Thursday, November 08, 2012

[MiniNovella] Cinta Dan Benci 6.



You and me 
We used to be together 
Everyday together always 
I really feel 
That I'm losing my best friend 




Dua bulan selepas itu.

“Syameera ada mamat handsome tunggu kau kat luar! Gila lah kekasih kau ke tu? Muka macam mamat Korea.” Ucap Airin dimuka pintu. Syameera mula berkerut seribu. Kekasih? Korea?. Syameera menyarungkan tudung berwarna hijau pucuk pisang. Dengan hanya berpakaian t-shirt berwarna sedondon dan seluar sukan berwarna hitam, dia terus ke laman rumah. Sejenak melihat susuk tubuh itu, Syameera berlari-lari anak dan terus memeluk lelaki itu dari belakang. Ternyata lelaki itu terkejut. Pantas lelaki itu tersenyum. Disentuh lembut tangan Syameera.

“Dik, behave yourself” lunak sahaja suara itu kedengaran. Syamera merungkaikan pelukan tadi dan tersenyum manja setelah Izz berpaling ke arahnya. Dia sendiri terkaku melihat wajah Izz. Izz kelihatan berbeza,terlalu kacak. Dia mula terfikir adakah dia salah orang. Matanya dikerdipkan berulang-ulang kali. Izz mula tertawa geli hati. Pipi gebu adik bongsunya itu dicubit manja. 

“Ini abanglah. Kenapa buat muka kucing ni? Comellah tu” Syameera mengukir senyuman. Sekali lagi batang tubuh Izz dirangkulnya erat. Rindu tidak terhingga. Perlahan Izz menolak tubuh adiknya perlahan. 

“Rindu sangat ke? Dik kalau ya pun rindukan jaga kelakuan tu. Awak dah bertudung tengok kawan-kawan dah pandang semacam.” Syameera tersengih. Dia menoleh sekeliling. Kata abangnya itu benar. Semua peenghuni rumah sewa itu dan juga jiran-jiran merenungnya pelik. 

"Kawan-kawan ini abang aku” Syameera menjerit tiba-tiba. Pantas mulut Syameera ditekup oleh Izz. Izz menggeleng-geleng kepala. Syameera masih tidak berubah. Masih bertindak seperti anak-anak kecil. 

“Jom ikut abang pergi makan?”  Syameera mengangguk laju. Izz tersenyum.  Pantas Syameera berlari masuk ke dalam rumah.

“Nak pergi mana pulak tu?'' jerit Izz. Bingung apabila ditinggalkan sendirian. Syameera mahu mengikutnya pergi makan atau tidak. Dia ada tersalah cakapkah?.

“Nak tukar baju!!” Izz mengangguk perlahan walau dia tahu Syameera tak akan perasan dia mengangguk kepala. Dia tersenyum sendirian dan mengatur langkah ke kereta BMW Z4-nya yang diletakkan dibawah pokok yang rendang. Dia bersandar di tepi muka pintu tempat pemandu. Dengan sabar dia menanti adik kesayangannya itu. Dia mula tersedar dia telah menjadi perhatian penghuni rumah sewa itu dan anak gadis yang lalu lalang di sekitar kawasan perumahan itu. Dimindanya mula mengatur sesuatu. 

‘wajah aku boleh dijadikan aset! Perempuan terlalu bodoh. Aku akan mengorak langkah. Lihat siapa yang kolot,bodoh dan tak tahu berseronok. Let the game begin!’ bibirnya sudah mengukir senyuman dendam. Sentuhan lembut dibahunya membuatkan  perancangannya terganggu sebentar.

“Abang senyum pada siapa? Jaga-jaga nanti ramai pula gadis-gadis pula cair dengan abang”  Syameera tersenyum. Izz berpaling ke arah Syameera. Lama ditenung adik kesayangannya itu. Syameera mengangkat kening? Seolah-olah mengajukan solan kenapa kepada Izz.

“Ye ke boleh cair? Kacak sangat ke abang adik ni?” Syameera menangguk dan terus bergegas masuk ke dalam perut kereta. Izz termenung seketika. Kali ini dia yakin dengan hasratnya itu!.

“Cepatlah! Kata nak makan?” Izz terkejut. Pantas dia masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Keretanya meluncur laju keluar dari kawasan perumahan.  

“Boleh tak jangan bawak kereta ni laju sangat! Dah lah tak ada bumbung. Terbang-terbang tudung adik tahu” Syameera bengang apabila dia perlu memperbetulkan tudungnya banyak kali setelah ditiup angin. Izz tersengih. Dia menaikkan penutup bumbung kereta itu. 

“Mahu pergi makan di mana tuan puteri?” Izz bersuara setelah lima belas minit suasana sunyi diantara mereka berdua. Syameera merenungnya. Seperti biasa tabiat yang tidak pernah boleh berubah, kelip-kelip mata seperti kucing. Tiba-tiba Syameera tersenyum lebar. Lampu Isyarat bertukar merah. Izz mengangkat kening sambil menoleh ke arah Syameera. Dia mengangguk faham. Secret Recipe.  Lampu bertukar hijau. Sasaran tempat mahu membaham makan sudah pasti.

“Abang.. bila abang beli kereta ni?” Syameera ingin kepastian. Dia sebenarnya agak teruja apabila melihat kereta ini tapi berjaya dikawal. Siapa yang tidak teruja melihat kereta tanpa bumbung berwarna biru kundang ini. Lama membisu akhirnya Izz bersuara. 

“Abang beli semasa di Brunei. Abang bawa balik Malaysia. Adik abang minta maaflah sebenarnya abang dah balik sebulan lepas. Abang sudah jumpa mama dengan abah lagipun abang mahu sediakan segala kemudahan dulu sebelum jumpa adik kesayangan abang ini. Ingat abang nak tinggal dekat Kuala Lumpur.” Syameera melopong. Tidak ada sebarang baris kata daripada Syameera, Izz meneruskan kata-kata.

“Abang beli konduminium dekat K Residence. Adik nak pergi tengok tidak nanti?” Izz berkalih sebentar ke arah Syameera. Syameera melopong lagi besar. Tingkah laku Syameera membuatkan gelak jantan Izz keluar.

“Abang ni kerja apa? Kaya betul! Abang jangan buat kerja-kerja haram abang. Abang tahu tak K Residence is the third most expensive condominium developements in KL out of ten and also in list of 10 most expensive condos? Sudah itu betul-betul depan KLCC-kan? ” pertanyaan Syameera dibalas dengan anggukan. Syameera menggenggam erat lengan Izz.

“Betul. Abang mana ada kerja haram. Memang abang beli rumah di K Residence. Jangan pandang abang ragu-ragu macam itu. Abang faham. Abang bukan gigolo mak datinlah! Ini semua hasil titik peluh abang sepanjang di Brunei.  Nak singgah tidak rumah abang tu?”  Syameera mengangguk laju. Gembira yang teramat. Tidak sangka hidup abangnya begitu mewah. Kereta mahal, kondominium mahal tapi hatinya yang mahal sudah jatuh harga kerana Irma!. Sudah padamkan sahaja nama perempuan tidak berguna itu. Kembali pada topik asal. Akhirnya sampai juga di Secret Recipe. Izz mencari tempat meletak kereta di sekitar pusat membeli belah itu .  

***

Syameera keluar ke Kuala Lumpur bersama Kasmeera dengan Minah Karen. Falisha tak dapat ikut sekali pada hari itu sebab sibuk mahu menyiapkan tugasan yang tertunggak. Mereka bertiga melangkah keluar dari butik yang sering menjadi kunjungan mereka apabila mempunyai kelapangan. Sewaktu ingin melintas, Syameera terdorong ke hadapan. Ketika itu kenderaan sedang sibuk menuju ke destinasi masing-masing. Syameera dilanggar motorsikal. Dia tidak mampu lagi berdiri. Kakinya sudah terseliuh. Melihat kejadian yang berlaku sepantas kilat itu Kasmeera dan Karen cuba untuk hampir membantu. Mereka  ingin melintas. Cuba mengelak daripada sebuah lori.

Dummm.. Kasmeera dan Karen dilanggar. Darah pekat membasahi jalan raya. Syameera terkejut. Segera dia berpaling ke arah bunyi dentuman itu. Masyallah  kedua-dua sahabat yang disayanginya sudah terkulai. Dia  menggagahi untuk merapati. Dia mengesot untuk menghampiri mereka berdua. Kenderaan semua berhenti mengejut.

“Kas…karen.. bangunlah.aku tak nak kau tinggalkan aku..” Syameera memeluk kedua-dua rakannya itu. Kasmeera tiada jawapan, badannya sudah longlai. Syameera menjerit.

“Meera..jangan macam ni. kuatkan hati.. jaga diri kau  baik-baik..teruskan hidup.. kau kita orang dah tak dapat jaga kau..ak..ak…” kata-kata Karen terhenti. Tangannya longlai.

“Karen..Kas…sampai hati kau tinggalkan aku.. aku tak mampu hadapi hidup aku tanpa kau orang!” Syameera menangis dan memeluk rakan-rakannya itu. Syameera terasa dirinya terangkat di awangan. pandangannya kabur tapi dia cuba melawan orang yang mengangkatnya ke tepi jalan itu yang dia pasti orang itu pasti seorang lelaki.

“Lepaskan aku!! Biar aku mati dengan dia orang! Dia orang saja kekuatan aku untuk menempuh hidup yang tak pernah adil pada aku!” jerit Syameera. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan. Syameera terlepas dari pegangan lelaki yang mengangkatnya itu.. dia cuba berlari ke arah rakan-rakannya yang tersadai di bahu jalan raya tetapi tubuhnya di tarik dan di rangkul dengan kemas. 

“Tak guna awak nak ikut dia orang pergi.. hidup awak perlu diteruskan.. awak dah lupa ke apa kawan awak kata!” tengking orang yang merangkul Syameera itu.

“Awak tak faham!dia orang penting untuk saya!” Syameera mengongoi di pelukan lelaki itu. Dia tidak lagi mempedulikan keadaan sekeliling dan tidak terfikir batas-batas pergaulan lagi. Syameera cuba mengatur kata tanpa di jangka kepalanya terasa berpinar, pandangannya semakin kabur. Dia pengsan. Lelaki itu kaget. Ambulans sampai beberapa minit kemudian setelah orang ramai menelefon pihak hospital untuk meminta  bantuan.

***

Selepas beberapa hari terlantar di Pantai Medical Center, Syameera mula sedarkan diri. Dia melihat Falisha berada di sampingnya begitu juga dengan ibunya. Syameera terus menangis kerana teringatkan peristiwa yang berlaku hari itu. Syameera merancau-rancau menyebut nama Karen dan Kasmeera. Mama Syameera, Puan Aileen cuba menenangkan anak gadisnya itu.

“Mama…Karen dengan Kas dah tinggalkan Meera sampai hati dia orang tinggalkan Meera! Mama, Meera nak ikut dia orang. Meera tak mahu terseksa lagi macam ni…” Izz yang duduk pada hujung katil hanya mampu memerhatikan Syameera. Lemah dia bila tengok Syameera macam tu.

“Meera kan ada Falisha. Eera jangan macam ni sayang. Eera dah tak sayangkan mama..abah dan abang? Eera tak sayangkan Falisha?” Syameera pandang wajah mamanya, Izz dan Falisha. 

“Meera sayangkan semua orang mama. Tapi Karen dan Kasmeera juga Syameera perlukan…” Esak Syameera di bahu ibunya. Sungguh dia tamak. Tamak demi sebuah persahabatan.

“Meera aku ada. Aku sayangkan kau.Aku akan jaga kau…”ucap Falisha sayu. Bahu Syameera dipegang lembut.

“Lisha..maafkan aku..mama maafkan eera..”  Puan Aileen dan Falisha mengangguk dan terus memeluk Syameera. Hatinya sayu. Dia tahu dia tak sepatutnya berkata begitu sesungguhnya ramai orang yang menyayanginya. Abahnya muncul sewaktu mereka semua berpelukkan. Senyum. 

***

Pada malam itu Falisha menemani Syameera di wad. Puan Aileen terpaksa pulang kerana esok dia ada mesyuarat bersama kliennya di Port Dickson. Jadi abahnya juga akan turut menemani mamanya ke Port Dickson.

“Lisha….seingat aku lah kan. Waktu accident hari tu ada lelaki dengan aku, siapa lelaki tu? Aku nak ucapkan terima kasih pada dia sebab dah selamatkan aku.” Syameera diam tunggu jawapan Falisha.

“Budak tu nama dia tak salah aku lah kan…Shafiq Fazherul, budak U kita..aku rasa senior kita..” Falisha hanya mampu menlindungi hal sebenar. Dia sengaja tidak mahu menerangkan siapa Shafiq Fazherul kerana mahu menguji sama ada Syameera masih mengingati lelaki itu atau tidak. Dia sudah memaklumkan kepada Shafiq Fazherul tentang keadaan Syameera. Nanti tidaklah Shafiq akan memberi tekanan atau tertekan kerana Syameera tidak lagi mengingatinya. Menurut penjelasan doktor Syameera berkemungkinan mengalami Lacunar Amnesia.


“Maaf puan, cik.. disini saya mendapat kebarangkalian Cik Syameera akan mengalami Lacunar Amnesia. Lacunar amnesia is a condition in which memory is partially lost or the memory of isolated events is lost. Tetapi saya sendiri tidak dapat memastikan apakah isolated events yang akan cik Syameera terlupa. Saya harap puan dan cik dapat bersabar jika ada sebarang perkara yang dinyatakan kepada Cik Syameera tidak dapat dia ingat” 

“Ooo… nanti dah boleh balik U aku nak cari dialah bolehkan?” Bait-bait kata Doktor Amani tercantas setelah mendengar suara Syameera. Manakala diminda Syameera berputar-putar baris nama Shafiq Fazherul.  

“Okey..suka hati kau lah tapi buat masa ni kau berehat okey? Lusa kau dah boleh balik..” Falisha menarik selimut Syameera ke atas. Ditutupnya sekujur tubuh yang lemah itu. Tertumpah rasa kasihnya pada seorang sahabat yang terlalu disayangi.

“Ye ke? tak sabarnya aku…” Syameera cuba melelapkan mata setelah Falisha menurunkan kembali katilnya yang dibiarkan seketika untuk bersandar.


Bersambung..

klik number untuk baca bab sebelum atau bab selepas