Sunday, October 30, 2011

SAMPAI MENUTUP MATA 4


 Cinta itu hadir tanpa dipaksa.
Cinta itu hadir tanpa kenal siapa.
Cinta itu hadir tanpa mengira masa.
Cinta itu hadir tanpa dibataskan oleh usia.





"Apa benda pulak?" Rafiq sudah kerut dahi. Aida ni nak buat suspen pulak masa tengah sedap-sedap nak makan ni. 

"Entah, ada benda keras. Patah gigi aku nak gigit benda alah ni."

"Berhentilah gigit tu. Cuba tengok apa benda. Karang nanti mati tercekik aku jugak yang susah nak menghantar kau pergi hospital time-time macam ni. Cepat luah tengok apa benda tu. Cep..." 

"Cincin?" Rafiq dah tersenyum. Aida dah tayang muka sepuluh sen lagi tak puas hati. "Apakemendaalah pulak cincin dalam kek. Kurang asam masin betul. Kalau aku tertelan macam mana, arwah jugak ni karang."

"Relakslah Peah. Mana tau ada orang nak melamar kau tiba-tiba?" Rafiq tersenyum simpul.

"Apakah? Siapa pulak nak melamar aku. Gila apa. Merepek." Aida letak cincin atas meja dengan muka sebal. Sumpah tak lawak gurauan Rafiq ni. 

"Kalau aku yang nak melamar kau macam mana?" Aida terus ketawa. Kali ni lawak. Sumpah lawak. Lawak antarabangsa yang paling berjaya dalam dunia. Senget betul mamat ni.

"Hello mister? I'm not affected with harmless flirt , sweet talking dan aku rasa satu perkara yang mustahil tahap petala kelapan yang kau nak melamar aku. Agaklah bro kalau nak bergurau. Ada ke dengan aku pun kau nak lovey dovey."
"Aku serious. Kau nampak muka aku main-main ke sekarang. Ada rupa orang bergurau ke sekarang. Dear Aida, aku memang betul-betul sukakan kau. Aku betul-betul ikhlas mencintai kau. Perasaan yang ada dekat hati ni dari dulu hingga saat ini dan detik ini. Perasaan yang aku sendiri tak tahu macam mana nak terangkan sedalam mana sejauh mana setinggi mana dan bagaimana jua dia hadir. Dan aku tahu dalam hati aku cuma ada nama kau. Tiada lain. Tiada dua mahupun tiga." Aida diam. Wajah Rafiq direnung tajam. Susah nak percaya. Susah nak percaya rasa yang tiba-tiba ada bila Rafiq melontar bicara. 

"Kau main-mainkan?" Entah, Aida masih terasa ragu.

"Macam mana lagi aku nak terangkan untuk kau percaya. Aku jujur dengan apa aku rasa. Aku dah penat nak berpura-pura. Daripada kita part 1 dulu lagi aku dah mula suka pada kau. Susah sangat nak faham ke?" Nada suara Rafiq yang susah nak ditafsir oleh auditory system. Sedih? Marah?

"Entah aku rasa benda ni macam sumpah merepek kau tahu. Aku cuma dia yang mudah baran tak semena. Yang tak sekali punya ciri wanita idaman. Yang sentiasa gagal mengawal amarah. Tiada senyum. Tiada mesra. Tiada sekelumitpun ciri wanita idaman. Kau troll aku ke ni?" 

"Siapa yang nak troll kau. Ya Allah. Aku tak nak main-main soal perasaan. Faham? Aku sayangkan kau. Aku terlalu sayangkan kau. Sayang maka aku decide nak jadikan kau suri dihati. Aku yang selama ni hantar kau bunga dengan coklat setiap kali velentine day, birthday, dan setiap kali kau dapat anugerah dekan atas nama secret admirer." Rahang Aida jatuh. Ingatan terlayang pada hari-hari lalu yang dia menerima hadiah daripada insan yang tidak diketahui.

"Aku memang luahkan rasa yang sebenarnya masa kita buat pementasan hari tu. Semuanya tulus ikhlas dari hati. Aku bukan paksa kau terima aku mahupun buat jawapan sekarang juga ambillah masa selama mana. Aku tunggu. Tunggu sampai kau beri jawapan. Tapi ambillah cincin ni dulu. Pakai kalau kau sudi menerima aku." Rafiq meletakkan cincin dalam genggaman Aida. Aida terus bangun. Wajah Rafiq dipandang sekilas. Rasa yang sendiri tak tahu nak tafsirkan macam mana. Gembira? Sedih? Kecewa?

"Aku hantar kau balik?" 

"Tak perlu. Aku nak balik sendiri. I need to be alone." Aida terus hilang daripada pandangan. 

"Aida, wait." Rafiq hanya mampu berteriak.


*****

"Aida, hujan ni. Naiklah dulu. Bas lambat lagi sampai. Dah malam pun ni kan." Rafiq berteriak daripada dalam kereta Aida buat tak dengar.

"Tak apa. Aku boleh tunggu." Mendatar sahaja nadanya.

"Nanti kau demam."

"Tak payah peduli aku. Tak payah sibuk. Kau siapa?" Suara Aida mula memetir.

"Aku insan yang selalu menyayangi kau." Perlahan sahaja kata-kata itu dituturkan. Antara dengar tak dengar. Tapi Aida masih dapat menangkap kata-kata yang menerobos masuk menghentam gegendang telinga.

"Leave me alone."

"Aida..." Nada Rafiq lirih.

"Leave me alone! Bagi aku peluang nak berfikir. Bagi peluang aku nak menghadam. Susah sangat ke nak faham word leave me alone tu?" Aida menengking. Rafiq terdiam. Nak tak nak dia harus pergi. Dia tahu Aida tak boleh nak didekati kalau marah. Nanti tiada apa yang akan berubah tapi lebih buruk akan berlaku. Dari cermin sisi kereta. Dia lihat Aida melangkah didalam hujan mendekati perhentian bas.

'Maafkan aku Fiq. Aku bukan tak mahu beri kau jawapan. Cuma aku keliru apa sebenarnya. Aku tak tahu rasa apa sebenarnya ada. Maafkan aku kerana jadi macam ni.' Gumam Aida sendiri saat melabuhkan punggung diperhentian bas. Air mata berlinang. Air mata yang sudah lama tak mencemar dulinya membasahi pipi mulus itu.

to be continued...

"last aku type cerita ni 6/2/2011 aku cuma nak habiskan. Ini mininovella so cepat je nak habis. Mininovella yang aku tulis pada tahun 2009 dulu masa baru belajar tulis. Ni versi edited. Jadi yang sudi ringan-ringan kan tangan baca 3 episode lepas dan berikan komen anda. Buat cerita Miss Violence, harap bersabar. Aku bukan memungkiri." - Amira Atiya.

   PART 1 | PART 2PART 3 | PART 5

2 Komen:

Akeyla Frr . said... [Reply]

:D
Keyla baru baca ! nanti keyla nak baca yg lain ! :D
Smpai ku menutup mata :(

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@Akeyla Frr .

>.< thanks keyla.