Sunday, May 12, 2013

Buku Baru Beli #2


Haa, semalam pagi-pagi posmen sampai hantar buku. Buku ni aku pesan dekat member suruh belikan sebab aku memang memerlukan buku ni lagi-lagi yang lari dari syurga tu. Dia belikan dekat Kino. Ini yang aku nak pi kino ni. Terima kasih babe sebab belikan! Nanti I bayar okey. Hehe. Aku pulak pesen malas beli benda online sebab aku suka tengok depan mata walaupun online lebih mudah. Hahaha. Gembira gila bila nampak posmen dengan bungkusan semalam.

  1. Lari Dari Syurga [20.00MYR]
  2. Awek Chuck Taylor [20.00MYR]

Eh yang bawah tu bukan buku bacaan, tu planner aku. By the way Awek Chuck Taylor ni dari dulu nak beli tak dapat, asal aku datang nak beli je abis. Haih. Sebenarnya dekat Melaka semalam ada je jelajah lejen dan macam-macam lagi orang buku alternatif ni turun menjual, tapi sayang tak ada orang boleh bawak kalau nak pergi pun. Sedih betul. Aku tengah baca lari dari syurga tapi entahlah aku macam tak boleh fokus sangat sejak aku banyak baca bacaan heavy. Lagi-lagi aku pi baca kes pembunuhan Altantuyaa Sharibuu dengan kes Manohara. Haha.



Kitab terfaktab nampaknya aku kena baca slow-slow jugak



0 Komen: