![]() |
| source [here] |
"Kenapa berada disini?"
"Sedang menunggu dia."
Bibir cuba mengukir senyuman walau air mata bergenang. Sesungguhnya tiada siapa yang mengerti apa yang sebenarnya. Duduk diperbetulkan. Mata masih terarah ke sana. Melihat dia yang sedang berjalan lambat. Senyum.
"Kenapa senyum?"
"Kerana dia tersenyum."
Sebabnya mudah. Kerana aku bahagia bila dia bahagia. Dia sebahagian dari jiwa yang ada. Tak usah dirumitkan keadaan yang ada. Air mata menitis tiba-tiba saat melihat dia terjatuh. Mencemarkan pipi yang mulus.
"Kenapa menangis?"
"Kerana dia sedang sakit."
Apakah itu sahaja tidak cukup untuk membuktikan keadaan aku sebenar. Sabar aku disini. Mengikut arus yang ada. Berharap yang diatas sana mempermudahkan segala. Bangun melangkah ke seberang. Menghampiri dia yang sedang tersenyum lebar.
"Mahu pergi ke mana?"
"Mahu pergi menyambut dia yang baru tiba."
Ya, aku tunggu masa untuk menyambut dia. Moga penantian tiada sia-sia. Moga disatukan oleh Allah SWT, menjadi yang halal. Membawa ke arah jalan yang maha kuasa. Bangun, Terjaga dari lamunan.
"Masih disini? Jauh termenung.."
"Masih.. sehingga rasa itu hilang. Walau beribu tahun."
Kalau ditanya apakah ada ruang untuk rasa lain bertandang, aku sendiri tak mengetahui. Rasa yang dalam hati seolah terpatri. Sukar nak luput. Lambat nak lusuh. Entah. Setia disini. Semuanya bergantung pada yang atas sana.
Tanya pada hati.
Kita sendiri tahu apa yang kita rasa.
Kadang-kadang kita terpaksa ambil masa yang lama untuk menyatu. Tak mengapa, kalau benar terbanglah sejauh mana. Setinggi mana akan kembali juga. Biarlah masa terpisah lama asalkan hati tak dicemari alunan cinta bisikan sang Azazil.
Tinggal.
Jumpa lagi bila cuti panjang =)


7 Komen:
serius nice....
http://nighberkz.blogspot.com
semoga tiba ke destinasinya.. =)
Macam dah ada calon je. Keh keh.
@NighBerkz’S Blogs
terima kasih :)
@APi
moga-moga bro
@amir
kehkehkeh entahlah beb
semoga rasa itu di perkenankan olehNya. amin. ^^
nicee. sungguh puitis ;)
@~* chirpy_chummy *~
amin =)
@Putri Atiqah
thanks my dear.
Post a Comment