Friday, November 04, 2011

MISS VIOLENCE AND MR CASANOVA 38

Sesaja pakai cover ni jap >.< tak boleh bla gambar

Aku kata aku dah delete separuh entry novel ni kat blog ni kan? Aku dah letak balik. Haishh. Aku post sini sebab nak inform sambungan dah ada. Aku tak tahu kalau ada lagi nak baca. Aku tahu aku hanya picisan. Tapi aku insan yang mahu kalian rasa apa itu rasa. Aku tahu aku tak kerap sambung macam lain. Aku tak tahu kalau ada yang masih nak baca. Ni versi edited. Gua dan edit bagi kemas cerita ni. Lepas ni cari dekat blog amira atiya menulis okey. |support group kami cinta novel now|


“Zyra jom masuk.” Ezamirul menarik tangan Zyra lembut. Matanya menikam anak mata Zyra. Seolah-olah menghantar amaran supaya jangan ada dekat dengan Izz Riyad. Tak ada lagi pandangan lembut meminta pengertian seperti sebelum ini. 

 “Tak nak.” Zyra terus meninggalkan Ezamirul dan Izz Riyad dimuka pintu. Dia terus melangkah tanpa hala tuju. Tak sanggup dia hendak berhadapan dengan Ezamirul buat masa ini. Gila, semudah itu Ezamirul boleh melafazkan cinta. Secepat itu dia boleh jatuh cinta, Apakah dia tidak nampak perbezaan yang ketara antara mereka berdua. Angin malam menampar pipi. Zyra melabuhkan punggung pada kerusi yang terletak menghadap sungai Melaka. Matanya memerhati bot yang membawa pelancong. Seronok sungguh mereka yang menaiki river cruise itu. Bibirnya mengukir senyuman. 

 “Awak tak suka pada saya ke?” Zyra terus menoleh saat mendengar soalan itu. Mata redup lelaki itu menjamah wajah Zyra. Zyra mengeluh berat. Sungguh dia tak suka nak menjawab soalan itu. Mustahil untuk dia sukakan budak mentah seperti Ezamirul itu. 

 “Susah sangat ke untuk awak suka pada saya?” soal Ezamirul lagi. Nada suara lelaki itu kedengaran sayu ditelinga Zyra.

[klik to read more]


 “Suppose to be cinta, bukan suka. Tak cintakah awak pada saya seperti mana saya cintakan awak. Susah sangatkah untuk awak mencintai saya? Tak adakah ruang dihati saya untuk awak.” Ezamirul mengetap bibir melihat wajah Zyra yang seolah-olah tak punya apa-apa perasaan.

 “Aku rasa kau dah silap. Kau dah tanya hati kau betul-betulkah yang ini sebenanrnya cinta? Atau sekadar lust mahupun crush? Tak logik rasanya kau boleh cintakan aku secepat ini.” Ezamirul pantas menggeleng. 

“Saya pasti saya cintakan awak. Dalam hati saya ini ada awak. Awak yang bernama Zyra. Zyra Eloise Matthew Azril.” Zyra diam. Dia mencari keikhlasan dibalik kata-kata itu.

 “Jangan cintakan aku! Jangan cintakan aku! Jangan cintakan aku!” Zyra meninggikan suaranya tiba-tiba. Ezamirul tersentak mendengarnya. “Kenapa?” 

 “Yang penting jangan cintakan aku. Aku bukan orang yang baik untuk kau. Aku ni bukan reti nak berbudi bahasa. Aku suka marah kau tak kira masa. Aku ni bukan macam perempuan lain kau tahu tak. Aku tak mampu nak jaga hati orang. Yang buruk, yang jahat dan yang jahil ialah aku. Jadi lupakanlah. Jangan cintakan aku. Jangan baik dengan aku. Jangan sukakan aku. Jangan sayangkan aku.” Air mata Zyra terus mengalir. Ezamirul diam. Tangan mula menggaru kepala yang tidak gatal. Dahi sudah berkerut tak faham kenapa Zyra mesti menangis. Zyra menangis lagi, kali ini mula teresak-esak.

 “Awak jangan nangis. Tolonglah jangan buat saya tengok awak menangis macam ni. Tolong jangan menangis lagi.” Ezamirul menghulurkan sapu tangan kepada Zyra. Zyra hanya menggeleng. Dia lebih memilih mengelap air mata menggunakan hujung lengan baju. Tiba-tiba Zyra ketawa. 

“Kenapa ketawa pulak?” Ezamirul menggeleng kepala.

 “Muka kau tak boleh blah tengok aku menangis tadi. Lawak betul.” Zyra menggosok bawah hidungnya sambil ketawa. Wajahnya yang merah akibat menangis tadi masih tidak lagi hilang. 

 “Cuak tahu. Marah orang lepas tu menangis. Lepas tu ketawa. Peliklah awak ni. Itu yang buat saya cintakan awak.” Ezamirul tersengih menampakkan gigi taringnya. Zyra sudah tayang muka menyampah. 

“Kau cakap sekali lagi aku benamkan kau dalam Sungai Melaka ni!” Zyra terus terus berdiri bercekak pinggang dihadapan Ezamirul. Rahangnya mula bergerak-gerak menahan rasa marah. 

 “Aik marah?”

 “Tak adalah, kau tak nampak aku tengah gelak-gelak. Senyum-senyum macam orang gila ni. Marahlah ngek! Ada gaya orang tengah gembira ke ni.” Zyra terus meninggalkan Ezamirul sendirian. Dia melangkah masuk ke kedai runcit yang berhampiran.

 “Dia kata aku ngek? Ngek tu apa benda? Monyet? Bongek? Tonggek? Apa ke pelik bahasa minah ni. Ngek tu stands for?” Ezamirul membebel sendirian. Dahinya mula berkerut-kerut menampakkan tiga garis. 

“Ngek tu kau lah. Tak payah fikir banyak-banyak. Kalau kau rasa ngek tu maksudnya monyet, kau lah monyet tu. Kalau kau rasa ngek tu tonggek, kau lah tonggek tu. Habis cerita.” Zyra duduk disebelahnya sambil makan aiskrim Wall’s Kiwi Fruttare. Ezamirul terus tepuk dahi.

 “Awak ni malam-malam sejuk macam ni, tak elok makan ais krim. Nanti...” “Diamlah kau, membebel macam mak nenek.” 

 “Sabar ajelah.” Ezamirul menggeleng kepala. Zyra buat tak tahu. Kepalanya dogoyangkan ke kiri dan kanan sambil menjilat ais krim. Seronok rasanya makan ais krim malam-malam lepas tu brain freeze. Berkerut-kerut muka menahan sejuk.

 “Baguslah tu, brain freeze. Saya cakap tak nak dengar.” Zyra hanya menjawab bebelan Ezamirul dengan menjelir lidah.

 “Pulak dah. Lawa sangatlah lidah yang dah tukar warna hijau tu. Macam lidah hulk. Bagus-bagus.” Ezamirul mengenyitkan matanya. Zyra tersentak. 

 “Mata kau masuk habuk ke. Terkenyit-kenyit gitu. Eh ada ke ayat terkenyit-kenyit. Lantaklah.” Zyra menyambung kembali menjilat ais krim berperisa kiwi itu. Pandangannya dilemparkan pada Selat Melaka yang terletak di muara Sungai Melaka. 

 ***** 

 “Macam mana?” Soal lelaki dihujung talian. 

“Macam mana apa.” Ezamirul pura-pura tak tahu.

 “Kau dengan Zyra-lah. Apa lagi.” 

 “Aku dah confess pada dia yang aku sukakan dia. Tapi ada ke dia pergi bantai menangis. Dia kutuk diri dia macam-macam untuk buat aku tak sukakan dia. Aku takut betul tengok dia nangis. Tercalar ego aku, aku tak mampu nak buat apa bila dia nangis macam tu. Hurt enough bila tengok air mata dia mengalir. But...”

“But what?” 

“Dia boleh ketawa selamba kodok lepas nangis tak pasal-pasal tu. Confuse aku dengan perangai dia tu. Macam wayar short pun ada. Kejap emosi sedih. Lepas tu ketawa. Tup-tup dia pergi marah aku pulak. Siap ugut nak benam dalam Sungai Melaka tu.” Lelaki yang berada dihujung talian terus ketawa berdekah-dekah. 

 “Dia memang macam tu lah perangai. Sabar ajelah kalau kau sukakan dia. Kau layan ajelah. Kau yang sendiri nak kan?”

 “Memanglah. Masa aku tengok dulu normal aje. Rupanya bila sekarang ni dah macam tak normal.” Ezamirul menahan tawa. 

 “Amboi. Sedap kau kata tak normal. Aku dah pesan dulu. Kau aje degil.” 

 “Dia kalau menangis memang merah-merah muka macam tu ke?” Ezamirul cuba mengingat wajah Zyra kelmarin. 

 “Haah. Hidung, muka dengan mata dia memang merahlah. Macam udang bakar. Aku tengok pun macam takut aje dulu. Serius dia dah lama tak menangis. Aku agak kagum dengan kau sebab boleh buat dia menangis macam tu.”

 “Comel jugaklah muka dia macam tu. Kadang-kadang aku tengok certain perempuan ni kalau dia menangis memang comel. Entah kenapa. Kau biarlah logik nak kagum aku buat dia menangis. Memang test jantung tahu dia nangis teresak-esak tiba-tiba. Cakap marah-marah lepas tu air mata mengalir. Seram.” Ezamirul membetulkan duduknya diatas sofa. Mata masih terarah pada cerita Fly High yang dimainkan di Astro Citra itu.

 “Kau kena percaya aku cakap. Last dia nangis masa first love dia meninggal. Kau patut tengok betapa tragisnya hidup si Zyra tu. Semua benda dia salahkan. Semua benda dia tak nak buat. Give up. Macam tak nak hidup lagi. Lagi-lagi dia memang sayang gila dengan budak lelaki tu.”

 “Okey macam mana aku boleh terlepas part tu. Kenapa aku tak tahu?” Ezamirul mengetap bibir.

 “Dah kau tak tanya.”

 “Biasa aku tak tanya pun kau dah cerita. Sejak bila aku kena tanya baru kau nak cerita. Lain kali bagilah tahu. Kalau tak macam mana aku nak faham dia. Aku rasa hidup aku dengan hidup dia sebenarnya memang lebih kurang tahu tak.” Ezamirul menyandarkan badannya ke sofa. 

 “Sorry okey.”

 “Nevermind. So, kenapa budak tu meninggal? Car crash?” Ezamirul mula serius. Dia mahu tahu hidup Zyra sebenarnya. Dia mahu tahu siapa Zyra sebelum Zyra tahu siapa dia. 

 “That boy nama dia Adam Haikal. Diorang berdua ni couple sejak Zyra habis form 5 lagi. Relationship diorang ni memang bertahan lama gila. Aku salute habis. Aku ingat masa tu birthday Zyra yang ke 20 Dia kata dengan aku, umur 20 masa semester akhir dia nak kahwin. Okeylahkan. Aku memang tak kisah kalau dia nak kahwin awal-awal. Tapi itulah, kalau Allah dah kata jodoh tak ada. Maka tak adalah. Siapa kita nak halangkan. Masa tu diorang celebrate birthday Adam dekat water theme park mana entah aku tak ingat. Serius masa tu dia okey aje. Tak ada rupa orang sakitpun.” Lelaki itu diam seketika menarik nafas. Cuba mengingati kisah lalu itu sebaiknya. 

 “A few days lepas birthday party tu, dia meninggal. Dekat rumah. Masa tu orang expect dia hanya tidur dekat lounge office bapak dia tu rupanya bila lama sangat tidur tu, orang check-check nadi tak berdenyut dah. Bila tanya doktor apa semua,laporan autopsy kata dia kena paru-paru berkuman. Kiranya masa dia mandi water theme park hari tu chlorine banyak masuk dalam paru-paru dia.” 

 “Zyra?” 

 “Zyra memang tak boleh terima kenyataan tu sebab dia memang tak expect benda ni jadi. Dia cuma dapat sms daripada Adam kata ‘I Love You, Adam rasa jodoh kita tak panjang’. Zyra ingat itu hanya lawak semata-mata sebab kebetulan that day April Fool. Tapi memang betul sebenarnya jodoh mereka tak panjang. Zyra meratap walau puas dihalang. Masa semua orang dah balik dari kubur, Zyra tunggu aje dekat situ sampai malam. Dia cakap seorang diri. Dia imagine macam dia cakap dengan Adam. Pergi kubur Adam macam rutin dia setiap hari lepas tu. Dia boleh duduk situ dari pagi sampai petang. Malam pulak Zyra hanya temankah hari-hari dia dengan mesej-mesej, video dan gambar dia dengan Adam. Dia seolah macam mayat hidup masa tu. Kadang-kadang dia macam orang ada Bipolar aku rasa. Ketawa, menangis, senyum entahlah berapa banyak emosi lagi dia zahirkan dan aku pula sukar nak mentafsirkan. ” 

 “Hurt?” Itu aje yang boleh Ezamirul katakan. 

 “Yes she is. Kau pun fahamkan macam mana perasaan kehilangan orang yang disayangi. Aku harap kau tak giveup dapatkan cinta dia. She need you. Aku yakin, kau dan dia boleh pergi jauh. Okey, aku nak tengok MU lawan kejap lagi ni. Glory Glory Man United.” 

 “Tak habis-habis Glory Glory Man United kau tu. Bosan aku nak mendengar dari dulu sampai sekarang. Okey, Assalamualaikum.” Talian dimatikan. Telefon dicampakkan kesisi. Badan direbahkan ke atas sofa. Rupanya kisah kita sama aje Zyra. Penuh luka. Penuh rahsia dibalik tawa dan bicara ceria. Tak ada bezanya kita. Kau dan aku berselindung dibalik topeng gembira sedangkan hati merintih duka. Kau dan aku jua sedang cuba tabah mengharungi hidup yang serba tak kena. Belajar menerima segalanya. Belajar mengerti semua ini ketentuan Allah SWT. Mungkin ada hikmahnya aku kehilangan Melissa dan kau pula kehilangan Adam.

 Bunyi loceng mematikan lamunan Ezamirul. Dia segera berlari anak ke tingkap melihat siapa yang menekan loceng awal-awal pagi ini. Keluhan berat dilepaskan. Dia tak akan buka pintu pagar tu walau sampai kematu pun jari perempuan gila tu nak menekan loceng.

 “Aku kena selesaikan urusan aku dengan minah gila tu cepat-cepat sebelum dia akan porak perandakan hidup aku.” Telefon rumah berbunyi.

 “Hello, bie bukalah pintu ni. I nak tumpang rumah you malam ni. Please.” Lisa merengek manja dihujung talian. Ezamirul diam. Lisa merengek lagi meminta pintu dibuka. Nafas ditarik panjang. 

 “Pergi mampuslah kau perempuan!” Telefon dihempas ke gangang. Telefon berbunyi lagi. Ezamirul terus mencabut wayar telefon itu. Telefon bimbit juga dimatikan. Biarkan. Baru dia puas hati.


 “Mel, ikutlah cakap ayah Mel. Ezam rela. Ezam rela kalau Mel dengan Izz. Ezam rela kalau Mel penuhi amanat atuk tu. Tak apa. Izz lebih perlukan sokongan untuk diri dia. Izz lebih perlukan insan yang boleh buat dia berubah. Tak apa. Ezam bahagia asalkan Mel bahagia.” Ezamirul hanya memandang sepi pada wajah Mellissa yang sudah basah dengan air mata.

“Tapi tempat Mel kat sisi Ezam.”

“Tidak. Kalau ini dah ketentuan tuhan, Mel dengan Izz. Tak apa. Ezam redha.” Siapalah dia nak menghalang. Siapalah dia nak membantah wasiat atuk. Mulut dah tak mampu nak berkata apa. Cuma perlu kata relakan sahaja. Andai mulut ini kata tidak tiada apa akan berubah. Hati ini memang semakin berdarah. Bibir ini masih cuba mengukir senyuman. Air mata ini tak mampu nak mengalir lagi. Tak mahu Mellissa serba salah. Tak mahu Mellissa ragu-ragu dengan keputusannya. Biarlah dia yang terluka. Biarlah perasaannya yang tergadai.

 “Lagipun kita tiada hubungan sah Mel. Ezam bukan tunang Mel. Ezam bukan suami Mel. Ezam bukan juga kekasih Mel. Bond antara kita berdua terlalu erat sehinggakan nak berpisah tak mampu. Kita sahabat baik. Itu erti selama ini. Kita hanya ditakdirkan untuk bersahabat. Itu yang telah ditentukan. Saya tahu awak juga sebenarnya tak punya apa rasa pada saya. Saya tahu kita hanya keliru dengan hubungan rapat kita berdua. Hubungan kita macam abang dengan adik. Mel muda lagi. Ezam rasa Ezam tak mampu nak jadi orang terbaik disisi Mel. Jaga Mel. Mel pergilah dengan Izz. Dia punya segala. Itukan wasiat atuk. Permintaan arwah sebelum dia pergi. Mel sendiri dengar.” Ezamirul cuba mengoyak senyuman. 

“Ezam tak patut menilai tak patut menilai tanpa tahu isi hati yang sebenar. Siap Ezam nak nilaikan perasaan Mel. Mel kecewa dengan Ezam.” Mellissa terus bangun meninggalkan Ezamirul sendirian. 

“Maaf.” Itu yang Ezamirul mampu katakan, Mellissa tak akan dengar. Tak akan. Jarak sudah memisahkan. Keadaan telah menentukan. Tiada apa yang perlu dilakukan. Mahu atau tak perasaan harus dihancurkan. Mahu atau tak segalanya harus dilupakan. Mellissa kesayangannya harus dilepaskan, jauh. Terbang tinggi bersama yang setaraf dengannya. Tangan segera mendail nombor telefon Izz Riyad. 

“Hello.” 

“Hello, Zam. Macam mana?” 

“Selesai. Pasti dia akan pergi pada kau. Aku dah cakap dengan dia baik-baik.” Ezamirul membetulkan suaranya yang berubah nada. Izz Riyad pasti tengah tersenyum. Tersenyum gadis yang dia nanti datang menghampiri.

 “Izz, kau jaga Mel baik-baik. Kau janji dengan aku jangan sakiti hati dia. Kau janji dengan aku yang kau akan bersama dia seumur hidup dia. Sehingga nafas terakhir. Kau akan sentiasa jadi yang terbaik disisi dia. Kau akan pimpin dia meniti hari-hari seterusnya. Tiada lain hanya dia.” 

 “Pasti. Aku sayang dia. Aku dah lama nak bina hidup dengan dia. Aku akan jaga dia. Selamanya. Hanya dia. Tiada dua tiga mahupun empat.”Izz Riyad tertawa.

 "Kau kena ingat. Kau kahwin pada usia muda. Perkahwinan ni adalah satu amanat yang telah dipertanggungjawabkan kepada lelaki. Saat lafaz ijab dan kabul diucapkan segala tanggungjawab dan amanah kini menjadi tanggungjawab bagi suami. Bukan mudah nak jadi kepala rumah tangga.” 

“Okey! Bro sejak bila kau dah pandai cakap soal agama. Twist 360 darjah nampak. Macam tak percaya kau mamat club pun pandai cakap benda macam ni.” Izz ketawa. 

“People change......maybe...” Ezamirul menghembuskan nafas berat.


*jemputlah komen kalau still menanti. jemput like*

8 Komen:

Anonymous said... [Reply]

BEST..Sambunglah lg akak...

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@Anonymous

thanks dear. InsyaAllah :)

siti said... [Reply]

dah lama dok tunggu n3 baru akhirnya ada gak.

nieysa:) said... [Reply]

giler novel ? woww ! (:

nursya said... [Reply]

erm...
dpt ker si ezamirul tembus ati si zyra???
erm interesting nieh...

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@siti

thanks siti sbb sanggup tunggu :)

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@nieysa:)

=D

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@nursya


hehe, tunggu ya :)