Wednesday, November 07, 2012

[MiniNovella] Cinta dan Benci 5.




“Kau nak aku tolong kau melangkah setapak lebih jauh dengan Am?” ucap Muzariel dengan selamba ketika bertembung dengan Syameera dalam perpustakaan. Gaya bercakap seolah-olah ejen pencarian jodoh. 

‘macam aku tak laku lah pulak aku..hei ingat aku macam video klip wali band cari jodoh ke’ Syameera membebel di dalam hati.. mulutnya herot ke kiri dan ke kanan. Di tolehnya ke arah Muzariel. Kening Muzariel terangkat-angkat. Perangai sama macam Falisha. Bagus bagai durian di  belah lapan!

“Apa maksud kau? Aku dan Am? Hubungan apa pula ni.. merepek kerepek lah kau, tak baik fitnah. Dosa tahu!” Syameera sengaja buat bodoh.

“Banyak kau punya fitnah! kau ingat aku tak tau ke yang kau tu dengan Am rapat gila masa perkhemahan hari tu? Minggu lepas siap boleh makan sama-sama kat kafe..” Muzariel tersenyum. Senyumannya lebar. Mengalahkan The Joker dalam cerita Batman.

“Mana kau tau gosip liar yang tak masuk akal ni?”

“Kau agak siapa?” Senyuman Muzariel melebar lagi.

“Mesti si Falisha kan? Memang nak kena budak ni!” Syameera menjerit dan mula berdiri mencekak pinggang.  Semua mata di perpustakaan itu memerhatikan Syameera. Syameera segera menekup mulut dan duduk semula. Dia merapatkan kedua-dua belah tangannya membuat lagak meminta maaf kepada semua yang berada di perpustakaan itu. Semua yang melihat hanya menggelengkan kepala. Syameera tersenyum macam kerang tidak berapa nak busuk. Muzariel tertawa perlahan melihat karenah Syameera yang tidak ubah seperti kanak-kanak kecil itu.

“Relakslah.. aku yang tanya pada dia lepas nampak kau makan dengan Am kat kafe hari tu…”  muka Muzariel berubah serius.

“Kau nak tolong macam mana Muz.. diri sendiri pun tak tertolong ada hati nak tolong aku..” Syameera mula menggelengkan kepala.

“Memerli nampak! aku punya hal kau tak payah risau.. aku dah ada rancangan baik punyaaa…untuk kau aku sanggup tolong.. kau kan kawan buah hati pengarang jantung pancrease limpa hempedu a.k.a merangkap awek aku tu!!”

“Jantung pisang! cuba cakap rancangan kau tu…” Syameera mula menunjukkan minat terahadap rancangan Muzariel itu.

“rancangan yang mana? Mencari jodoh untuk kau ke? Rancangan aku untuk Falisha?” bingung sebentar Muzariel jadinya.

“Kau bagi aku nombor kau..nanti aku bagi lah Am tu..aku akan pastikan dia terima nombor kau tu..”Muzariel menyeluk sakunya mengambil telefon bimbit dan dihulurkan kepada Syameera. Syameera hanya memandang sepi telefon bimbit di tangannya itu.

“Nombor apa? Nombor ekor? Maaf aku tak jual. Dosa tahu!” Ezamirul membuat muka bosan . Bengang dengan sikap Syameera yang suka bergurau tidak mengira masa.

“Okey-okey..bagi sini telefon bimbit kau itu..biar aku tulis..” Akhirnya Syameera mencapai telefon bimbit Blackberry Storm yang dihulurkan Muzariel kepadanya itu. Tangannya ligat meninggalkan nombor telefonnya di dada skrin telefon bimbit itu.  

‘Kaya betul si  Muz ni. Hari itu pakai Iphone ini dia tukar Blackberry pula. Lepa ini apa lah pula.. Eh kejap!’ bebelan Syameera di dalam hati terhenti seketika. 

"Tapi Muz.. aku nak kau jangan bagi tau dia aku nak kenal.. kau bagi nama aku Dex…buat masa ni biar lah identiti aku jadi rahsia antara kita berdua faham!” jari telunjuk Syameera dihala ke batang hidung Muzariel.  Muzariel menepis. Dia tidak suka diperlakukan seperti itu.
“Okey tidak ada masalah punya. Aku kena pergi sekarang Prof Adam nak jumpa aku, aku gerak dulu.. chow!!” 

“Jaga-jaga dengan Prof Adam tu”  pesanan Syameera membuatkan muka Muzariel pucat lesi. Syameera tertawa melihat riak wajah Muzariel. Dia menghantar pemergian Muzariel keluar dari perpustakaan melalui ekor matanya sahaja. Apabila teringatkan perbualan dia dengan Muzariel tadi, sesungguhnya dia memang  tidak berharap kerana Ameerul sudah mempunyai kekasih iaitu Nadia Harlina .Tetapi dalam berpacaran dengan Nadia, Ameerul masih mencintai dan menanti seorang gadis kacukan cina, Fazlina Karissa.

Semua pelajar sedia maklum yang Ameerul mempunyai perasaan terhadap Fazlina. Fazlina memang cantik, berkulit putih, berambut coklat gelap, anak matanya berwarna hazel dan hidungnya mancung. Sempurna. Kecantikannya membuatkan ramai lelaki jatuh hati. Salah seorangnya pastinya Ameerul.

Ameerul pernah meluahkan isi hatinya kepada Fazlina tetapi ditolak bulat-bulat oleh Fazlina atas sebab tidak berminat. Tetapi dengar kata bahawa Fazlina menolak Ameerul sebenarnya kerana pada masa itu Ameerul tidak kaya, hanya model bawahan ataupun bapa Ameerul masih lagi belum bergelar Datuk Seri. Banyak kemungkinan. Bukan semua cerita ini boleh dipercayai. Mulut orang, mereka bukan suka melihat kesenangan orang lain.

Syameera keluar dari perpustakaan setelah meminjam beberapa buah buku yang diperlukannya untuk menyiapkan assignment yang di berikan oleh Proffessor Adam.  Professor muda yang kacak itu pernah mengajaknya keluar makan malam. 

“Syameera awak free tak malam ni? Saya nak ajak awak keluar makan malam.”  Professor Adam tersenyum manis. Kacak betul. Berkumis nipis, berkaca mata, berkulit putih, tinggi lampai dan banyak sangat kelebihan tidak tahu bagaimana hendak digambarkan lagi. Malangnya professor itu bisexual!

“Tak apa lah prof.. saya ada hal malam ni” Syameera berlalu pergi. Takut bila memikirkan orentasi perhubungan seksual Professor Adam itu. Syameera menggeleng-gelengkan kepala. Laju. Hairan juga dia apabila terdapat ura-ura mengatakan Professor Adam akan berkahwin hujung tahun ini. kahwin dengan lelakikah? Atau perempuan. Untuk kahwin dengan seorang lelaki sesuatu yang mustahil, jadi mestilah bakal isterinya itu perempuan. Bagaimanalah reaksi bakal isterinya bila mengetahui orentasi perhubungan seksual Professor Adam itu ataupun Professor Adam sudah berubah? Ketika melintasi koperasi, Syameera telah dilanggar oleh seorang lelaki. Agaknya orang sekarang perlu ambil lesen berjalan. Nanti tidaklah dilanggarnya orang sesuka hati.

“Maaf-maaf. Cik saya minta maaf.” Berulang kali ucapan maaf keluar dari bibir lelaki itu. Syameera merenungnya kosong, rasa menyampah menyerbu diri dan dia terus berlalu pergi dari situ. Kakinya melangkah laju ke tempat meletak motor. Dia mahu menyiapkan ‘assignment’ yang diberikan itu secepat yang mungkin dan tidak mahu mendengar sebarang ucapan daripada lelaki yang telah berlanggar dengannya itu. Dia sudah tawar hati untuk dengar sebarang kata rayuan ataupun maaf yang menggunung. 

*****

“Am, ada orang nak kenal dengan kau lah..”ucap Muzariel ketika bermalam di apartment Ameerul. Pandangan Ameerul ke dada televisyen terganggu. Dia berpaling ke arah Muzariel yang sedang membaca majalah .

“Siapa?”

“Budak ni nama dia Dex” Muzariel meletakkan majalah di sisinya. Ameerul mengerutkan dahi. Pelik mendengar nama seperti itu.

“Apa punya mama tu? macam jantan aje nama. Ke yang nak kenal ni lelaki. Kau jangan buat pasal! Aku straight tau, mana belok-belok.” Ameerul membuat muka serius. Muzariel sudah menepuk dahi. Matanya dibulatkan.

“Gila! Kau fikir aku nak kenalkan kau dengan lelaki ke. Kalau kau belok-belok aku pun tak berani tinggal dengan kau ni. Sekarang juga aku cabut lari tahu. Kalau aku nak kenalkan lelaki, baik aku kenalkan diri aku dekat kau.. Abang... I dah lama suka dekat abang...”Muzariel dah buat suara maknya. Ameerul sudah tergelak-gelak sehingga jatuh dari sofa. Kini giliran Muzariel menggelakkannya. Bagai hendak pecah apartment itu apabila kedua-duanya bergabung bergelak tawa. Setelah kepenatan ketawa. Mereka kembali ke topik asal.

“Jadi perempuanlah?” Muzariel mengangguk laju. Ameerul mula tersengih gatal. 

“Macam mana nak sebut nama dia tu?” Ameerul seperti sudah mula menunjukkan minat.

“D.E.X boleh sebut tak?” Muzariel mengeja nama rekaan Syameera itu. Ameerul mengangguk faham.

“Aku malaslah nak kawan dengan budak-budak lain lagi. Kau tahu kan hati aku ni untuk siapa?” Ameerul bersila di atas lantai. Wajahnya meminta seribu pengertian.

“Aku tahu tapi ambillah dulu nombor ni. Mana tahu nanti kau bosan-bosan dapat juga teman berbual” Muzariel berusaha memujuk. Syameera seorang gadis yang baik jadi apa salahnya Ameerul cuba berkenalan dengannya berbanding Fazlina mahupun Nadia!.

“Okey.. nah isi nombor itu dalam telefon ni” Ameerul membuat muka bosan ketika menghulurkan telefon bimbitnya ke arah Muzariel. Muzariel mencapai telefon bimbit itu dan segera mengisi nombor telefon Syameera. Muzariel melangkah ke dapur setelah mengembalikan telefon bimbit Ameerul. Ameerul meneliti nombor telefon itu., entah apa anginnya bila memikirkan tahap cemburu Nadia, dia terus memadamkan nombor itu. Ameerul bangkit dari bersila di atas lantai dan terus merebahkan badan ke atas sofa yang empuk. Matanya di tutup kemas.

bersambung..

klik number untuk baca bab sebelum atau bab seterusnya


0 Komen: