Sunday, May 05, 2013

Buku Baru Beli #1


Tadi entah gian apa lama nak beli buku akhirnya capai tiga sekali bila masuk MPH tadi. Sekarang lebih suka MPH dari Popular. Maaf popular, aku perlu curang denganmu. Punyalah lama  dalam mph. Amik letak, amik letak buku. Adik aku naik menyampah tengok. Masalahnya aku dah rambang mata. Main gila ke, sperma cinta ke, sengih kerang ke, heroin ke, kopi-ah ke, kontrol histeria ke, bayang ke, bau semangat anak muda ke, kasarnova ke, kolonial mimpi ke, ah ini je aku ingat. Tapi tak banyak sangatlah buku alternatif kat situ tadi. Tapi kalau sebut buku fixi tak payah cakap lah kan banyak mana! Haha!

  1. Kombo! Kougar + Tabu [ RM29.90]
  2. Dabel Date [RM15.00]
  3. Kitab Terfaktab : Sarkastik Cinta [RM25.00]

Tak patut dia bagi diskaun untuk kombo kaugar tabu je tadi, yang lain tak! Why! Sob sob. Sekarang tengah baca Dabel Date, kalau rasa ada rezeki aku tulislah review. Untuk pertama kali. Oh, btw slot ni yang pertama sedangkan aku dah beli banyak gila buku sebelum ni. Hahaha. Patutnya semua tu perlu direview tapi tapi macam tak ingat dah. Dan aku dah beli langit vanilla, buku alternatif pertama aku. Woha! Aku suka. Licik, buku fixi pertama aku! Syabas aku dah cari bacaan lebih pelbagai. Tak sabar nak balik pilah nak amik buku yang aku pesan dekat kawan, dan tak sabar tunggu kawan aku pos buku aku pesan. eh? 



Layan lagu firman, kehilangan




0 Komen: