Wednesday, November 14, 2012

[MiniNovella] Cinta Dan Benci 12.



Satu langkah menghampiri penamat. One step closer.


Semenjak dari hari itu hubungan Syameera dan Shafiq. Mereka sentiasa keluar bersama, habiskan masa bersama, semuanya bersama, sentiasa ada bila salah seorang memerlukan. Shafiq memang pandai mengambil hati Syameera. Sudah hampir tujuh tahun mereka berkawan, dari lepas universiti sampai alam perkerjaan, masi lagi berkawan, tidak mempunyai hubungan istimewa. Sudah berulang-ulang kali ibu-bapa Syameera ingin menjodohkan mereka tapi Shafiq dan Syameera menolak. Syameera masih lagi bertegas lelaki dan perempuan boleh berkawan, pasti bila dah set kan hanya kawan, hubugan hanya kekal sebagai kawan. Shafiq memang sebenarnya mempunyai perasaan kepada Syameera tapi dia merasakan dia tidak patut melayan perasaan itu, dia tahu yang Syameera masih menyintai bekas kekasihnya atau mungkin juga serik dan pastinya Shafiq terikat dengan kata-kata Syameera itu sendiri. Setiap kali shafiq bertanya tentang bekas kekasih Syameera, dia pasti mengelak dan terus mengubah topik. 

Petang itu Shafiq dan Syameera pulang bersama di tempat kerja yang di miliki oleh bapa Nadia. Ya kebetulan yang paling teruk sekali, berkerja dengan papa Nadia. Kadang-kadang terpaksa tengok muka Nadia. Di maki di herdik atas kesalahan tak tentu pasal.

“Okey..jom Fiq kita pergi makan secret recipe.. dah lama Eera tak makan….” Kata Syameera sewaktu berjalan ke tempat kereta bawah tanah bersama Shafiq.

“Okey, baiklah tuanku. Patik pacai yang hina menjunjung perintah….” Shafiq tersenyum. Kereta yang di pandu oleh Shafiq meluncur laju di atas jalan raya. Tiba di persimpangan jalan raya, Shafiq cuba mengelak daripa melanggar seorang kanak-kanak melintas. Shafiq cuba membrekkan kereta tapi tak boleh. Brek tidak berfungsi dan Shafiq gagal mengawal kereta lalu. Dumm…. kereta itu melanggar sebuah lori trelar setelah berpusing ke arah lain. Lancer terus terperosok ke bawah lori.

“Fi..q…f..iq..” Panggil Syameera lemah tetapi matanya jelas kelihatan darah yang keluar melalui hidung Shafiq dan darah yang membasahi baju kemeja biru laut Shafiq. Syameera pengsan. Allah, kenapa mesti jadi macam ni.

**

“Bangun Meera..bangun.. jangan tinggalkan saya” Suara itu teresak-esak. Dia menggenggam tangan Syameera yang terlantar di katil hospital. Tubuh Syameera masih kaku. Dia koma. Sudah hampir dua bulan dia terlantar di situ. Memang itulah suara yang mampu dia dengar sewaktu koma. Suara itu sentiasa mahu dia bangun. Merayu-rayu meminta dia bangun sedangkan dia sudah putus harapan untuk meneruskan hidup.

Pagi itu, suara itu masih menemani Syameera berada di sisi Syameera. Tangannya menggenggam tangan Syameera erat. Tiba-tiba terasa tangan Syameera bergerak. Matanya terbuka sedikit demi sedikit. Suara peneman Syameera selama ini seakan menjerit kegembiraan melihat Syameera yang mula sedar…

“Meera! awak dah bangun...” Pandangan Syameera tertumpu kepada pemilik suara itu. Tetapi pandangannya kabur.

“Nurse!!” Syameera melihat pemilik itu berlari ke pintu sambil menjerit.

“Pesakit ni dah bangun..” Ucap suara itu lagi. Terdengar halus sahaja bunyi tapak kasut jururawat berlari kearah bilik Syameera. Pemilik suara itu memeriksa tubuh Syameera. Tidak lama dia keluar dan kembali semula selepas dua jam. Syameera terbaring lemah dan akhirnya tertidur.

 “Awak dah bangun….” Ucap suara itu apabila Syameera mula sedar dari tidur.

 “ Am…Awak ke Am? Mana Fiq?”

 “Hmmmm… Kejap lagi keluarga awak sampai.”Ameerul gagap.

 “Saya tak tanya tu. Saya tanya awak mana Fiq..Am! Mana Shafiq!” Tengking Syameera, dia tak suka Ameerul berlengah macam ni.

 “Fiq…hmm…abang dah meninggal dunia beberapa hari lepas..”Ameerul memasukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya.

“Tipu! Jangan nak mengarut Am. Panggil cepat Shafiq keluar tak payah bergurau! Jadahnya pulak sekarang dia abang awak! Panggil dia keluar!” Syameera mula menjerit-jerit.

"Sayang dengar sini. Abang dah meninggal dunia. Nah ambil surat ni. Arwah abang yang bagi. Dia memang abang kandung saya. Mungkin dia tak pernah cerita pada awak tentang adik dia yang dia benci ni. Adik dia yang dah ambil orang yang dia sayang. Adik dia yang dah buat orang dia sayang merana. Adik yang dia benci selepas dia serahkan awak pada saya, saya tak mampu nak menjaganya. Buktinya kami adik beradik saya Ameerul Fazherul dan dia Shafiq Fazherul!” Ameerul mengeluarkan tangannya dan menghulurkan surat itu kepada Syameera yang di berikan oleh Shafiq sehari sebelum kematiannya di hospital itu. Syameera mencapai surat itu dan terus membuka sampulnya.


Assalamualaikum buat Syameera yang di sayangi..


Ketika Syameera membaca surat ini Fiq dah ada jauh daripada hidup Syameera. Fiq mahu memohon maaf kepada Syameera sepanjang perkenalan kita. Syameeralah insan yang telah memberikan kekuatan Fiq untuk hidup lebih lama. Fiq dah lama menghidapi kanser paru-paru. Fiq kan selalu merokok. Fiq selalu berhentikan niat hendak hisap rokok bila tahu Syameera akan mengamuk macam singa lepas tu. Comel Syameera bila marah. 

Syameera di warkah akhir Fiq ini.. Fiq ingin memberitahu perkara sebenar kepada Syameera. Meera sebenarnya Fiq telah lama jatuh hati pada Syameera. Fiq sangat mencintai Syameera tapi Fiq telah abaikan perasaan itu.. Fiq hanya boleh menganggap Syameera sebagai adik Fiq. Syameera pun tak akan terima Fiq bukan? 

Fiq tahu Meera masih sayang Ameerul kan… Fiq sebenarnya dah lama tahu Meera bercinta dengan Ameerul. Dulu Fiq dah bagi tahu Fiq sayang Meera kan masa kita kawan sebelum excident karen dengan Kasmeera lagi tapi Meera tolak sebab Meera tak nak bercinta dan Fiq tak jadi nak paksa Meera tahu perasaan Fiq bila Fiq tahu hidup ni tak lama. 

Bila Fiq tahu Meera dengan Ameerul, Fiq senang. Sekurang-kurangnya darah daging Fiq yang ada dengan Meera. Fiq sendiri amanahkan Ameerul untuk jaga Meera tapi dia gagal tepati janji. Kecewanya Fiq bila dia tinggalkan Meera. Tapi masih sayang Syameera sehingga kini.. 

Syameera terimalah dia kembali. Itu pinta Fiq tak mengapa kalau meera menerima Ameerul…Itu amat bahagia buat Fiq. Tolonglah Meera.. Memang sesungguhnya Syameera tak bisa Fiq miliki tapi cukuplah kenangan yang kita lalui bersama yang amat bermakna buat Fiq/ Fiq mohon pada Meera. Maafkan Fiq dan relakan pemergian Fiq. doakan Fiq di tempatkan di sebaik-baik tempat yang ditempatkan oleh Allah…


 Salam sayang…
 Shafiq Fazherul


Tubir mata Syameera mula berat. Air mata jernih turun perlahan-lahan. Dia sia-siakan orang yang betul menyayangi dia. Dia menjadi amanah cinta sahaja. Kenapa dia tak cuba terima Shafiq dulu dan dapat kecapi bahagia walau untuk sementara? Syameera cuba bangun dari katilnya. Dia mencabut jarum yang berada di tangannya. Syameera menjerit seketika apabila dirasa sakit pada lengannya saat jarum itu cuba ditarik keluar dengan kasar.

“Meera nak pergi mana?”

“Saya nak ikut Fiq.. sampai hati dia tinggalkan saya.. kenapa semua orang yang saya sayang perlu mati… kenapa Am! Saya baru nak terima dia waktu tu. Saya baru nak cakap saya nak belajar mencintai dia. Saya baru nak belajar menyayangi dia dan terima dia masuk dalam hidup saya!” Syameera menangis teresak-esak. Dia turun dari katil tetapi dia merasakan sebelah kakinya tidak dapat di gerakkan . Dia segera menarik selimut yang menutup kakinya. Dia memandang kakinya yang berbalut..

“Am.. kenapa dengan kaki saya?”

“Kaki awak patah….”

“Kenapa perlu dia patah saat saya cuba mengejar Fiq….” Syameera menangis teresak-esak. Dia tetap cuba turun. Ameerul cuba menghalang tetapi Syameera menolak Ameerul ke dinding. Syameera turun dari katil juga namun akhirnya dia jatuh terjelepuk. Ameerul berlari ke arahnya dan terus cuba mengangkat Syameera. Syameera membatukan diri. Ameerul meletakkan Syameera kembali ke atas lantai. Dia tahu Syameera berdegil. Dia tahu Syameera tetap dengan keputusannya untuk pergi mencari Shafiq. Ameerul berlari ke muka pintu..

“Nurse!! Tolong ambilkan saya kerusi roda….” Jururawat tiba membawa sebuah kerusi roda.
            
“Doktor! Ini..” 

“Thanks…awak boleh keluar..” Jururawat itu berlalu keluar dari wad itu.Ameerul pergi ke arah Syameera… dia mengangkat Syameera untuk di letakkan di atas kerusi roda. Ketika itu baru syameera sedar yang lelaki itu semakin kurus. Mukanya cengkung dan dirinya juga kelihatan tidak terurus. Ameerul menolak kerusi roda itu keluar dari banggunan hospital. Dia membawa Syameera ke tapak perkuburan yang  berdekatan dengan hospital itu. Syameera berada di sebelah kubur Shafiq. Tanahnya masih merah. Air matanya menitis. Ameerul pergi dari situ meninggalkan Syameera sendirian. Dia tahu Syameera mahu bersendiri.

“Fiq… kenapa awak tinggalkan saya…kenapa awak nak saya bersama Am lagi… saya nak bersama awak. Saya nak hidup dengan awak. Saya tak nak Am. Kenapa awak minta benda yang macam ni. Kenapa minta benda yang mustahil.” Syameera menangis teresak-esak.


**


Pagi itu Syameera di benarkan pulang ke rumah. Ameerul berhasrat ingin menghantar Syameera pulang tetapi sewaktu dia tiba di wad Syameera sudah tiada di atas katilnya. Barang-barangnya juga sudah tiada. Ameerul hanya mampu mengeluh. Tiada ruang agaknya lagi bagi dia dalam hati Syameera. Dia yang bodoh dulu untuk pilih tinggalkan Syameera. Mungkiri janji setelah diambil Syameera masuk dalam hidup dia.

Dia masih ingat lagi setiap kali dia cuba membangkitkan soal hubungan mereka berdua semalam, Syameera cuba mengelak. Syamera juga tak pernah bercakap dengan Ameerul. Hanya angguk dan geleng sahaja. Ameerul pergi ke kaunter dan terus meminta Jururawat yang berada di situ memberikan alamat rumah Syameera. 


bersambung

klik number untuk baca bab sebelum atau bab seterusnya


0 Komen: