Sunday, November 04, 2012

[MiniNovella] Cinta dan Benci 2.



cuba-cuba bertanam mumbang,
moga-moga tumbuh kelapa;
cuba-cuba bertanam sayang,
moga-moga menjadi cinta.


“Meera, kau ada skandal dengan Am ke? Aku tengok baru sehari dua kenal dah asyik sama-sama macam belangkas…” Falisha cuba menduga dan keningnya mula terangkat-angkat. Bibir Falisha tersenyum penuh makna tersurat dan tersirat. Kalau hendak ditafsirkan mengikut soalan karangan Bahasa Melayu bahagian rumusan, memang susah hendak dapat markah penuh! Sukar betul ditafsir makna tersurat dan tersiratnya.

Mulut Syameera bertukar bentuk bulat setelah mendengar soalan Falisha itu. Kasmeera dan Karen a.k.a minah karen yang sedang mengemaskan pakaian segera berpaling untuk mendengar jawapan dari Syameera sambil tersenyum lebar. Mungkin rakannya dah ‘maju’. Berita tergempar diabad ini, Syameera tidak pernah mempunyai teman lelaki dah pandai nak berskandal pulak. Mungkin Ameerul menjadi orang yang pertama bertakhta di hati kawan baiknya itu. Mungkin.

“Mana ada, aku dengan dia kawan saja. takkanlah korang tak faham kan aku dengan dia saja melayu dalam kumpulan itu, jadi kitorang cubalah berkerjasama. Tidak  mungkinlah aku ada skandal dengan budak animation programming tu” Pipi Syameera sudah mula merona kemerahan.

“Kalau kawan takkanlah rapat semacam” Sampuk Kasmeera sambil mengenyit mata. Keningnya terangkat-angkat lagi.

“Kau kena jaga-jaga sikit kalau kawan dengan Am tu, dia tu ramai peminat juga pemenat aku takut nanti kau kena serang dengan budak-budak tu nanti. Kau tahu kan dekat facebook ada fan pages Ameerul Fazheerul Fans Club.” Minah Karen cuba menasihati Syameera.

“Okey, kau orang tak payahlah risau. Tidak apa-apa terjadi antara kami. okey? Tak akan ada sekelumit perasaan langsung.” Syameera mengangkat ibu jari kanannya dan mata kanannya dikenyitkan.

“Ye lah!” kata Karen, Kasmeera dan Falisha serentak sambil tertawa dan memicit hidung Syameera.

“Aduh! Wei aku tak boleh nak bernafaslah macam ni!” Syameera menepis tangan kawan-kawannya. Dia sudah tercungap-cungap. Sahabat-sahabatnya itu sudah tertawa bagai nak pecah perut segera di lepaskan picitan itu. Ada ke dia buat picitan hidung beramai-ramai. Boleh arwah aku tak bernafas.

“Dah jom tidur, esok nanti mengantuk pula, dah lah esok banyak aktiviti lasak” Ucap Syameera serius. Syameera terus baring ke lantai khemah dan menyarung badannya dengan selimut sampai menutup kepalanya.

“Sejak bila kawan kita ni berkobar-kobar nak buat aktiviti ni. Setahu aku dialah yang paling liat nak ikut pergi sini hari tu! Ni mesti sebab Am kan? Dah kantoi..” ucap Falisha sambil ketawa kuat.

“Mana ada!” Syameera mengalihkan selimut daripada kepalanya. Dia duduk dan terus mencubit peha kiri Falisha. Falisha sudah mula mengaduh dan akhirnya mereka semua tertawa. 

“Shhhh! Senyaplah orang nak tidur. Memekak aje!” suara lantang kedengaran daripada khemah sebelah. Segera mereka semua menekup mulut masing-masing menahan ketawa. Tapi masih lagi kedengaran hilaian halus tawa mereka.

“Hoi! Tak reti bahasa ke, Aku nak tidurlah, senyap!” Sekali lagi jiran sebelah menjerit nampaknya marah benar. 

Mereka segera merebahkan badan dilantai khemah dan cuba melelapkan mata. Takut nanti mereka akan menganggu masa orang lain untuk tidur lagi. Masing-masing bagai cuba tidur-tidur ayam. Berjam-jam berlalu, Syameera telah lena melayan mimpi-mimpi manisnya begitu juga dengan Kasmeera dan Karen. 

Namun, Falisha gagal melelapkan mata, dia bangun. Matanya melilau memandang semua rakannya telah tidur. Pandangan Falisha tertancap ke arah Syameera. Dia masih risau dengan persahabatan yang baru terjalin antara Syameera dengan Ameerul. Siapa yang tidak kenal model kacak tu. Semua wanita-wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk bersama dengannya. Ditambah-tambah lagi kekasih baru  Ameerul iaitu Nadia, minah hipster yang tidak pernah sekufu dengan Syameera. 

‘Nasib baiklah si Nadia tu tak ikut camping kali ini.. kalau tak nanti ada yang jadi daging salai nanti’ getus hati Falisha. Risau hatinya apabila melihat di mata Syameera yang menyatakan Syameera mula terpaut pada Ameerul.Dia berdoa di dalam hati agar kawannya itu di jauhkan daripada perbuatan khianat yang akan di terima jika dia terlalu rapat dengan Ameerul.

Syameera dan Ameerul menjadi perhatian lebih ramai orang setelah melihat kemesraan mereka berdua sewaktu perkhemahan itu. Mungkin mereka hairan dan mungkin juga cemburu. Mana tidaknya, Syameera asyik duduk bersama, jalan beriringan dan tertawa bersama dengan seorang model lelaki yang terkenal pada abad ini. Di seantero Malaya ini dialah yang paling diutamakan untuk menjadi model. 

Apabila menjalankan tugas mereka berdua bersama-sama berbincang. Bila Syameera tidak memahami sesuatu perkara Ameerul sentiasa membantunya.  Begitu juga sebaliknya. Memang seperti pasangan kekasih. Syameera seolah-olah lupa bahawa Ameerul itu kekasih Nadia. Mungkin dia juga tidak sedar suatu bala akan menimpa jika Nadia mendapat tahu hubungan baik antara Syameera dan Ameerul daripada mulut-mulut peserta perkhemahan ini. Parah!

Petang itu selepas mandi, Syameera begitu asyik menceritakan betapa pandai dan prihatinnya Ameerul. Karen dapat merasakan bahawa hati kawannya ini pasti sudah dicuri oleh Ameerul. Tapi sebelum perasaan itu bertambah rancak bungaannya baik dia menasihatkan Syameera supaya melupakan rasa yang terbit di hatinya itu. 

“Kau tahu Am tu baik sangat, kelakar.. dia tu kau tahu pernah ditawarkan jadi pelakon! Tapi dia tolak.. Dia tu rupanya pan-asian..itu yang muka dia macam mat salleh..rupa orang Korea pun ada!” Syameera bersungguh-sungguh bercerita. Minah karen merenung matanya sambil mengeluh kuat.

“Apa?”soal Syameera. Lurus.

“Meera kau ni asyik-asyik Am, asyik-asyik Am, naik bernanah telinga aku dengar nama tu. Meera aku rasa kau dah jatuh hati kat mamat tu lah. Baik kau lupakan perasaan kau tu banyak risiko yang kau perlu tanggung nanti ” Karen mengenggam pergelangan tangan Syameera. Erat dan penuh pengharapan.

“Karen, aku tak ada perasaan apa-apa pun pada dia. Cuma aku rasa kagum dengan Am tu. Ye lah kau tahukan sebelum ini aku sangka yang Am tu serius, sombong, berlagak bagus dan tak suka cakap dengan orang yang tidak setaraf dengan dia.” Syameera melepaskan genggaman Karen perlahan.

“Suka hati kau lah tapi yang pasti aku dah bagi amaran! Apa-apa jadi jangan salahkan aku tau!” Minah karen malas hendak memaksa Syameera lagi. Dia dah mula naik angin. Siapa yang tidak kenal dengan Syameera yang degil.

“Baik bos!” Syameera tertawa sambil membuat tabik hormat. Kata-kata Karen itu ibarat mencurah air ke daun keladi (peh gila skema ayat). Syameera tidak terasa yang dia sudah tertawan pada lelaki itu. Tak mungkin. Dia hanya suka kawan dengan Ameerul. Salah ke. Syameera sememangnya seorang gadis yang degil!

Pagi keesokkan harinya merupakan hari terakhir perkhemahan itu berlangsung. Terasa berat hati Syameera untuk meninggalkan hari-hari sepanjang perkhemahan itu dan terasa sayang untuk memutuskan persahabatan yang terjalin antara dia dengan Ameerul. 

“Hari ini hari terakhir kita di sini, Am harap sangat kalau dapat jumpa Meera lagi. Serius Am memang harap nak jumpa Meera lagi.” ucap Ameerul sebelum berpisah. Ameerul merenung lembut anak mata Syameera. Peh tangkap leleh renungan Ameerul tu.

“Saya pun.” Syameera terasa seperti matanya bergenang air mata. Alamak terbawa emosi pula tapi Syameera tak dapat mengawal emosi yang hadir itu. Masa ini pulak nak buat drama peting feeling-feeling sedih. Padahal satu kampus nanti jumpa jugak. Apa kena lah perangai~

"Hei janganlah nangis, kitakan tetap satu kampus saya akan cari awak!” Ameerul tersenyum. Syameera mengangguk.

“Okeylah saya nak naik bas saya dulu. Bye.” Ameerul melangkah masuk ke dalam perut bas. 

“Bye.” Syameera mengesatkan air matanya. Kedengaran pelajar-pelajar lelaki mengajuk-ajuk Ameerul di dalam bas. 

“Saya akan cari awak..wah-wah bunyi suara macam kekasih yang terpaksa berpisah sebab nak ke medan perang..” suara salah seorang kawan Ameerul sambil ketawa terbahak-bahak.

“Perwira..dikaulah harapan hati penghibur kala sunyi...” sayup-sayup terdengar pelajar lelaki di dalam bas itu menyanyi dan ketawa besar. Syameera terus berlalu pergi ke bas yang akan dinaikinya. Malu tidak terhingga.

‘Alamak aku tak dapat nombor telefon dia apa lagi alamat e-mail! Macam mana nak hubungi dia balik’ Syameera menepuk dahinya kuat. Terasa bodoh yang teramat.

‘Tapi kenapa pula aku fikirkan Am? Nak berhubung dengan Am lagi? Dia tu bukannya ada apa-apapun dengan aku. ish.’ getus hatinya. 

Syameera mengambil tempat di dalam bas. Otaknya masih ligat memikirkan soal Ameerul kemudian dia terus melelapkan mata untuk melupakan persoalan yang mula timbul di dalam fikirannya itu.Tidak sampai setengah jam dia  tidur muncul pula Ameerul dalam mimpinya. Syameera terus terbangun, dia mengucap berkali-kali sambil mengurut dadanya. Dia bermimpi Ameerul melamarnya di sebuah taman yang dipenuhi bunga-bungaan berwarna-warni. Seolah-olah taman kayangan. Di dalam mimpi itu Ameerul berlutut sambil mengenggam tangannya dan kemudian tangannya dikucup lembut.

‘MasyaAllah! teruknya mimpi aku! Gatal’ Syameera tersenyum kecil lalu menyambung tidurnya semula.
Falisha yang berada di sebelahnya merenung Syameera yang tersenyum-senyum dengan mata tertutup. 

‘Mengigau apa? Apalah yang dia senyum-senyum macam tu. Gila dah ke kawan aku ni? Ke.....’ Falisha berhenti bersoal jawap dengan hatinya. Dia tiba-tiba ketawa besar. Virus otak kuningnya melanda.

“Wei! Bangunlah.. kau apa hal senyum-senyum masa tidur!” Falisha menggoncangkan bahu Syameera.

“Apa ni Falisha! Jangan kacau aku tidurlah!” Syameera menepis tangan Falisha daripada bahunya. Syameera masih dalam keadaan menutup mata. Di pusingnya badan ke arah bertentangan.

“Banyak kau punya tidur.. kau cakap dengan aku sekarang!” Falisha memegang kedua-dua belah bahu Syameera dan di palingkan ke arahnya.

“Cakap apa?” Syameera menggaru-garu pipinya yang tidak gatal.

“Kenapa kau tidur sengih-sengih....Wet Dream apa?” Falisha mengangkat keningnya sebelah. Syameera merenung Falisha. Saraf-saraf di otaknya cuba mentafsir kata-kata Falisha.  Tiba-tiba mata Syameera membulat besar.

“Kepala hotak kau berjambul la minah! Wet dream apanya, kau ingat aku lelaki ke? dah jangan fikir bukan-bukan dan jangan kacau aku nak tidur..otak kuning bin biru betul” Syameera memalingkan badan ke arah lain.  Falisha tersengih macam kerang busuk.

‘kantoi mimpi gedik-gedik..nak mimpi Ameerul lagilah...’ Syameera menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum nakal.

bersambung...

klik number untuk baca sebelum dan seterusnya




2 Komen:

fiqkbe said... [Reply]

fuh.. layann... :)

si ngokngek said... [Reply]

kahkahkah.nampak kan perempuan mmg suka simpan senyap senyap perasaan,haha