Thursday, November 15, 2012

[MiniNovella] Cinta Dan Benci 13. - Akhir -



 Apabila aku bersama kamu..
Tiada lagi juraian air mata..
Tiada lagi rasa kecewa..
Jelas kerana aku mencintai kamu...


“Aku tahu kau takkan pernah aku miliki walau sejauh mana aku mencuba untuk memiliki kau. Aku pasrah dengan keadaan ini. Mungkin tiada jodoh. Fiq, patutnya saya ikhlaskan perasaan saya bukan. Saya tak patut kata saya sayang awak tapi hakikat saya tak boleh lupa Ameerul. Tapi saya mustahil nak ada dengan dia balik dengan keadaan macam ni. Saya kan perempuan jahat.” Ucap Syameera Zulaikha setelah menutup diari yang sentiasa menjadi peneman perjalanan perit jerih hidupnya. Matanya dipejamkan.air mata jernih mengalir di pipinya yang gebu. Hatinya berperang dengan perasaan yang dia cuba lupakan. Dia cuba melupakan lelaki yang pernah dia dambakan dahulu. Tapi semakin dia cuba menghilangkan senyuman, renungan dan kenangan bersama lelaki itu, terasa lelaki itu semakin hampir dengannya.. mengapa? Berulang-ulang kali dia bertanya pada hati tapi tiada jawapnya.

“Awak rasa macam tu ke? Saya rasa awak dah salah. Kenapa awak dah mudah putus asa? Mana Syameera saya yang dulu? Saya masih sayang awak. Saya masih perlu awak. Saya minta maaf sebab buat hidup awak macam ni.” Ucap suara itu dengan penuh kekesalan. Kepalanya digaru walaupun tidak terasa gatal.

Syameera terkedu. Dia memasang langkah untuk pergi dari situ. Dia sudah tidak sanggup lagi melihat wajah lelaki itu. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Lengannya digenggam erat. Tanpa dipaksa air matanya menitis lagi. Entah kenapa hari itu air matanya begitu pemurah untuk keluar dari tubir matanya. Memang dirinya sudah mudah mengenal erti putus asa. Kini dia bukan lagi Syameera yang dulu.

“Perlu ke saya dengar perkara yang dah pasti?” Ucap Syameera lemah. Dia menatap wajah lelaki itu dengan pandangan redup. Lelaki itu menunduk. Syameera melepaskan gengaman lelaki itu dan meneruskan langkahnya.

“Meera tunggu dulu…..”

“Apa yang saya perlu tunggu lagi. Saya tahu saya tak boleh miliki awak. Saya tak akan pilih awak lagi.”

“Tapi awak tahukan saya cintakan awak?”

“Saya tahu tapi… saya tak boleh… saya tak akan Am.”

“Kenapa? Tapi awakkan mencintai saya juga. Awak sendiri akuinya tadi!” Ameerul merenung tepat dalam mata Syameera.

“Memang.. tapi…awak tahu tak sejauh mana cinta ini membunuh diri saya? Saya tak nak dengar apa-apa lagi dari awak! Tak cukup apa yang awak dah buat pada saya. Tak cukup ke awak siksa dan fitnah saya. Siapa yang ada bila saya susah? Awak? Tak awak tak ada. Awak hanya membabi buta percaya apa orang kata,”

“Tapi tu tujuh tahun dulu…”

“Memang tujuh tahun dahulu..awak ingat senang saya nak ubati luka di hati ini! Awak ingat saya ni tanah liat? Boleh dibetulkan balik keadannya walau dah serosak mana dibuat arca? Anak patung? yang boleh dibuang bila tak perlu, dikutip bila rasa mahu? Fazlina mana? Nadia mana? Dah bosan baru cari saya? ”

“Saya minta maaf..dengar dulu penjelasan saya…”

“Maaf awak tu dah tak bagi apa makna.. Kenapa saya perlu mendengar penjelasan awak sedangkan dulu awak tak pernah dengar penjelasan saya.. Awak tak pernah beri peluang nak menjelaskannya pada awak. Apa hak awak sekarang? Awak ikutlah Nadia.. Ikutlah Fazlina!!!” Tengking Syameera. Ameerul menundukkan kepalanya.

“Saya..saya…” Ameerul gugup.

“Dah!! Cukup.. pergi dari sini…” Syameera menundingkan jari ke arah pintu pagar yang berdekatan dengan taman rumah Syameera…dia bergerak ke dalam rumah..sebelum dia masuk ke dalam… Ameerul menjerit…

“Nadia dah mati! Fazlina dah tinggalkan saya..dia bolot harta saya…and Nadia  mati sebab dilanggar lari oleh musuh ketat syarikat ayahnya sebulan yang lalu… dia dah mengaku dia yang menyebabkan Fiq mati…dia yang buat Karen dan Kasmeera mati…dia yang buat kita gaduh…” Langkah Syameera terhenti. Dia pergi ke arah Ameerul semula. Dia meminta Ameerul menerangkan apa yang terjadi kepada Nadia.



“Am.. jumpa I di Kafe di sebelah hospital you kerja..important..please.. I nak cerita perkara sebenar pada you” Ucap Nadia di corong telefon bimbit Ameerul. Ameerul terus bergerak ke kafe itu. Dia melihat kelainan pada diri Nadia. Nadia sudah berubah. Dia sudah memakai tudung dan telah mula memakai baju kurung. Dia kelihatan sangat berbeza… Apa yang terjadi?

“Assalamualaikum..”ucap Ameerul…

“Waalaikumsalam…Am..sorry I panggil you datang sini sekarang..”

“Tak  pe…hmmm.. apa you nak panggil I datang tiba-tiba ni?”

“Am.. firstly.. I nak minta maaf banyak-banyak pada you. I dah buat banyak kesalahan pada you and Syameera!”

“Apa yang you cakap ni? I tak faham?”

“Am… I yang buat you and Syameera gaduh… I yang tolak Karen, Kasmeera and Syameera supaya kemalangan dulu.. I yang buat Karen and Kasmeera mati… and I juga yang potong brek kereta Shafiq…I bunuh Fiq..”

“What? How could you… you ni manusia ke apa? Tak berhati perut! Dia abang I, Dia yang you rosakkan hidupnya tu orang yang I sayang!” Ameerul menjerit. Semua mata tertumpu ke arah mereka berdua.

“I know.. I  yang salah.. I yang berdosa…”

“Buat apa you cakap sekarang..bukannya diorang semua tu boleh hidup balik? You fikir you minta maaf cukup untuk kembalikan semuanya pada asal?”

“I tahu!!”

“Habis sekarang ni you pakai tudung saja nak tunjuk baik dengan I ???”

“Tak.. I betul-betul dah insaf.. lately.. I selalu nampak bayangan Karen..Kasmeera and Shafiq…I tau I berdosa!”

“Baru sekarang you tahu dosa? Kenapa dulu you tak pernah fikir…Shafiq yang tak pernah ada kena mengena dengan you pun you sanggup you bunuh!”

“I cemburu tengok kemesraan Syameera and Shafiq.. Syameera dapat semua yang I mahu.. “

“I mampu maafkan you tapi Syameera dan orang yang dah mati tu I tak tahu they all boleh maafkan  you.. I satu lagi.. lepas ni I tak nak jumpa you!!” Ameerul berlalu keluar dari restoran itu. Nadia pasrah. Dia ke tempat letak kereta yang  berada di seberang jalan. Dia melintas… tiba-tiba…Dum!!! Langkah Ameerul terhenti. Dia segera berpaling. Dia melihat tubuh Nadia terbaring dengan darah mengalir dari kepalanya. Kereta yang melanggar Nadia terus berlalu. Ameerul berlari ke arah Nadia.

“Nad!! Biar I hantar you ke hospital..dekat je…” Ameerul meletakkan kepala Nadia di atas pangkunya. Semua orang yang berada di situ mengerumuni mereka.

“Tak..pay..payah ..da..dah me..mem..mang I di..ditak..takdir kan untuk mat..mati…Am.. I min..minta ma..maaf..to..tolong sss..sampai..paikan ..maaf I pa..pada.. Syameera…” Nadia terbatuk. Darah merah pekat tersembur ke wajah Ameerul.

“Mengucap Nad….”  Sebelum sempat Nadia mengucap dua kalimah Syahadah. Dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Ameerul menangkat Nadia dan terus berlari ke hospital. Beberapa hari selepas itu pemilik kereta yang melanggar Nadia di tangkap… dia telah di upah oleh Tan Sri Mustafa kerana tidak berpuas hati dengan bapa Nadia, Datuk Kamarul yang mendapat tender bernilai berjuta-juta ringgit, tidak mahu bergabung dengan syarikatnya dan Nadia menolak lamarannya untuk menjadi isterinya yang ke dua. Tan Sri Mustafa telah di tangkap selepas itu kerana membunuh dan menerima rasuah.



Syameera menunduk. Ameerul berlalu pergi seperti yang diminta oleh Syameera. Syameera memandang Ameerul berlalu pergi. Dia sedar dia terlalu ego. Syameera melihat Ameerul melintas. Ameerul melintas tanpa menoleh kenderaan yang lalu lalang. Syameera berlari keluar dia menjerit nama Ameerul cuba untuk menghalang….tiba-tiba….kehilangan lagi dan lagi.

***

Suasana di rumah Puan Aileen gamat dengan gelak tawa. Semuanya sibuk menjalankan tugas masing-masing. Ada yang sibuk di dapur memasak rendang, ada yang sedang menggantung langsir ada juga yang sengaja buat tidak tahu.

“Meriahnya raya kali ini, semua ada... “ Kata Puan Aileen setelah melabuhkan punggung di sebelah anak kesayangannya, Syameera.

“Mestilah mama, tak lama lagi keluar cucu mama ni lagi meriah. Ada nanti mama pula yang tak menang tangan nak melayan..” Syameera melentokkan kepalanya ke atas peha mamanya. Puan Aileen mengelus-elus rambut anaknya itu.

“Mama perut Eera sakit...arghh! Sakit... mama perut Eera, macam dah sampai masa hendak bersalin agaknya ni! Argh!” Syameera memegang perutnya yang memboyot itu. Mukanya merah menahan sakit yang teramat.

“Hah! Biar betul kamu ni Eera? Bukan minggu depan ke? Kejap mama panggil laki kamu!” Puan Aileen sudah mula tegopoh–gapah. Dilaungnya nama suami Syameera berulang kali bagai hendak runtuh rumah kediamannya itu.

“Kenapa ni mama? Eera dah nak bersalin ke? Ya Allah!” Suami Syameera berlari naik ke atas mendapatakan pakaian dan kunci kereta Hyundai Grand Starex-nya. Izz dan Akmal  berlari ke ruang tamu melihat apa yang sedang berlaku.

“Abang!!!” Isteri Izz dan Akmal menjerit serentak. Izz dan Akmal saling berpandangan. Kedua-duanya berlari ke ruangan dapur untuk melihat apa yang sedang berlaku.

“ Abang, saya rasa dah nak bersalin dah ni.. aduh!!” ucap isteri Izz sewaktu dia menghampiri isterinya yang sedang menahan sakit.

“Ha’ah..abang saya pun rasa macam tu..cepat bang...arghh!” Isteri Akmal yang duduk diatas lantai beralaskan tikar mengkuang cuba menggapai tangan suaminya.

“Kejap abang ambil kain baju!” serentak kedua-dua lelaki itu bersuara. Tetapi mereka berdua dihalang oleh isteri masing-masing. Katanya nanti lain waktu boleh diambil yang penting sekarang mereka sudah berasa sakit yang teramat. Dengan berhati-hati dan penuh kasih sayang mereka berdua memapah isteri yang sarat mengandung mereka keluar dari dapur. Semua api yang digunakan untuk memasak tadi telah dipastikan ditutup kemas.

“Mama tunggu! Ni dia orang pun nak ikut sekali! Rasa dah nak bersalin kot” Jerit Izz. Puan Aileen ternganga. Dia memanggil suami Syameera untuk mendekatinya.

“Mari tolong bini dia orangpun nak ikut beranak sekali nampaknya!”arah Puan Aileen sambil cuba membantu Akmal.

“Biar betik? Semua nak beranak sekali!” Jerit suami Syameera. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Lupa akan isterinya yang sedang menahan sakit di dalam kereta.

“Banyaklah kamu punya betik! Cepatlah tolong mama ni!” marah Puan Aileen. Suami Syameera tersenyum kambing dan datang menghampiri untuk membantu Ezamirul. Setelah semua bakal-bakal ibu, bapa dan nenek itu masuk ke dalam perut kereta. Semuanya tiba-tiba terdiam. Seolah-olah ada sesuatu yang kurang. Mereka semua saling berpandangan. Hendak kata Encik Idris tidak menaiki kereta sekali, memanglah. Encik Idris pergi ke masjid untuk menunaikan solat terawih jadi buat apa ditunggu.  Akmal mengerutkan dahi memandang suami Syameera yang berada disebelah kirinya. Dia mula berdehem kuat memberi isyarat kepada suami Syameera itu.

“Apa?” soalnya lurus. Kepalanya teralih ke semua orang yang berada di dalam kereta MPV mewah itu.
“kalau kau duduk belakang ni sekali siapa yang nak bawa kereta besar gajah kau ni sengal!” Akmal menepuk bahu suami Syameera kuat. Geram tidak terhingga.

“Ye ke? Bukan mama nak try bawak ke!” dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Banyak cantik muka kamu, cepatlah pandu kereta ni! Tiga orang tu nak beranak bukan nak pergi berkelah! Nanti ada yang jadi bidan dalam kereta pulak!” tempelak orang tua itu. Darah tinggi macam ini jadinya. Suami Syameera keluar dari tengah perut kereta MPV itu sambil tersenyum-senyum bagai kerang busuk. Dia kemudiannya menempatkan diri di tempat memandu.

“Apa yang kamu tunggu lagi cepatlah bawa keluar kereta!”  Arah Puan Aillen sambil menampar lengan suami Syameera itu.

“Belum keluar lagi ke? Bukan dah keluar ke?” Dia tertawa lalu mengeluarkan keretanya dari garaj kereta. Puan Aileen mengecilkan anak matanya. Terasa hendak menjadi ‘hulk’, selepas itu mahu tunjal-tunjal kepala menantunya itu sampai senget.

‘Kenapalah menantu aku ni sengal perangainya. Anak alien manalah si Syameera kahwin ni. Masa aku setuju dulu tak adalah budak bertuah tu macam ni. Saat-saat genting boleh pula dia buat lawak bodoh!’ rungut Puan Aileen dalam hati.

“Aduh..perut saya dah rasa sakit ni abang… baby dah nak keluar ni…” Syameera menahan perutnya. Suaminya cemas. Dia terus membawa isterinya itu ke dalam kereta.  Dia membawa kereta yang di pandu itu secepat yang mungkin..dia menggenggam tangan isterinya.

“Sabar ye sayang.. dah nak sampai ni….” Setelah sampai Syamera secepat mungkin di bawa ke bilik bersalin. Suami Syameera mula risau. Dia bergerak ke hulu dan ke hilir. Keluarga Syameera juga menunggu bersama suami Syameera itu. Suaminya tak senang duduk. Dah la beranak berjemaah. Setelah beberapa jam di dalam bilik bersalin.. doktor keluar dengan wajah yang muram. Suaminya kaget. 

“Macam mana bro? Macam mana isteri aku?”

“Hmmm….” Doktor itu segera menggeleng.

“Hah?” Suami Syameera jatuh terduduk.

“Hmmm….relaks lah…. Kau jadi ayah lah… dapat baby boy…..”

“Hah..kau ni Ameerul…buat aku takut je… baby boy eh?” Muka suami Syameera berseri-seri. Ameerul senyum. Tahniah Syameera.

“Tapi….”

“Tapi apa pulak?” Wajah Suami Syameera berubah kembali.

“Tapi ada sorang lagi.. perempuan.. twin la..”

“Hah..ye ke? Alhamdulillah…." Keluarga Syameera yang berada disekeliling turut bergembira. Selepas keluar dari bilik bersalin Syameera di tempatkan di wad ibu dan anak. Yang Izz dan Akmal semuanya sibuk dengan isteri masing-masing. Puan Aileen bergilir-gilir melawat anak dan menantunya.

“Sayang.. ni baby kita…”

“Baby…?”

“Ye..baby…twin lagi..macam muka abang lah yang lelaki ni…”

“Hah?” Syameera memandang pelik.

“Dah la tu.. biarkan di dulu lah.. dia still tak sedar lagi tu….” Ucap Ikhwan.

“Haah..dah la tu. Pergilah azankan budak-budak tu.” Ucap Puan Aileen.
           
"apa ni…apa dah jadi? Aku ada baby…twin? Bila masa aku beranak? Bila masa aku kawin dengan dia. Bukan perkara terakhir?" Gumam Syameera. Syameera pengsan semula.

“Dah lah tu...jangan kacau Meera tu...dia still mamai-mamai lagi......” Kata Puan Aileen



Ameerul!!... watch out..kereta tu..” Jerit Syameera. Sreettttt… Kereta itu membrek. Ameerul rebah. Syameera berlari ke arah Ameerul.. kepala Ameerul di pangkukan.

“Am…Am…bangun…jangan macam ni… Meera sayangkan Am…”Syameera menggoncangkan tubuh Ameerul. Ameerul kaku.Syameera menangis.

"Hai…nangis ke?? Sayang juga awak kat saya ye? Kalau macam tu awak mesti sudi jadi isteri saya kan?” kata Ameerul setelah membuka mata. Dia tertawa.

“Am!!” Syameera memukul dada Ameerul lalu bangun dan meninggalkan Ameerul di tengah jalan.

“Meera tunggu lah…”Ameerul mencapai tangan Syameera.

“Tak nak..lepaskan saya…”

“Meera pandang la saya…” Syameera pusing ke belakang dan memandang Ameerul…

“Meera sudi tak awak jadi penyeri hidup saya semula…jadi pasangan hidup saya..” Ameerul melutut sambil menghulurkan cincin kepada Syameera.

“Mmm”Syameera memandang cincin itu.

“Mmm tu tanda sudikan lah….”Ameerul menyarungkan cincin itu ke jari manis Syameera. Syameera menangis. Dia tanggalkan semula cincin dijarinya. Dia pandang Ameerul dalam-dalam.

"Am, saya minta maaf. Saya tak akan terima awak. Saya tak boleh tunaikan permintaan Fiq. Saya dah tak akan cintakan awak walau saya kata saya sayang awak. Saya sayang awak, sebagai kawan saya. Maaf Am hubungan kita tak boleh lebih lagi. Saya dah penat. Tujuh tahun cukup untuk saya lupakan awak perlahan-lahan. Buang awak dari hidup saya. Saya dah pilih untuk berhenti tunggu awak juga mencintai awak. Esok saya nak bertunang dengan pilihan mama. Bulan depan jemputlah datang ke majlis perkahwinan saya. Maafkan saya sahabat. Cinta dan benci saya ada pada awak. Cinta dah tiada, bertukar pada rasa sayang saya pada kawan. Benci ini? Saya cuba padamkan dan terima awak sebagai kawan saya." Syameera terus berlalu masuk ke dalam rumah. Ameerul terpaku.



“Ehemmm….sayang jaga baby ke..termenung….?”

“Eh…abang..bila abang balik….”

"Dah dekat sejam abang terpacak kat pintu ni…tapi sayang tak perasan pun….”

“Eh..maaflah…”

“Sayang fikirkan apa tadi….”

“Tak ada apa-apa lah….”

"Ye ke?”

“Ye…..dah lah..abang pergilah mandi…bau masam lah….” Syameera menutup hidung.

“Elleh… bau masam ni lah awak peluk-peluk. Awak sayang-sayang. Awak nak ikut pergi mana-mana..” Ikhwan ketawa mengusik.

“Hmmm….dah pergi mandi..makanan dah siap kat dapur..nanti makan sama-sama…” Muka Syameera merona kemerahan. Dari awal kahwin sampai sekarang Ikhwan selalu berjaya buat Syameera malu-malu. Karen pun selalu aje terasa walau dah tiga tahun jadi isteri dia.

“Okey….” Ikhwan berlalu pergi menuju ke bilik mandi.

“Carmeela….Farish…jangan beri tahu abah tau apa mama cerita tadi… Mama tak kahwin dengan first love mama, mama kahwin dengan lelaki pilihan nenek. Kawan baik Acik Izz.” Syameera mencubit lembut kedua-dua pipi anaknya. Kedua-dua bayinya itu tersenyum.tidak berapa lama kemudian…

“Sayang..abang dah siap…jom makan…”

“Okey..” Mereka berdua bergerak beriringan ke dapur. Carmeela Tarisha dan Farish Fazhee di biarkan di kamar. Mereka berdua telah tidur lena.

“Sedapnya sayang masak…hmm.. Sayang tadi kawan sayang yang nama Muz tu telefon abang tadi. Dia kririm salam. Dia and Falisha ada kat Seoul, Korea sekarang. Anak pun dah ada tiga orang… Lagi satu Ameerul kirim salam, bertembung tadi dekat ATM masa ambil duit.” Kata Ikhwan setelah selesai makan.

“Waalaikumsalam……” Syameera tersenyum. Dia amat bahagia dengan keluarga yang di milikinya. Dia mempunyai suami yang baik, Ikhwan Faiz, anak kembar yang comel, Carmeela Tarisha dan Farish Fazhee. Mereka berempat tinggal di rumah yang di beli oleh Ikhwan sebagai hadiah perkahwinan mereka. 

Syameera amat bahagia walaupun dia tak pernah bercinta atau kenal dengan Ikhwan dulu. Ikhwan sememangnya yang ditakdirkan untuk dia. Bukan Ameerul mahupun Shafiq. Ikhwan buat dia bahagia. Cinta dia hanya buat Ikhwan, lelaki yang tak pernah muncul dalam hidup dia sebelum ini dan akhirnya dia pilih untuk menjadi suami. Takdir Allah. Biarpun kita harapkan orang tu, sayangkan orang tu, bercinta lama manapun, kalau Allah kata jodoh kita bukan dengan dia, maka bukanlah. Allah tahu yang sebaiknya untuk kita.

"Abang, Eera sayang abang." Syameera senyum. Ikhwan merona kemerahan pipinya. Syameera ketawa.



-TAMAT-

Biarpun kita harapkan orang tu, sayangkan orang tu, bercinta lama manapun, kalau Allah kata jodoh kita bukan dengan dia, maka bukanlah. Allah tahu yang sebaiknya untuk kita. Doa yang terbaik sahaja. InsyaAllah kalau jodoh ada, dan kita ditakdirkan bersama, Alhamdulillah. Mudah-mudahan jodoh kita tetap bersama. Amin.




4 Komen:

Tia Fatiah said... [Reply]

yeayy happy ending.. hehehe.. =)

norihan mohd yusof said... [Reply]

hmmm...best ending yg memuas kn hati...bahgia pasti ade andai kite hargai ape yg ditetap kn ilahi...

Ruunna Qizbal said... [Reply]

best gila gila... good job

apaygkutaw said... [Reply]

sangat2 best.... x sangka betui best giler