Sunday, November 11, 2012

[MiniNovella] Cinta Dan Benci 9.


Kadang-kadang bahagia tu tak selamanya.
Kadang-kadang sedih tu bersifat sementara.

Syameera termenung sendirian di taman. Dia berasa pelik mengapa sejak akhir-akhir ini. Ameerul menjauhkan diri daripadanya. Apa yang telah dia lakukan. Hubungan cinta mereka tidak sampai sebulan mulai goyah, Mengapa? Keesokkan harinya, Syameera nekad untuk mencari Ameerul.. dia mahu mendengar penjelasan darinya.

“Am..tunggu..kenapa ni?” Syameera menahan Ameerul sewaktu di kafe.

“Jangan ganggu aku lah” Bentak Ameerul.

“Tapi kenapa???”

“Dah lah kau jangan nak pura-pura dengan aku. Tak payah nak bajet baik.”

“Apa ni Am. Meera tak faham…”

“Hei..kau ingat kau ni bagus sangat ke? Kau main-mainkan aku kan? Kau memang tak pernah puas dengan seorang jantan aje kan. Semua kau nak.”

“Apa ni Am. Main-mainkan apa ni Am?”

“Kau ingat aku tak tahu kau, Falisha and Muz pakat nak mainkan aku. Kau buat perjanjian nak tengok kau dapat pikat aku tak? Betulkan.” Jerkah Ameerul. Semua mata tertumpu ke arah mereka.

“Ya Allah.. Mana ada Meera buat macam tu…Mana Am dengar ni?” suara Syameera kendur.

“Tak payah lah kau nak bajet alim dengan aku.. Aku dah dengar semua dari Nad…”

“Nadia! Awak kenapa awak lebih percayakan Nadia dari saya? Siapa saya sampai awak boleh percaya dia lebih daripada saya? Saya tak tahu awak bodoh atau saya yang bodoh. Awak paranoid Am.”

“Suka hati aku.. aku tahu tu  betul.. dah lupakan saja pasa kita! Anggap kau tak pernah kenal aku dan aku tak akan pernah kenal kau. Kau tak pernah wujud walau sekejap pun dalam hidup aku. Ingat tu. Jangan pernah cuba nak merayu.” Ameerul berlalu pergi.

“Am…tunggu….”Syameera mengejarnya.

“Jangan ikut aku!”

“Am.. dengar dulu….” Rayu Syameera

“Tak payah!”

“Am!” Syameera jatuh terjelepok.

“Am.. kau dengar dulu apa yang Meera nak cakap tu. Kau tak boleh buat macam ni.” Sampuk Muz dari celah orang ramai.

“Kau tak payah nak bela perempuan ni.. kau pun sama….ini kau kata kau kawan aku.. sampai hati kau buat aku macam ni Muz!” Muzariel terdiam mendengar kata-kata Ameerul itu. Ameerul masuk ke dalam kereta dan membawa keretanya keluar dari perkarangan tempat meletak kereta di hadapan kafe.

“Am!”Syameera menjerit dan terus menangis.. Falisha berusaha menenangkannya. Syameera bangun dan terus berlari ke pintu pagar Universiti. Dia terus menahan teksi dan tak tahu arah nak menuju.

“Cik mahu pergi mana?” soal pemandu teksi itu.

“Saya tak tahu.. bawak je taksi ni sampai saya suruh berhenti….” Tangisan Syameera masih lagi bersisa.

“Saya minta maaf sebab cakap macam ni…. saya tak kisah kalau cik nak suruh saya bawak cik ke mana-mana… yang untung saya… tapi cik tak takut ke naik teksi lama-lama dengan orang yang cik tak kenal? Entah-entah saya ni penjenayah yang di kehendaki ke?” Syameera tertawa kecil mendengar kata pemandu teksi itu.

“Kan bagus kalau cik ketawa.. jangan nangis… kalau cik nangis tentang apa pun masalah yang cik hadapi itu tak bermakna masalah cik akan selesai dan ini akan menunjukkan cik ini lemah….” Syameera mengangguk. Ada benarnya juga kata pemandu teksi itu. Air matanya di lap.

“Hmmm…. Tolong turunkan saya depan Secret Recipe nanti.”

“Baik cik….” Syameera hanya membisu sahaja di dalam teksi itu. Dia tak mahu bercakap banyak takut nanti dia menangis lagi. Syameera hanya mendengar lagu yang di dendangkan melalui corong radio. ‘Cinta ini membunuhku…’ nyanyian D’Massive. Lagu yang menjadi halwa telinga kepada Syameera ketika bersedih. Setelah lagu itu habis di mainkan, Syameera sampai di hadapan kedai kek Secret Recipe. Dia menghulurkan 2 keping not kertas yang bernilai 10 ringgit kepada pemandu teksi itu.   

aku datang sini nak makan kek coklat banyak-banyak..aku nak hilangkan tension aku ni!!’ getus hati Syameera.. dia memang suka datang ke sini untuk menjamah kek yang di sediakan setiap kali berdepan dengan masalah.. seperti biasa dia akan menempah kek yang menjadi kegemarannya..tapi hari ini dia menempah 5 jenis kek iaitu sepotong Moist Chocolate cake, sepotong kek chocolate Indulgence, sepotong kek chocolate strawberry, sepotong kek black fores dan choc mud cake. Entah mengapa hari itu semua kek yang sentiasa menjadi santapannya di tempah sekali gus sedangkan dia mahu makan seorang diri. Dia sanggup berbelanja banyak asalkan hatinya puas.

Syameera mengambil tempat duduk di penjuru. Kek yang di tempahnya di letakkan di hadapannya. Dia makan satu persatu. Setelah dua jam berada di dalam kedai itu kek yang di tempahnya semuanya telah di makan habis licin. Dia tersenyum. Dia terus keluar dan berjalan seorang diri mengelilingi Bandar. Pukul 10 malam barulah dia pulang ke rumah sewa. Rasa sedih nya dapat dikurangkan sedikit.

“Kau ke mana.. naik risau aku di buatnya…” jelas riak risau di wajah Falisha.

“Aku pergi jalan-jalan. Lisha aku nak tidur.. please jangan ganggu aku…esok tak payah kejut aku… aku malas nak ke kuliah…”

“Oh..ok…tapi jangan ponteng selalu.. ni dah nak dekat exam.. nanti banyak pula kau tertinggal….hmmm…kau tak sembahyang dulu ke?”

“Okey…tak..tak boleh solat…”

“Okey… good night!”

“Night” Syameera meletakkan kepalanya di bantal dan terus terlelap. Mungkin kepenatan seharian. Falisha amat bersimpati dengan keadaan Syameera. Dia tidak menyangka Ameerul boleh melakukan perkara sebegitu kepada Syameera sedangkan Syameera seorang yang tulus. Dia seorang pencinta yang setia. Falisha pasti dan tak mungkin dia, Syameera dan Muz bet untuk perkara melibatkan hati perasaan.

Sudah tiga bulan kejadian di kafe itu berlaku.. Syameera masih tak dapat melupakan betapa kejamnya . Ameerul terhadap dirinya. Syameera duduk termenung di taman yang menjadi saksi lamaran Ameerul untuk menjadikannya penyeri hidup kononnya. Air matanya menitis.

“Jangan nangis.. yang dah berlalu biarkan ia berlalu…” Coklat Snickers dihulurkan. Lelaki itu duduk di hadapannya. Syameera berkerut. Air matanya terus di seka.

“Janganlah buat muka macam tu.. awak tak ingat saya ke?”

“Tak.”Jawap syameera sepatah.

“Yang awak langgar depan koperasi. Yang bagi coklat hari tu and yang selamatkan awak waktu accident..Shafiq Fazherul?”

“Oh…”

“Awak nampak macam sedih aje. Kenapa?”

“Tak ada apa lah. Awak tak perlulah ambil tahu. Hal saya.”

“Hmm..tak baik simpan rasa tu lama-lama nanti boleh gila…”

“Baguslah kalau saya gila, nanti tak ada saya perlu fikir semua benda ni. Idea yang bagus. Saya perlu gila.”

“Awak ni peliklah….tapi saya suka kawan dengan orang yang pelik ni…” Shafiq tertawa.

“Oh..” Syameera tersenyum hambar.

“Okey lah saya ada kelas ni. Kalau awak nak cari tempat meluahkan perasaan carilah saya ye? Saya sudi dengar. Kalau tak nak, tak apa. Jangan lupa makan coklat tu nanti tenang sikit hati tu. Kalau tak cukup nanti saya hantar satu kotak.”

“Hmmm” Syameera memandang lelaki itu berlalu pergi.

‘perlu ke aku bagi tahu apa yang aku alami ni untuk ringankan beban? Aku tak nak pula bagi orang lain tanggung sama beban yang aku rasa….’Hati Syameera mula berbicara sendiri. Syameera hanya mampu termenung. Tidak lama kemudian dia mengeluarkan komputer ribanya. Tangan turus menaip laman web gmail.

"Rasa hendak baca email pula" katanya sambil memakan coklat yang diberikan oleh Shafiq. Dia memandang ke dada skrin komputernya. Ada satu e-mel yang di terima dari seorang siapa dia sendiri tak pasti. Bukan email spam rasanya.
Hye. Saya nak jadi kawan awak boleh. Saya ikhlas nak kenal awak. Saya juga sudi dengar segala masalah awak. Awak just panggil saya JayDee! Selamat berkenalan kawan!


JayDee

‘Eh… macam mana dia tahu aku ada problem? Mana dia dapat email aku?’ Bisik hati Syameera kehairanan tapi entah kenapa dia dapat merasakan apa yang di katakan oleh JayDee itu ikhlas. Dia rasa yang JayDee itu boleh dipercayai. Entah kenapa gerak hatinya berkata berkata sedemikian.

Hai JayDee, Saya Meera. Sudah tentu kita boleh berkawan! Saya gembira bila awak sudi berkawan dengan saya. Nanti bila tiba masa saya cerita pada awak ya. Buat masa sekarang apa kata kita kawan dulu? Oh ya, macam mana dapat email saya?


Meera

Butang refresh pada mail ditekan selepas beberapa minit.

Wah baguslah! Baik. Saya akan jadi kawan yang baik untuk awak. Hehe. Email awak saya mimpi, tiba-tiba saya tergerak untuk tulis email pada email yang datang dalam mimpi saya. Heee, gurau. Biarlah rahsia. Tiba masa saya bagi tahu. Okey?

JayDee

Dan sejak itu Syameera mula dapat kegembiraannya semula. Dia ada JayDee yang mendengar segalanya yang dia rasa. Hilang sudah kisah Ameerul yang membebankan kepala. Dia yakin JayDee seorang kawan yang sememangnya dia perlukan sejak awal dahulu setelah Karen dan Kasmeera pergi. Nak diluah pada Falisha dia tak sanggup. Bukan apa semenjak Falisha sibuk dengan Muzariel, Syameera tak mahu lagi membebankan Falisha dengan masalahnya.

bersambung..

klik number untuk baca bab seterusnya atau bab sebelum

1 Komen:

norihan mohd yusof said... [Reply]

gud meera wake up n bina lh hidup baru....usah dirayu pd yg tk sudi...