Monday, May 28, 2012

Friend-zone.

source : tumblr

In popular culture, the "friend zone" refers to a platonic relationship where one person wishes to enter into a romantic relationship while the other does not. It is generally considered to be an undesirable situation by the lovelorn person. Once the friend zone is established, it is said to be difficult to move beyond that point in a relationship. [wikipedia]

Hai pada yang pernah di-friend-zone-kan atau pernah mem-friend-zone-kan. Aku antara perempuan yang suka kawan dengan lelaki. Kawan dengan lelaki ni senang bagi aku, sebab diorang tak cepat tacing macam perempuan. Tak cepat melenting kalau kita cakap kasar sikit. Kira senanglah nak kawan. Nak buat gaduh mulut. Nak gaduh pukul-pukul sampai lebam pun dia tak kisah. Tak teman pi mana-mana pun tak tacing macam tu lah. Biasanya member lelaki aku pun akan treat aku macam lelaki. Dululah. Masa zaman sekolah dulu. 

Aku jenis makhluk Allah yang selalu bersahaja. Buat ikut suka. Pandai pura-pura. Haha macam-macamlah. Kira aku bukan type perempuan melayu terakhir. Bergurau tak kena tempat. Baik kadang-kadang tak kira tempat. Alah member bro buat apa nak berkira ye dak? Masa buat macam ni aku tak pernah terfikir apa-apa sampailah ada member lelaki aku sendiri yang confess dia suka dekat aku. Masa tu aku macam blur. Apakah?

Pernah dulu lepas member aku confess aku terus trauma nak kawan dengan dia. Aku nampak dia je aku nyorok bawah meja pun sanggup. Aku lari bila nampak dia. Friend-zone kan dia. Agak kesianlah dekat dia tapi aku takut kot. Ada jugak yang confess ajak aku kahwin. Aku mula-mula ingat gurau. Bila dia kata serius aku terus lari. Aku tak boleh nak baik dengan dia. Aku buat stone je. Dia tegur sepatah, sepatah la aku jawap. Aku cakap ni bukan aku bajet hot sentap, tapi as example tindakan aku.

Ada sebab kenapa aku buat tak layan dengan diorang, mungkin ada orang yang akan boleh kawan dengan orang tu selepas orang tu confess. Tapi aku tak, dan kau tahu tindakan kau untuk kawan balik tu macam bahaya sebab kau dah tak suka kau layan lagi. Mari aku bagi sebab aku.

  1. Kalau kau kawan dengan dia balik, kau akan letak satu harapan pada dia. Mana tau dia akan anggap tak lama lagi kau akan terima dia balik.
  2. Kalau kau kawan dengan dia balik, dia tak akan dapat lupakan perasaan yang dia ada dekat kau tu. Kau tinggalkan dia sepatutnya untuk bagi ruang pada dia untuk melupakan. Better tak payah dekat pun lepas tu.
  3. Kalau kau kawan dengan dia balik, dia akan usaha tackle kau lagi sampai dapat. Sebab dia tahu kalau kau dah boleh kawan dengan dia balik mustahil kau tak boleh terima dia pulak nanti.

Agaknya betullah kot, lelaki dengan perempuan susah nak jadi kawan. Nanti ada yang punya perasaan punya. Haih. Kalau Allah nak kita bertemu dengan orang tu dia akan gerakkan dua-dua hati, bukan satu sahaja. So, kalau dah tahu kau tepuk sebelah tangan tu, janganlah mengharap lebih-lebih. Kalau dah kawan buat cara kawan. Masa kau kawan tu cuba set otak 'aku dengan dia just kawan, tak boleh lebih.' Kalau kau dua-dua punya perasaan tak apa dengan kawan kau tu, semua settle senang je. Haih. Ini tidak. Zero. 

Kalau kau tahu dia suka kau sebelum dia confess lagi, better keluar dari hidup dia. Main jauh-jauh. Dan kalau kau tahu dia suka kau dia mengaku, baik kau bagi jawapan cepat-cepat dekat dia. Jangan biar dia tunggu tanpa jawapan. Tak suka, jawap aja tak suka. Jangan buat main macam tu. Jangan nak anggap dia boleh jadi spare-part kau ke apa nanti. Kesian tahu. Aku tahu sakit kot, kalau ditinggalkan begitu tanpa jawapan. Lepas tu kau berlakon macam dia tak pernah kata apa-apa dengan kau. Peh mintak kaki.

Kalau yang dah kena friend-zoned tu, korang terimalah. Jangan paksa-paksa orang terima kau. Nanti takut dia akan benci kau terus. Aku pun pernahlah tersentap sikit dengan Inche ni sebab ada orang confess dekat dia, dia boleh kawan lagi. Tu pun lepas aku cakap dekat dia baru dia tahu. Nasib baik dia perasan aku sentap, kalau tak sampai sudah aku buat hal. Haha. Aku bukan apa, aku tak nak orang pasang harapan tinggi kalau lepas confess tu walaupun tak terima. Perempuan ni payah, walaupun orang tu dah reject dia, dia still nak simpan perasaan lama-lama lagi. Haih. 

Aku kadang-kadang macam tak paham kenapa perempuan tu still nak suka dekat lelaki tu walaupun dia tahu lelaki tu tak suka dekat dia dan ada pilihan sendiri. Macam tu jugak lelaki yang tahu perempuan tu suka dekat orang lain tapi still simpan perasaan. Tu bunuh diri sendiri nampaknya. Gila tahu gila.

Macam tu jugak, aku rasa lepas kau confess dengan orang tu kalau dia tak terima kau sila jauhkan diri. Jangan tunggu lagi. Jangan harap apa-apa. Itu akan buat kau hidup dengan harapan palsu. Dan kau menjahanamkan hati kau sendiri. Move on. Kau layak dapat yang lain. Tolong jangan paksa hati kau untuk menipu diri kau yang dah nampak kenyataan. Haih, rupanya lelaki dan perempuan ni dua mahluk Allah yang cepat perasan kalau orang buat baik lebih sikit dah kata suka, padahal tidak pun. Memang nak kena pukul betul. 

Jap, aku cakap macam ni aku dah confuse, aku lelaki ke perempuan? ._. 

3 Komen:

cik_zetty said... [Reply]

setujuuuu lagi2 part kawan dengan laki memang senang, masa zaman-zaman sekolah tak kawan dengan laki pasalnya sekolah pempuan huhu

bila dah masuk ipt, baru mula kawan dengan laki.. itupun berkira gak, nasib budak2 kelas (payah nk kawan dgn laki kt luar sebab malu, agaknya dah 5tahun kot terbiasa dgn pesekitaran pempuam. lol)

tapi mmg best, gaduh mulut, kongsi citer, takde sentap lebih (tak pernah ada perasaan between of us sebab kawan pun beramai2 ngaa)

kalau bab tepuk sebelah tangan nie.. errr tipu cakap tak pernah (tapi bukan dgn kengkawan2 laki kat ipt tu), pernah tapi dah boleh terima hakikat Alhamdulillah, bak kata UAI "kalau oarang tak suka kita, cari je yg lain" :))

*panjang pulak komen kali nie ngeee* XD

Amira Atiya said... [Reply]

@cik zetty

amboi kak. hahaha panjangnya. emo je gaya. hahah betul lah akak cakap tu :)

sha my heart said... [Reply]

Friendzone..
Sha ramai juga kawan lelaki. Bff pun lelaki. Pelik x? Hahaha. Kami memang saling sayang tapi tak cinta. Eh kami bukan pasangan. Kami cuma kawan baik.