Tuesday, November 01, 2011

SAMPAI MENUTUP MATA 5


 Cinta itu hadir tanpa dipaksa.
Cinta itu hadir tanpa kenal siapa.
Cinta itu hadir tanpa mengira masa.
Cinta itu hadir tanpa dibataskan oleh usia.




"Ezran, kau nampak Aida tak? Daripada dalam lecture sampai dah habis lecture tadi aku tak nampak. Time tutorial pun batang hidung tak ada. Tak pernah-pernah dia tak datang lecture dengan tuto." Soal Rafiq kepada Ezran sewaktu terserempak dihadapan kafeteria.

"Apa kau fikir aku simpan Aida dalam poket ke kau tanya aku dia mana. Aku pun cari dia tadi tak jumpa. Nak cakap yang Prof Shalini nak tengok first draft project work hari tu. Aku tanya housemate dia si Fira tu, dia kata Aida memang tak dapat datang." Ezran melabuhkan punggung pada kerusi yang berdekatan. Rafiq sudah bercekak pinggang.

"Kenapa tak dapat datang pulak?" Air muka Rafiq nampak keruh. Risaulah tu.

"Takkan dia tak bagi tahu kau?"

"tak, bagi tahu ajelah. Tak payah nak soal banyak-banyaklah meon. Aku ada benda penting nak cakap dengan dia ni."

"Kau kan soulmate dia tak mungkinlah tak tahu.." Ezran menyindir dengan bibir yang sudah tersenyum ala-ala kambing tak mandi.

"Aku tak tahulah bedah!" Rafiq meninggikan suara. Geram betul. Cakap sekali tak faham.

"Bedah kau panggil? Relakslah bang. Nak tengking-tengking pulak brother ni. Apa benda jadi kau dengan Aida? Berperang ke? Perang dunia ke tiga dah?"

"Ek ena dia ni. Tak payah nak sibuk tahu boleh tak? Aku soal lain, kau jawap lain. Kenapa dia tak datang? Ni dah kali ke tiga aku tanya benda sama." Rafiq menepuk bahu Ezran kasar. Nak tumbuk tak sampai hati, member pulak.

[klik to read more]



"Demam. Fira kata dia balik jalan kaki dalam hujan. Bas dia tunggu tak sampai-sampai. Tu dekat rumah dah kena virus srott-srott, menggigil-gigil entah katanya kejap badan panas, kejap badan sejuk. Hidung dah merah ala hidung badut."

"Huh?" Rafiq jegil mata. Dia terus lari berterabur meninggalkan Ezran yang belum habis cerita.

"Wei, aku belum habis lagi cakap....." Jerit Ezran namun Rafiq tak mendengarnya. "Ek eleh mamat ni, aku belum habis lagi dah blah. Aku baru aje tambah-tambah cerita dia dah gelabah tak tentu hala. Suka cakap la suka bro, haishhh tak payah nak hiding belakang istilah sahabat kau." Gumam Ezran sendirian.

*****

"Aida! Aida!" Rafiq dah jerit-jerit dari luar pagar macam nak bagi dengar satu taman perumahan. Terjengah-jengah mak cik jiran sebelah sebab terkejut dengar mamat ni jerit tak hirau orang sekeliling.

"Walaweiiii bro, agak-agaklah nak jerit pun. Terkejut tahu. Tengok jiran pun dah tengok. Malu aku seh. Kau nak apa menjerit-jerit nama aku depan rumah macam gorilla. Pening kepala aku tahu. Aku nak rehat kejap pun tak boleh." Aida berdiri depan Rafiq tapi pagar memisahkan jarak mereka berdua. Dia menggosok-gosok mata. Silau nampak cahaya matahari. Hidung dah srott-srott. Tekak dah sakit batuk tak henti-henti.

"Nampak teruk aje kau ni. Demam eh? Nak aku hantar pergi klinik ke? Itulah kau, semalam aku nak tumpangkan kau, kau degil." Rafiq dah goncang pagar. Mendesak la tu.

"Tak payah, tak payah nak susah-susah. Aku dah makan ubat. Esok-esok okeylah ni.  Tak payah nak risau. Aku tahulah jaga diri aku. Kau nak apa cari aku sebenarnya?" Aida mula menggaru dahi yang tidak gatal. Mamat ni la.

"Aida, cincin tu..." Rafiq menghalakan jari telunjuknya ke arah tangan Aida. Mata masih tak lepas pandang pada jari manis Aida.

"Kenapa?" Aida masih buat muka selamba.

"Kau.. kau dah terima aku ke?" Tergagap-gagap Rafiq menutur bicara.

"Kau tak suka dah ke? Nak tarik balik apa kau cakap semalam, Kau dah tak suka ke? Aku boleh cabut, pulang balik. Aku cabut ni. Aku cabut okey." Aida mengugut Rafiq, namun bibirnya masih mengukir senyuman. Manakan tidak dia tak boleh tahan senyum tengok muka Rafiq yang cuak tahap tak ingat.

"Eh, janganlah..." Rafiq buat muka sepuluh sen. Aida terus ketawa. Sumpah lawak.

"Hmmm. Aku terima kau... End." Aida sambung garu dahi.

"Thanks. Thanks Aida."

"Hmm, ye. Dah kau pergilah balik. Aku nak rehat dulu. Tak manis orang tengok kau dekat rumah aku ni." Aida jengah rumah jiran sebelah.

"Okey. Assalamualaikum." Rafiq melangkah senang ke arah Swift.

"Hmmmm, Aida?" Rafiq toleh kebelakang seketika.

"Kenapa pulak ni?"

"Errr, tak ada apa. Forget it." Rafiq bergegas masuk ke dalam Swift dengan senyuman tak lekang dibibir. Aida dah kerut dahi. Apa kes.

*****

"Aida dengan Rafiq tu dah declare ke? Makin rapat aje aku tengok diorang ni. Dulu tak ada pulak macam tu." Min siku pinggang Fira yang tengah makan.

"Dah." Fira sambung makan.

"Huh? Bila? Aku tak tahu pun."

"Dah dekat sebulan lebih dah. Baguslah diorang dah declare, tak ada lah nak main aci tak tahu aje dengan perasaan masing-masing." Fira berhenti makan.

"Habis tu, awek Rafiq yang kerek tu campak mana? Kalau Aida tu aku tahulah dia dah clash dengan si Hazmee tu." Min sumbat sebiji gula-gula chochlairs ke dalam mulut.

"Rafiq pun dah clash dengan Azmeera sebelum diorang buat project work pementasan teater hari tu lagi. Padanlah muka minah sorang tu. Dulu bangga sangat dapat jadi kekasih hati si Rafiq, sekarang rasalah sendiri kena tinggal." Min dan Fira terus ketawa.

"Tapi Min, aku dengar cerita si Azmeera dengan Hazmee tu memang bengang habislah, tapi tak sure jugaklah. Aku dengar-dengar aje. Lagi-lagi dua-dua kena tinggal, yang tinggalkan diorang pulak boleh jadi together." Fira kerut dahi. Min pun. Masalah.

"Hoi Mak cik. Sudah-sudah lah mengumpat bin ketupat anak orang. Bergossip tak ingat." Sergah Ezran daripada belakang. Fira dan Min terus pusing kepala kebelakang. Min capai buku nota terus hempuk dahi Ezran.

"Sibuklah kau ni Ran. Pergi lah main jauh-jauh. Serabut aku tengok. Bila masa pulaklah kitorang ni mengumpat, kitorang bercerita. Faham tak. Cerita. Cerita dengan mengumpat tu tak sama." Fira buat muka toya.

"Suka hati aku lah, aku ada mulut nak nasihatkan korang. Kita ni kenalah mencegah kemungkaran. Kalau mampu cegah guna lisan, gunakan mulut ini. So aku gunakan mulut. Aku ni tak naklah member-member aku menambahkan dosa yang dah sebakul menjadi berbakul-bakul." Ezran menggiat.

"Ek ena mamat ni. Ada yang kena kaki dengan aku ni karang!" Min dah tepuk meja.

"Relakslah kak long, oh aku ada satu soalan. Seronok tak buat dosa?" Ezran dah ketawa terbahak-bahak tengok muka Min dan Fira yang dah mencuka.

"Kau.... Baik kau blah sekarang, sebelum ada orang yang makan Primavera ni pulak!" Min dah cabut kasut tumit tinggi dikakinya.

"Alamak. Nenek sihir dah mengamuk. Gua cabut dulu."Ezran terus berlari meninggalkan mereka berdua. Seronok dapat mengusik orang.

*****

"Hazmee, aku nak cakap dengan kau sekejap." Azmeera melabuhkan punggung disebelah Hazmee yang tengah khusyuk hadap Silverberg dari tadi dalam perpustakaan.

"Cakaplah." Hazmee tutup buku kimia yang tebal tadi.

"Kau tahu Aida dengan Rafiq dah......"

"Tahu... Kenapa?"

"Kau tak cemburu ke?"

"Nak buat macam mana dah tak ada jodoh. Tak akan aku nak paksa dia pulak." Hazmee cuba kawal emosi dia. Malas nak ungkit balik benda dah lepas.

"Boleh pulak kau cakap macam. Jadahnya. Tinggalkan tak ada sebab. Boleh pulak jadi love birds tinggalkan kita jadi angry birds? Macam tu. Apa kes pulak kalau nak putus sebab pun tak ada." Azmeera cuba kawal suara. Sumpah dia geram sekarang.

"Rafiq tak cakap sebab apa?" Azmeera menggeleng.

"Aida pun..." Azmeera terus tepuk bahu Hazmee.

"Kau nampak tak permainan diorang. Ini tak boleh jadi. Memang tak boleh jadi. Kita memang kena buat sesuatu. Kita tak boleh diorang hidup bahagia macam tu aje tapi biarkan kita dekat sini menderita." Hazmee hanya mengangguk mendengar kata-kata Azmeera.

*****

"Tak payah ganggu aku lagi. Aku tak nak perempuan kotor macam kau dekat dengan hidup aku lagi. Aku benci kau." Rafiq menepis tangan Aida yang singgah ke bahunya.

"Apa ni Rafiq? Kau cakap apa ni? Aku tak faham."

"Jangan pura-pura bodoh. Jangan pura-pura tak faham. Aku tahu kau tak pernah nak cukup seorang jantan. Kau tak setia dengan aku. Semua orang, semua orang cerita kau dengan Hazmee dulu sanggup keluar masuk hotel. Aku tak sangka kau perempuan jenis macam tu." Rahang Aida jatuh.

"Apa yang kau merepek ni. Kau jangan jadi bodoh. Kau dah kenal aku lama. Aku tak akan buat benda bodoh macam tu." Aida mengawal air matanya daripada jatuh.

"Aku tak akan cakap kalau aku tak ada bukti." Rafiq campak beberapa keping gambar ke wajah Aida. Lambat-lambat Aida kutip gambar-gambar tadi daripada atas lantai. Sumpah dia tak mungkin buat macam tu.

"Aku tak buat benda macam ni. Aku tak mungkin buat!" Aida koyakkan gambar-gambar itu satu persatu.

"Stop it! Aku tak nak dengar apa-apa daripada kau. Cukup. Aku rasa semua sampai sini aje. Aku tak nak peristerikan, bertemankan orang yang kotor macam kau. Tak akan pernah." Rafiq terus berlalu. Aida mahu mengejar tapi kakinya terasa dipaku disitu. Pandangan mula gelap. Dia rebah.


To be continued...

"Tinggal lagi satu dua episode lagi. Oh, selamat datang November. Bulan baru hidup baru. Moga lebih baik dari Oktober." - Amira Atiya

PART 4 | PART 6

4 Komen:

Normyzatul Akmal said... [Reply]

suke sngt ngan citer sampai menutup mata nie ^^
waiting for the next chapter

red said... [Reply]

nice

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@Normyzatul Akmal

thanks. baik2 >.< today okey.

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@red

red long time no see >.< thanks