Sunday, June 03, 2012

Cahaya.

source : tumblr

Ingatkah engkau kepada embun pagi bersahaja, yang menemanimu sebelum cahaya, 
Ingatkah engkau kepada angin yang menghembus mesra, yang kan membelaimu cinta.
- Sebelum Cahaya, Letto

Berjalan perlahan dari suram kepada satu cahaya cerah, lama sudah tidak nampak cahaya. Langkah diatur perlahan. Satu demi satu. Hati-hati takut tersilap langkah. Dari sana nampak dia yang tersenyum menghulurkan tangan. Mahu menarik aku keluar dari suram. Teragak-agak aku sentuh jari jemari dia. Melihat senyuman dia ikhlas aku sambut jua. Dia bawa aku berjalan melalui jalan yang tepinya dipenuhi bunga-bunga yang harum mewangi.

Dalam melangkah aku mencuri pandang wajah dia. Dia berpaling, aku pura-pura toleh arah lain. Mungkin dia sedar aku curi pandang. Aku berhenti. Lepaskan tangan aku dari genggaman dia yang mesra. Berlari merapati bunga yang sedang mekar. Harumnya meliputi segenap ruang. Dia senyum. Bunga itu dia petik dan berikan kepada aku. Langkah diatur semula. Tangan dibawa kegenggaman.

Datang anasir jahat mencemari cahaya, dia hilangkan sekelip mata. Takut aku hilang dibawa angin senja. Entah bagaimana duri bunga disepanjang jalan melukakan tangan, senyum dia membuatkan segalanya terubat. Diam dia jadi racun yang paling membunuh. Muram dia bikin aku jatuh ke dalam lohong hitam. Dia bawa aku daki gunung tinggi mencecah awan, takut aku dia beri keyakinan. 

Senja bertukar malam. Dia masih ada disisi. Siang malam. Katanya dia, dia akan terus ada. Aku nampak kelip-kelip lalu. Terus dikejar. Sesat dalam hutan gelap. Dia tiada. Aku menjadi nanar. Tangisan demi tangisan melalui pipi. Sampai bawa ke pagi. Embun membasahi tubuh kerdil. Dia muncul dengan sinar matahari, namun senyuman tidak terukir. Dia bawa aku berjalan semula. Dalam tergagap-gagap aku bertanya.

"Kau marah aku?"
"Tidaklah. Aduhai, aku hanya berfikir"
"Berfikir apa?"
"Rasa nanar yang datang bila kau pergi."

Diam. Perlahan aku bertanya pada hati, sudahkah kau bersedia untuk naik ke atas kayangan untuk mencari bahagia sampai langit ke tujuh? Bersediakah aku untuk tinggal disana untuk selamanya? Jauh dari bumi nyata?


2 Komen:

Ain Farhana said... [Reply]

bahagia tu pasti..insyallah..
aku dah terbau2 nasi minyak..
lalalalalalala~~~~

Anonymous said... [Reply]

lagu febret.
kuatkanlah hati cintaaaaa....

-iz-