Sunday, April 01, 2012

[Cerita] Issabella.

Source : Tumblr



Issabella, kisah dua dunia.
Ini kisah isa, ini kisah bella.
Ini kisah cinta mereka.
Cinta tiada ganti walau ke hujung nyawa.

Bahagia walau berbeza darjatnya
Janji dipatri untuk hidup bersama selamanya
Terima seadanya tanpa peduli jurang yang ada.

Jejaka itu bernama Isa, gadis itu bernama Bella. Isa hanya pemuda biasa, Bella anak orang yang punya harta berjuta. Tapi kisah apa pula mereka dengan jurang yang ada. Kasih bukan boleh dibeli dengan harta. Berdosakah dia bercinta walau berbeza darjatnya? Ini bukan zaman dahulu kalau hendak bergantung pada kasta. Ini zaman moden, jangan diikutkan prinsip orang lama. Ibu sangat sayang pada Bella. "Restui cinta kami Ibu."


Biarkan kata mereka.
Biarkan mereka heboh pada dunia.
Ini kisah Issabella.
Bukan kisah manusia biasa.

Tapi segalanya hanya buat seketika.
segalanya sirna sekelip mata
bahagia bertandang sekejap cuma
gerhana muncul menghalang sinar bahagia

"Eh itu anak Datuk Kamal bukan, dengan lelaki mana dengan dia tu?" Bisik orang sekeliling hanya diabaikan sahaja. Buat pekak sahaja. Berita sampai ke Datuk Kamal, buat pekak tandanya bencana. Wang baginya segala. Wang perlu untuk bahagiakan Bella. Kalau setakat cinta? Cinta boleh bagi makan pada manusia? 

wang berjuta
apa ertinya hidup kalau wang tiada
miskin hina tak layak berganding bersama
enggang sama enggang, pipit biarlah sama pipit.

aku beri kau bahagia
andai wang berjuta itu ada
cintailah dia, kahwinilah dia, aku mampu beri segalanya.
percayalah isa, percayalah aku hanyalah berdusta

Kerana kasih, Isa turutkan. Kerana kasih pada Bella dia sanggup namun dia tidak tahu yang Datuk Kamal insan yang paling bijak memberi janji Melayu. Dia tidak akan tepati janjinya pada Isa. Isa hanya sia-siakan kudrat yang ada. Mencuri, meragut dan semua kerja terkutuk dia lakukan asalkan dapat wang yang diminta.

baiklah yang kaya
aku yang hina akan lakukan apa sahaja
asalkan aku berssama dia hingga ke akhirnya
tunggu aku hadir bawa yang dipinta
walau dunia gelap terpaksa ditempuh jua

kaya, wang disini ada
aku datang menuntut janji dahulu yang direncana
aku kembali mengambil cinta.
cinta yang tak pernah hilang didada
tapi kenapa kau berdusta..dusta semata

"Nah duit yang kau minta." Datuk Kamal tersenyum sinis. "Oh, jadi? Bella dah kahwin dengan Zarith." Menangis Isa. Dia memasang sepenuh kepercayaan, namun dia lambat tahu yang semua dusta. "Pendusta. Semua orang kaya sama sahaja. Mereka fikir hanya dengan wang mereka bisa sahaja menindas manusia yang serba tidak mampu?"

cinta oh cintaku bella
kenapakau mungkiri janji kita bersama
apakah kau sudah lupa?

nanar hidupku tanpa kamu sayangku
aku relakan hidup ini merana
aku tak bisa hidup tanpa kau jiwaku Bella
biarlah nyawa terpisah daripada jasad, hanya itu yang termampu.

Isa sesat dalam dunia hitam. Tamatkan hidup dengan dadah durjana. Tak guna hidup kalau yang dikasihi tak akan ada. Tak guna hidup lagi. Alang-alang buat jahat, biar jahat sampai mati. Biar tamat dengan cara hina. Biarlah-biarlah. "Maafkan Isa ibu. Maafkan Isa kerana dia tak akan jadi kesayangan mak lagi. Maafkan Isa kerana bodoh begini." 

Bella, ibu datang bawa berita tentang Isa...
Ibu tidak ibu... katakan ini tidak benar semua.
maafkan aku Isa, aku terpaksa mungkiri janji kita.
sesungguhnya aku mencintaimu sepanjang hayat yang ada.
tiada ganti walau dia disisi. Kau yang pertama, kau yang terakhir.

Jangan pergi, kenapa pergi tinggalkan aku disini
bawa aku pergi bersama mu wahai kasih
aku tak bisa meneruskan hidup ini tanpa kamu wahai kekasih hati.

"Bella..." Ibu mengawal emosinya melihat Bella dengan pakaian raja sehari, namun dia perlu sampaikan Isa sudah pergi meninggalkan dunia.  Bella menangis seharian, Zarith hanya dilihat sebagai bayang. "Kau punya jasad aku Zarith namun cinta dan jiwa aku tiada untuk kau."

 TAMAT 

P/s : Mula-mula, selamat datang April. Akhirnya cuti sem bermula. Berkenaan cerita ni aku tak tahulah ini dipanggil cerpen atau apa. Aku tulis ini untuk persembahan sewaktu OPKIM Tampin. Namun mungkin ada setengah insan tak dapat hadam lakonan dan puisi aku. Sedih seketika, namun yang berlakon untuk drama Issabella bawah arahan aku hari tu, terima kasih. Terima kasih kerana sudi berlakon untuk aku.



0 Komen: