Thursday, November 03, 2011

SAMPAI MENUTUP MATA 6 [END]


 Cinta itu hadir tanpa dipaksa.
Cinta itu hadir tanpa kenal siapa.
Cinta itu hadir tanpa mengira masa.
Cinta itu hadir tanpa dibataskan oleh usia.




Sebulan, sepi. Rafiq hilang. Tak datang kuliah. Tanya member rumah sewa, pindah kampus cawangan lain. Telefon handphone tak berangkat. Number not in service. Telefon rumah, tak berani. Aida, lelah. Rasa tak kena. Rasa jauh. Rasa mati. Jiwa yang mati. Susah nak faham. Tak tahu mana jiwa. Tak tahu mana hati. Air mata kering. Tak mampu nak mengalir lagi. Rasa mahu mencabut nyawa sendiri tapi berdosa umat Islam mencabut nyawanya sendiri. Tapi mana mungkin dia sanggup buat begitu. Tak tergamak.

*****

Dummmm..

Terpelanting tubuh itu jauh ke hadapan. Jalan raya dah bertukar dengan warna merah darah. Tak henti keluar daripada hidung, mulut dan kepala. Mata dia terbuntang memandang ke arah kereta yang semakin hilang dari mata. Dia tahu siapa. Dia nampak siapa didalamnya. Nafas sesak. Dada terasa seperti dihimpit. Rasa ajal semakin kunjung tiba. Tubuh yang semakin longlai dibawa masuk ke dalam ambulans. Orang ramai berbisik terkejut. Jauh dari ekor mata dia nampak seseorang. Menangis. Aida.

*****

1 message receive

From : Hazmee [+60123456789]

"Aida maafkan I. Maafkan I sebab kecewakan you. Maafkan I sebab musnahkan kebahagiaan yang baru you dapat. Bahagia yang you nantikan tapi tak dapat daripada I. Maafkan I kerana hancurkan hubungan kalian berdua. I buat sebab I sayangkan you. I ikut plan Azmeera. Kalau I mati, I minta you maafkan segala kesilapan I daripada kenal you sehingga kini. Tolong lodge report pada polis, I nampak Azmeera dalam kereta yang langgar I tadi. I tahu dia marah sebab I nak cerita hal ni pada you dan Rafiq." Dik, ni yang Mie suruh akak send pada adik. Salam.



*****

Gelap. Malam semakin larut. Hazmee masih terbaring kaku di dalam wad. Nafas tiba-tiba sesak. Bantuan pernafasan ditutup. Terkapai-kapai tangannya menarik lengan insan itu. Gagal. Insan itu lari. Misi berjaya.

"Jangan bergerak, kami polis! Letakkan tangan ke belakang kepala! " Lampu menyala. Nurse bergegas masuk menghidupkan alat bantuan pernafasan Hazmee semula. Insan itu kaku. Melihat beberapa pucuk pistol dihalakan ke arahnya buat dia kaget. Lambat-lambat kedua-dua belah tangan diletakkan ke belakang kepala.

"Azmeera Adzlina, awak di tahan atas kesalahan langgar lari dan cubaan membunuh."

*****

"Hello Assalamualaikum." Aida menahan debar saat mendail nombor telefon rumah Rafiq.

"Waalaikumsalam, boleh tahu nak bercakap dengan siapa?"

"Boleh saya bercakap dengan Rafiq. Rafiq Imtiaz. Dia ada tak?"

"Errrr..." Ada nada serba tak kena dihujung sana. "Ni Aida Zarlina?" 

"Ya saya." Dahi Aida sudah berkerut nak menahan debar.

"Saya kakak Rafiq. Boleh datang rumah kejap tak, Shah Alam?" Ah sudah kenapa tak nak cakap terus terang aje ni.

"Okey, lagi setengah jam saya sampai." Aida mematikan talian. Minda terasa kalut. Kunci kereta atas meja kopi dicapai. Dia tergesa-gesa masuk ke dalam perut Satria Neo. Kereta terus dihidupkan. Menuju ke destinasi. Sampai 15 minit lebih awal. 

Laman rumah ramai orang. Luar banyak kereta. Aida turun daripada kereta. Langkah perlahan diatur ke muka pintu rumah. Salam diberi. Ada wanita dalam linkungan 30-an datang memeluknya. Erat. Aida kaget. Lagi-lagi bila mendengar wanita itu menangis tersedu-sedu. Apa ni?

"Kak.." Aida memanggil lembut. Wanita itu melepaskan pelukan. Dia menarik tangan Aida lembut. Aida hanya mengikut. Aida berhenti melangkah. Dia keliru. Rafiq, Rafiq terbujur kaku dihadapannya. Sudah siap dikhafankan. Mimpi. Ini mimpi. Aida menampar pipinya. Sakit. Tampar lagi. Dihalang wanita tadi.

"Sabar dik. Akak tak tahu nak cakap dengan Aida macam mana. Rafiq kemalangan. Kereta dia terperosok bawah trelar. Rafiq nak jumpa Aida. Dia nak bagi tu." Aida mengalih pandang pada arah yang ditunjuk oleh wanita itu. Lambat-lambat dia ambil bunga dan kad yang ada di atas meja. Lutut terasa lemah. Jatuh terjelepok. Wanita itu cuba membantu tapi dihalang. Aida bangun sendiri. Dipandang wajah Rafiq yang calar balar sekilas. Sayu. Langkah longlai diatur keluar daripada rumah, menuju ke Satria Neo.

Punggung dihenyak ke tempat duduk pemandu. Kad yang ada pada bunga dibaca.

Assalamualaikum buat Aida yang tersayang. 

Maafkan aku kerana tak percayakan kau. Maafkan aku kerana baru tahu semuanya agenda Hazmee dan Azmeera. Super impose. Maafkan aku kerana ragu. Aku cuma jadi ragu sebab aku tak pasti apakah benar kau mencintai aku. Kau tak pernah kata, jadi hati ini goyah. Sekarang aku tahu kadang-kadang lafaz itu tak perlu andai hati saling percaya dengan rasa yang ada. 108 kuntum bunga ros ini aku beri pada kau. Sebagai tanda, sudikah kau menjadi suri dihati aku ini. Tiada lain selain kau. Berikan aku peluang kedua untuk membaiki kesilapan yang ada. Aku harap kau terima. Aku sentiasa tunggu kau. Walau sampai menutup mata. 
Salam sayang,

Rafiq Imtiaz


Mengalir jatuh air mata Aida. Tompok darah Rafiq, air mata aida mencemari kad tadi. Terlambat. Semuanya terlambat. Kau tinggalkan aku sendiri. Siapa nak ketawa dengan aku. Siapa nak kena cubit dengan aku. Siapa nak buat lawak bodoh dengan aku. Siapa yang nak terima kasar perilaku aku. Siapa yang nak gembirakan aku bila sedih. Siapa yang nak buat aku rasa irritate hari-hari.

Aku cintakan kau. Selamanya. Maafkan aku kerana tak berani nak ungkapkan. Aku cintakan kau. Aku simpan kata-kata ni bila kau jadi suami aku tapi semuanya dah tinggal harapan. Aida mencapai jambangan bunga ros putih tadi. Cemar dengan darah merah. Air mata jatuh laju lagi. Perlahan jambangan bunga diletakkan ke tempat duduk kosong disisi. Satria Neo dihidupkan. Hujan lebat. Seperti sama menangisi.

Kereta meluncur laju lebih 120 km/jam. Wajah Rafiq sentiasa terbayang. Air mata mengaburkan pandangan. Tangan cuba menyeka air mata. Kanak-kanak melintas. Aida cuba brek. Kereta hilang kawalan. Terbalik. Jatuh dalam gaung. Darah mengalir pekat daripada kepala. Kaki tersepit. Dada terhimpit dengan stereng kereta. Tak mampu nak bernafas. 

"Cinta....sampai menutup mata.." Tangan cuba mencapai jambangan bunga, tak boleh. Tak sampai. Air mata Aida mengalir. 'Andai ini takdirnya Allah, aku redha.' Ada menarik nafas sambil mulut terkumat-kamit mengucapkan kalimah Allah. Pandangan mula gelap. Pendarahan terlalu banyak. Dalam gelap dia terlihat Rafiq melambai sambil tersenyum. Aida menghulurkan tangannya. Rafiq menyambut. Love till death.

The End.

"Tamat sudah, maafkan aku kalau karya ni tak seberapa. Telah cuba sedaya upaya memperbaiki hasil penulisan sewaktu tingkatan empat. Aku dulu memang tak suka happy ending. Aku suka persoal mestikah semuanya berakhir dengan and they live happily ever after. Macam typical story pulak ni kan. Haish kira macam romeo and juliet versi modern. Please respond siapa yang nantikan miss violence and siapa nak new mininovella."

6 Komen:

keSENGALan teserlah.. said... [Reply]

hoi.. sad ending....................................................................

sob sob sobbbb

Normyzatul Akmal said... [Reply]

waaaa....sedih gile....sob sob sob T.T

Anonymous said... [Reply]

sedihnya . . . . btw , good job ! sangat best !

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@keSENGALan teserlah..

woot2 sekali sekala sad ending >.<

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@Normyzatul Akmal


ngeee sedih ka?

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@Anonymous

:') thanks dear.