Monday, November 12, 2012

[MiniNovella] Cinta Dan Benci 10.



Disebalik dia, tercoret sejuta rahsia


Hari tu adalah kali pertama dan terakhir Syameera jumpa Shafiq. Shafiq terus hilang entah ke mana. Bulan berganti bulan..minggu berganti minggu, hari berganti hari, Syameera ceria. Ceria dan bahagia. Pulih dari sakit menyiksa. Bahagia berkawan dengan JayDee. Esok Syameera konvo, dan semua kenangannya dengan Am akan ditinggalkan. Malam itu Syameera check email seperti biasa. Cari JayDee lagi. Email dah sampai!

Meera saya nak beritahu awak sesuatu. Ini sebagai hadiah untuk konvo esok. Saya nak beritahu awak siapa saya yang sebenarnya. Saya Shafiq Fazherul. Awak marah pada saya tak kerana tak beritahu perkara sebenar? 

Kalau awak boleh ingat kembali sebelum awak kemalangan saya pernah kawan dengan awak. Kawan untuk masa yang agak lama. Saya pernah kata yang saya sukakan awak. Tapi awak tak sudi kerana awak kata awak tak suka nak bercinta buat masa tu. Awak minta saya tak dekat dengan awak lagi. Awak selalu lari dari saya. Saya hanya mampu memerhati dari jauh sahaja.

Bila Falisha kata awak dah lupa saya, saya cuba dekat dengan awak semula. Bila saya dapat tahu awak bercinta, kecewanya saya. Kemudian saya dapat tahu awak berpisah, saya kembali untuk pulihkan awak. Saya sayang awak. Kalau awak tak boleh terima, tak apalah. Kita kawan :)


'JayDee ialah Shafiq Fazherul…' Jerit syameera di dalam hati. Dia tidak mahu ibunya,Puan Aileen mendengar apa yang dia ketahui ini. Syameera pulang ke rumah hari itu kerana dia mahu pergi ke konvokesyennya bersama keluarga esok. Nasib baiklah rumah dia dengan universiti dekat sahaja. 

Syameera tidak marah atas pemberitahuan Shafiq itu tapi dia berasa amat gembira. Selepas terlalu lama dia berbalas e-mel dengan JayDee atau Shafiq, dia meminta diri untuk berehat. Syameera menutup komputer ribanya dan mengatur langkah untuk melihat keindahan malam di taman rumahnya. Patutlah dia dapat bayangan yang dia pernah kenal dengan seseorang. Dia pernah tolak cinta seseorang. Dia pernah cuba lari dari seseorang.

Sesungguhnya malam itu begitu indah. Bintang bertaburan di dada langit bulan mengambang. Syameera berasa kagum dengan ciptaan Tuhan yang maha esa. Dia duduk di bangku berhampiran dengan air terjun. Terasa aman sekali ketika itu. Dia menatap dada langit. Syameera termenung.

‘Kenapa hubungan aku dengan Am tak pernah pulih. Dia selalu nak mengelakkan diri dari ak. Aku nak beri penjelasan sikit pun dia tak mahu dengar, sampai hati. Esok dah nak konvo dia masih nak elakkan diri dari aku. Hilang macam tu sahaja. Hina sangatkah aku. Mungkin lepas ni aku tak akan dapat jumpa dia lagi. Biarlah aku bina hidup baru tapi dia perlu tahu yang aku tak akan pernah berhenti mencintainya. Harap-harap. Nadia…. gadis itu berlakon seolah-olah tidak membuat kesalahan. Kejamnya dia. Apa salah ku sampai dia perlu buat begitu pada aku. Shafiq. Lelaki yang banyak membantu aku. Sentiasa buat aku berasa selesa sewaktu dengannya tapi aku tak mencintainya walau dia mencintai aku. Mungkin aku perlu membukakan hati ku untuknya agar aku dapat melupakan Am. Karen…Kasmeera… walau kita telah di pisahkan dengan alam yang lain, aku tetap mengingati dan menyayangi kamu berdua. Aku akan jadikan kau orang sebagai pembakar semangat ku ini…..’ Air mata jernih turun dari tubir matanya.

Tiba-tiba dia dikejutkan oleh kedatangan kucingnya, Mei mei. Dia amat menyayangi kucingnya itu kerana setiap kali dia bersedih kucingnya pasti datang. Dia meletakkan kucing itu di ribanya dan mengusap-usap badan kucing itu. Dia masih ingat lagi mengapa dia menamakan kucing itu dengan nama yang seakan-akan nama cina. Ini disebabkan dia mempunyai kawan baik yang berbangsa cina  sewaktu di sekolah rendah dahulu yang namanya Mei  Mei. Dia dan Mei-mei terpaksa berpisah sewaktu darjah lima.

Mei Mei telah berpindah ke United Kingdom mengikuti bapanya atas urusan kerja. Saat itu merupakan saat yang sedih buat dirinya tapi dia dan Mei Mei tak pernah lupa untuk berbalas E-mel,itu membuatkan hatinya senang. Tapi semenjak dia terputus hubungan dengan Mei Mei hatinya berasa terlalu rindu akan sahabatnya itu sampai dia sanggup menamakan kucingnya Mei Mei. Tapi kesedihan yang di lalui dengan Mei-Mei tak dapat di bandingkan dengan kesedihan tentang Kematian Karen dan Kasmeera. Sesungguhnya perpisahan dia dengan Karen dan Kasmeera adalah kekal tapi dia dengan Mei mei, kalau di takdirkan untuk bertemu.. dia pasti akan bertemu.

“Termenung jauh nampak Eera?Ingat sapa tu? Kekasih hati lagi kah?” Tegur suara itu. itu pastinya abang Syameera iaitu Izz Riyad. 

“Eh abang…cepat balik? Habis kerja awal?”

“Eh orang tanya lain dia jawap lain. Baru sampai tadi. Eera..abang tengok muka Eera muram aje. Eera ada masalah ke?”

“Mana ada….” Syameera tak mahu mengaku tetapi sejauh mana dia cuba berselindung, kembarnya tetap dapat merasai ada sesuatu yang di sorok oleh Syameera. Ya, Izz Riyad dan Syameera tu kembar tak seiras.

“Eera… Jangan tipu abang. Abang tahu. Abang rasa yang abang tahu Eera accident yang lain abang tak tahu tapi abang rasa. Meera janganlah simpan. Bagi tahu abang..”Ezamirul menggenggam tangan adiknya.

“Abang memang Eera ada masalah. Cuma Eera cuba tak memikirkannya. Cuba jadi tabah. Kuat tapi abang tahu kan adik abang ni bukannya kuat macam arwah Kak Ika. Kenapa Eera lemah sangat” Syameera menunduk. Dia masih ingat lagi arwah kakak sulungnya. Syameera Shafika.

 Kakaknya meninggal dunia akibat di langgar lari oleh bekas suaminya sendiri Kamal Fazrul. Kakaknya tak pernah bersedih ketika bercerai dengan suaminya. Kakaknya bercerai dengan suaminya kerana suaminya tidak mendapat zuriat dari kakaknya dan menyangka kakaknya jugalah punca Fazrul berpisah dengan perempuan simpanannya. Shafika tetap tabah dan sentiasa tertawa. Tak nampak riak pura-pura di wajahnya. 

Cuma bekas suaminya itu tidak suka melihat Shafika gembira Harapannya untuk melihat kakak Syameera menderita tak kesampaian. Jadi dia bertindak untuk melanggar dengan hasrat perempuan itu lumpuh tapi sangkaannya meleset. Dia telah melanggar Shafika hingga mati. Kejadian itu jelas di minda Syameera kerana ia terjadi di hadapan matanya. Dia sendiri yang pergi memapah kakaknya ketepi jalan. Dia juga masih dapat merasakan darah merah yang masih hangat tersembur ke mukanya. Baju putih yang di pakainya bertukar menjadi warna merah.  Beberapa hari selepas itu Fazrul menyerahkan diri ke balai polis tetapi itu sia-sia sahaja bukannya Shafika boleh hidup kembali. Syameera masih tidak dapat memaafkan Fazrul hingga ke detik ini. Bencinya pada lelaki itu cukup mendalam.

Semenjak dari kemalangan itu Syameera berasa takut apabila melihat orang melintas jalan kerana dia pasti akan mengingati arwah kakaknya tapi dia cuba menguatkan semangat agar dapat melawan perasaan takut itu dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa tentang peristiwa kemalangan itu kepada sesiapa, hanya keluarganya mengetahui peristiwa berdarah itu. Peristiwa kemalangan Karen dan Kasmeera juga mengingatkan kembali kepada kakaknya Cuma dia berusaha menyembunyikan dari Falisha. Cuma ibunya tahu mengapa keadaan Syameera begitu sewaktu kemalangan itu dan sebab itu juga dia cuba memulihkan semangat secepat mungkin supaya orang lain tidak risau melihat keadaannya seperti dulu.. memang dulu keadaannya memang membimbangkan keluarganya. Dia merancau sewaktu tidur. Dia bercakap berseorangan. Dia tak mahu bercakap dengan orang lain dan dia dapat merasakan kehadiran kakaknya di sampingnya. Lepas setahun barulah keadaannya pulih. Dia cuba menjadi seorang yang tabah setelah terbaca diari awah kakaknya. Itulah yang membuat Syameera tabah bertahun-tahun. Cuma kali ini dia menjadi lemah. Tubir matanya juga murah mengeluarkan air mata. Dia tak dapat lagi bertahan tapi mengapa selepas 23 tahun perasaan tabah dan kuat itu telah hilang? Sampai bila dia harus macam ni. Tentang Ameerul juga dia menangis. Mengapa?

“Eera…kenapa termenung ni.. siap nangis ni?” Izz menyeka air mata Syameera. Sememangnya Syameera tidak menyedari air matanya mengalir.

“Mmm…Eera ingat kakak. Eera ingat kawan-kawan Eera. Eera ingat Nadia yang tak puas-puas hancurkan hidup Eera. Eera ingat Am yang sakitkan hati Eera…” Syameera memandang kosong ke arah abangnya.

“Eera.. siapa Am? Apa dia buat pada Eera? Dia kekasih Eera ke? Siapa Nadia? Apa dia buat? Tunjuk abang siapa dia. Abang akan bagi pelajaran pada dia sebagai balasan buat Eera macam ni.” Izz keliru dan bengang. Syameera menunduk, dia menceritakan semua perkara yang terjadi kepada dirinya dari awal hingga akhir.

“Kenapa wujud manusia macam tu… sampai hati dia buat macam ni pada adik abang….”

“Tak apalah abang Izz…Eera redha..mungkin ini dah takdir Eera…”
“Eera…” Izz merapatkan kepala Syameera ke bahunya. Syameera menangis. Izz berasa simpati dengan keadaan adiknya itu. Kenapa dia tak sedar yang adiknya dalam keadaan sedih. Kenapa dia tak rasa. Sungguh dia benar-benar terkilan.

“Abang…Eera penat dengan keadaan ni. Tapi apalah daya Eera abang. Eera tak dapat mengubah Qada’ dan Qadar yang di tentukan oleh Allah. Eera cuba menjadi sebaik-baik umatnya tapi cuma kali ini Eera dah tak dapat bertahan. Tak ada sapa yang berada di belakang Eera untuk menyokong Eera. Am yang Eera harapkan juga tak dapat bantu eera. Eera bertatih bangun balik bila kenal Shafiq. Dia yang pulihkan Eera sikit-sikit namun Eera masih tak cukup kuat.”

“Eera jangan cakap macam tu..kan Abang ada..ibu ada..walid ada….Falisha ada..”

“Thanks abang sebab selalu memahami Eera…” Syameera menggenggam tangan Izz.

“Itukan tugas abang….hhmm, dah jangan sedih-sedih esokkan ada konvo. Nanti karang bengkak mata adik abang ni….and abang nak belanja Eera Secret Recipe esok!!” Izz senyum.

“Oh…ye ke…yess!!” Syameera tersenyum kembali. Walaupun tak seikhlas dulu. Walaupun tak semanis dulu.

“Dah lah pergi tidur, dah pukul 11.30 ni. Tak pasal esok bangun lambat..” kata Izz sambil melihat jam tangannya.

“Okey bos..”Syameera bergerak masuk ke dalam rumah. Izz membuntutinya. Ya, Izz masih berfikir siapa Ameerul. Dia seolah berniat mahu memberi pengajaran pada budak lelaki itu. Dia juga mahu mencari Shafiq, terasa mahu memberi amanat kepada Shafiq agar menjaga Syameera dengan baik nanti.


bersambung..

klik number untuk baca bab sebelum atau bab selepas


0 Komen: