Tuesday, October 09, 2012

Info Braces Dan Retainer 2

Maka setelah hampir 3 tahun pakai braces, semalam 8 Oktober telah hilanglah title gigi besi. Hoho. Kesengsaran dah tamat. Luka-luka mulut dah pun tak rasa. Tapi rasa lain bila bukak. Macam bogel aje gigi. Aku dah lama tak rasa gigi. Lepas ni boleh makan chewing gum ye tak? Keh. Berikutan entry setahun lepas info pedakap gigi yang soalan kemain banyak sini aku nak bagi tahu. 
  1. Kalau goverment lepas kau daftar, nama kau akan masuk dalam senarai menunggu. Untuk kau pakai braces sampai ke tarikh menunggu tu ambil masa bertahun-tahun sebab ramai daftar woi. Kau ingat senang nak cepat-cepat melainkan bapak kau doktor pakar kat situ. 
  2. Kena tunggu semua gigi susu kau tanggal dulu baru boleh pakai braces. Jongang dengan gigi tak susun hasil lepas ikat lain. Harap mak long. Kalau nak goverment daftarlah awal-awal sementara anak tu kecik lagi. Macam kes adik aku kena tunggu semua gigi susu dia habis dulu.
  3. Kalau kerja kerajaan, aku tak tahulah bayaran macam mana. Kena tunjuk GL atau tak. Sila rujuk klinik sendiri. Aku sumpah tak tahu.
  4. Nak tunggu gigi rapat tu memang lama. Kalau kau tak pandai jaga macam aku sampai tanggal braket dia alamat memang kena marah setiap kali jumpa doktor. Kalau 
  5. Aku punya free sebab aku student masa tu bawah umur 20-an dan dah tunjuk GL yang parents aku kerja kerajaan so dapat free. Kalau umur dah lebih 20 tak silap aku kau dah kena start bayar walaupun parents kau kerja kerajaan.
  6. Ingat sebarang urusan bayaran baik kau tanya klinik sendiri. Aku tak nak beri harapan banyak. Sila runding dengan klinik ye. Tak kiralah mana-mana klinik pergigian kerajaan mahupun klinik swasta.
  7. Kalau kau buat swasta maybe harga akan lebih 3000 MYR bergantung pada kes kau jugak dan jenis kau pakai. Sebarang diskaun sila tanya klinik.
  8. Aku buat braces ni pada akhir tahun 2009.
  9. Serious aku masih tak dapat nak ingat balik procedure. Yang aku ingat lepas kau dapat je masuk stage nak memakai kau kena X-ray, pattern gigi, cabut gigi, lepas selesai kau akan pakai braces tu sampai ruang gigi kau yang dicabut rapat, last sekali lepas tanggal braces pakailah retainer.
  10. Kalau nak buat kat klinik kerajaan kau pergilah klinik gigi kerajaan yang ada. Cakap nak buat braces. Nanti dia bagi tahulah apa yang patut. Tanyalah dia, jangan segan nak menanya.
  11. Kalau gigi dah elok tu tak payah gatal nak pakai braces. Buang masa je. Tak payah nak ikut trend sangat. Aku pakai sebab gigi aku tak tersusun teruk sangat. Berlapik. Berlebih. Bukan saje-saje nak siksa diri.
  12. Aku tunggu nak dapat pakai braces ni dari form 2, tahun 2007 tak silap. Aku tak tahulah berapa lama yang kau akan ambil dalam masa menunggu tu. Menunggu untuk klinik gigi kerajaan LAMA.
  13. Sekali diberitahu, paling lama kau akan pakai yang braces tu 3 tahun, bergantung cara kau jaga. 1 tahun untuk retainer.
  14. Ye, rubber band untuk braces tu memang ada je merah, purple, hijau, oren, warna pelangi je tak ada. Telah dinyatakan dalam entry lepas.
  15. Aku tak tahulah yang bab seperator tu. Aku punya braces memang ada besi melintang antara lelangit. Aku tak ingat function dia. Benda alah yang buat lidah aku selalu luka. Aku rasa function benda alah tu nak elak rahang aku jadi makin kecik. So dia menjaga struktur rahang. Ini pun dipanggil seperator untuk rahang.
  16. Lebih umur 20 walaupun student kau kena bayar. Tanyalah klinik untuk informasi lebih tepat. Goverment terima je kalau kau nak pakai braces umur 20 lebih. 
  17. Untuk gigi rapat 3 bulan belum tentu dah rapat. Sabarlah. Aku pun 3 tahun masih slow je nak rapat.
  18. Kalau masa daftar umur kau dah 17, masa tu memang dapatlah kos budak sekolah tapi bila dah lepas senarai menunggu umur kau 20 memang dah start kena bayar, berapa banyak aku tak pasti.
  19. Kalau adik beradik kerja kerajaan tu aku tak pasti. Tanya klinik please.
  20. Braket boleh tercabut kalau kau tak jaga gigi dengan bersih. Sebelum jumpa doktor gigi pastikan gigi bersih. Gosok gigi untuk orang pakai braces sama aje, cuma lebih hati-hati. Semua permukaan pastikan kena. Kalau tak jadi gusi bengkak macam aku. Selalu bleeding.
  21. Kau akan alami kesukaran bercakap dan tersembur air liur bila pakai braces. Kahkah.
  22. Kena cabut gigi atau tak masa nak pakai tu bergantung pada doktor. Kalau dia rasa kena maka kenalah nampaknya. Klinik kerajaan tak akan buat braces untuk gigi orang yang dah elok biasanya.
  23. Berapa lama temu janji dengan klinik sewasta amatlah aku tak tahu, sebab aku buat dengan kerajaan yang masanya sangat lama nak menunggu.
  24. Aku pakai atas dan bawah besinya.
  25. Aku tak disuruh pakai seperator pun. So aku tak tahu apa menda alah tu. Bulat-bulat macam rubber band pulak dah. Dah google tadi, rasanya tak pernah lalui proses tu.
  26. Aku buat braces dekat Klinik Pergigian Peringgit, Melaka.
  27. *update* Surat menyurat aku tak tau, tolong pi klinik dulu dapatkan kepastian lagi senang. Setahu aku kalau still sekolah kena mintak surat dkt sekolah untuk sahkan kau student situ, dan GL parents je. Kalau universiti pun rasanya kau kena mintak surat yg sahkan kau student situ. sila rujuk klinik.
  28. Parents aku kerja kerajaan, aku student masa buat so FOC. Bukan kerajaan tak pastilah aku. Kalau kerajaan dalam 700 MYR kot kalau still bawah 20. Kalau swasta 3000 MYR above.
  29. Tak tahulah bayar ansur-ansur ke macam mana. Depends pada klinik, try tanya dulu. Tak tanya klinik sesat jalan.

Ni retainer aku. Ye dulu orang pakai retainer yang satu line besi. Sekarang modern, retainer lut sinar gitu. Function retainer ni nak jaga struktur gigi kau lepas buka braces ye lah kalau tak jaga. Kau gigi bukan-bukan mahu beralih balik gigi tu. Keh. aku tak ingat apa nama retainer ni. Boleh tanggal. Bila makan, minum dan gosok gigi mesti tanggalkan. Tak boleh kena air panas. Masa lepas bukak braces dia akan cuci gigi, amik pattern untuk retainer, tangkap gambar gigi kau sekarang dan pakai retainernya selepas siap. Sebarang kerosakkan pada retainer seperti koyak. Satu piece, 100 MYR. Sekian. Aku nak melalui setahun dengan retainer pulak. Aku harap dah jawap semua soalan korang. Sila baca entry dengan teliti supaya tak tanya soalan yang jawapan dah ada, nak lebih jelas sila tanya klinik gigi yang terdekat. #okbai



12 Komen:

kasih said... [Reply]

haha, gigi bogel. since benda ni pun nak bukak dah, memang tak lama lagi rasa lain macam je la.. hehe

IntanNadhirahIdayu said... [Reply]

Tumpang tanya, masa nama kita dah sampai turn tu dia panggil macam mana? Call ea? Saya pun baru daftar nama kat klinik kerajaan peringgit :) thanks.

Anonymous said... [Reply]

Sumenye tak tau baek x yah cite..haha

Anonymous said... [Reply]

Sumenye tak tau baek x yah cite..haha

Amira Atiya said... [Reply]

@Anonymous

hello encik, kalau semua sy tahu sy dah jadi doktor gigi dah. atau sy kerja dkt klinik gigi tu. sy hanya jawap apa sy tahu. yang lain alternatif awak tanya klinik. fikir baik sikit.

Leeya said... [Reply]

nak tanya, waktu pakai retainer ade appointment schedule jugak ke mcm wktu pki braces?

saya pon kerajaan jugak, nk tau jela bile sampai masa nt.

Anonymous said... [Reply]

salam , nak tya kalau selepas doktor cabur gigi (bagi klinik kerajaan) kena tunggu berapa bulan baru doktor panggil pansang braces ? -tq

Anonymous said... [Reply]

kalau umur 18 thun nak pkai braces kat kerajaan boleh ke x? tlong balas plis

Anonymous said... [Reply]

Boleh. Lebih baik p sekarang sbb nanti umur dah 19 doctors tak terima dah. Saya pun baru p check up and dalam waiting list.

Nurhidayu Mazlan said... [Reply]

nak tanye...kalau rubber tercabut dari band,kalau kita lambat jumpa doktor,ada effect tak kat gigi kita?

Nor Atilia Azmi said... [Reply]

Nak tanye sy apply mase umo 17. Skrg dah umo 20. Still dpt ke x ?

lieyz Hasuriza said... [Reply]

Assalam...nak tanya..taun depan sy 19 tahun..tp sy lahir bulan jun..means sy still 18.sy bleh buat lg ke tak braces kat kerajaan?