Tuesday, November 13, 2012

[MiniNovella] Cinta Dan Benci 11.




Aku akan biar kau rasa apa yang aku rasa...


Seperti yang dijanjikan selepas konvo, petang tu Syameera dan Izz pergi ke Secret Recipe. Setelah menempah menu, mereka mencari tempat. Ketika seronok berbual-bual dengan Izz muncul pula Fazlina. Itu boleh terima lagi. Tetapi Fazlina dengan orang yang tidak di sangka-sangka, Ameerul. Sejak bila dia ada hubungan hubungan dengan Fazlina. Cepatnya dia melupakan Syameera, sampai hati Ameerul. Syameera terus menunduk setelah merasakan Ameerul memandangnya. 

“Honeyyyy, sayang… Apa you pandang tu? Jom duduk dekat situ..” Kata Fazlina manja. Kelas kedengaran di telinga Syameera. Panas telinganya mendengar nada suara itu. Berdesing, berdengung naik pekak rasa. Dia mengangkat wajahnya kembali dan memandang tepat ke arah Ameerul. Dia melihat Fazlina menunding jari ke arah meja bersebelahan Syameera. Syameera tak tahu apa yang merasuknya, dia terus membuat aksi manja dengan abangnya. Lagipun Ameerul tidak mengetahui Syameera mempunyai rupa abang Syameera lagi. Jadi permainan boleh dimulakan.

“Sayaaaang.. Nah makan kek ni. Favorite you kan… coklat tau. Biar I suapkan…aaaaa.” Syameera memandang abangnya sambil menghulurkan kek ke arah mulut Izz. Berkerut dahi Izz melihat Syameera. Syameera terus mengenyitkan matanya. Izz mengangguk dan terus melayan karenah adiknya itu. Yang pasti selepas keluar dari sini dia akan menyoal adiknya.

Ameerul pandang Syameera tajam. Dia mengetap bibir, mukanya merah. Dia menahan marah. Dia sendiri tak tahu kenapa dia perlu marah, mungkin dia tak sangka Syameera juga mampu mencari pasangan lain selain daripada dirinya. Dia ingat Syameera setia. Walaupun dia dapat berpasangan dengan gadis yang di dambakannya dahulu mengapa dia berasa geram apabila melihat Syameera dengan lelaki lain.

‘Kurang ajar punya perempuan! Boleh pulak dia nak mesra-mesra depan aku…’ Ameerul menghentak meja . Air diatas meja Ameerul tumpah terkena baju Fazlina. Fazlina menjerit. Ameerul terus keluar tinggalkan Fazlina yang masih merungut-rungut itu sendirian. Syameera tersenyum sinis tiba – tiba Syameera  ketawa dengan kuat. Semua mata menumpukan pandangan pula ke arah Syameera. Izz melopong, dia memikirkan mengapa adiknya bertindak sedemikian.

‘I wonder why she became like this? Sebab that boy ke?’ Izz ligat memikirkan puncanya. Ameerul  yang sedang berjalan keluar menoleh seketika ke arah Syameera. Dia geram melihat Syameera ketawa tak berhenti-henti. Syameera ketawa lagi. Bertambah kuat. Dia puas. Puas dapat menyakitkan hati Ameerul. Ameerul melangkah laju dan terus hilang dari pandangan. Izz bertambah pelik.

“Eera stop it…dah cepat makan..” Izz menggenggam tangan Syameera. Syameera berhenti ketawa tetapi dia tetap tersenyum. Tersenyum sinis bila dia nampak Fazlina memandang dia dengan wajah tak faham. 

Selepas keluar dari kedai kek itu Izz terus membawa Syameera ke dalam kereta dan terus bertolak ke destinasi yang tak pasti. Izz mahu  menyoal adiknya itu. Dia mahu segala persoalan yang timbul di benaknya terjawab. 

“Eera..Kenapa dengan Eera ni?...”

“Abang tu lah Am… Biarkan dia rasa. Sampai hati dia cari pengganti lain. Dia tak tahu ke yang Eera betul-betul cintakan dia. Eera tetap setia. Eera tak pernah buat perkara yang sepatutnya. Dia tu bodoh sangat! Percayakan orang lain selain daripada kekasih sendiri. Biarkan dia rasa sakit hati macam yang Eera rasa ini. Tapi tu tak cukup lagi bang! Eera nak dia rasa betapa hancurnya hati Eera. Cinta Eera pada dia betul-betul membunuh diri Eera sebenar…” Syameera mula menitiskan air matanya tanpa sedar.

“Eera sejak bila Eera jadi macam ni. Eera kenapa Eera berdendam. Abang tak sangka adik abang jadi macam ni…” Izz melihat Syameera dengan ekor mata sambil menghulurkan sapu tangan. Syameera tak mengambilnya. Air mata yang turun dikesat menggunakan belakang tangan sahaja.

“Abang tak faham. Eera terpaksa. Eera tak mahu dia anggap Eera terlalu bergantung pada dia! Eera nak tunjukkan Eera boleh hidup tanpa dia. Walaupun hati ini tak pernah berhenti mencintai dia! Walau hati ini tak pernah sanggup kehilangan dia. Walau hati ini tetap pada dia meskipun dia datang hanya sementara.” Syameera menepuk-nepuk dadanya.

“Eera.. Please janji dengan abang jangan buat macam ni lagi. Tolonglah..”

“Tapi..Eera…” Kata Syameera terhenti apabila Izz memotong katanya tanpa dia sempat mengatur kata yang seterusnya.

“Tak ada tapi-tapi. Kalau Eera sayang abang, jangan buat macam ni. Please!!” Rayu Izz sambil menggenggam tangan Syameera.

“Abang tolonglah faham keadaan orang. Tolonglah sokong apa tindakan orang ni. Tolonglah, orang buat ni semua bersebab. Bukan untuk suka-suka. Ini untuk kebaikan kami berdua…”

“Please!!!” Nada Izz meninggi. Syameera diam dan akhirnya dia terpaksa akur.

“Hmmmm….ye lah……tapi..”

“Tak ada tapi-tapi..please jangan degil..”

“Hmmmm….” Syameera mengeluh.

“Jangan tipu hati Eera sendiri. Jangan egois sangat. Abang tak nak Eera yang merana nanti dengan dendam sendiri. Dendam tak akan bawa kita kemana. Dia akan buat kita sama aje taraf dengan orang yang buat kita jadi sakit tu! Abang dah rasa. Abang tahu.” Izz mula terfikirkan Irma. Ya, dia cakap berdasarkan pengalaman dia dengan Irma.

“Abang tolong jangan paksa Eera. Eera tak suka!” Syameera juga mula meninggikan suaranya.

“Abang tak paksa Cuma abang tak nak Eera mempermainkan orang.”

“Habis dia saja boleh permainkan perasaan Eera?”

“Eera kenalah sabar.”

“Sabar? Sabar, sabar Tak habis-habis sabar abang. Nak sabar sampai bila. Sampai mati. Sampai dah mati baru nak berhenti sabar?  Berhenti kereta ni sekarang! Berhenti sekarang jugak!”

“Kenapa? Dekat sini?"

“Ye kat sini! Please abang, Eera nak bersendiri. Please…”

“Tapi…..”

“No but…..” Syameera mahu membuka pintu walaupun kereta tidak berhenti lagi.

“Okey..okey..” Izz menurunkan Syameera di tepi jalan walaupun hatinya berat. Syameera keluar. Kakinya pantas berjalan meninggalkan kereta Izz.

‘Kenapa dia nak marah? Aku buat salah ke?’ Bisik Izz yang makin tidak faham dengan perangai adiknya sendiri. Porsche Carerra meluncur laju di atas jalan raya. Menuju pulang ke rumah. Mungkin? Atau dia patut melawat Irma yang terlantar dihospital sekarang. Ya dia berdendam dengan Irma. Harap Irma tak akan bahagia lepas sakiti dia dulu. Dia buat suami Irma cemburu dan tinggalkan Irma, sampaikan Irma didera hingga koma. Izz rasa berdosa. Izz jahat. Izz hina. Sebab itu dia halang Syameera berdendam. Dendam pada orang yang kita sayang, kemudia lihat dia menderita sebenarnya bukan bikin rasa bahagia, tapi lebih derita daripada masa kita tinggalkan dia. Dia tak mahu Syameera jadi macam dia.

**

“Sampai hati abang pura-pura dengan aku.. ni pula dia nak aku lupakan rasa sakit hati aku pada Ameerul senang-senang je..ingat senang macam tu je?” Rungut Syameera sendirian di taman permainan.

“Hai..apa yang awak rungutkan tu….” Syameera menoleh ke arah suara itu.

“Eh…Errr, Shafiq. Apa awak buat kat sini? Tak kerja ke? ”

“Saya jogging kat sini, hari ni cuti saya bagi sendiri. Hehehe. Awak ni buat apa sorang-sorang? Awak yang ada konvo pagi tadi kan?” Shafiq tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

“Ada tapi dah lama balik. Saja je dok sorang-sorang…” Shafiq diam. Dia duduk di sebelah Syameera sambil ayunkan kaki kebelakang dan hadapan. Tak tahu nak cakap apa. Mungkin macam ganjil bila nak bercakap setelah sekian lama berhubung hanya menggunakan email. Syameera juga diam. Dia malu sebenarnya.

“Jom lah ikut saya…” Shafiq bersuara tiba-tiba. Syameera terperanjat mendengar.

“Nak ikut pergi mana?”

“Pergi makan ais krim…nak tak?” Shafiq senyum sambil angkat-angkat kening.

"Nak…tapi ada perisa coklat tak?”

“Mestilah ada. Jom pergi kat kereta saya. Awak nak McD? Baskin Robbins?” Soal Shafiq sambil berjalan beriringan ke Nissan skyline Shafiq yang berwarna hitam. Syameera angkat bahu sambil tersenyum malu. Entah kenapa macam rasa bahagia tiba-tiba. Macam dapat ubat yang ajaib. Memulihkan setiap rasa sakit yang dirasa. Hilang macam itu sahaja setiap sakit yang ada.

Semenjak dari hari itu hubungan Syameera dan Shafiq mula bertambah erat. Mereka sentiasa keluar bersama. Habiskan hujung minggu bersama. Keluarga Syameera semua sudah berkenalan dengan Shafiq. Shafiq memang pandai mengambil hati Syameera dan tak lupa keluarga. Sudah hampir tujuh tahun mereka berkawan tapi mereka masih tidak mempunyai hubungan istimewa. Sudah berulang-ulang kali ibu-bapa mereka ingin menjodohkan mereka tapi Shafiq dan Syameera menolak. Shafiq memang sebenarnya mempunyai perasaan kepada Syameera tapi dia merasakan dia tidak patut melayan perasaan itu. Dia tahu yang Syameera masih menyintai bekas kekasihnya. Setiap kali shafiq bertanya tentang bekas kekasih Syameera, dia pasti mengelak dan terus mengubah topik. Sehingga sekarang Shafiq tidak tahu siapa bekas teman lelaki Syameera. 

Kadang-kadang Syameera ada terfikir untuk menerima Shafiq, tapi... entahlah.


bersambung

klik number untuk baca bab sebelum atau bab seterusnya.




1 Komen:

Anonymous said... [Reply]

I really like what you guys are up too. This type of clever work and exposure!
Keep up the terrific works guys I've added you guys to our blogroll.
Also see my web site: contractor Orlando