Friday, August 05, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 37 ♥




“Bila Fynn Jamal perform Zack?” Soal Zyra dengan mata yang masih memerhati pada pentas.

“Lepas ni.” Zyra hanya mengangguk. Bunyi alunan muzik kedengaran. Orang ramai mula bertepuk tangan. Kelihatan orang yang dinanti-nanti sudah naik ke atas pentas. Gadis itu kelihatan manis dengan berbaju kurung berwarna putih kapas.

perasaan yang terlalu menakutkan
perasaan yang terlalu menyeramkan
aku ditinggal di tepi jalan
aku ditinggal tanpa rakan dan taulan

celakanya perasaan ini
ku fikirkan aku bisa berdiri sendiri
terlalu percaya pada kudrat diri
sampai aku lupa yang aku tak mampu berdiri

tapi bukan sebenarnya aku ini tak mahu
bukannya aku tak mahu ditinggalkan seperti dulu
tapi aku sudah dibiasa untuk berada bersama-sama kamu
celakalah engkau yang memaksa aku diajar untuk memegang tangan itu
bila dibiarkan aku sendirian--
ah, celaka.

Zyra mengalih pandang pada Ezamirul yang sedang berbual dengan salah seorang buskers disitu. Mata Zyra terus terbeliak melihat lelaki disisi Ezamirul. Faris, lelaki yang dia jumpa di Dataran Pahlawan hari itu. Zyra mendengus geram. Fynn Jamal tidak lagi dengarinya. Perasaan marah yang merajai hati. Bukankah hari itu Ezamirul sendiri katakan yang dia tak kenal Faris. Tak mungkin baru kenal kerana mereka kelihatan sangat akrab ketika itu.

Pandangan mata Zyra bertembung dengan Ezamirul secara tiba-tiba. Ezamirul melemparkan senyuman, tetapi dibalas dengan jelingan oleh Zyra. Ezamirul mengerutkan dahi. Lantas dia melangkah menghampiri Zyra.

“Kenapa?” Soal Ezamirul sambil memegang lembut bahu Zyra. Zyra menolak tangan Ezamirul kasar. Dia terus membelakangkan tubuh. Tangan pura-pura menyusun pinggan yang terletak di meja buffet itu.

“Kenapa?” Soal Ezamirul sekali lagi. Zyra hanya diam. Pura-pura tidak mendengar soalan Ezamirul. Lelaki itu mengeluh perlahan. Dia terus meninggalkan Zyra sendirian disitu.

“Lagu ini buat si dia yang aku cintai...And I love you so.” Tepukan orang ramai membuatkan Zyra berpaling. Kelihatan Ezamirul diatas pentas. Dia duduk di atas kerusi sambil memetik gitar yang dibelinya tempoh hari. Pandangannya menikam anak mata Zyra.

And I love you so.
The people ask me how,
How I've lived till now.
I tell them I don't know.

I guess they understand
How lonely life has been.
But life began again
The day you took my hand.

And, yes, I know how lonely life can be.
The shadows follow me, and the night won't set me free.
But I don't let the evening get me down
Now that you're around me.

Ezamirul turun daripada pentas. Dia mendekati Zyra yang kelihatan terpaku disitu. Hadirin mula bersorak. Ezamirul tersenyum melihat wajah Zyra yang merona kemerahan. Tiada lagi wajah garang seperti awal tadi.

And you love me, too.
Your thoughts are just for me;
You set my spirit free.
I'm happy that you do.

The book of life is brief
And once a page is read,
All but love is dead.
That is my belief.

And, yes, I know how loveless life can be.
The shadows follow me, and the night won't set me free.
But I don't let the evening bring me down
Now that you're around me.

And I love you so.
The people ask me how,
How I've lived till now.
I tell them, "i don't know."

Hadirin bertepuk tangan dengan gemuruh. Ezamirul tersenyum lagi menampakkan lesung pipinya. Zyra menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia sendiri tak tahu reaksi apa yang dia patut berikan sekarang ini. Terkebil-kebil matanya memandang wajah Ezamirul.

“That is why I love you. Comel sangat perangai tu.” Ezamirul tertawa. Zyra terus melangkah pergi meninggalkan Ezamirul. Segan sangat-sangat. Kalau ayat tu dia seorang yang dengar tak mengapalah, tapi semua orang yang ada dengar. Selamba aje Ezamirul mengucapkan tiga patah perkataan keramat itu menggunakan mikrofon. Dia ingat romantik sangatlah tu.

“Budak ni memanglah makin hari makin melampau perangai dia. Sesuka hati mak bapak tiri laki bini dia aje nak buat aku macam ni.” Zyra membebel sendiri dengan langkah yang semakin laju. Sekarang ni memang dia rasa nak serkup kepala dengan baldi. Segan tak hilang lagi. Lepas tu orang dah tengok dia sengih-sengih macam kerang busuk. Bala-bala.

Bukan setakat orang yang join gathering forumer ni, budak-budak buskers dan yang penting perkerja dia sekali paling teruk tersengih. Itu yang paling ketara sekali sengih tak ingat dunia, si Zack. Seronok mamat seorang tu tengok Zyra tak tentu arah nak cover malu.

Zyra bergerak ke pintu keluar. Tak ada jalan lain dah, dia mesti keluar dari sini. Lagi lama dia berada dalam kafe tu lagi tak senang duduk dia jadinya. Dia menolak pintu dengan keadaan tergesa-gesa.

“Aduh!.” Zyra terus menoleh mencari siapa pula yang mengaduh itu. Kelihatan Izz Riyad sedang menggosok dahinya dengan laju. Cecair merah mengalir pada hujung bibirnya. Lelaki itu terus duduk diatas lantai menahan sakit.

“Sorry, I tak sengaja. I tak nampak you dekat belakang pintu ni tadi.” Zyra mencangkung disebelah Izz Riyad. Dia terus menyeluk poket seluar mencari sapu tangan. Hujung bibir Izz Riyad yang berdarah dilap perlahan. Menyeringai lelaki itu kerana menahan rasa pedih.

“Sorry sangat-sangat. I tak sengaja. I tak tahu. Kalau I tak terburu-buru keluar tadi mesti you tak macam ni. I’m sorry.” Zyra meniup dahi Izz Riyad dengan lembut. Lelaki itu hanya membiarkan. Dia tak peduli dengan apa Zyra lakukan. Yang penting sekarang ni rasa sakit yang berdenyut-denyut dikepala dan pedih dibibir ini lebih penting.

“Bergegar otak I tahu. Kalau perlahan tak apa-lah jugak. You ni, lain kali tengoklah depan. Kalau yang you hempuk dengan pintu tadi orang lain tadi macam mana? Dah lama agaknya you kena maki.” Izz Riyad menarik muka.

“I minta maaf. I tak sengaja sangat-sangat. I tak expect ada orang nak masuk kafe tadi. I minta maaf okey.” Izz Riyad diam. Dia mendongak melihat wajah Zyra yang mula gelabah. Air mata mula bergenang ditubir mata. Zyra ni memang takut kalau dia dah sakitkan orang dari dulu lagi. Tak ubah-ubah.





Izz mengangguk perlahan. Tak boleh dia nak tatap wajah Zyra yang serba salah tu lama-lama. Entah tiba-tiba mindanya terlayang pada arwah Melissa. Marah sungguh dia marah, kenapa wajah Zyra dan Melissa saling tak tumpah.


“Abang, Mel minta maaf abang. Mel tak mampu nak jadi isteri yang baik untuk abang. Mel bukan tak cuba abang. Mel selalu mencuba. Mel ingat dengan kehadiran Nina semua ini dapat berubah. Tapi...” Air mata Melissa mula menitis. Izz Riyad hanya memandangnya sepi.

“Semua ni terlalu sukar untuk Mel lalui. Terlalu sukar untuk Mel hentikan perasaan Mel pada dia.” Izz Riyad mendengus kasar. Benci mendengar.

“Berapa lama harus aku bertahan kalau kasih tak pernah dianggap. Aku suami kau, bukan dia. Kita dah kahwin nak dekat dua tahun Mel. Kau masih tak boleh tak cintai aku seperti mana aku cintai kau kah? Aku penat Mel. Dah penat sangat nak bersabar dengan sikap kau ni. Aku rasa diri aku sekarang tak ubah seperti lelaki dayus tahu tak. Tak guna jasad kau bersama aku tapi jiwa kau pada si celaka tu.”


“You okey tak ni.” Suara cemas Zyra mematikan lamunan lelaki itu.

“I okey.” Izz Riyad terus berdiri.

“Again, I’m sorry. I tengok bibir you dah mula bengkak tu. Mesti sakitkan.” Zyra memegang bahu Izz Riyad lembut. Raut wajah Zyra yang kelihatan risau itu membuatkan Izz Riyad tersenyum kecil.

“Nevermind. Dah tak payah nak minta maaf lagi. I okey. Sikit aje ni. You nak pergi mana tadi tergesa-gesa sangat I tengok. I baru nak buka pintu untuk you, tapi you dah hempuk I dengan pintu dulu.” Zyra tersenyum kelat.

“Kalau I tahu, I tak akan hempuk you dengan pintu tu. Maaflah.” Zyra menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Ehemmmmm...” Zyra dan Izz Riyad segera menoleh.

BERSAMBUNG
[Thanks baca . Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kerana itu seolah memberi semangat untuk aku *

8 Komen:

zura asyfar said... [Reply]

mesti ezza ni....adess, pendek sgt la mia...hehe

Anonymous said... [Reply]

ehehe. msti ezam yg tegur :))

Ema Emaharuka said... [Reply]

So sweetnya Ezamirul;)
alalala mesti tU ezamirul yg berdeham;)

next kak;)
mau lagik;)

nurfana frhna said... [Reply]

best..smbung lagi..

cik Meow said... [Reply]

wah watak Eyza mcm da feminin -)

Ika Suhaimi said... [Reply]

Akhirnya ada jugak. Lama tunggu Makin menarik . Cepat cepat habiskan :) Best of luck kak :)

zpiEsXoxx said... [Reply]

hahahaa lawak giler....rasakan si Izz tu... diakan yg rampas Mellisa dr Ezam... but syukurlha yg Mellisa dh meninggal... dpt chance jugak si Ezam ni nak ngorat Zyra... persoalan yg timbul di minda... siapa abang Ezam hekk... jangan2 Izz... yelah ada bau- bau 'bacang'... argghhhhhh tak senang duduk... yg first tu bila Ezam bcakap ngan seseorang di h/p aku sangka Akmal abg Zyra...tp abg Ezam plak.... haiiiii nasib- nasib...

Anonymous said... [Reply]

actually cerita best n hope sgt dpt sambung panjang skit n cepat-cepat tau