Sunday, May 13, 2012

[Kispen] Anak Haram.

source : tumblr


“Aku tak suka jadi begini!” Awan menjerit sekuat hati. Rasa sesal, benci dan bingung betul-betul memakan diri. Persoalan demi persoalan bermain dimindanya. Dia berlari keluar daripada rumah itu. Berlari dan terus berlari dalam gelap malam. Hanya samar-samar cahaya bulan menerangi jalannya waktu itu.

“Tolong berikan satu peluang untuk aku mengubah segalanya!” Dia menjerit lagi sambil berlari laju. Rasa sedih dan amarah bercampur dalam menjadi satu. Larian dipercepatkan, mata sempat memandang pada telapak tangan dan baju yang berlumuran darah merah,

“Anak haram… Anak haram….”

Suara itu makin kuat kedengaran lagi disuruh diam lagi kuat bunyinya. Dia benci dengan dirinya sendiri. Dia benci dengan wanita itu. Dia benci semua orang yang ada disekelilingnya. Semua hanya mencaci dan menghina. Seolah-olah dia sampah, sedangkan dia hanya mangsa keadaan atas kesilapan si durjana.

Kalau masa bisa diputarkan semula dia tak mahu dilahirkan ke dunia. Kalau boleh dia kembali ke masa lalu dia akan menjauhkan wanita yang telah melahirkannya kedunia itu daripada bersama dengan lelaki durjana itu. Dengan itu semua mulut tidak lagi akan berbicara nista. 


“Kau tu anak haram! Mak kau tu bodoh! Murah sangat nak gadai tubuh dia. Aku dah pesan dia yang tak mahu dengar. Sekarang kau lihat? Padan muka. Kau keluar dari sini. Jijik aku dengan orang macam kau!”  
“Penipu! Bangsat.” Ditarik keluar pedang samurai yang tergantung pada dinding ruang tamu itu daripada  sarungnya. Mata pedang itu diarahkan ke wajah lelaki itu, lantas leher lelaki itu dipancung. Bergolek kepala jantan berdebah itu ke lantai. Darah terpancut keluar daripada lehernya. Disiat-siat kulit lelaki itu lalu badannya dikerat hingga menjadi beberapa bahagian. Jantung lelaki itu ditarik keluar, lalu di genggam hingga hancur seperti mana hancur hatinya apabila mengetahui kenyataan sebenar antara mereka berdua. Awan memandang hati lelaki itu, hitam! Hati itu ditarik keluar lalu dicincang menjadi cebisan. 
Kepala lelaki itu dibawa pulang ke rumah. Dicampakkan pada pangku wanita yang berusia separuh abad itu. Terbuntang terus mata wanita itu. Mulut menjadi bisu, air mata wanita itu menitis perlahan-lahan mencemarkan wajah tuanya.
“Hadiah untuk kau.” Awan tersenyum sinis.  
“Wan, kenapa kau bunuh dia nak?” “Sebab dia jantan celaka. Sebab dia aku dengan kau dimaki dan dihina!” Tangan kirinya masih menggenggam erat pedang samurai tadi. Darah menitis-nitis dari mata pedang. 
“Tapi..”
“Jangan kau nak bela si celaka ini.” Kepala yang berada diatas riba wanita itu diambil lalu dihempas kuat ke dinding. 
“Tapi dia ayah kau!”
“Tidak! Dia bukan ayah aku kau juga bukan mak aku. Aku hanya manusia yang lahir dari benih haram. Aku bukan anak dari haruan yang makan anaknya sendiri. Lepas puas melempiaskan nafsu serakah, dicampaknya anak sendiri ke rumah pelacuran. Lahirkan anak benih haram ke dunia sendirian. Kalau bukan sebab aku yang berusaha cari duit lepaskan kau, kau mesti mereput dekat tempat tu. Tubuh kau masih diratah oleh lelaki yang dahagakan seks luar sana!” Awan terus melangkah keluar daripada rumah. 

Awan menggeleng kepalanya. Dia tak mahu ingat apa-apa lagi. Langkahnya masih tidak berhenti. Pandangannya menjadi kabur sebaik sahaja berlari masuk ke jalan yang penuh dengan kabus. Kepalanya berpinar seketika.

“Aku dekat mana ni?” Awan terpinga-pinga. Keliru dengan keadaan disekelilingnya. Dia tiba-tiba sahaja berada didalam sebuah rumah. Gelap.

“Adik, buka pintu ni sekejap. Ayah nak cakap sesuatu dengan adik.” Awan tersentak mendengar suara itu. Dalam samar-samar cahaya bulan yang datang daripada luar membuatkan Awan terkejut besar. Matanya dikerdipkan berulang kali untuk memastikan apa yang dilihatnya. Lelaki tak guna itu. Awan dapat merasakan inilah masanya. Dia terus berlari ke arah lelaki itu.

“Celaka kau!” Suara Awan memeranjatkan lelaki itu. Pedang tajam terus dihunus ke perut lelaki itu. Berulang-ulang kali. Puas hati!

Pintu yang tertutup tadi dibuka daripada dalam. Terjengul wajah seorang gadis yang berusia belasan tahun. Dia.

“Mak, aku sayang kau. Aku tak nak hidup kau rosak kerana lelaki jahanam ini. Cepat lari sekarang!” Ucap Awan kepada gadis itu, dalam keadaan bingung gadis itu terus berlari keluar. Dia menoleh ke arah Awan lalu bibirnya mengukir senyuman. 

Awan tersenyum puas. Badannya terasa ringan. Dia melihat kakinya berubah menjadi debu-debu halus. Hilang ditiup angin. Dia menjadi cemas. Apa yang sedang terjadi pada tubuhnya ini.

Pufffffffffff!

Awan terus meletup dan bertukar menjadi debu-debu halus. Hilang.


p/s : tekanan jiwa pasti untuk orang yang asyik kena ejek disebabkan kelahiran dia ke dunia hanya kerana atas satu hubungan terlarang. Mereka itu suci. Hmmm. Aku tulis ni masa zine satu malam pilih tajuk mesin masa, korang kalau nak baca semua orang punya karya orang-orang yang menyumbangkan tulisan diorang untuk ZSM : Mesin Masa boleh la download dekat sini [ZSM] . Korang yang kalau ada idea nak menulis puisi ke, kispen ke, tak tahu nak hantar mana boleh try dekat facebook ZSM. Asah bakat korang :)



2 Komen:

Bidadari Syurga said... [Reply]

quit nice... cuma ada confius.. tapi bagus...

Amira Atiya said... [Reply]

@Bidadari Syurga

trimas bidadari syurga :)
confuse yang mana tu? :)