Tuesday, November 06, 2012

[MiniNovellla] Cinta Dan Benci 4.



Hanya satu saat kita terpikat pada seseorang, 
hanya satu minit untuk jatuh hati, 
hanya satu hari untuk mencintai, 
tetapi mengambil masa sepanjang hayat 
untuk melupakannya..


“Weh.. mak cik! Kau ni kenapa? Termenung panjang. macam nak tembus Lap top tu kau tengok” Sergah Falisha kepada Syameera yang sejak tadi asyik termenung selepas pulang dari kafe bersama Ameerul.

“Tak ada apa lah! Sibuk lah kau ni. Aku tengah tengok Kim Beom dalam Boys Over Flower ni.”

“Kelentong aje kau tau. Ingat aku dah kawan dengan aku berapa tahun. Kau tak boleh nak tipu aku. Kau nak berak tak payah cakap pun aku boleh tahu ini kan pula kau tengah fikir seseorang. Kau ingat pada siapa ? Macam orang angau tahap karma aje! Siapa mamat yang malang tu?” Falisha melabuhkan punggung di tepi birai katil Syameera

“Mana ada! Kau ni tak habis-habis tahap karma kau.. Kau pergi lah jaga suami kau Muz tu. Sibuk jaga tepi kain orang pergi main jauh-jauh” badan kecil Falisha ditolak sehingga terjatuh diatas lantai.

“Bila masa dak Muzariel poyo tu jadi suami aku.. dia tu yang menyibuk kacau hidup aku. macamlah handsome sangat! ” Falisha mula berdiri bercekak pinggang.

“Muka dia handsome apa? Macam  Lee Min Ho kesayangan kau. Kata kau minat Lee Min Hoo. Kau jangan nak anti sangat dengan Muzariel tu. Nanti tak pasal-pasal lepas habis semester aku dengar pulak kau nak kahwin dengan dia. Mana lah tau.”ucap Syameera sambil tertawa.

“Itu bukan handsome tapi ‘haccom’ mana dia boleh lawan Jun Pyo aku! Malaslah aku nak cakap dengan kau ni Meera. Kalau aku kata kau mesti aku yang kena balik. Kau jangan nak doakan pulak aku kena kahwin dengan Muzariel Naqiudin bin Hamdi tu. Aku tak nak lah, dia tu poyo tahap karma!”

“Poyo-Jun Pyo okeylah tu!karma, karma, karma… tak habis-habis. dah jangan kacau aku nak menjiwa-jiwa tengok Boys over Flower ni…”

“Kau nak menjiwa konon.. siapa yang kau nak jiwakan tu.. siapa? Am ke? Mesti kau tengok muka Kim Beom kau bayangkan muka Am kan?”

‘minah ni tepat ke batang hidung kena. Banyak songel lah dia ni. Apa aku nak jawap. Kalau ikutkan hati nak aje aku baling dia dengan kerusi. Bikin panas aje. Nasib baik kau kawan aku lah Falisha!’ Dijelingnya Falisha tajam.

“Hah! Jeling-jeling, kau ingat aku nak tergoda? cantik lah sangat!” Syameera yang mendengar kata-kata Falisha hanya buat tidak tahu. 

“Hoi! Mengelamun lagi. kau ingat aku tunggul apa. Siapa mamat tu? Betullah Am kan? Kau bayangkan muka Kim Beom jadi Am kan? Wahai orang-orang kampung. Dengar ini cerita. Syameera dah gila bayang dengan.....” Falisha pandang Syameera dengan keningnya terangkat-angkat. Tabiat.

Syameera lantas mencapai bantal di sebelahnya dan dibaling ke arah Falisha. Falisha cuba mengelak. Tetapi bantal itu terkena ke kepala Falisha juga. Syameera menutup komputer ribanya dan terus mencapai tuala di kepala katilnya. Dia terus turun dari katil dan menuju ke bilik mandi.

“Merajuk-merajuk..” Falisha bersuara keras. Syameera yang berada dimuka pintu berpaling dan menjeling lagi. Lidahnya dijelirkan lalu membawa langkah pergi.

‘tak ada masa aku nak layan Falisha kepoh tu.. baik aku mandi’ Getus hati Syameera yang tidak berapa selesa dengan soalan Falisha tadi. Dia berlenggang-lenggok macam itik pulang petang ke bilik air dengan hanya memakai t-shirt lengan pendek dan juga berseluar track-suit berwarna hitam gelap. Ketika dalam perjalanan ke bilik air, Syameera terlihat seseorang diluar rumah. Yang mengejutkan yang dilihatnya itu ialah Nadia Harlina. Paris Hilton Malaysialah konon. 

‘Buat apa minah gedik ni kat sini rumah sewa aku ni?’ otak Syameera ligat berkata-kata. Rasa jeleknya membuak-buak. Sudahlah geram tidak sudah lagi dengan Falisha. Ditambah pula kedatangan yang tidak diundang Nadia itu. Malang. Dia menutup kepala dengan tuala dan berpura-pura ingin mengangkat jemuran. Sengaja dia melanggar bahu Nadia  yang tercegat dihadapan pintu.

“Hei betina.. kau tak ada mata apa langgar aku.. rabun!!” Tengking Nadia. Syameera tersentak dan geram apabila dia dipanggil betina yang selayaknya untuk haiwan. Suara Nadia yang kuat itu mengejutkan tujuh orang penghuni rumah sewa dua tingkat itu dan juga jiran tetangga. Semua menjengulkan kepala ala-ala kura-kura di tingkap untuk melihat apa yang berlaku.

“Memang aku rabun tu aku tahu tak payah bagi tau tapi kau jangan sesekali panggil aku betina! Kau ingat aku apa? Ayam, lembu, itik. Macam bagus lah sangat kau ni. pergilah balik! buat menyemak aje kat rumah aku” Syameera mula meninggikan suara kerana kegeraman yang teramat.

“Hei you.. mulut kau jaga sikit. Kau dah lah rampas boyfriend aku Am tu..Tak tahu malu. Muka tak lawa ada hati nak try boyfriend aku” Nadia menolak bahu Syameera.

“Owh your ‘buaya-friend’. Siapa yang nak pada  Am tu. aku dengan dia tak ada apa-apa..You know?sudah lah.. blahlah dari sini.” Syameera menolak bahu Nadia. Lebih kasar sehingga Nadia terdorong ke belakang. Terkial-kial dia cuba menstabilkan kedudukannya semula.

“Hei!! aku pun tak hadap nak tengok muka kau yang macam pengemis tu. Kampong!” Nadia membetul-betulkan rambutnya yang panjang. Syameera memandang dengan rasa menyampah.

“Kalau aku pengemis kau tu perangai entah apa-apa sebijik macam ….” Syameera terdiam. Lama.

“Tak ada ayat nak cakap.. aku ni dah sempurna sangat tak boleh nak samakan dengan perkara yang setaraf dengan kau ni” Nadia tersenyum meleret.

“Ada, kau nak tahu? Aku malas nak cerita sebab tak nak kau sentap. Tapi kau dah mintak. Aku bagi tahu eh. Nak aku eja. Kejap  G.R.O. harap aje keluarga kaya, terpelajar, perangai baik-baik tapi anak. hampeh. Patutlah tak boleh nak jadi bachelor universiti. Yalah semester lepas sangkut-sangkut jadi GRO pun boleh! Tak perlu nak belajar lagi kan?” Syameera tergelak. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah, pintu rumah dihempas kuat dan  terus menghabiskan gelaknya yang masih bersisa. Puas.

Nadia terdiam. Dia rasa nak menjerit pada perempuan itu dan menamparnya laju-laju sampai teleng kepala tapi perempuan itu telah hilang dari pandangannya. Berdesing telinganya mendengar kata-kata yang pedas datang dari mulut Syameera. Tak sangka perempuan itu jadi berani untuk melawannya.

‘Tak apa.. kau lawan aku ya.. kau tengok lah balasan yang kau akan dapat! Jangan pernah main-main dengan Nadia Harlina Datuk Fakhri’ dengus Nadia dengan angkuh di dalam hati. 

“Apa- pandang-pandang, Nak gaduh sekali apa?” Nadia mengatur langkah keluar dari perkarangan rumah sewa itu. Tidak sanggup lagi dia menjadi tontonan semua jiran tetangga atas pergaduhan antara dia dengan Syameera. Rambutnya yang panjang hingga ke paras pinggang beralun ke kiri dan ke kanan. Punggungnya mengikut rentak sama. Dalam perjalanan itu otaknya ligat memikirkan cara untuk membalas dendam kepada Syameera kerana memalukannya. Yang pasti dia  akan membuat rancangan yang pasti akan menghancurkan hati Syameera.Apa yang penting dendamnya pada Syameera akan dibalas dengan kejam berbanding dengan sebelum ini.

*****

“Assalamualaikum dik..” kedengaran suara Izz Riyad di hujung talian. Suaranya kedengaran lesu dan tidak bermaya sekali.

“Waalaikumsalam bang.. ada apa telefon adik ni?” Syameera sabar menanti jawapan Izz Riyad di hujung talian. Tetapi yang di dengarnya hanya keluhan panjang.

“Kenapa abang mengeluh panjang ni? Ada apa-apa yang abang nak cerita dekat orang ke?” soal Syameera berhati-hati.

“Abang dah tak tahu nak mengadu pada siapa lagi dik, abang pun dah tak sanggup menahan beban macam ni. Sampai  hati dia buat abang macam ni dik, sampai hati!” sayu suara Izz Riyad di hujung talian. Syameera mengerutkan dahi. 

"Kenapa bang.. siapa yang buat abang macam-macam ni? abang...” Syameera bersuara lembut. Bingung dengan kata-kata Izz tadi.

“Kak Irma...” sayu suara Izz menyebut nama tunangannya itu. Lagi keluhan panjang keluar.

“Kenapa dengan Kak Irma bang...” Syameera masih sabar menanti cerita yang seterusnya. Kenapa dengan abang kesayangannya itu. 

“Kak Irma kena tangkap basah semalam dekat rumah dia di Kuching dalam keadaan mengaibkan. Dia dan lelaki tu telanjang bulat! Buat maksiat dengan kamera video terpasang. Sampai tak sedar Jabatan Agama Islam Sarawak terajang pintu masuk. Abang sendiri ikut pihak jabatan agama islam buat serbuan sebab abang pun banyak dengar cerita yang tak elok tentang kak Irma. Nampaknya apa kata orang tu betul..”  Syameera terkedu. Terdengar di corong telefon esakan abangnya. Abangnya menangis. Itulah kali pertama dia mendengarnya. Hati Syameera terusik. 

“Ya Allah.. banyakkan bersabar ya abang.. syukur tuhan dah tunjuk awal-awal keburukkan dia agar abang tak menyesal kemudian hari nanti”  Syameera mula sebak. Benteng keegoan Izz Riyad kini sudah diruntuhkan demi seorang gadis.

“Abang sanggup terbang ke Sarawak hendak bagi dia kejutan ulang tahun percintaan kami tapi ini yang abang dapat. Abang sayang pada dia dik..sayang sangat.. sepenuh hati abang! Kenapa dia buat abang macam ni dik.. hina kah abang ni.. bodohkan abang ni.. salahkan abang mencintai insan yang bernama kekasih.. abang terlalu percaya pada dia.. abang..” kata-kata terhenti. Yang jelas kedengaran esakkan demi esakkan abangnya itu.

“Abang penat dik.. hari ini perempuan tak guna tu dengan jantan keparat tu nak kahwin.. bagus dia biar abang menderita.. bila abang soal dia kenapa buat abang macam ni tadi..dia jawap abang lelaki kolot! Tak guna! Bodoh! Tak tahu cara nak berseronok! Bajet alim! Dia mahu hidup gaya orang putih! Abang tak mahu tidur dengan dia..” esakkan lagi. Terdengat bunyi menepuk-nepuk dada. Kasar.

“Abang..ingat Allah..” hanya itu Syameera boleh ucapkan. Dia juga buntu. Tidak terfikir bahawa bakal kakak iparnya itu sanggup berbuat demikian.

“Astagfirullahalzim..maafkan aku ya Allah.. maafkan aku..dulu dia kata pada abang tidur rumah dia, dia goda abang. Syukur iman abang tidak senipis kulit bawang. Masa itu Abang ingat dia main-main tapi....” Izz menangis lagi dan lagi. Syameera mula menitiskan air mata. Sayu mendengar tangisan seorang lelaki yang kelihatan begitu kuat, tabah dan sabar dimatanya selama ini.

“Abang sudah berusaha berubah bila abang lamar dia...abang jadi pendengar yang baik, abang tak keluar dengan mana-mana perempuan tanpa izin dia, abang sanggup buat apa aje asal dia gembira dik..Ya Allah kenapa ini balasan dia pada abang..”  Izz diam seketika. Nafas ditarik dalam dan bait kata diteruskan lagi.

“Esok abang balik semenanjung.. abang dah tak sanggup duduk kat sini.. abang rasa macam semua manusia mencaci hina abang! Terdengar sayup di telinga abang ni suara kak Irma menghina-hina” Izz  mula menstabilkan suaranya. 

“Baguslah...padamkanlah segala kenangan abang dengan dia..tapi bos abang bagi ke pindah mengejut ni?”  Syameera mengesatkan air matanya.

“Abang dah bagi notis 24 jam.. abang berhenti kerja.. nanti abang cari kerja baru di semenanjung tu.. kalau tak ada juga kerja abang sambung Master” Syameera terangguk-angguk.

“Baguslah abang.. nanti esok telefonlah  mama atau abah suruh jemput” Syameera mencadangkan. Senyap. Izz kembali bersuara selepas itu.

“abang tak mahu call mama dulu... abang tengok adik kat Shah Alam dulu lepas tu abang balik rumah mama..” Izz terbatuk-batuk selepas itu. 

Bupppp... terdengar bunyi benda terjatuh di hujung talian. Syameera memanggil-manggil abangnya. Namun masih tiada jawapan. Sayup-sayup terdengar suara seorang lelaki.

“Izz bangun Izz, kau kenapa ni” suara itu cemas. Syameera tidak tentu arah! Terdengar suara tercungap-cungap di talian. Suara cemas tadi.

“Maaf saya Ikhwan  housemate Izz.. Izz.. dia dah pengsan..maaf terpaksa letak telefon..” Syameera terlopong.  Telefon bimbit sudah terlucut dari tangannnya. Berat betul cubaan yang dialami abang kesayangannnya itu.  Tidak pernah dia rasakan abangnya menjadi selemah itu.  Kejamnya Kak Irma. Baru sebulan bertunang sudah membuat masalah. Buat maksiat, bertunang dengan orang lain tapi berkahwin dengan lelaki lain pula itu. Kak Irma tak tahu ke betapa Abang Izz amat menyayangi dan mencintainya. Teringat ucapan Abang Izz semasa melamar Kak Irma, ketika itu mereka sedang mengadakan hari keluarga. 

Dengan senyuman meleret dia mencapai mikrofon daripada abah. Nekad. Setelah lama Abang Izz menyimpan segala kekuatan hari ini dia yakin dan pasti Irma untuknya. Selamanya sampai hujung nyawa.

“saya Izz Riyad dengan ini mengaku bahawa saya mencintai Irma Nazliza Irwan kerana Allah.. Irma Nazliza Irwan sudikah awak menjadi penyeri hidup Izz Riyad!” Abang Izz berjalan menghampiri Kak Irma . Dia melutut di tepi pantai itu. 

Dihulurkannya sebentuk cincin kepada Kak Irma. Melihat Kak Irma meghulurkan jarinya, Abang Izz dengan bangga menyarung cincin itu di jari manis Irma. Semua berada di Serai di Lanjut Golf and Beach Resort sewaktu hari keluarga itu bertepuk tangan gemuruh.  Tiba-tiba Abang Izz meloncat riang. Indah. Tapi keindahan itu tak lama.  Musnah di pertengahan jalan. Abang kuatkan semangat ucap Syameera bertali arus.

Bersambung..

Klik number untuk baca bab sebelum atau selepas

2 Komen:

baby mio said... [Reply]

terbaik..

nabilah_biela said... [Reply]

best , sambung lagi . tak sabar nak baca