku cakap. Aku kahwin-kan kau berdua nanti baru tahu.” Zyra terus buat muka. Zack pula menggeleng laju.

“Tak sudi saya nak kahwin dengan singa betina ni, Abang Asri. Lagi rela saya jadi bujang terlajak daripada kahwin dengan dia. Kalau saya kahwin dengan dia mahu tak sampai setahun dah arwah. Tak boleh saya nak bayang macam mana bakal suami dia nanti.” Zyra terus mencubit lengan Zack sekuat hatinya sehingga lelaki itu terjerit kecil.

Zyra merampas senduk ditangan Abang Asri lalu mengejar Zack semula. Zack terus membaling tepung ke wajah Zyra sebelum berlari keluar daripada dapur. Zyra berhenti mengejar, dibersihkan mukanya daripada tepung. Air mata mengalir keluar sedikit disebabkan tepung yang masuk ke mata.

“Habis dah bulu mata aku. Abang Asri tolong Zyra dah terlekat tepung ni. Pedih. Tak boleh nak bukak mata dah. Melekat.” Zyra menggosok-gosok matanya. Tiba-tiba Zyra terasa wajahnya dilap dengan kain basah. Abang Asri ni memang baik betul, tak macam Abang Akmal tu. Kejam.

“Thanks bang, ni yang rasa nak naikkan gaji abang ni.” Zyra membuka matanya perlahan-lahan apabila terasa wajahnya siap dibersihkan. Kelihatan Ezamirul sedang tersenyum. Zyra tersenyum kelat. Dialihnya pandangan pada tangan Ezamirul yang sedang memegang kain basah.

“Lain kali jangan main tepung, kan dah masuk mata. Merah dah mata awak tu. Tepung tu buat masak. Bukan nak main baling-baling okey. Dah comot muka tu. ” Ezamirul mengelap bahagian mata Zyra sekali lagi. Lantas Zyra menepis saat mendengar suara Abang Asri tergelak kecil dengan pekerjanya yang lain. Zyra terus berlari ke singki mencuci muka. Sengaja dia duduk lama-lama disitu bagi menghilangkan rasa malu yang menebal.

Dia pasti sekarang wajahnya sudah bertujar rona berwarna merah. Melalui cermin yang terletak dihadapan singki itu, Zyra dapat melihat Ezamirul sedang memandang ke arahnya dengan senyuman melerat.

Zyra ingin mengelap wajahnya menggunakan hujung baju-T tetapi dihalang oleh Ezamirul. Sapu tangan berwarna coklat gelap dihulurkan kepada Zyra. Zyra memandang lama ke arah sapu tangan itu. Berkira-kira sama ada hendak ambil atau tidak sapu tangan itu.

“Ambil ajelah Zyra sapu tangan tu. Kenapa tengok aje.” Abang Asri menegur dengan suara menahan tawa. Zyra pantas menjeling. Dia terus mengorak langkah keluar daripada dapur tetapi Ezamirul pantas menghalang.

“Nak apa kau ni.” Zyra meninggikan suaranya. Ezamirul hanya tersenyum. Lantas wajah Zyra yang masih basah dilap menggunakan sapu tangan tadi. Lagi Zyra menepis, lagi dia seronok mengelap wajah gadis itu. Abang Asri dah ketawa melihat keletah mereka berdua.

Pangg.. Abang Asri berhenti ketawa. Staff lain juga berhenti tersenyum. Ezamirul berhenti mengelap wajah Zyra. Dirabanya pipi yang terasa pijar. Zyra terus keluar daripada ruangan dapur dengan wajah menyinga.

Abang Asri dan staff lain hanya buat tak nampak dan meneruskan kerja masing-masing. Ezamirul bergerak lemah ke bilik air yang terletak berhampiran dengan dapur. Pipi yang ditampar tadi dibelek dihadapan cermin. Berkesan lima garis merah dipipi lelaki itu. Saat disentuh kesan merah itu, Ezamirul menyeringai kesakitan. Diseluknya kocek seluar mencari telefon bimbit. Speed dail nombor tiga terus di tekan.

“Bodoh, kali ni dia dah tampar aku. Lepas ni apa pulak. Kau nak aku tahan lagi sampai bila. Semua ni kerja gila tahu tak. Kau nak aku bersabar sampai bila ni!.” Ezamirul mula menengking saat panggilannya dijawab. Kemarahannya itu hanya dijawap dengan gelak tawa dari orang yang berada dihujung talian.

“Kau jangan asyik nak gelakkan aku aje. Kau kena bagi solusi untuk semua ni. Kau ingat setahun tu sama ke bila dengan budak ni. Jadi panjang tahu tak. Gila semua ni. Gila. Aku dah tak tahan. Perangai dia macam angin tahu tak. Kejap lembut menampar pipi. Bila datang ribut, terbang melayang semua.” Ezamirul mengetap bibir. Panas hati bila mendengar gelak tawa tak reti nak berhenti itu lagi.

“Kau sabar sikit boleh tak. Bukan selama ni kau kata kau suka dia. Aku tengah tolong kau lah ni. Perlahan-perlahan, take it easy man. Zyra tu memang macam tu tapi dia okey sebenarnya. Kau buat apa sampai dia bagi pelempang.” Terkekeh-kekeh lelaki yang berada dihujung talian itu ketawa.

“Entah, memang aku suka. Kalau asyik-asyik macam ni boleh hilang rasa suka tu tahu tak. Nevermind, buat sakit hati dan pedih muka aku aje kalau cakap pasal tu. Lain kali aku telefon kau. Bye.” Ezamirul mematikan talian. Dia keluar daripada bilik air dengan wajah sebal. Keluar sahaja daripada dapur dia terus melabuhkan punggung pada sofa yang terletak berdekatan dengan tangga. Dipandangnya sepi pada Zyra yang sedang duduk di kaunter.

Zyra terlalu rumit hal antara kita. Aku dan kau melakar satu kisah terlalu rumit saat ini. Sukar untuk aku jelaskan. Sukar untuk aku fahamkan. Hati aku ini tidak senada dengan tingkah laku ku. Adakah begitu sebenarnya. Aku sendiri keliru. Semua ni berlaku cepat sangat. Aku tak boleh nak kata apa lagi. Bila semua ni nak berakhir? Bila semua ni nak terungkai?

Keluhan berat dilepaskan. Badan disandarkan ke sofa. Perlahan dia meraupkan wajah. Keluhan berat dilepaskan lagi. Mata dipejamkan, cuba untuk mencari satu ketenangan buat seketika bagi menghilangkan sedikit perasaannya yang kacau bilau itu.

“Ezam ambil order yang dah siap dekat dapur tu.” Arahan Zyra buat Ezamirul segera bangun walau hakikatnya dia mahu sahaja melawan arahan itu. Langkah longlai diatur.

Prankkkk, jatuh terus cawan ke lantai. Ezamirul diam. Bajunya habis lecun basah dek air. Rupanya dia tak perasaan Abang Asri sedang membawa dulang berisi gelas-gelas air dihadapannya tadi. Zyra yang melihat daripada jauh hanya terkebil-kebil. Ezamirul terus melangkah ke tingkat atas.

“Nak pergi mana?” Soal Zyra tegas. Sungguh yang dia sebenarnya menahan marah pada Ezamirul. Ada aje yang perkara yang nak buat Zyra marah. Ezamirul berhenti melangkah dan terus berpaling.

“Tandas. Kenapa nak ikut?” Ezamirul tersenyum meleret. Wajah Zyra sudah merona kemerahan. Pantas dia menunduk.

“Tak ingin. Pergilah kau, Peah!” Ezamirul ketawa perlahan lantas meneruskan langkahnya tadi. Mendengar ketawa yang datang daripada bibir lelaki itu buat jantung Zyra berdegup kencang. Dia terus menepuk kedua-dua belah pipinya berulang kali sehingga rasa pedih.

“Tepuk lagi, tepuk sampai merah pipi tu. Biar jadi macam pipi orang yang berlakon opera cina tu. Gila punya orang, kalau suka tu cakaplah suka. Tak payah nak tepuk macam tu sekali. Nak cover konon. Pigi dah!” Zyra mengalih pandang pada Zack yang berada disebelahnya. Zack sekarang dimata Zyra bersaiz sekecil semut aje. Rasa nak penyek-penyek pun ada.

“Kau ingat aku apa, nak cari gigolo? Anak ikan? Kau lah punya pasal tadi. Kurang asam gelugor betul punya mamat.” Zyra mencubit lengan Zack sekuat hatinya sehingga lelaki itu terjerit kecil.

“Sekali sekala cari gigolo apa salahnya. Kau kan mak datin rock kesunyian.” Zack tersengih dan sekali lagi lengannya dicubit oleh Zyra. Zack terus menarik hidung Zyra sehingga Zyra menjerit kesakitan.

“Sakit siot. Kurang ajar, mesti merah hidung aku sekarang ni. Hampeh betullah kau ni Zack.” Zyra menggosok hidungnya laju selepas Zack melepaskan pegangannya pada hidung Zyra. Kedengaran bunyi orang berlari-lari anak turun daripada tangga menuju ke tingkat bawah. Zack dan Zyra terus berkalih.

“Kenapa awak menjerit?” Ezamirul menyoal Zyra daripada anak tangga. Zack terus tersengih.

“Bila masa aku jerit?” Zyra buat muka selamba. Digosoknya hidung sekali lagi. Rasa pedih masih lagi ada. Ezamirul mengerutkan dahi. Bukan tadi dia dengar orang menjerit ke?


BERSAMBUNG
[Thanks baca . Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kerana itu seolah memberi semangat untuk aku *

1 Komen:

Ema Emaharuka said... [Reply]

Best2
sambung lagik kak;)
rindu dgn ezamirul, heE