Tuesday, March 13, 2012

Kenali Blog Posmen Ke Syurga.

source : google
Hari ini aku nak promosikan pada kalian tentang blog posmen ke syurga. Blog ini umpama satu tempat koleksi surat-surat yang tak pernah disampaikan kepada orang yang sepatutnya. Blog ini gabungan daripada beberapa orang penulis lain dan juga penulis yang ingin surat hatinya dikongsi bersama. Tak kisah surat hatinya tentang cinta, marah, benci, sedih, rindu, islami, kritik, sarcasm semuanya yang ada dalam hati atau apa yang dilihat didepan mata. Surat-surat untuk dia yang jauh, yang dekat namun tak sampai, yang jauh atas sana atau yang hilang tanpa tahu mana arahnya. Sebagai contoh dalam entri pertama disini.

Konsep blog ini diambil diadaptasi daripada konsep cerita postman to heaven. Sebuah cerita Korea yang diadaptasi daripada komik Jepun pada tahun 2009. Macam ridiculous benda ni tapi aku rasa tak mustahil. Aku percaya, ada surat yang kita tak bisa sampaikan ke tuannya. Jadi melalui cara ini mungkin dapat kita sampaikan secara tidak langsung. Marilah kongsi bersama.

Jika ada yang berminat hendak berkongsi surat silalah isi form disini [hanya perlu isikan nama (jika mahu), email (untuk urusan), subject (tajuk), message (surat anda) dan website (jika mahu). Jangan lupa jawab anti spam tu ya] . Kongsi dengan kami para posman ke syurga. *comelkan nama* Tak perlu teror sastera pun, janji semuanya dari hati ikhlas. Tulis sahaja apa yang ingin ditulis. Jangan risau jika anda anonymous, rahsia anda disimpan. Pastikan dalam gaya surat ya. [ Dear......, from..... or etc]

Untuk pengetahuan setakat ini kami telah mempunyai empat orang ahli iaitu amira atiya (aku sendiri), Api, Naqib dan Fitri. Kami memerlukan lagi enam orang untuk menjadi posmen tetap disini. Jika berminat sila cari aku di muka buku dengan nama amira atiya, menjadi posmen tetap disini mudah. Jika ada surat hendak dikongsikan bila-bila masa sahaja boleh menulis. Tidak ditetapkan schedule nya. Sedar yang setiap orang punya komitmen masing. masing. Pembaikpulihan akan dilakukan dari masa ke semasa.

Kami para posmen bukan orang pro sastera, cuma kami insan yang banyak bicara. Kita berkongsi aksara bersama, sebarkan bait kata-kata surat ini ke dunia maya. Biar sama-sama rasa =) Blog ini masih baru jadi jom tolong sebarkan bersama.


14 Komen:

Cangkul Emas said... [Reply]

cambest je blog nih.

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@Cangkul Emas

nak join ke cangkul?

ayahanuna said... [Reply]

idea menarik ni! :D

Cangkul Emas said... [Reply]

terasa cam nak join.

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@ayahanuna

terimas.

@cangkul emas

check email. ada email kami hantarkan. :)

Cik_Shiqah said... [Reply]

macam best je.
nak join lah.
hehe tpi saya takda facebook la.
huhuhu.

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@Cik_Shiqah

berikan alamat email awak untuk kami contact dan blog untuk kami nilai penulisan anda.

Cik_Shiqah said... [Reply]

@AMIRA ATIYA
bagi kat sni jelah yer?
email: snj_ashiqah97@yahoo.com
blog: http://cik-shiqah.blogspot.com/

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@Cik_shiqah

check email ya.

jiwakritikal said... [Reply]

saya dh anta..
minat sangat menulis..
suke sngat da blog mcm nih

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@jiwakritikal

tajuk apa ye? hehe thanks. teruskan minat anda :)

Solihin Zubir said... [Reply]

tulis bahasa pasar pun boleh eh? wah.. wah.. bagus.. sbb sy x pndai wat ayat sastera jiwang mcm tuya.. hehe.. ;-p

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@Solihin Zubir

bahasa pasar? haha boleh kot tapi jangan bahasa rempit dah. amboi tuya bagai!

Iffah Afeefah said... [Reply]

tahniah

sy suke blog tu

menarik n kreatif