Monday, November 05, 2012

[MiniNovella] Cinta dan Benci 3.



Kadang-kadang mata salah melihat,
Mulut salah berucap,
Tetapi hati tak dapat menipu bila merindui.

Syameera merasakan hidupnya kehilangan sesuatu tapi apa? Dia juga tidak mengetahui. Otaknya ligat memikirkan tentang rasa dihatinya. ‘Kehilangan? Apa yang hilang? bila? Kerinduan? Apa yang dirindu? siapa? Mengapa?’ Syameera masih lagi bermain kata-kata. Persoalan tanpa jawapan masih bertamu diruang minda yang buntu.

Bedebup! Syamira jatuh terduduk. Kertas-kertas yang ditangannya jatuh ke lantai, cakera padat drama Korea Boys Over Flower yang baru dibelinya juga jatuh dan dipijak oleh orang yang melanggarnya itu. CD tu pasti calar teruk dan pasti cerita itu tidak dapat ditonton lagi! 

“CD kesayangan aku!” Syameera mengutip dan menarik cakera padat itu daripada bawah tapak kasut lelaki itu dan juga kertas-kertas kerjanya.

“Awak maaf saya tak sengaja, saya tak tahu pula yang saya akan langgar awak tadi. Maaf saya tak sengaja. Kalau saya tahu….” Suara itu seperti serba salah terlampau.

“Kalau awak tahu masti awak tak langgar saya kan? Mesti CD saya tak rosak! Mudahnya hidup ini dengan adanya kalau..” pintas Syameera sambil  menoleh ke arah pemilik suara itu. Syameera terpampan, dia mengetap bibir.

“Meera, maaf. Janganlah marah-marah..saya minta maaf sangat-sangat pada awak..saya akan ganti CD awak sekali”

“Tak apa saya yang emosi sangat..tapi CD saya awak memang kena ganti!” Tangannya ligat mengutip kertas-kertas dan cakera padatnya yang bertaburan diatas lantai kaki lima.

“Okey baiklah! Sebelum itu apa kata saya belanja awak makan?” Ameerul menghulurkan tangan untuk menarik Syameera berdiri kembali tapi di tolak mentah-mentah. Dia tahu kenapa Syameera bertindak sedemikian kerana dia masih ingat lagi dengan kata-kata Syameera sewaktu perkhemahan bulan lepas.

“Okey.. saya pun dah lapar ni! CD saya mesti ganti! Saya sayang tau tak CD tu! Cerita kegemaran saya tu.”

“Apalah yang sedapnya tengok cerita Korea awak tu. Sepatutnya awak lebih bangga tengok cerita melayu. Kitakan rakyat Malaysia sewajarnya menyokong industri perfileman Malaysia bukannya negara luar itu. Filem dan drama Malaysia hebat juga apa? Contohnya drama Nur Kasih, Jangan Pandang Belakang, I’m Not Single dan banyak lagi” Ameerul mula berceloteh.

“Alahai saya tak suka cerita melayu.. Klise! Heronya asyik-asyik orang yang sama. Cerita dia masih ditakuk sama. Bosan aje” Syameera tidak mempedulikan kata-kata Ameerul.

“Alahai.... Cik Syameera cakap ajelah yang awak nak tengok hero-hero yang jambu.. mata sepet dalam drama itukan?” Ameerul memulangkan paku buah keras kepada Syameera.

“Kalau ya kenapa? Awak susah ke?” Syameera tersenyum menyindir. Mana dia boleh bersabar melihat orang lain mengutuk drama Koreanya itu.

“Saya tak susah... daripada awak tengok cerita tu baik awak tengok saya. Saya pun jambu juga, Mata pun sepet juga. Sikit aje lah!” Ameerul berpaling ke arah Syameera sambil tersenyum kambing menampakkan baris giginya yang putih. Syameera membenarkan kata-kata Ameerul dalam hati. Memang sepet sedikit dan ada juga iras-iras pelakon Korea.

“Perasan” Itu sahaja yang boleh Syameera ucapkan. Ameerul ketawa sehingga menampakkan lesung pipit dipipi kirinya.Mereka berdua berjalan beriringan.Syameera tersenyum, persoalan yang timbul di fikirannya tadi sudah hilang. Pasti berkaitan Ameerul dia jadi begini. Ketika itu baru dia teringat kata-kata Kasmeera, Falisha dan Karen. Jelas riak kerisauan muncul di wajah Syameera. Kesal pun terasa. Tetapi apa yang boleh dia lakukan? Perasaan itu hadir tanpa diundang dan tanpa dipaksa. Terlintas kata-kata pujangga cinta hadir tanpa diundang, cinta pergi tapa diusir. Wah! Jiwang.

“Hello? Can you hear me? Meera.. Oh Cik Meera? ” Ameerul melambai-lambai ke arah wajah Syameera yang kelihatan tidak berada di alam nyata sejak daripada tadi. 

“Opss! Maaf awak kata apa tadi?” Syameera tersedar. Mukanya merah menahan malu. Sikap berangannnya memang tidak boleh dibuang.  Parah.

“Saya kata awak nak duduk mana? Kita dah sampai kafe ni. Apalah yang awak mengelamun dari tadi? Ingat saya ke?” Ameerul tertawa. 

“Dah sampai? Mana ada saya ingat pasal awak! Perasan!” Merona kemerahan lagi pipi Syameera. Syameera menundukkan wajah.

“Pipi dah merah, Yalah tu…Comel-comel.” Ameerul menghabiskan tawanya yang masih bersisa. Bibirnya tersenyum boleh menggugat hati sesiapa perempuan dan juga lelaki. Tapi kalau lelaki yang tergugat hatinya itu mesti ‘gay boy’ agaknya!

“Comel?” Syameera mengerutkan dahi. Ameerul mengangguk laju.Syameera memandang wajah Ameerul dan berlalu pergi. Tidak ada seleranya untuk makan setelah dijadikan bahan tertawa oleh Ameerul dan pujian tidak masuk akal Ameerul. Tidak nampak agaknya muka Syameera yang kusut dan mempunyai kantung mata bahana buat ‘assignment’ sampai pagi.Ameerul terkedu, dia terkejut dengan langkah drastik yang di ambil Syameera. Dia segera mengejar Syameera dan menggapai pergelangan tangan Syameera.Syameera menepis.

 “Opss! Maaf okey.. saya gurau aje..awak ni pandai merajuk juga ya? Tapi awak lagi comel kalau merajuk” Ameerul tersenyum simpul.

“Comel lagi!” Betul ke apa yang dia dengar tadi. Dia merasa dahinya. Tidak pula panas. Dia cuba pula mencubit pipinya. Siapa yang sakit sekarang? Ameerul atau Syameera.

“Ouch!” Dia tidak bermimpi. Ameerul tertawa kecil melihat telatah Syameera.

“Awak tak bermimpi lah! Hello Meera? Nak saya cubitkan pipi awak yang gebu tu ke lagi untuk tahu ini bukannya mimpi?” Ameerul berlagak seperti ingin mencubit pipi Syameera.

Syameera tersedar kembali dari lamunannya. Dia terkejut dengan tindakan yang akan di buat oleh Ameerul. Dia terus berpatah balik ke kafe dan terus duduk. Malu. Ameerul terpinga-pinga di kaki lima. Dia segera bergerak kembali ke arah Syameera apabila melihat pelayan mahu mengambil tempahan menu.

“Nak makan apa?” soal pelayan muda itu. Syameera melihat ke dada buku menu. Di selaknya satu persatu. Dia mengangkat wajah dan mengelipkan mata berulang-ulang kali. Pelayan itu mengerutkan dahi yang dibasahi manik-manik peluh jantan.‘dia buat muka kucing pulak minah ni.. aku mintak order bukan muka kucing..nasib baiklah dia comel minah ni!’gumam pelayan itu tetapi tetap mencuba memaniskan mukanya.

“Nasi Goreng Cili Padi dan air tembikai” Syameera tersengih. Pelayan itu berpaling pula ke arah Ameerul.

“Sama” Selepas pelayan itu berlalu pergi, Ameerul merenung sahaja wajah mulus Syameera. Syameera tidak sedar kerana dia di bawa lagi ke alam lamunannya. Ameerul merenung Syameera kerana dia masih lagi keliru dengan perangai gadis di hadapannya itu. Tetapi dia sempat lagi menatap kecantikan wajah Syameera yang berkulit cerah, mempunyai bibir yang merah ibarat delima merekah, kepalanya di tutup dengan tudung litup dan matanya disorokkan di sebalik cermin mata tidak berbingkai. Walaupun gadis itu hanya mencalitkan sedikit sahaja make-up diwajahnya, dia masih kelihatan cantik. Kecantikannya asli. Kecantikan Syameera menyerlah lagi dengan memakai baju kurung pahang merah hati berbunga putih dan bertudung putih gading. Baru saat itu dia sedar Syameera juga kelihatan seperti gadis cina. 

“Syameera awak ada keturunan cina ke? Nenek ke?” soal Ameerul ingin tahu kerana dia merasakan mata Syameera agak sepet walaupun sudah disorokkan sepasang kaca mata. Soalan mengejutkan Syameera dari mimpi siangnya.

“Mana ada keturunan cina. Tapi tak tahulah pula dari datang dari China zaman dulu yang entah berapa abad lalu.” Ameerul mengangguk. Syameera terbang kembali ke alam lamunan. Begitu juga Ameerul yang ralit melihat wajah mulus Syameera.

"Awak pakai pencuci muka apa sampai putih macam ni?" Ameerul menyoal lagi.

"Pakai Garnier." Syameera jawap pendek.

"Saya pakai Garnier tak jadi pun putih macam ni? Saya try garnier, gardenia, garpu.. semua tak jadi?" Ameerul senyum selepas apa yang dia cakap memang sah merapu. Syameera nak gelak, tapi dia tahan. Sambung baling termenung.

Menu yang ditempah oleh mereka sampai, lamunan Syameera  terus terhenti. Dia berpaling ke arah Ameerul. Ameerul sedang termenung. Dia melambaikan tangan di hadapan wajah Ameerul tetapi tiada sebarang respon. Syameera malas nak melayan karenah Ameerul. Dia terus menjamu Nasi Goreng Cili Padi yang sentiasa menjadi menu pilihannya.Syameera berdecit-decit menahan pedas tapi di suapnya lagi nasi itu ke dalam mulut. Ameerul tersedar. Dia pantas menyuapkan nasi ke dalam mulut. Terdengar Syameera yang menahan kepedasan membuatkan dia mengalihkan pandangan. Terpana.

‘cantik..’ bisik hati Ameerul melihat pipi Syameera yang kemerah-merahan. Lamunan kembali lagi. Ameerul begitu asyik melihat Syameera menahan pedas. Geli hatipun ada. Setelah Syameera selesai makan, Ameerul tidak lagi bangkit dari lamunannya. Syameera melambaikan tangannya. Masih tiada respon. Dia berdiri dan ingin berlalu pergi. Syameera sempat mengetuk hujung topi yang dipakai Ameerul dan segera berlalu pergi. 

Takut juga kalau Ameerul mengamuk. Mana tidaknya, dia ada mendengar cerita yang Ameerul cukup pantang orang mengusik topinya itu. Ketika itu barulah Ameerul sedar yang dia terlalu lama mengelamun. Dia melihat Syameera sudah tiada dihadapannya. Pandangannya beralih ke kiri dan ke kanan untuk mencari ke mana perginya gadis bermata bundar itu. Kelihatan  Syameera sudahpun berada di seberang jalan dan mula memakai topi keledar. Dia mahu mengejar tapi terbantut setelah melihat motor Yamaha Ego-S berwarna hitam itu berlalu pergi. Dia mengeluh kecil. Ameerul kembali menjamah makanannya yang mulai sejuk. Dia sempat menggeleng-gelengkan kepalanya kerana terbawa-bawa ke dalam lamunan. Dia pula tidak berasa marah kerana Syameera mengusik topinya. Entah. Tidak sampai hati dirinya untuk marah pada Syameera. Ketika dia mensisip air tembikainya, muncul Nadia di hadapannya. Tanpa di pelawa terus duduk di hadapannya. Bosan riaknya.

“Am…you duduk dengan siapa tadi? Ni mesti betina yang tak tahu malu masa camp hari tu kan? You jangan lupa I ni kekasih you.” Nadia sudah mula muncung sedepa.

“Nad, jangan panggil dia macam tu. I yang ajak dia duduk dengan I. Itu hak I lah.. tadi you juga yang tak nak makan bila I ajak makan. Nak diet lah apa lah. Dah lah kurus tak nak makan pula.. You ni Anorexia Nervousa ke? You tahu apa itu Anorexia Nervousa? Anorexia nervosa is an eating disorder characterized by refusal to maintain a healthy body weight, and an obsessive fear of gaining weight due to a distorted self image which may be maintained by various cognitive biases that alter how the affected individual evaluates and thinks about their body, food and eating.” Ameerul sudah berbicara soal penyakit pula. Nadia sudah buat muncung itik panjang sedepa. Sebal. Lain isu yang dibangkitkan lain pula yang Ameerul cakap.

“Sampai hati you kata I Anorexia Nervousa? I normal je! I nak cakap tentang hubungan kita. I menyampah betullah dengan perangai you yang tidak ambil peduli kewujudan I di sisi you. I kecil hati tahu macam ini!” Nadia mula meninggikan suara. Dia terus membalikkan badan kebelakang tanda merajuk. 

“Lepas tu nak merajuk konon. Ingat I nak pujuk? Do I care? Sibuk sangat dengar gossip sana-sini dengar cerita sana sini yang dah menjaja nama I tanpa gaji tu.. percaya sangat! Bagus sikap you percaya cerita orang lain dari I. Kenapa you ni bodoh sangat?’’ Ameerul mula membebel tidak tentu fasal kerana berasa jelek dengan perangai Nadia Harlina itu. Mengada-ngada.

“Jaga mulut you! Jangan sesedap mulut kata I bodoh! Kalau I bodoh I tak soal you sekarang. Am..you ni pantang nampak perempuan dahi licin mesti you nak sapu.. I ni you buat tak peduli. I ni lagi lawa apa,kaya lagi. Ini tak perempuan kampong macam tu yang you nak.. I kekasih you ingat tu betul-betul. Mana tahu ingatan you hilang kena guna-guna perempuan tu.” Mata Nadia sudah mencerlung. Merajuk lagi.

“Dah lah Nad. I malas nak layan you ni. Dah lah I nak balik, jangan nak merepek perkara bukan-bukan” Ameerul berlalu pergi menuju ke kereta Lamborghini Diablo SE pembeliannya hasil daripada wang dia menjadi model. Dia sudah muak dengan perangai Nadia itu. Mengongkong orang terlampau. Belum jadi suami sudah dikongkong entah macam kalau jadi suami nanti. Lama-lama baik dia jadi King-Kong. Mulia juga. Dia terus mengundurkan kereta lantas keretanya dipecut laju membelah jalan menghala ke mana sahaja destinasi yang terlintas dikepala nanti.

Nadia terpaku disitu. Geram hatinya melihat perangai Ameerul yang tak ambil peduli dengannya. Nadia mengetap bibir. Sakit hatinya terhadap Syameera semakin bertambah. Dia akan memutuskan sebarang hubungan antara Syameera dan Ameerul secepat mungkin. Ameerul miliknya, gedung hartanya, masa depannya dan dia tak akan membenarkan Syameera sekali lagi merampas hak miliknya. Tidak akan sekali-kali. Dendam lama kini membara lagi. Kali ini merebutkan hati insan lain!


bersambung..

klik number untuk baca sebelum dan seterusnya

3 Komen:

Tia Fatiah said... [Reply]

nice starting.. terus membaca dan membaca,.. =)

Anonymous said... [Reply]

nak lg....

Syiera Bucuk said... [Reply]

haiii...jom join contest n lihat bpe ramai yg suka bergmbar dgn parents mereka....sayangilah ibu bapa kita & jom abadikan kenangan bersama mereka melalui hadiah menarik:)

http://syierahalf.blogspot.com/2012/11/contest-i-love-my-parent.html