Wednesday, November 16, 2011

MISS VIOLENCE AND MR CASANOVA 39

Bab yang terakhir disini sebelum pulang ke uitm. Bab ini banyak lagi nak dikemas kini. Aku
sedang membetulkannya. Tapi aku letak juga supaya insan yang sudi tunggu cerita ini dapat
membacanya. Ini sekadar yang mampu. Maaf kalau bab ni pening-pening sikit -____-

Faris melabuhkan punggung disebelah Ezamirul. Dia menggeleng perlahan melihat Ezamirul yang leka membaca blog yang sama sejak dulu lagi. 

“Kau ni tak penat ke. Aku tahu kau dah tahu siapa, kenapa tak approach dia betul-betul aje. Kau jadi bergantung pada blog tu sejak Melissa tak ada.” Ezamirul hanya menggeleng. 

 “Kau tak faham soal cinta ni Faris.” 

 “Amboi. Encik Ezam kau pernah dengar tak ayat ni. Cinta itu amat mahal takrifnya. Itulah yang difitrahkan oleh Allah SWT kepada hambanya. Cinta hanya tertulis pada perkataan tetapi gagal dilihat pada zahirnya. Kerana cinta itu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran didalamnya. Ingat pada yang satu. Jujur pada yang setia. Setia pada yang kasih. Kasih pada yang rindu. Rindulah pada yang menyayangimu.” Ezamirul tersenyum melihat wajah Faris yang seolah-olah bangga dengan kata-kata yang telah dilafazkannya itu. 

 “Poyo kau ni. Ayat tu aku dah selalu dengar. Aku suka blog dia ni sebab ayat dia. Masuk ke hati. Tikam dalam bro.” Faris tersenyum sumbing. 

 “Kau ni nampak sangat menipu. Kau bukan sahaja suka pada blog, tapi sekarang pada tuan blog bukan? Kau ingat dulu tak, masa kau try kenal dengan penulis blog tu apa jadi. Kau sepatutnya hantar email tu kan? Ingat tak masa dekat lapangan terbang masa budak tu nak sambung belajar dekat UNIMAS? ” Ezamirul diam. 




TO : kisahlara@gmail.com
SUBJECT : Maafkan saya

 “Assalamualaikum awak. Awak sihat. Awak saya tak tahu macam mana nak mula sekarang. Kita dah kenal lamakan, entah kenapa saya kelu sekarang ini. Awak, saya dah tahu awak. Saya benar-benar dah tahu semuanya. Saya tahu awak sayangkan saya. Saya tahu awak rindukan saya. Saya tahu awak cintakan saya. Saya tahu awak, saya tahu perasaan awak tu sejak awal lagi. Maaf kalau saya selalu tidak ambil endah dan serius kata-kata awak. Saya sengaja, entah saya tak tahu kenapa saya harus buat macam tu. Maafkan saya awak, maafkan saya sebab selalu kecewakan awak. Maafkan saya sebab selalu sakitkan awak. Maafkan saya sebab selalu buat awak menangis. Saya lakukan dengan sengaja awak, saya jahat. Maafkan saya.” 

“Awak, saya tak bodoh untuk faham semuanya. Saya mengerti segalanya, tapi siapalah saya untuk menerima kasih dan cinta awak itu. Awak saya sudah katakan saya bukan orang yang baik, kenapa awak mesti cintakan saya? Awak, kenapa awak bodoh terus menerus biarkan kasih dan cinta awak berlabuh di hati saya? Awak, kenapa awak siksa diri awak? Saya bukan yang terbaik untuk awak. Saya bukan insan yang sempurna dan cocok untuk dibandingkan dengan awak. Awak langit saya bumi. Awak enggang saya pipit. Jelaskan perbezaan kita sekarang ini. Batu penghalang besar nyata memisahkan kita. Lihat berapa puluh kali ganda bezanya antara kita berdua. Kenapa awak tak sedar semua itu? Awak kenapa butakan mata hati.” 

“Awak saya tak sempurna awak, perlukah saya ulang semua tu. Saya tidak gah untuk dilihat dan dicintai oleh orang seperti awak. Saya bukan insan yang berani awak, saya tak berani mencintai awak. Bagaimana kalau suatu saat nanti kita terpisah. Bagaimana pula kalau suatu masa nanti ajal saya tiba. Saya takut awak kecewa, saya takut awak menangis, saya takut awak merintih, saya takut awak tak mampu menerima segalanya. Kenapa awak degil sangat? Bagaimana pula kalau suatu saat nanti awak yang pergi. Apa yang harus lakukan kalau awak tak mampu lagi mencintai saya. Jalan manakah harus saya lalui agar saya dapat terus berdiri teguh tanpa awak. Semangat apakah harus saya gunakan agar saya dapat lalui segalanya dengan mudah tanpa awak saat itu nanti. Kenapa awak cintai saya, kenapa. Tolonglah awak berhenti, berhenti sekarang. Saya tak sanggup lagi tahu tak. MasyaAllah, kenapa semua jadi begini?” 

 “Saya tak faham, kenapa awak terus menerus siksa diri awak untuk saya. Kenapa awak sekat segala kebebasan awak, sedangkan saya bukan untuk awak. Awak faham tak. Kenapa awak tak mahu cintai yang lain? Kenapa masih cintai saya walaupun saya lukakan awak. Kenapa awak biarkan perasaan kasih awak pada saya wujud. Entah apa lagi yang harus saya lakukan agar awak pergi dan apa lagi yang harus saya buat supaya awak benci. Astagafirullahaladzim. Bagaimana lagi saya harus lakukan agar awak mengerti. Saya bingung betul saat mengenangkan awak. Kenapa awak menyimpan harapan lagi. Saya akui, saya sangat berterima kasih pada awak yang selalu peduli tentang saya yang hina ini sedangkan orang lain tak pernah menyedari kewujudan saya. Ya saya tahu awak ambil peduli kerana awak sukakan saya bukan. Awak ambil peduli sebab awak sayangkan saya juga bukan. Jelas awak, jelas semua itu kelihatan di mata hati saya.” 

“Buntu, saat awak selalu ucapkan sayang. Keliru saat awak kata rindu. Gelisah saat awak berubah. Saya harapkan awak yang dulu. Bukan awak yang mencintai diri ini. Awak, saya tak mampu nak sambut kasih awak. Saya tak mampu nak tangkap cinta awak. Saya tak mampu sahut rindu awak. Bagaimana saya harus lakukan awak, berapa kali saya harus ulangkan yang saya tidak mempunyai kekuatan untuk turut sama cintai awak. Saya tahu saya juga terluka saat saya sakitkan awak. Saya juga merintih saat awak menangis. Saya terpaksa awak, saya terpaksa lakukan semua ini. Saya terpaksa lakukan segalanya demi awak. Semuanya dengan harapan agar awak segera membawa diri. Dengan impian awak juga tidak harus lagi menagih kasih saya.” 

“Pergilah awak, jangan cintai saya. Tolonglah, saya merayu. Jangan harapkan saya lagi. Jangan cuba ingatkan saya lagi. Jangan libatkan saya dalam hari-hari awak. Tolonglah hentikan segalanya, jangan siksa diri awak lagi untuk saya. Saya juga tersiksa mengenangkan awak sebegini. Tolonglah.” 

 Telefon berbunyi. Ezamirul terus melangkah keluar ke tingkap. Pandangan ditebarkan ke jalan raya yang sesak dengan kereta lalu lalang.

 “Okey, nanti aku comfirmkan bila. Bye.” Dia berpaling mahu menghampiri meja. Kelihatan Faris telah mengambil tempat duduknya. 

 “Kau nak hantar dekat dia ke.” Dia jugkit bahu. Dia menyuruh Faris ke tepi sedikit. Dia mahu menulis lagi. Terlalu banyak perkara harus dijelaskan kepada gadis itu. 

 “Awak, Macam mana saya nak jelaskan pada awak supaya awak faham sefaham-fahamnya. Saya dah buntu, awak buat saya juga tersiksa sekarang. Haruskah saya buang ego saya untuk awak. Awak saya tak berani. Faham tak, saya memang tak berani. Saya memang pengecut. Saya akui. Awak cinta saya pada Allah SWT belum lagi kuat, bagaimana saya mahu mencintai awak. Awak, saya mahu mencapai kemanisan iman dengan mencintai hambanya yang lain keranaNYA. Bukan kerana nafsu saya.” 

 “Saya memang sengaja sakitkan awak, supaya saya tak hanyut. Supaya awak tak juga hanyut sama. Saya mahukan cinta datang dari Allah SWT bukan daripada jin mahupun syaitan. Saya tak mahu kita dekat dengan maksiat juga zina. Saya cuba bayangkan kalau kita ikut hawa nafsu sendiri awak, mungkin macam-macam hal yang Allah SWT akan terjadi antara kita. Mungkin suatu saat nanti kita akan jemu dengan masing-masing. Mungkin kita akan terdedah dengan perkara yang Allah mungkarkan. Terlalu banyak kemungkinan awak. Untuk bersama awak, terlalu banyak pengorbanan dan persediaan harus saya lakukan. Biarlah saya mengaut segala kekuatan. Biarlah saya mencari nafkah supaya saya boleh menanggung awak. Saya perlu bersedia dari segi zahir dan batin saya supaya saya tak akan memudaratkan awak juga membuat awak menderita. Jadi, saya rela menyakiti awak dahulu. Kerana saya percaya jika jodoh kita ada kita akan tetap ada dengan izin Allah SWT juga.” 

 “Ya awak memang bodoh, sebab cintai sayakan. Tapi saya juga bodoh sama, saya mencintai awak tapi saya gagal meluahkan pada awak. Saya terus sakiti awak. Tak mengapa, biarlah saya jadi bodoh sebab saya tak mahu awak leka dengan perasaan yang tak pasti pengakhirannya. Berapa kali saya perlu ulangkan semua tu kan. Biarkanlah awak dan saya jadi bodoh dan merana dahulu kerana saya pasti kebahagian itu pasti akan datang juga sama ada cepat atau lambat. Adakah sekarang awak lega kerana mengetahui saya mencintai awak. Sudah tentu awak lega dan gembira. Tapi tolonglah bersabar. Kita tunggu saat itu. Qada' dan Qadar itu Allah SWT yang tetapkan. Bukankan jodoh itu Allah yang tentukan begitu juga maut. Awak tolonglah bersabar. Jangan juga awak terlalu gembira sebaik sahaja tahu saya turut sama mencintai awak. Siapa tahu kalau jodoh kita tiada. Siapa tahu juga kalau ajal datang menjemput saya. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu awak tentang segalanya. Tolong ya awak cuba faham keadaan saya ni.” 

“Awak jagalah iman awak sementara saya tinggalkan awak. Awak cintailah Allah SWT sepenuh hati dan cintailah saya keranaNYA. Tetapkan hati awak di jalan Allah SWT. Berjanjilah awak akan setia dengan perasaan awak pada saya, tapi andai perasaan itu tiada lagi saya terima dengan redha awak. Tapi salahkah saya meminta sepenuh kesetiaan daripada awak? Moga itu tidak menjadi kesalahan. Buat masa ini awak mesti ingat, antara kita masih ada tembok penghalang. Bukan darjat mahupun harta yang saya katakan tadi tetapi adat juga syariat. Maafkan saya kerana menipu awak, dengan katakan kita berbeza darjat. Bagi saya hanya dengan itu awak akan melangkah pergi. Jauhi saya sejauh-jauhnya kerana bersama awak saya gagal mengawal keteguhan iman dan nafsu saya. Itu satu kebenaran awak, memang benar. Entah kenapa. Masih terlalu banyak hutang saya dengan tuhan. Masih terlalu banyak kesalahan saya lakukan. Tak layak saya ada dengan awak. Itu yang saya rasa ketika ini.”

 “Saya takut awak. Saya takut Allah SWT akan murka pada saya kerana kelalaian saya mendengar bisikan syaitan laknatullah. Dengan membiarkan saya hanyut dengan perasaan saya pada awak. Jadi, izinkan saya lakukan semua ini demi kebaikan kita berdua. Maafkan saya ya. Maaf sangat-sangat ikhlas dari hati saya. Biarlah saya tetap dengan pendirian saya. Menyakiti awak, agar awak terus mencintai kerana Allah SWT. Biarlah juga orang kata saya gila memperlakukan awak sedemikian, kerana bagi saya itu hanya satu-satunya jalan yang ada.” 

 “Awak jujur saya katakan saya pernah bayangkan juga kalau suatu saat nanti awak menjadi yang halal buat saya. Mempunyai zuriat yang soleh dan solehah. Keluarga yang bahagia dan dirahmati Allah SWT. Dan saya tak perlu takut untuk bersama dengan awak lagi. Saya bayangkan saya bagun pagi awak ada disisi. Kita solat bersama, beriadah bersama dan makan turut bersama. Sungguh indah, astagafirullahaladzim. Maafkan saya kerana berbicara sebegini. Tapi ini adalah impian yang saya betul-betul idamkan sejak saya terpaut pada awak. Bagi saya bersama awak, segalanya menjadi sempurna.” 

Bibir Ezamirul melakarkan senyuman pahit. Dia baru sedar saat ini dia turut sama ingin mengecapi kebahagiaan bersama Zyra. 

“Mahukah awak menjadikan impian saya kenyataan. Sudikah awak merealisasikannya. Jika awak sudi, izinkan saya pergi dahulu. Izinkan saya tinggalkan awak sementara. Izinkan saya melakukan persedian tadi. Untuk kebahagiaan kita. Awak kalau boleh saya mahu ulang semua kata-kata saya supaya awak semakin faham. Supaya awak tak terluka nanti ya. Awak, tinggallah kasih. Tinggallah sayang. Pahatkan kesetiaan awak pada saya. Kukuhkan iman awak pada Allah. Dan kembalilah menjadi awak yang dulu, kerana cinta saya terbit saat mengenali awak yang dulu. Andai jodoh kita ada nanti kita ketemu lagi. Ingatlah saya juga menyayangi awak. Insyallah kita akan bersama. Moga Allah memberkati hari-hari kita. Semoga awak sabar menanti. Saya hanya ingin awak tahu dan menyedari kenyataan ini.... Salam sayang buat awak yang mencintai saya.” 

 Noktah. Catatan cinta tamat disitu, dia kaku seketika. Mata membaca semula bait-bait kata yang tertulis di e-mel itu. Dengan sengaja cursor terus diklik ke butang discard. “Hoi, apa pasal kau padam. Hantarlah dekat dia Ezam. Bukan kau nak jelaskan semua pada dia ke semua yang telah terjadi ni” Ezamirul hanya menggeleng. 

 “Aku tak mahu bebankan dia. Kau tahu tak malam esok dia dah nak pergi Sarawak. Jadi apa guna kalau aku hantar semua ni. Dia tetap akan pergi jugak. Worthless right?” 

“Mana kau tahu?” Dahi Faris mula berkerut. “Facebook. Dia mesej aku dekat sana tapi aku tak balas apa-apa.” Pandangan Ezamirul masih tertumpu ke dada komputer riba.

 “Tapi sekurang-kurangnya biarlah dia faham. Biarlah dia tak menjeruk rasa lagi. Kau sendiri baca blog dia kan. Betapa dia mencintai kau. Betapa dia sakit menanggung rasa kerana cinta pada kau. Kau nak terus menerus biarkan dia jadi macam tu. Kau sanggup nak terus biarkan hati penulis tu terus ditipu?” Toshiba Satellite ditutup. Ezamirul terus menyandarkan badan ke sofa. Lengan diletakkan diatas dahi dan mata pula ditutup. 

 “Kalau ada jodoh kami akan bertemu lagi. Walaupun masa dan jarak memisahkan. Aku harap cinta dia masih ada untuk aku lagi seperti mana cinta aku yang tak akan pudar padanya. Moga Allah permudahkan jodoh kami berdua. Memang aku tak sanggup nak biarkan dia ditipu tapi aku jugak tak sanggup nak beritahu kebenarannya” Jeda. 

 “Gila kau ni Ezam. Kau biarkan dia bermain dengan bayang kau yang tak pernah jelas. Kau beri dia harapan. Kau jugak berikan dia sejuta penipuan. Sampai bila Ezam kau nak buat macam ni. Sampai bila. Kau rasa dia akan terima kau semula ke bila satu saat nanti kau bertemu dengan dia lagi. Aku tak rasa dia boleh. Aku rasa dia jugak tak akan dapat terima kenyataan bila tahu penipuan yang kau lakukan pada dia.” Ezam menggeleng laju setelah melepaskan keluhan berat. 

 “Biarlah dia lepaskan aku dulu. Biarlah dia berdiri atas kaki sendiri. Biarlah masa yang menentukan. Aku yakin dia boleh faham, dia tak sama macam perempuan lain. Aku relakan semua demi kebaikan kami bersama. Aku tak mahu nafsu menguasai diri. Kau kena tahu bukan dia aje yang menjeruk rasa. Aku turut sama merasainya. Jadi adilkan? Dua-dua rasa benda yang sama. Kalau dia untuk aku, dia akan kembali jugak. Sama ada lambat ataupun cepat. Allah SWT tu adil.”

 “Kau perlu faham. Yang aku jatuh cinta ni anak orang. Anak orang yang aku ingin sunting jadikan isteri. Jadi biarkanlah aku bersedia dahulu. Aku takut satu masa nanti aku tak mampu nak beri kebahagiaan pada dia. Apa guna jugak kalau aku bercinta dengan dia seawal ini, nanti akhirnya hubungan menjadi hambar. Tiada manisnya. Aku mengaku aku cintakan dia. Tetapi cinta aku makin mendalam kalau aku menjadi yang halal buat dia. Aku mahu jatuh cinta dengan dia setiap hari apabila kami bernikah. Mencintai dia lebih dalam saat merenung ke anak matanya sewaktu bagun pagi. Saat aku mencium dahinya sebelum keluar bekerja. Aku mahukan pernikahan bukan sekadar percintaan sebelum bernikah seperti insan lain.” Ezamirul menanggalkan kaca matanya lalu diletakkan di atas meja kopi. Dia mengerdipkan mata berulang kali bagi menghilangkan rasa pedih. Badan disandarkan semula ke sofa. 

“Nekad?” Ezamirul hanya mengangguk. Matanya dipejam rapat-rapat. Kalau boleh tak mahu terbuka satu milimeter pun. Dia tak mahu menangis. Dia tak mahu juga merintih. 

 “Aku lepaskan dia pergi kerana diriku terlalu menyintainya. Ezam jangan menangis, kau lelaki. Kau kena kuat. Ni bukan cerita Korea, lelaki nak senang-senang menangis.” Perlahan kata-kata itu keluar daripada mulut Ezamirul. “Kau cakap apa tadi Zam, aku tak dengar.” Ezamirul menggeleng. Dia terus mengiringkan badan ke kiri, membelakangkan Faris.

 “Prinsip kau memang pelik.” Faris terus bagun meninggalkan Ezamirul sendirian di sofa.

 “Saya sayang, cinta dan kasih pada awak jugak. Jaga diri ya sayang.” Pantas jarinya menyeka air mata ditubir mata sebelum merembes keluar. Kemudian dia mengucap panjang dan memohon segala kekuatan daripada Allah SWT. 

Selamat tinggal



 “Itu cerita dulu. Aku ingat dengan bermain identiti palsu aku boleh bertahan. Aku pasti waktu tu yang apa yang dia tulis dekat blog soal aku, Cuma entah tiba-tiba aku keliru pada siapa sebenarnya entry itu dihalakan.”

 “Kenapa pulak?” 

 “Sebab lepas itu dia ada Adam.” 

 “Macam tu pulak.”

 “Aku menyesal jugak sebab tak terangkan awal-awal sebab lepas daripada tu hidup aku nanar.” 

 “Puncanya Lisa?”

 “Mungkin jua segalanya bukan berpunca daripada Lisa. Tapi daripada aku sendiri yang goyah iman. Yang bodoh tak nampak apa yang aku mahukan sebenarnya. Konon nak menjaga hati dia tapi hasilnya hati aku musnah dan rosak. Aku cuma mahukan peluang bersamanya lagi. Tapi bukan secara maya. Bukan daripada jauh. Aku mahu disisi dia.” 

 “Tapi dia tak ingat kau Ezam.” 

 “Silap aku...” Minda mula mengingat saat itu. Saat dia hanya mampu melihat Zyra hanya daripada jauh. Tak mampu nak berbicara. Tak mampu nak berkata apa. 



Reminder : Flight dia pukul 9 nanti

 “Apa kena kau ni. Kenapa tak pergi dekat dia lepas panggil tadi.” Ezamirul hanya membatukan diri. Faris sudah menggelengkan kepala. Ezamirul melangkah longlai ke tempat duduk. Dia berteleku disitu. Sesekali jari jamarinya dilarikan dicelah-celah rambut, kemudiannya diramas. 

 “Kenapa kau lepaskan peluang ni. Kau ni kenapa bodoh sangat. Peluang dah jelas-jelas depan mata.” Suara Faris mula meninggi. Ezamirul hanya menggeleng kepalanya perlahan. 

“Kau yang beriya-iya suruh aku bawa kau datang sini untuk terangkan segalanya pada dia, tapi kau jugak yang sia-siakan. Aku tak faham betul apa yang nak lakukan sebenarnya Ezam. Sekejap nak, sekejap tak nak.” Ezamirul mengangkat kepala. Cermin mata jernih ditanggalkan. Matanya sudah bergenang dengan air mata. Dia merenung wajah Faris, dalam. 

 “Aku tak sanggup. Aku takut bila tengok dia menangis tadi. Aku takut aku akan lemahkan semangat dia lagi. Aku takut aku sakitkan dia lagi. Aku takut aku akan rosakkan masa depan dia. Aku takut tahu tak!.” Ezamirul mula menengking. Air mata jatuh jua akhirnya. Dia mengetap bibir, egonya runtuh jua hari ini. Dia segera bangkit dan berjalan laju melangkah keluar daripada situ. Faris sudah terkejar-kejar mengikut gerak langkah Ezamirul.

Bersambung


5 Komen:

siti said... [Reply]

maaf penulis, sy x fhm apa hubungan ezam dgn zyra??
diorg pernah kenal ke sebelum ni??

Nad_ine (Nad/ Nat) said... [Reply]

mungkin si Zyra ni penulis blog. Ezam ni follower setia dia kot? Lpas tu mulalah mereka berhubungan... n... ah! yg penting Zyra n Ezam sudah kenal tapi tidak secara berdepan sesama sendiri, iaitu secara maya sahaja. huhu... lupa sequence cite ni... lm sgt penulis tak update... lagi satu, Faris tu sape? Lupa dah... hehe...

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@siti

itu akan dihuraikan pada bab seterusnya :)

@Nad_ine
bagus tekaan :) maaflah agak sibuk. Faris kawan Ezam. ada sebut dalam bab lepas2. :)

HIDAYATUSSOLEHAH said... [Reply]

Assalam..tolong sambung please...walaupun agak putar2 ckit bab ni..

Lyeahh said... [Reply]

assalamualaikum. mira, bila ek nak sambung? hehee. lama tunggu ni.