Friday, November 09, 2012

[MiniNovella] Cinta Dan Benci 7.



Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku

Trut..trut…

Asssalamualikum..awak dah ok ke??? 
From penyelamat tepi jalan…

Syameera pelik. Dia tidak pernah melihat nombor telefon itu tapi apabila melihat nama penghantar mesej itu barulah dia teringat peristiwa kemalangan sebulan yang lepas. Memang dia ada mencari lelaki itu tapi tak dapat di temui.

Wassalam..saya ok..awak Shafiq Fazherul? thanks sebab selamatkan saya masa accident tu… kenapa saya cari awak tak pernah dapat saya jumpa?

Syameera menanti balasan mesej itu. Sungguh dia mencari penyelamat bernama Shafiq Fazherul di Faculty of Business Management macam hendak gila tetapi tidak juga terjumpa.

Yup.. tu lah nama saya.. sama-sama.. saya ada praktikal luar.. tu yang tak pernah ada kat U..number awak pun saya dapat dari member saya.. katanye awak cari saya..

Syameera mengangguk tetapi bukannya penghantar mesej itu nampak, dia tertawa memikirkan kelakuannya tadi…

Oh..ok.. maafkan saya.. saya ada kelas lepas nie.. gembira dapat kenal awak.. bye…

Syameera mematikan telefon bimbitnya dan terus bergerak ke kelas kuliahnya. Syameera kini dapat melupakan sedikit demi sedikit tentang peristiwa yang terjadi kepada rakannya. Dia mulai tabah dan redha . Hidupnya mesti diteruskan. Kini ada Falisha yang setia menemani hidupnya. Dia cuba menjadi Syameera dahulu tapi senyumannya tidak lagi seikhlas dan seceria dulu. Jadi bagaimana mahu merubahnya? Hanya masa yang akan menentukan.

aku akan sentiasa bawa korang menemani aku menempuh dugaan yang mendatang Karen…Kasmeera.. temani aku…berikan aku kekuatan…’ ucap Syameera dalam hatinya.

***

Muzariel sedang makan berseorangan di kafe. Ameerul menyergahnya dari belakang. Muzariel masih tenang. Memang dia seorang yang tak mudah melatah.

“Muz.. aku nak number Dex hari tu” Ameerul berkata sambil menunjukkan wajah simpati.

“Bukan aku dah bagi apa?” Muzariel pelik.  Seingat dia dan dia pasti yang dia sudah memberi nombor telefon Dex a.k.a Syameera itu.

“Aku dah delete tapi hari ini aku nak number tu balik…”  macam inilah manusia dah buang hendak balik. Habis madu sepah dibuang. Tapi bila pula nombor telefon mengeluarkan madu cuma pemilik nombor telefon itu yang semanis madu.

“Okey bagi sini telefon kau tu…” Muzariel mengisi kembali nombor telefon yang dikehendaki Ameerul itu.

“Terima kasih.. Muz malam ni kau tidur rumah aku. Abang aku tak ada lah hari ni. okey?” ucap Ameerul tanpa menunggu jawapan Muzariel dan terus berlalu pergi.

“Okey” Muzariel berasa hairan dengan perangai Ameerul akhir-akhir ini.. satu perkara lagi.. dia tak pernah lagi melihat Syameera dan Ameerul bersama. Mungkin disebabkan kemalangan yang di alami Syameera… atau peristiwa pergaduhan Syameera dan Nadia yang diceritakan oleh Falisha dulu…

Muzariel lebih senang melihat Ameerul dengan Syameera berbanding Nadia atau Fazlina.. Baginya dua orang gadis itu tak layak bersama Ameerul. Nadia membuatnya meluat apabila di lihat dan Fazlina yang sejak akhir-akhir ini mula sombong kerana ayahnya sudah mendapat pangkat Datuk..memang tak padan dengan Ameerul… Ameerul memerlukan seorang gadis seperti Syameera.. Tapi..hati Ameerul sudah tertawan pada Fazlina..hanya masa yang bisa mengubah perasaan Ameerul itu…dia tidak mampu lagi menghalang perasaan rakannya itu..

Muz juga tidak mahu rakannya itu dipermainkan. Lagipun Ameerul itu rakan sepersekolahannya sejak sekolah rendah lagi. Mereka berdua merupakan kawan baik. Dia berharap agar kawannya itu sentiasa memperolehi kebahagiaan. 

Cukuplah dulu ketika sekolah menengah dia melihat Ameerul dipermainkan sehingga keputusan PMR-nya merosot… memang Ameerul amat mencintai gadis itu sepenuh hati.. sayangnya sehari sebelum PMR mereka berpisah atas sebab gadis itu telah menemui lelaki yang lebih kaya dan kacak daripada Ameerul..  Muz masih mengingati lagi nama gadis itu… Farah Adibah… gadis yang memandang rupa dan harta.. sangat materialistik….sangkanya gadis itu baik.. tetapi busuk hatinya…hanya cantik pada wajah.

Gadis itu menerima padahnya sewaktu berada di tingkatan 4.. dia disahkan hamil dan di buang sekolah.. keesokkan harinya guru menjumpai mayatnya tergantung di pokok belakang sekolah mereka… kata ibunya, lelaki yang menghamilkannya tidak mahu bertanggungjawab dan selepas itu farah adibah melarikan diri dari rumah..ibunya bertambah sedih apabila anak yang disangkanya hanya lari dari rumah tergamak pula membunuh diri....ibunya menangis teresak-esak setelah melihat mayat anaknya tergantung di pokok itu.

Ameerul adalah orang yang paling sedih hari itu walaupun Farah Adibah telah mengecewakannya dia tetap meratapi pemergian gadis itu.. sampai bengkak matanya menangisi pemergian gadis itu.. itulah kali pertama Muz melihat air mata lelaki kawannya menitis…betapa suci dan mulianya cinta Ameerul pada gadis itu..  selepas setahun barulah rasa sedih di hati Ameerul terubat..Muzariel Naqiudin tidak mahu perkara itu berulang lagi kepada rakannya itu… sesungguhnya dia tak sanggup melihat kawannya itu merana.

‘Am kau pilihlah yang sesuai buat diri kau.. jangan tersalah pilih.. aku tak mahu melihat kau seperti dulu cukuplah hanya sekali….’  Ucap Muzariel dalam hati ketika itu…

Dulu sewaktu awal semester Ameerul belajar di sini, dia juga pernah bercinta dengan seorang gadis tapi Ameerul sendiri yang meninggalkan gadis itu kerana bermain kayu tiga… dia tak kelihatan kecewa.. sebaliknya dia boleh tertawa selepas perpisahan itu.. kata Ameerul gadis itu dia anggap sebagai adik sahaja… dan Ameerul memang tidak suka gadis yang terlalu manja padanya… Ameerul sememangnya menjadi rebutan ramai gadis di universiti itu kerana ketampanannya dan sikapnya yang mesra… tapi dia tidak pernah menganggap mereka semua itu teman istimewa.. Cuma pada kali ini entah bagai mana Ameerul sudah tertawan pada Fazlina.. 

‘Am aku bangga punya kawan macam kau.. setia pada cinta…dan kau jadi semakin tabah..aku harap kau dan Syameera akan bersatu.. aku pasti dia jodoh kau..’ Muzariel tersenyum sendiri…

“Oit!!! Awak kenapa asyik menung jek kat kafe ni.. tak beranjak-anjak” kata Falisha setelah menepuk bahu Muzariel..

“Tak ada apa-apa lah..saya dok fikir fasal Am… saya nak sangat dia bersatu dengan Syameera….”

“Saya pun macam tu… Meera tu perlukan tempat bergantung yang baru.. ye lah.. kan kita naik cuti semester ni nak tunang and lepas habis konvo terus kahwin” Falisha tersenyum. Dia tak sangka apa yang di katakan Syameera dulu menjadi kenyataan. Memang benar dia dia akan berkahwin dengan Muzariel nanti. Perasaan antara Falisha dan Muzariel sudah lama terbit, Cuma Falisha menafikannya. Cuma baru beberapa bulan yang lalu selepas kemalangan Karen dan Kasmeera barulah dia mengaku. Ketika itu Muzariel datang memujuknya dan memberikan kata-kata semangat. Bak kata orang kalau dah jodoh tak ke mana.

“Awak menungkan apa tu? Tadi saya termenung awak marah… sekarang sapa pulak? Awak tengah fikir hari perkahwinan kita ke?”

“Mana ada.. saya..saya…”

“Hah.. dah gagap.. ye lah tu.. muka pun dah merah tu…”

“Awak!” Falisha mencubit tangan Muzariel kemudian mereka berdua tertawa.

“Oit! Mesra nampak? Ada pape ke nie?” Syameera datang menghampiri.. sambil tersenyum .

“Mestilah.. kitorang dah nak tunang masa cuti semester ni.. jangan jeles..” Falisha menjawap spontan.

“Hah? Biar betul korang ni… tengok apa yang aku kata jadi kenyataan… kau je tak nak dengar dulu.. jadi sebagai balasannya kau kena belanja aku makan kek kat Secret Recipe hujung minggu ni..aku nak chocolate indulgence and chocolate strawberry total harganya RM 140…”

“Kau ni makan ke ape sampai yang 2 kg tu nak makan sorang.. makan lah yang slice jek…patut lah aku tengok kau dah gemuk” kat Muzariel sambil tergelak besar.. begitu juga dengan Falisha..

“Mana ada gemuk…ok aku nak setiap satu perisa tu 2 slice…” Syameera mengangguk-angguk
“Okey.. tapi tak muak ke?”

“Aku kan hantu kek!” mereka bertiga tergelak bersama-sama.

“Sekejap eh…aku nak pergi beli Snickers.. dah lama tak makan coklat”

“Tipu dah lama. Padahal baru semalam makan. Hari-hari coklat..aku ingat nanti husband kau nanti wat hantaran pakai coklat je lah…” Falisha berseloroh.

“Okey jugak tu” Syameera tergelak. Dia terus bergerak ke arah kedai berdekatan kafe untuk membeli coklat kegemarannya.

Syameera melihat coklat kegemarannya hanya tinggal satu..dia dengan pantas cuba mengambilnya..tiba-tiba ada tangan lain di atas tangannya. Dia terus menarik tangannya dan berlalu pergi. Kempunan lah dia tak dapat makan coklat hari ini.

“Cik..cik..tunggu dulu” jerit satu suara dibelakang Syameera. Syameera menoleh.

“Ye..ada apa?”

“Cik..awak ambillah coklat ni..awak yang ambil dulu tadi..” lelaki itu menghulurkan coklat Snickers ke arah Syameera..

“Tak apalah..”

“Ambillah..saya bukan nak makan sangat..”

“Betul ni? okey..terima kasih..” Syameera terus berlalu dan terus merapati meja yang diduduki oleh Muzariel dan Falisha yang sedang berbisik-bisik. Pandangan mereka teralih ke arah Syameera apabila gadis itu mendekati meja mereka berdua.

“Amboi..amboi..amboi..ada mamat pulak bagi dia coklat…” Falisha ketawa melihat Syameera yang asyik tersenyum setelah menerima coklat daripada lelaki itu.

“Sibuk lah kau.” Syameera membuka sampul coklat itu dan memakannya. Muzariel hanya tertawa melihat tingkah laku kedua-dua gadis itu.

“Aku rasakan aku pernah tengok mamat tu sebelum ini tapi kat mane aku pun tak tahu….” Falisha menompang dagu. 

“Saya pun rasa macam pernah jumpa.. tapi kat mana saya pun lupa…” Muzariel juga berasa hairan. Atau dalam kata lain pura-pura hairan dan pura-pura lupa.

“Kau orang ni memang pasangan pelupa.. dah lah aku nak chow balik hostel dulu.. nak tidur lah.. mengantuk pulak.. semalam buat assignment sampai pukul 2 pagi…bye..aku pun tak nak ganggu orang nak bercinta nie…” Syameera berjalan pergi.

“Dia tak ingat soal Shafiq tapi soal Ameerul sentiasa dia ingat. Syameera mengharapkan buah yang tak akan gugur!” Keluh Falisha. Jari jemarinya bermain-main dengan tali di telefon bimbitnya. Muzariel hanya membisu. Mereka berdua terpaksa berlakon tidak mengenali Shafiq. Terpaksa juga menipu Syameera hidup-hidup. 

"Tapi macam mana Shafiq ada di sini? Bukan dia Fakulti Business Management ke? Macam mana sesat kat Fakulti kita? Tak silap saya dia tengah praktikal.” Muzariel bingung. Falisha berfikir sejenak. Baru dia mengerti kenapa Shafiq disini. Perkara lalu di ingati kembali.

“Dia nak tengok Syameera. Macam selalu dia buat dulu.” Muzariel mengangguk mengerti kata-kata Falisha. Shafiq masih seperti dulu. Masih melakukan tabiat yang sama. Masih mengharapkan orang yang sama. Dari jauh kelihatan Shafiq mengangkat tangan ke arah Muzariel dan Falisha. Mereka berdua hanya membalas dengan anggukan. Shafiq berlalu dan masuk ke dalam perut kereta Honda Stream RSZ berwarna ‘crystal black pearl’

Bersambung..

klik number untuk baca bab sebelum atau bab selepas


0 Komen: