Sunday, July 17, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 36 ♥


Ezamirul membaca ayat-ayat yang tertulis pada blog itu. Entah berapa kali dia khatam membaca blog itu daripada awal entry sehingga yang terakhir. Yang terakhir ditulis pada 8 tahun lalu. 

Tak bolehkah dalam hidup aku jumpa seorang lelaki yang macam suami idaman aku. Selama ni aku tak jumpa seorang pun yang ada ciri-ciri yang aku nak kecuali dia. Lupakan entah-entah dia hanya mimpi aku sahaja. 

 Aku hanya mahukan suami yang agamanya di atas landasan Allah SWT. Dia mestilah sedar tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah SWT dan isteri. Walau terlalu sibuk sekalipun, solat fardhu tetap dilaksanakan pada waktunya. Orang kata utamakanlah pemuda yang kuat amalan agamanya. Sebab kita kena ingat bahawa Rasulullah SAW menerima pinangan Saidina Ali k.w.j. buat puterinya Fatimah r.a. kerana ketaqwaannya yang tinggi walaupun beliau hanya seorang pemuda yang miskin. Aku memang mahukan yang suami yang sebegini, supaya dapat bimbing aku yang terkapai-kapai mencari makna islam yang sebenar 

Akhlaknya mestilah baik dan tegas dalam pertahankan maruah. Dalam ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata menggambarkan peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua jelas ketara. Dia itu mestilah tegas mempertahankan maruah agama dan keluarga. Tidak menghabiskan masanya di tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam. 

 Lelaki yang amanah dan tidak boros adalah keutamaan aku. Dia tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan secara sengaja atau mengkhianati apa-apa yang diamanahkan kepadanya terutamanya yang melibatkan hak-hak fakir miskin dan anak yatim. Dia itu bukanlah kedekut atau pemboros tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang diterima akan dikongsi bersama mereka yang berhak. Bukan apa memandangkan aku yang suka beli macam-macam perlulah suami yang sebegini agar dapat membantu aku dalam berbelanja. 

Dia yang bakal menjadi suami aku haruslah yang menundukkan pandangan terhadap wanita-wanita yang lalu lalang di hadapannya. Itu tanda dia menjaga pandangannya. Lagipun aku cemburu tahu kalau suami aku pandang perempuan lain. Sebab aku sedar aku bukan perempuan yang cantik. 

Pemilik rusuk kiriku itu mestilah seorang yang tidak mengamalkan pergaulan bebas. Pergaulannya biasanya hanya terbatas kepada golongan yang cenderung kepada agama. Singkat perbualannya dengan orang-orang yang kurang berakal. Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya iaitu golongan yang mengutamakan akhirat lebih daripada dunia. Dia menjauhi orang-orang yang zalim, yakni orang-orang tidak meletakkan agama pada tempatnya. 

Rasa tanggungjawab mestilah ada dalam dirinya dan dapat diukur melalui sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa juga ahli keluarganya. Jika ibu bapanya hidup melarat sedangkan dia senang lenang, nyatalah dia tidak bertanggungjawab. 

Sejuk hati terasa jika dia mempunya wajah yang tenang. Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air mukanya. Wajahnya sentiasa tenang, sama ada sewaktu dia bercakap atau bertindak. Bukan status atau kedudukan yang dicari tetapi biarlah keturunan yang mentaati perintah Allah SWT. 

 Biarlah dia mempunyai harta yang cukup untuk memberi nafkah ke atas aku dan tidak pulak memudaratkan diri aku yang selalunya terbiasa dengan hidup serba mencukupi. 

 Aku ingin dia yang mempunyai sikap pendengar yang baik. Aku suka bercerita. Aku mahu setiap apa yang terjadi pada aku dia dengarkan. Masalah aku dia perdengarkan juga. Indahnya juga dia seorang yang sabar dan memahami. Sabar bukankah separuh daripada iman. Memahami pula dapat memupuk satu hubungan yang harmoni. Aku ni macam-macam ragam. Suami yang sabar dan memahami, memang amat diperlukan disisi. 

Kadang-kadang aku tertanya adakah aku terlampau meminta ciri-ciri suami yang sebegitu. Salahkah aku mempunyai keinginan memiliki suami yang sebaik-baik ciptaannya. Baiklah jika begitu biarlah bakal suamiku itu seorang yang sebaik-baik ciptaan Allah SWT yang ditakdirkan untuk bersamaku kelak. Ya, dia yang diambil rusuk kirinya untuk menciptakan aku.

 "Rasulullah SAW bersabda : Apabila seorang hamba Allah telah beristeri atau bersuami. Ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Pada separuh yang lainnya hendaklah ia bertaqwa kepada Allah SWT. (Riwayat Al-Baihaqi)” 

 Pencarian akan berakhir tak lama lagi. Penantian akan berakhir cuma aku tak pasti bila. Ezamirul menyandarkan badan ke sofa. Permainan ini juga akan tamat. Tapi aku sendiri tak pasti bila dan bagaimana aku ingin menamatkannya.

 Bisakah Zyra menerima. Ah, aku harap dia akan menerimanya dengan tenang. Ini aku lakukan kerana dia juga. Sesungguhnya aku memang tidak sabar untuk menamatkan permainan yang semakin menyesakkan emosi ini. Telefon bimbit dicapai. Nombor telefon ‘dia’ segera di dail. 

 “Hello. Aku rasa aku kena tamatkan benda ni secepat mungkin. Aku dah tak laratlah nak teruskan.” “Sekali lagi kau cakap benda ni. Kali ni kenapa pulak?” 

 “Entahlah, aku takut macam mana nanti dia tak nak terima aku. Macam mana pula kalau nanti dia kata aku sengaja permainkan dia. Cuba fikir kalau nanti dia akan benci aku sepanjang hayat.” 

 “Pulak dah. Kau ni fikir negatif sangat. Relaxlah.”

 “Ah, kau cakap senang.”

 “Dah tu kau nak aku cakap macam mana? Aku dah tolong kau pun dah cukup baik tahu. Cuba kalau aku larang kau dulu lagi memang tak merasa kau nak tengok dia langsung! Cuba kalau aku tak cerita siapa dia pada kau? Sampai kiamat kau tak jumpa siapa dia.” 

 “Aku tahu kau dah banyak tolong aku Cuma aku macam dah tak sanggup lagi. Aku tak nak menambahkan lagi benci yang sedia ada pada dia.” 

 “Siapa yang mula dulu semua ni? Kau kan? Aku Cuma tambah sikit aje jalan dia. Kau yang lepaskan peluang dulu. Sengal terus aku cakap dengan kau ni. Kejap nak, kejap tak nak. Apa yang kau nak sebenarnya pun aku tak tahu. Apa pun tak bolehlah kau ni.”

 “Kau ni membebel nombor satu. Aku ni bukan apa, aku sayangkan dia. Kau kena tahu tu. Aku buat semua bersebab. Dari awal aku cuba kenal dia sampai sekarang, sebab aku hanya satu. Aku sayangkan dia.” 

 “Aku pelik dengan kau ni, kenapa tak terus terang dari awal? Kenapa kau sendiri cipta benda complicated ni? Sekarang siapa yang susah? Kau dengan aku jugak.” 

 “Aku tahu silap aku semua ni tapi semuanya dah separuh jalan. Aku nak buat macam mana melainkan teruskan aje permainan ni? Tapi sekarang aku nak berhenti. Aku kena berhenti teruskan. Semuanya mesti dijelaskan.” 

 “Kau yakin?” 

 “Tak, sebab tu aku telefon nak minta pendapat kau?” 

 “Kalau kau minta pendapat aku, maka jawapan aku tak payah jelaskan dulu. Teruskan. Jangan berhenti sekarang. Kalau kau mahu berhenti sekarang, aku takut dia akan bencikan kau selamanya.”

 “Kenapa pulak?” 

 “Sebab dia tu...” Tutt...tuttt... talian terputus. Ezamirul mengerut dahi. Kenapa pulak dia ni? Cakap tak habis dah letak telefon. Ikon skype diklik pada desktop. 

 “Online pun kau!” Itu yang dia ucapkan saat video call-nya dijawab.

 “Kau kenapa tiba-tiba suruh aku online? Siap video call ni. Rindu aku ke?”

 “Tolonglah aku nak rindu kau dik. Memang tak lah.” 

 “Dah tu?”

 “Aku....” “Dah tak payah cakap, aku tahu apa kau nak cakap. Mesti pasal budak tu kan?” Ezamirul mengangguk kepala sambil melihat wajah adiknya yang sudah berjambang. 

 “Aku tak tahu nak buat macam mana lagi...” 

 “Serius aku cakap yang aku tak tahu nak tolong kau macam mana. Cukuplah dulu aku dah masuk campur dalam hidup kau tu sekarang ni tak dapat den nak menolong.” 

 “Serabutlah, serabut!” “Pulak dah? Kau suruh aku online skype ni semata-mata nak dengar kau cakap serabut aje ke? Memang sengal betul kau ni lah. Dari dulu sampai sekarang asyik tergila-gila budak perempuan tu.” 

 “Salah?”

 “Memanglah tak salah, Cuma cara kau tu salah.”

 “Kenapa pulak?” 

 “Sebab kau tak pernah nak terus terang. Tak habis nak mengelat cerita hal sebenar. Sekarang ni kau dah jumpa dia depan-depan, kau masih lagi nak putar belit keadaan. Aku tak faham betul lah.” “Entahlah, aku tak sanggup nak terus terang.”

 “Tapi sanggup pulak kau menipu?”

 “Menipu pun aku tak sanggup dah.”

 “Habis apa yang kau buat ni tak kira sebagai menipu ke abangku, Ezamirul Hakimi Idris!” Ezamirul diam. Ada benar kata adiknya itu. Ah, dia keliru. 

 “Mummy mana?” 

 “Ada dekat dapur dengan Dira, tengah buat spaghetti rasanya.” 

 “Untunglah orang duduk oversea, aku jugak berjanggut duduk dekat sini seorang diri tak ada teman. Sadis.” 

 “Ah, kau jangan nak buat cerita sedih. Orang dah ajak hari tu, kau yang tak nak. Sebab apa kau tak nak? Sebab budak tu kan.” 

 “Diamlah kau. Asal borak dengan kau mesti bangkit isu ni. Naik bernanah telinga aku dengar. Dah lah aku nak tidur, kirim salam mak dengan tunang pujaan hati kau tu. Assalamualaikum.”

BERSAMBUNG
[Thanks baca . Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kerana itu seolah memberi semangat untuk aku *

2 Komen:

Ema Emaharuka said... [Reply]

Hoho m0ga nanti Zyra b0leh trima alasan Ezamirul..
KLu Ezamirul dah bagi tahu..

Nurfazila Suhaide said... [Reply]

bila ezam nak bagitau hal sebenar..huhu..curios la pulak..haha..