Saturday, November 10, 2012

[MiniNovella] Cinta Dan Benci 8.



Pungguk tak lagi menunggu bulan,
Kerana bulan telah jatuh ke riba.


Syameera termenung di katilnya. Matanya sudah mahu terlelap tetapi di kejutkan dengan bunyi mesej. 

Hye..assalamualaikum..boleh kenal? Awak ? Dex kan… Saya Am… saya ganggu awak ke???

Syameera tersenyum. Dia tak menyangka selepas  berbulan-bulan barulah mesej dari Ameerul di terima. Syameera hampir melupakan rancangan itu. Tak sangka pula hari ini mesej dari Ameerul masuk juga akhirnya.

Tak ganggu pun..saya memang tunggu mesej dari awak…

Balas Syameera..

Siapa awak sebenarnya??? Nama sebenar awak???

Syameera menggaru kepala yang tak gatal.. dia membalas.. 
 Saya akan beritahu awak bila tiba masanya.

Ameerul membalas.

Jangan lah nak jual mahal pulak.

Syameera tertawa membaca mesej itu. Dia terus melayan mesej-mesej Ameerul. Kegembiraan Syameera tidak bertahan lama. Tidak sampai lima hari identitinya diketahui oleh Ameerul. Semenjak dari hari itu Ameerul tidak lagi menghantar mesej kepadanya. Apabila terserempak dengan Ameerul di mana-mana. Ameerul pasti mengelakkan diri daripada bertembung dengan Syameera. Syameera berasa sangat kecewa. Dia dah kenal Syameera kenapa mesti dia lari. Buruk sangat ke kenyataan ni?

Muzariel bertemu dengan Syameera di kafe yang ketika itu bersama Falisha.

“Meera aku rasa tak patut pula Am buat kau macam ni…” kata Muzariel

“Haah..aku rasa kau patut bagi mesej kat dia. Bagi tau yang kau tak terlalu harapkan dia. Minta dia fahami kau. Jangan buat kau macam ni. Aku cabar kau. Ini pun dah nak dekat cuti semester ni.” sampuk Falisha.

“Entahlah.. biarlah dia.. aku tak kisah pun….”

Syameera tak mempunyai mood untuk bercakap tentang Ameerul. Dia terus ke rumah sewa tanpa mempedulikan Muzariel dan Falisha.Malam itu Syameera nekad. Dia menghantar mesej kepada Ameerul.. dia buat seperti yang dikatakan Falisha. Dia menghantar tiga mesej yang mempunyai makna yang cukup mendalam agar Ameerul faham situasi dia. Syameera terus tertidur selepas menghantar mesej itu. Dia berasa penat melayan perasaannya pada Ameerul.

Keesokkan paginya. 1 mesej diterima.

Saya minta maaf banyak-banyak Syameera. Saya tau saya salah saya tak patut buat awak macam ni.

Syameera terdiam sekejap.
Saya dah lama maafkan awak.. tak pe…

Semenjak dari hari itu hubungan Syameera bertambah baik…mereka sentiasa keluar bersama. Nadia.  Dia  manusia yang paling bengang sekali melihat hubungan Syameera dan Ameerul semakin erat. Memang Syameera menyedari Nadia sentiasa memandangnya akhir-akhir ini tapi dia malas mempedulikannya. Ameerul sendiri bagi tahu yang hubungannya dengan Nadia sudah berakhir.

***

Petang itu di taman bunga sewaktu Syameera dan Ameerul Duduk bersama menyiapkan assignment mereka bersama. Ameerul berhenti menaip dan dia terus memandang ke arah Syameera.

“Am.. kenapa pandang saya macam tu?”

“Meera..saya nak tanya awak sesuatu…”

“Tanyalah…”

“Meera..sudi tak awak jadi penyeri hidup saya?” Syameera terdiam. Dia tidak menyangka lelaki yang amat di dambakannya kini memintanya menjadi penyeri hidup lelaki itu.

“Saya…saya..emmm..tapi bukan ke awak sukakan Fazlina? Kenapa awak nak saya jadi penyeri hidup awak…” 

“Saya dah lupakan dia yang saya nampak hanya awak. Hanya awak saya cinta. Saya akan berusaha untuk membahagiakan awak. Ambillah jam tangan ni sebagai tanda cinta saya pada awak…” Ameerul tersenyum..dia mengambil jam itu dan memasangkannya di tangan Syameera.

“Terima kasih. Cantik sangat tapi saya mencintai awak bukan kerana harta dan rupa…” ucap Syameera tersipu-sipu. Penantiannya selama setahun amat berbaloi.

'Ssaya tau…jadi sudi tak awak terima saya…”

“Saya..saya..em..emm” Muka Syameera merona kemerahan. Dia mengangguk.

“Terima kasih.” Ameerul tersenyum lebar.

***

Kecoh satu universiti dengan berita Ameerul Fazherul bercinta dengan Syameera Zulaikha. Semua tidak menyangka dengan berita itu. Apabila berita itu sampai ke Nadia.

“What?” kata nadia separuh menjerit. Dialah orang yang paling terkejut menerima berita itu. Ameerul itu miliknya. Syameera ni memang suka merampas!

‘Aku akan musnahkan cinta kau Meera!’ bisik hati Nadia.


bersambung..

klik number untuk baca bab sebelum atau bab selepas

0 Komen: