Saturday, November 03, 2012

[MiniNovella] Cinta Dan Benci 1.




Indahnya pertemuan jangan di akhiri dengan perpisahan...
Indahnya percintaan jangan diakhirir dengan penderitaan...
Indahnya kasih sayang jangan di akhiri dengan keegoan...


“Semua pelajar diminta berkumpul di Dewan Kenanga sekarang juga untuk pembahagian kumpulan” ucap ketua pelajar dengan suara paraunya jelas kedengaran melalui corong pembesar suara yang terdapat di tengah-tengah tapak perkhemahan. Syameera mengeluh. Kalau diikutkan hati pasti dia tidak akan menyertai perkhemahan di MSN Saujana Asahan ini. Perkhemahan yang akan berjalan sepanjang tiga hari dua malam terpaksa disertai kerana takut dimarahi Prof Azril disebabkan sudah berkali-kali Syameera ponteng kuliah yang diadakan oleh beliau. 

Lagipun dia bukan sengaja ponteng, dia ada masalah wanita. Macam tidak biasa pula apa penyakitnya. Senggugut! Sakit macam hendak gila mahu bangunpun susah. Cuba bayangkan kalau dia pergi ke kuliah juga. Ada yang bergolek-golek macam ayam golek menahan sakit dalam dewan nanti. Tidakpun sakit semasa membawa motosikal, nanti kemalangan terjadi maka berganda pula sakitnya. Inilah yang dipanggil pencegahan awal. Sediakan payung sebelum ribut! Lagipun sambil menyelam minum jus, hari ketiga sepatutnya dia sudah boleh menghadirkan diri tapi dia berehat dirumah kebetulan perutnya memulas kali ini bukan senggugut tapi perut masuk angin tidak makan!

Alang-alang itu tengah hari sudah habis dua bungkus nasi lemak dimakan dia dapat menonton drama korea dan juga membaca blog. Cuti tiga hari itu telah membawa Syameera ke tempat ini. Sudah diberi alasan berbakul-bakul tetapi ditolak mentah-mentah. Ini sebagai cagaran cuti bendera Jepunnya itu. Malang. Lagipun tahun ini merupakan semester kedua Syameera berada di universiti itu untuk mengambil ijazah dalam program seni penulisan. Tiga tahun dulu dia pernah juga menuntut di universiti ini untuk mengambil diploma dalam bidang yang sama. Kadangkala dia sudah naik bosan melihat banggunan yang sama, proffessor yang sama bila kembali ke universiti itu, tapi demi melanjutkan pelajarannya dia kuatkan semangat untuk berada lagi di universiti itu lagi. 

Yang pasti kawan-kawan baiknya juga tetap sama dari tiga tahun dulu iaitu  Falisha ,Karen dan Kasmeera. Perkara yang tetap  juga sama ialah perempuan itu, Nadia. Musuh ketat Syameera. Kenapa menjadi musuh ketat? Dia sendiri tak pasti.Adakah kerana hal itu tetapi sejak sebelum hal itu dia dan Nadia memang tidak pernah sefahaman pasti ada sahaja perkara yang hendak digaduhkan. Agaknya sejak azali sudah ditakdirkan perhubungan mereka dingin bak salju dn aisberg dikutub sana. Nadia masih di sini bukan kerana menyambung pelajarannya tetapi terpaksa belajar kerana keputusan yang tidak memberangsangkan tahun lalu.

Kini yang bersarang di otaknya sekarang bukan perkara-perkara yang sama sejak tiga tahun dulu, cuma dia tidak mahu bersama dengan orang lain selain daripada sahabatnya yang tiga orang itu. Syameera melangkah malas ke arah fasilitator perempuan yang berbadan gempal di sudut tepi dewan itu.

“Saya nak kumpulan dengan kawan-kawan saya boleh tak? Tak suka lah campur dengan orang lain. Saya tak kenal, mereka semua lelaki. Bolehkan puan?” soal Syameera kepada Fasilitator itu dengan muka sepuluh sen.

“Kumpulan lain? Awak pernah dengar dan tengok tak ‘lagu dan video klip kaki ku dimuka mu kerana gatal-gatal nak tukar-tukar kumpulan’?” jawap fasilitator itu dengan wajah menyinga.

“Ada ke lagu macam tu? Saya nak dengar boleh macam sedap aje bunyinya kumpulan apa nyanyi indie band ke. Ada videonya tak boleh tengok sekarang.” 

“mari sini, mari-mari saya tunjukkan” Fasilitator itu mula mengangkat sebelah kakinya.Syameera yang menyedari kelakuan fasilitator itu terus berlari lintang pukang ke kumpulan yang ditetapkan.

Sudahlah hampir hendak ditapak kaki dengan fasilitator, tidak pula dapat berada dalam satu kumpulan dengan sahabat baiknya, dan sekarang bertambah malang lagi dia terpaksa berkumpulan dengan tiga orang pelajar lelaki sedangkan dia seorang sahaja seorang perempuan dalam kumpulan itu. Ada dua orang pelajar lelaki cina dan seorang pelajar lelaki melayu. Syameera mula tidak senang duduk macam ayam berak kapur. 
‘segannya aku kumpulan dengan semua lelaki, macam mak datin di kelilingi tiga orang gigolo! Wah, apa yang aku merepek ni’ Dia cuba menunjukkan wajah yang tenang hanya kata hatinya kini sedang bergolak juga berguling. 

Hatinya berkata lagi ‘Cuma untuk tiga hari aje lepas tu habislah tak mati pun kan!’ Syameera berlagak tenang. Setelah puas memberi kata-kata perangsang kepada dirinya barulah dia berasa tenang.Dia membetul-betulkan suara dan cuba menyapa pelajar lelaki melayu yang sedang sibuk menulis sesuatu di dalam kumpulannya itu. 

“Assalamualaikum, saya  nak sertai  kumpulan ni boleh?” Syameera membongkokkan badannya pada sekumpulan lelaki yang sedang bersila diatas lantai dewan.

“Waalaikumsalam, boleh bukan awak memang kumpulan ni kan? Jadi apa salahnya awak sertai kami?” lelaki itu tersengih melihat muka Syameera yang agak takut-takut menegurnya itu.

“Syameera, nice to meet you” Sambil memberi senyuman manis sambil melabuhkan punggung disebelah lelaki itu setelah berjaya membuang segala ketakutannya yang menyelubungi dirinya sebentar tadi. Diberikannya jarak dua belas inci diantara mereka berdua. 

“Ameerul Fazherul, nice to meet you too” dia menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Syameera. Syameera hanya merenung sahaja tangan lelaki itu.

“Saya rasa tak manis kalau saya sambut salam awak ni. Ya lah bukan muhrim. Jadi, maaf ya awak” Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

“Tak mengapa, saya faham” Ameerul hanya tersenyum sambil mengangguk perlahan. Tangannya ditarik ke sisi dan menyambung balik kerja menulisnya.Syameera cuba memberikan kerjasama dengan baik kepada ahli kumpulannya. Syukurlah pelajar cina yang dua orang itu tak banyak karenahnya Cuma mereka malas membuat kerja, jadi Syameera dan Ameerul sahaja yang banyak melakukan kerja yang diamanahkan oleh fasilitator kepada mereka. Pelajar cina itu hanya tahu berborak sesama mereka sahaja. 

‘inilah masalah rakyat Malaysia! Macam mana nak bersatu padu membentuk satu Malaysia kalau buat aktiviti macam ini pun susah nak berkerjasama!' Syameera merungut-rungut. Bibirnya terherot-herot ke kiri dan ke kanan.

“Apa yang awak membebel ni? Bibir herot-herot sana sini? Hah! awak sebagai secretary saya yang tidak bergaji, boleh tolong pegangkan sweater saya ini tak? Saya nak buat aktiviti yang mereka suruh tu. Kalau saya suruh awak buat nanti tak gentelman pula. Okey?” Ameerul ketawa setelah Syameera menyambut baju panas itu dengan wajah mencuka.

‘suka-suka suami isteri dia sahaja kata aku setiausaha tak bergaji! Nasib baik kau hensem kalau tak dah lama aku baling baju kau dalam longkang tahu!’ Syameera mengumam dalam hati. Syameera dan Ameerul mula akrab walaupun hanya untuk tiga hari. Entah selepas ini adakah dia dan Ameerul tetap berhubung dia tidak ambil peduli. Kadangkala Syameera terasa yang dia sedang di perhatikan oleh orang sekeliling apabila dia berborak mahupun ketawa bersama Ameerul. 

‘alahai kenapa semua perempuan-perempuan  suka pandang aku dengan Ameerul. Suka hati aku lah nak cakap dengan dia atau tidak. Macamlah sebelah aku ni Kim Beom pelakon siri drama Korea popular Boys Over Flower itu! Owh ya! Dia kan model terkenal. Lupa pula aku! Mana mungkin orang tak pandang kan?’ Syameera terangguk-angguk di hujung padang seorang diri.

“Hai, kenapa temenung awak ni? Angguk-angguk pula tu.. ” Soal Ameerul sambil menempatkan diri di sebelah gadis bertudung hijau pucuk pisang itu. Syameera hanya menggeleng laju. 

“Eh geleng-geleng pula! Awak boleh lah macam ni ambil part dalam video lagu angguk-angguk geleng-geleng ahli fikir nanti eh...awak ni, anak dara tak baik termenunglah, nanti tak ada siapa nak meminang.eh-eh’’ Ameerul masih terus membebel. Syameera hanya merenung wajah Ameerul.

‘berapa banya punya ‘eh’ lah dia ni..aku rasa memang lah dia orang pandang aku, Lagipun siapa yang tak kenal Ameerul itu, tampan, pandai, ramah dan rambut dia stylo! Tak gemuk tak terlalu kurus, tinggi lampai pula tu. Muka dia tak ada sebiji jerawat pun, kulitnya yang putih bersih, di tambah pula pakai baju t-shirt berkolar warna hitam! Seluar sukan hitam! Warna kegemaran aku tu! Tapi ada aku kisah, untunglah aku dapat baik-baik dengan Ameerul! Dia dahlah model paling hangat sekarang... i’m with hottie right now! Tengoklah aku! Cemburulah kalian cemburulah...’ Syameera tersenyum kecil. Dari jauh nampak Karen dah kenyit-kenyit mata. Nak menyibuklah tu. Syameera hanya tayang gigi.

“Cik Syameera yang bertudung hijau pucuk pisang, kenapa tenung Encik Ameerul ini begitu? Senyum-senyum pula. Cik Syameera menakutkan Encik Ameerul. Ada apa-apa ke pada muka Encik Ameerul ni?” Ameerul meraba-raba mukanya dan Syameera masih lagi tersenyum. Setelah merasakan jenakanya tidak dilayan Ameerul mula mengoncangkan bahu Syameera.

“Hei apa ni!” satu pukulan kuat hinggap di bahu Ameerul.

“Aduh! Sakitlah awak, kenapa pukul saya.” Ameerul mengurut-urut bahunya.

“Yang awak pegang bahu saya kenapa! Kan dah dapat, padan muka!” Syameera mengetap bibir. Geram. Pantang baginya orang yang bukan muhrim menyentuh bahagian tubuhnya walaupun berlapis kain setebal manapun.

“Yang awak termenung senyum-senyum tengok muka saya kenapa?” Soal Ameerul pula dengan wajah mencuka.

“Ye ke? Alamak maaf-maaf” Syameera mula serba salah.  Memang salahnya agaknya. 'itulah siapa suruh tenung anak teruna orang lama-lama, kan dah berangan pula! Nasib baik dia ni anak orang kalau anak kucing ke dah lama aku peluk-peluk..eh apa pula merepek lagi aku ni!’ Syameera menepuk dahi.

“Saya minta maaf sekali lagi okey?” ucap Syameera setelah tidak mendapat sebarang respon daripada Ameerul.

“Tak mahu! Saya merajuk!” balas Ameerul dan terus membelakangkan Syameera. Syameera mengerutkan dahinya. Tidak logik dek akal lelaki hendak merajuk. Gila. Syameera bengang apabila melihat Ameerul masih lagi membelakanginya.

“Mana ada orang merajuk bagi tahu dia merajuk. Apa punya oranglah. Ya Allah dah tua-tua nak merajuk. Tak padan dengan lelaki. Lantak awaklah nak merajuk ke tak! Saya nak balik khemah!” Syameera mula berdiri dan berlalu pergi. Geram. Bersyukurlah Ameerul itu kacak kalau tidak sudah lama dia beri penangan ‘kaki ku dibibirmu’ pada lelaki bermata coklat hazel itu.

“Saya guraulah! Meera...” Ameerul mengejar Syameera yang sudah berada di tengah padang. Syameera buat tidak tahu. Ameerul masih cuba memujuk.

“Hai siapa yang merajuk sebenarnya? Awak ke saya? Macam ni saya nak nangislah.!” Ameerul melabuhkan punggungnya di atas padang. Di buatnya gaya seperti anak kecil menangis. Syameera berpaling dan terus menghampiri Ameerul sambil mencangkung. Di tunjalnya kepala Ameerul yang beralas topi berwarna hitam berjalur putih.. Kasar sehingga Ameerul terdorong kebelakang seinci.

“Sengal!” ucap Syameera dengan mimik wajah jelek. Tidak lama selepas itu mereka berdua ketawa. Mesra. Perkenalan pertama yang cukup mesra mungkin?


bersambung..

Ini karya yang aku tulis tahun 2008, mininovella. InsyaAllah sempat habis rasanya sampai hujung bulan ni sebelum naik semester 4. Jemputlah baca. Mungkin macam klise kot cerita ni, tak apa aku cuba baiki. Aku cuba asah otak yang dah lama tak berbakti untuk benda menulis ni. Berkenaan novel Miss Violence and Mr Casanova. InsyaAllah kalian akan dengar berita baik. Tunggu aje :)


2 Komen:

si ngokngek said... [Reply]

best!fuyoo dah lama tu,keep writting!
tak sabar..haha

Amira Atiya said... [Reply]

@si ngokngek

thanks weh :) lama tak nampak lu. heheh akan ku coba.